18 February 2020

Bila anak mengikut.

Aku memang kalau drive mulut akan bising.
Memanjang je dok mengata kalau kereta lain buat salah.
Bukan reti nak tekan hon ke apa.
Memang daripada dulu perangai.
Sampai kita orang kata driver seat tu berpuaka, siapa duduk situ bertukar perangai suka memaki.
Well ni untuk aku, noy and jonet lah.

Lepas tu kalau maki suka maki berdasarkan number plate.
Sama ada mengikut negeri, atau kalau dpd huruf tu boleh jadikan perkataan or ayat kau akan maki.
Hahahah bangang gila kalau pikir.
Tapi puas hati weyh.
Contoh no plate WTH...kau akan maki, "memang What The Hell bodoh bawak kereta"
Kalau VK nanti maki "Vavi Kauuuu""

So pagi tadi naik kereta ngan anak.
Maki carutan tu kurang la sikit.
Tapi tetapppppppp nak gak marah2.
Kereta yang sejenis lembab bawak.
Aku tak paham apesal jalan straight takda apa depan kau, kau nak bawak 40km/j je.
So aku bising. "Tekannnnn la minyakkkkkkkk tuuuu"

Then few moments later, aku nak keluar simpang.
Banyak pulak kereta, memang takleh keluar.
Lama gak la. Ada la dalam 7-8 kereta.

Me : Tsk

Hannah : Tekannnnn la minyak tu...

Me : Banyak kereta la.

E eh. dia ni sound aku ke apa?
Melampau ni. hhahahahahaha

Then sampai lagi tempat lain.
Again ada kereta lembab.
Aku membebel lagi, "Apooo la lembab ni."

Hannah : Tekannn la minyak tuuu. haihhh si kereta ni.

Hahahahha i cannot.
Laju je dia mengikut weyh.
Merbahaya betul la budak ni.
Semakin besar semakin macam2 dia tangkap.

Kena berhati2 la ngan dia ni.
Tapi payah gak, sebab asyik terlupa ada budak kecik sebelah kita.
Dah la mak dia mulut jenis takda insurans.
Seramnya kita.


Ni pic last weekend.
Kasut tu Aunty Tina dia bagi.
Bagi last year tapi besar kasut tu.
Sekali hari tu dia jumpa n pakai. E eh dah boleh pakai.
Cepatnya besar cikonah ni.
Dulu sebelah tangan je mummy dukung.
Ni dah kus semangat.
Dukung pun mak mampu seminit je.

Sekarang phase dia terlalu banyakkkkk soalan.
Banyakkkk nau la cakap.
Penat weyhhhhh melayan.
Tapi kalau dia takda tu rindu je.
Memang masalah semua mak bapak agaknya benda ni.
Ada penat nak layan, takda or tidur kemain rindu je rasa.

Ok, semoga semakin rajin update.
Mak kagum ngan diri mak sendiri.

xoxo,
Peejburhan

4 comments:

  1. suka suka suka.. hahahah camni la.. janji ada update.. pasal cik konah pun takpe.. menghiburkan... i is like..

    ReplyDelete
  2. Tak silap Hannah ni sebaya dengan anak sedara akak, tahun depan 5 tahun, kan, dah nak masuk pra-sek. Tu pun sama mulut becok marah kereta lain, hehehe

    ReplyDelete
  3. Azhan: dah lebih 10 tahun ye blog ni

    ReplyDelete
  4. Kemon peej, we need new entry kikiki

    ReplyDelete

Heyyyyaaaaaa...

Bila anak mengikut.

Aku memang kalau drive mulut akan bising. Memanjang je dok mengata kalau kereta lain buat salah. Bukan reti nak tekan hon ke apa. Memang...