Ganjaran dari keikhlasan hati pasti ada. Jangan pernah mengharapkan balasan atau mengungkit.

Salam Jumaat,

bersiaran kembali.
as usual jumaat baru rasa ada kelapangan sikit untuk mengadap blog.
kerja ada je tapi marilah kita melapangkan fikiran.
sebenarnya rindu gila nak membebel selalu kat blog.
tapi masa tak mengizinkan.

kadang-kadang tu kalau jadi apa2 or rasa nak membebel..dalam otak tu boleh bayangkan dah susunan ayat yang nak guna.
tapi tu lah kan.
hanya tinggal impian je la n terkubur begitu sahaja.
sebab memang takda masa pun nak update.
n by the time nak update.
dah tak boleh ingat pun apa yang nak bebel tu.
hahah kesian kan.

nway, hari ni saje nak cerita pasal keikhlasan.
aku tak tau la korang, tapi aku suka pikir positif n rasa semua orang baik until proven otherwise.
kalau dah terang-terang perangai neraka tu takleh nak kata apa la kan.



tak di nafikan aku memang di kelilingi orang yang mostly baik-baik
tak sure la memang dorang hati baik ke, atau aku memang nampak tu je.
walaupun some cases orang terdekat ngan aku tak suka orang tu ke apa.
aku akan cakap, takdalahhh...dia baikkkkk.
yes itulah aku.
esp orang tu punya baik tu macam lain macam.
aku just doakan dia semoga dia di balas dengan baik oleh Allah SWT atas segala kebaikan dia.

tapi problem aku ialah, bila selalunya pandang yg elok2 kat seseorang tu.
bila orang tu buat sesuatu yang di luar jangkaan kau seperti mengungkit2 aku macam takleh terima ya.
macam kau kenapaaaa? kenapa kau nak kena ungkit kebaikan kau dah buat.
n somemore cerita kepada orang yang patutnya kau tak perlu pun cerita.
i cannot ok.
n bila aku kecewa n emo tu, aku akan pergi ke lubuk yang paling dalam.
n aku akan serta merta rasa menyampah kawwwwwww.

serious aku tak faham ngan konsep orang yang buat sesuatu tu konon macam ikhlas.
tapi sebenarnya kau macam mengharapkan balasan.
walaupun mungkin balasan daripada orang yang kau berbuat baik tu, tapi kau macam mengharapkan orang lain buat baik kt kau.
tapi baguslah Allah tunjuk kt kita kan, so kita boleh berwaspada ngan orang macam tu.

aku selalu share things that is going on with my life kat intagram stories.
kerja, memories, anak, macam2 la.
selalu n banyak dapat dm dpd followers.
mostly yang dm adalah follower dpd zaman blog.
banyak aku dapat dm dorg proud ngan apa aku achieve sekarang.

walaupun aku malu sangat sebenarnya.
sebab aku tak rasa aku achieve apa-apa pun.
Alhamdulillah Allah bg rezeki n umur sama-sama ngan partner buat business.
n still learning n struggling untuk majukan business untuk sama-sama boleh bantu staff n team yang lain turut dapat rezeki dpd business ni.




mostly cakap ni rezeki n dapat balasan daripada jasa aku ngan parents aku dulu.
which aku rasa takda apa aku sumbangkan.
tu memang tanggungjawab kau sebagai anak.
n bukan aku sorang, adik beradik aku semua sama-sama.
n apa sangat la yang kita orang buat kalau nak banding apa parents kita bagi kita kan.

n aku rasa aturan Allah tu sangat cantik.
kita orang semua sederhana je, rezeki yang Allah bagi tu cukup untuk happykan orang sekeliling setakat yang kita mampu.
macam sekarang aku tak mampu nak luangkan masa sangat2 ngan mama sebab aku bekerja, ada lebih boleh la bagi lebih.
macam abang aku P.G masih ngan muzik dia, takda kerja tetap.
tapi sebab kan tu la, dia ada kelebihan dari segi masa, so dia yang akan bawak mama pergi hospital, check up semua, bawak mama pergi pasar tani, pergi shopping semua.

noy pulak suami dia pilot so selalu takda, so dia memang akan duduk dengan mama time2 tu.
noy dah tak kerja noy jaga Malika.
so mama ada kawan n teman tiap2 hari. takda la mama kesunyian kan.
imagine kalau noy still kerja or duduk jauh ke apa.
mesti mama sorang.
abang aku ayol pun even dah kahwin tapi masih belum dapat transer. masih kerja kt KL.
so boleh jugak sama-sama dengan mama.

aku pulak memang weekend selalu jarang la kemana-mana.
memang selalu melepet je kat rumah mama.
Alhamdulillah Allah bagi suami yang tak cerewet n sayang mama jugak.
infact aku rasa dia layan mak aku lagi elok dpd kita orang adik beradik layan mama.
selalu ingat kat mama.

aku ajak mama tinggal ngan aku.
sebab aku kesian dia kt rumah tu. mana la larat kan.
tapi tau la orang tua kan, dia selesa rumah dia.
so selalu kalau mama nak, aku akan bawak bibik aku bantu kat rumah mama.

mama je la yang aku laki bini ada.
takda lain dah. Semoga Allah panjangkan umur mama dan beri kesihatan yang baik.
Alhamdulillah awal bulan hari tu dapat celebrate birthday mama yang ke 63 tahun.

:: walaupun ni birthday mama, tapi nampak macam birthday ada budak tu kan. dia lelebih ::

ni la buah hati pengarang jantung kami sekeluarga.
mama pun happy ngan cucu dia 2 orang ni.
sikit2 rindu. sebab tu la seminggu kadang 3-4 kali aku kena ke rumah mama.
sama je tak mama, si noy, tak pun uncle dia rindu kat hannah ni.
happy bila tengok mama ngan cucu2 dia.
i wish papa is still here with us.
papa takda rezeki nak mesra n dapat kasih sayang cucu.

Alhamdulillah hannah is now 2 years n 2 months old.





celebrated her birthday a couple of months ago.
memang terpaling suka la dia.
siap request "hannah nak ballons, nak hat, nak cake."
kita layangkan je ye.
small birthday celebration between family macam tradition arwah papa selalu buat.
mak masih tak rajin nak berparty bagai ye nak. hahah
nasib la kau nahhh.


family kesayangan, apa yang kau buat semua untuk dorang ni hah.
untuk kau takda apa pun takpa, janji orang sekeliling kau happy.
mummy n daddy try bg hannah terbaik setakat yg kami mampu.
doa mummy semoga hannah jadi anak yang baik dan berjaya dan ikhlas ye nak.
jangan la jadi manusia yang suka mengungkit atas segala kebaikan yang dah buat tu.
mummy tak suka tu.

ok sekian untuk hari ini.
mummy nak sambut buat keroje.



3 Comments:

WaniGhani said... [Reply to Comments]

Iyaa peej.. Murah rezeki peej.. Semoga hannah membesar sebagai muslimah yg taat dan berjaya InsyaAllah

Seri Kandi Tanah Jauhar said... [Reply to Comments]

siapa kita hari ni, perangai kita, sifat baik buruk kita adalah didikan dari ibubapa kitakan.. semoga keluarga Peej terus makmur dengan kasih sayang sesama insan

Mona said... [Reply to Comments]

Hannah yang comel..

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...