tutup ke biarkan blog ni

Salam jumaat,

Ya Allah, saje bukak blog bersawang ni.
rupanya sepanjang tahun 2018 ni, baru ada satu entry je.
teruk sangat perangai tu.
apa la perlunya blog ni.

kadang tu rasa membuak jugak nak bukak blog n update.
tapi macam yg aku cakap. macam dah tak releven je blog ni kan.
macam, "noboby got time fer that"
tapi kadang tu saje google nama sendiri n search image.
nanti saje click utk tgk apa la entry yg keluar dpd pic tu.
bila baca tu tersenyum sendiri.

Esp bila rindu kat papa tu.
aku google peejburhan papa...keluar la entry2 yang ada papa.
rindunyaaaaaaa. bagusnya ada blog itu la kan.
semua ada kenangan tersendiri.

tak bagusnya pulak bila kau tengok tahap kengerian kau satu masa dulu.
walaupun kadang rasa mcm boleh tahan hot n gempak aku dulu. hahahaha matiklah perasannn gila!
tapi menyeramkan tengok, Ya Allah selambanya aku dulu.
semua nak letak kt blog, takda segan langsung.
dulu rasa ok, not that i'm older and wiser (ehemm), rasa mcm tak appropriate pulak.

yang noy semalam menakutkan aku.
cakap tutup je la blog tu, kalau mati tiba2 apa pun tak guna.
oiiiii takutkan orang tau. walaupun betul sgt la apa dia cakap tu.
tu yang rasa, adakan patut tutup je blog ni, atau apa? tak rajin weyh nak delete or tutup 1-1 entry kt blog ni.
beribu entry weyh.

aku dah bagi noy segala info password semua.
bukan dia simpan pun. herghhh.
ok maybe i should give it to elly instead.
andai apa-apa terjadi. delete or privatekanlah segala acc aku.



tadi saje la bukak blog n nampak stats ni. tak sangka masih ada org jenguk blog ni hari2.
dah ramai lak dm kata dorg masih gigih bukak.
utk check aku update ke tak blog.
kalau takda update, dorang suka baca entry2 lama aku.
hahahahaha gigih sangat tu weyh.
aku sendiri takda masa nak baca entry lama.
dah la semua tak kasi delete or private.
kalau nak private pun kata, tolong bagi dorang access utk still bukak.
e eh. tetiba sangat. hahahhaa

yang aku pulak, bila orang dm kata dorang suka bukak utk baca certain labels kat blog aku.
tak pasal aku sendiri bukak balik labels tu n tgk apa entry yang dorang tgk ni.
nampak la memacam keluar.
terus rasa nostalgia n sebak.
yelah, blog ni dah macam diari kan.
kita sendiri kadang tak ingat certain benda tu.
so bila tgk balik terus memacam kenangan lama mengusik jiwa.

haiyohhhhhhhhh. saje bg i serba salah tau.
nothing much yang berlaku sekarang.
utk korang yg lama mencari aku ke mana selama ni.
aku mmg tak aktif langsung dah kt blog tau.
aku cuma ada instagram n facebook je now.
so situ la selalu aku share apa2.
so boleh la korang follow situ.
both private pun. but can always request to follow or add friend.

everyday kerja then balik rumah ngadap anak.
lagi 3 hari hannah will be 1 thn 11 bulan. kejap je.
how time flies.
Ya Allah banyak kerenah sangat dia sekarang. seronok melayan.
ramai orang suka melayan ig stories aku everyday sbb mostly aku akan share gelagat cikonah tu.


Alhamdulillah bertambah cerdik skrg.
dah start kenal warna, tau kira 1-10 in english n malay, dah pandai cakap sikit2. walaupun kadang cakap macam alien. kesayangan ni.
tak terdiscribe perasaan ni.
dari seorang yang tak suka budak, tapi ada rasa sayang yang tak terungkap.
bersyukur Allah bg peluang merasa mcm mana rasa jadi ibu.
berdoa Allah bg aku rezeki, kesihatan untuk jaga amanah Allah ni utk bagi yang terbaik.

Hannah nak masuk 2 tahun ni.
dah start kena uruskan utk legalize documents utk pengangkatan hannah.
Mohon Allah permudahkan urusan ku. currently ada 1 hiccups, tp tgh usahakan. Semoga berjaya.
Korang doakan yea.
Insyallah kalau blog ni ada lagi, maybe aku boleh share certain stuff untuk membantu orang2 lain mengikut pengalaman aku.

ikutkan banyak nak cerita. 
tapi malas datang kembali. hahahhahahaa.
lain kali la kita sambung yea. kah kah.
lain kali tu tak tau la bila kan.
jangan kena tunggu lagi 6 bulan atau tahun 2019 sudah la ye.
itu pun kalau blog ni wujud lagi la.

ok peeps.
happy weekend people. 
xoxo

16 Comments:

Shahrizat said... [Reply to Comments]

tolonglah kekalkan blog ini. masuk 3 baris ayat pun takpe. saya lah antara yang hari hari jenguk blog ni tauuuu. tolong tolong

yana2605 said... [Reply to Comments]

Baca kt blog dgn updated FB dgn IG tak sama.. Please kekalkan.. napa ya klu tiba2 meninggal, takut tak da sapa nak delete Blog.. tak boleh ke bia jer blog ni selama2 nya..klu da peminat2 yg rindu..yg teringt boleh la bukak and baca untuk melepaskan rindu di hati..hehehehe

f.i.e.z.a said... [Reply to Comments]

keep on blogging pls peej. kalau kat ig tak sama tau feel dia. i know i pun antara yg ada blog tapi bersawang tapi usaha la jugak nak update wpun 3 4 bulan sekali hahaha

Hayati Ghazali said... [Reply to Comments]

thank you peej sebab akhirnya update blog...i antara yang kenal you & your product via blog...jadi sila jangan tutup blog..hahahaha...kalau nak tau cite kucing pun i suka baca blog you..gitu

Siti Hajar Mohamad said... [Reply to Comments]

jangan la tutup blog nie...hari hari tau akak jenguk blog peej ni...tunggu kot kot ada entry baru

linda said... [Reply to Comments]

fav blog jgn tutup huhu..

norasiahnasir said... [Reply to Comments]

biaq pi jelah peej...sebulan 1 entry ko say hi pun okeh...hahahaaa

shh: said... [Reply to Comments]

Saya pun antara yang check every day. Please Peej pretty pleaseee keep writing

Unknown said... [Reply to Comments]

anak pun rezeki Allah kan, as long as u put ur best effort kalau Allah dh tulis Hannah jadi anak angkat u olls, inshaallah boleh settle semua tu. yg penting usaha n doa, doa mak angkat pun kira doa seorg ibu tu, powerful!

Amanda Suria said... [Reply to Comments]

I x sokong kalau nak tutup blog ni tapi i sokong kalau u nak citer part pengangkatan Hannah sebab ramai yang nak tau step by step..

Helena Rose said... [Reply to Comments]

jgn tutup plsss. sedih la blogger faveret sume da tamo update blog. kite sedih tau....

Khalila Khalid said... [Reply to Comments]

nak tahu cite psl kucing yg special tu..apa kabar dia?

Erni Hasmiza said... [Reply to Comments]

Jangan tutup please. .. Blog ni memang favorite habis ni huhuhu terhibur baca entri-entri lama walaupun tak tinggalkan komen

ololo dah besar dah Hannah :-D

kathy jem said... [Reply to Comments]

Jangan tutupppp..blog ko best baca..ececece ckp orang kan aku pon dah dua bulan tak update..bila nak update je kemalasan melanda..hahaha

iduraz said... [Reply to Comments]

jangan la tutup...suka baca blog u...

Unknown said... [Reply to Comments]

Saya pun antara follower blog peej Dari tahun 2010 lagi tu, selalu follow jugak igstory, tapi kalau bava blog ni lagi macam peej tengahmalam bercerita panjang membebel dengan kawan lama.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...