tutup ke biarkan blog ni

Salam jumaat,

Ya Allah, saje bukak blog bersawang ni.
rupanya sepanjang tahun 2018 ni, baru ada satu entry je.
teruk sangat perangai tu.
apa la perlunya blog ni.

kadang tu rasa membuak jugak nak bukak blog n update.
tapi macam yg aku cakap. macam dah tak releven je blog ni kan.
macam, "noboby got time fer that"
tapi kadang tu saje google nama sendiri n search image.
nanti saje click utk tgk apa la entry yg keluar dpd pic tu.
bila baca tu tersenyum sendiri.

Esp bila rindu kat papa tu.
aku google peejburhan papa...keluar la entry2 yang ada papa.
rindunyaaaaaaa. bagusnya ada blog itu la kan.
semua ada kenangan tersendiri.

tak bagusnya pulak bila kau tengok tahap kengerian kau satu masa dulu.
walaupun kadang rasa mcm boleh tahan hot n gempak aku dulu. hahahaha matiklah perasannn gila!
tapi menyeramkan tengok, Ya Allah selambanya aku dulu.
semua nak letak kt blog, takda segan langsung.
dulu rasa ok, not that i'm older and wiser (ehemm), rasa mcm tak appropriate pulak.

yang noy semalam menakutkan aku.
cakap tutup je la blog tu, kalau mati tiba2 apa pun tak guna.
oiiiii takutkan orang tau. walaupun betul sgt la apa dia cakap tu.
tu yang rasa, adakan patut tutup je blog ni, atau apa? tak rajin weyh nak delete or tutup 1-1 entry kt blog ni.
beribu entry weyh.

aku dah bagi noy segala info password semua.
bukan dia simpan pun. herghhh.
ok maybe i should give it to elly instead.
andai apa-apa terjadi. delete or privatekanlah segala acc aku.



tadi saje la bukak blog n nampak stats ni. tak sangka masih ada org jenguk blog ni hari2.
dah ramai lak dm kata dorg masih gigih bukak.
utk check aku update ke tak blog.
kalau takda update, dorang suka baca entry2 lama aku.
hahahahaha gigih sangat tu weyh.
aku sendiri takda masa nak baca entry lama.
dah la semua tak kasi delete or private.
kalau nak private pun kata, tolong bagi dorang access utk still bukak.
e eh. tetiba sangat. hahahhaa

yang aku pulak, bila orang dm kata dorang suka bukak utk baca certain labels kat blog aku.
tak pasal aku sendiri bukak balik labels tu n tgk apa entry yang dorang tgk ni.
nampak la memacam keluar.
terus rasa nostalgia n sebak.
yelah, blog ni dah macam diari kan.
kita sendiri kadang tak ingat certain benda tu.
so bila tgk balik terus memacam kenangan lama mengusik jiwa.

haiyohhhhhhhhh. saje bg i serba salah tau.
nothing much yang berlaku sekarang.
utk korang yg lama mencari aku ke mana selama ni.
aku mmg tak aktif langsung dah kt blog tau.
aku cuma ada instagram n facebook je now.
so situ la selalu aku share apa2.
so boleh la korang follow situ.
both private pun. but can always request to follow or add friend.

everyday kerja then balik rumah ngadap anak.
lagi 3 hari hannah will be 1 thn 11 bulan. kejap je.
how time flies.
Ya Allah banyak kerenah sangat dia sekarang. seronok melayan.
ramai orang suka melayan ig stories aku everyday sbb mostly aku akan share gelagat cikonah tu.


Alhamdulillah bertambah cerdik skrg.
dah start kenal warna, tau kira 1-10 in english n malay, dah pandai cakap sikit2. walaupun kadang cakap macam alien. kesayangan ni.
tak terdiscribe perasaan ni.
dari seorang yang tak suka budak, tapi ada rasa sayang yang tak terungkap.
bersyukur Allah bg peluang merasa mcm mana rasa jadi ibu.
berdoa Allah bg aku rezeki, kesihatan untuk jaga amanah Allah ni utk bagi yang terbaik.

Hannah nak masuk 2 tahun ni.
dah start kena uruskan utk legalize documents utk pengangkatan hannah.
Mohon Allah permudahkan urusan ku. currently ada 1 hiccups, tp tgh usahakan. Semoga berjaya.
Korang doakan yea.
Insyallah kalau blog ni ada lagi, maybe aku boleh share certain stuff untuk membantu orang2 lain mengikut pengalaman aku.

ikutkan banyak nak cerita. 
tapi malas datang kembali. hahahhahahaa.
lain kali la kita sambung yea. kah kah.
lain kali tu tak tau la bila kan.
jangan kena tunggu lagi 6 bulan atau tahun 2019 sudah la ye.
itu pun kalau blog ni wujud lagi la.

ok peeps.
happy weekend people. 
xoxo