Instagram : @peejburhan

Mohon di permudahkan semuanya untuk kami

lama sangat aku tak bersiaran kan.
hati memang dah takda..
kalau ada hati pun tapi masa tidak mengizinkan.

tapi today free.
n hati sebak menangis keseorangan ni.
so marilah kita update kisah sebak ini.

lately ni hati tah kenapa sedihhhh sangat-sangat la.
asyik teringat n rindu sangat-sangat kat papa.
especially bila tengok Hannah.
Hannah tu mata jenis sedih. sebijik macam mata papa.
so tengok Hannah lagi rindu kat papa.

family aku memang happy sangat dengan kehadiran Hannah.
memang buah hati pengarang jantung semua orang la.
bila tengok mama lawan tak sihat dia tu, tetap nak layan Hannah.
wondering kalau papa still ada macam mana la pulak agaknya.
ye la both parents aku tak merasa berkasih sayang dengan cucu kan.
sama jugak dengan adik beradik semua. kita orang mana pernah layan anak buah/anak mengadap 24/7 daripada kecik sampai besar.
so memang celik mata ke, balik kerja ke apa semua mesti carik Hannah dulu la. heheh.

Alhamdulillah Hannah less than 2 weeks nak masuk 6 bulan dah.
kejap je rasa.
progress pulak terlalu cepat dia ni.
merangkak memang dah seantero tempat dah.
pastu now asyik nak berdiri je. dia akan panjat badan orang, tepi sofa ke apa untuk dia berdiri.
pitam kan. padahal baru 5 bulan lebih.
now nak pakaikan diapers n baju pun kemain payah. asyik nak berpusing, duduk n pergi sana sini.
dah terjerit2 macam orang gila aku.
penat weyhhhhhh.

paling baru semalam dia dah pandai nyahut kalau kita orang tanya, "hannah manaaa?? mana hannahhhh???"
kemain dia "uhhhh"..."uhhhhh"
sampai kita pandang dia. bila pandang dia senyum.
uihhhh pandai sangat ni. eeee geram.

eee sayang sangat.
pastu nanti kejap-kejap macam tak percaya eh kenapa ada budak kecik kat dalam rumah ni?
kenapa tetiba ada budak kecik elok melentok kat badan aku sambil pandang aku ni?
so surreal.

penat n rasa takda masa je untuk diri sendiri.
but of coz it is all worth it.
Alhamdulillah jugak sebab aku ada support system yang sangat kuat.
Family aku n suami aku sangat la membantu sangat dalam menjaga n besarkan Hannah sama-sama.
kalau mak sorang handle, mak akan pitam. sebab iolls #mudahstress hahahaha
ada sekali tu semua takda aku kena jaga dia seharian. oiiii penat.
pastu dia kan asyik berpusing nak merangkak.
aku penat kejar, angkat n letak balik dia. *tapi tetap tak kurus*
last aku sendal dia ngan bantal belah sana, belah sini aku baring.
so dia takleh bergerak or pusing.
menjerit2 dia nak gerak tak boleh.
dia jerit, aku jerit.
dia jerit kuat lagi, aku jerit kuat daripada dia.
pastu cakap, ingat hannah je ke boleh jerit? jom lawan.
amik kau lawan jerit lelama sampai nangis dia. kah kah kah.
#makpembuli

eeee geram budak tu.
eh type semua ni tersenyum pulak aku.
walaupun asal memula buat entry ni dengan perasaan hiba dan tengah menangis.

kisahnya. aku rasa mostly korang tau kehadiran Hannah anak syurga ni dalam hidup kami.
aku tak pernah detail bagi tau. sebab biarlah aku simpan sesama keluarga.
tak semua benda aku suka share.
tapi most of u peeps get the idea.
thanks untuk semua yang hormat n takda bezakan dia n tak tanya aku soalan pelik.
untuk yang kurang sensetif bagi statement menyentap kat aku, yes aku sentap tapi aku maafkan korang.
nak buat macam mana kalau dah dasar mulut takda insurance kan.

besar tanggungjawab kami. ingat aku tak pikir ke semua benda.
macam mana itu. macam mana ni.
dah besar macam mana semua aku pikir.
amanah yang Allah bagi kat kami lagi berat sebenarnya.
tapi sendiri simpan dan hadapi.

aku memang niat nak buatkan aqiqah untuk Hannah n doa selamat.
small majlis for her, aku pun taknak majlis besar-besar.
sebab? sebab aku malas nak layan soalan ala2 terkejut manusia. nak je aku tampar.
so cukup sekadar few close friends, family n jiran tetangga.

tapi tu la kak jah sibuk bak ang asyik tertangguh n tak tau bilanya nak buat.
plan dari december bawak ke january sampai sekarang dah masuk febuari pun. hahah gagal betul.
then tetiba noy tanya bilanya kau ni?
aku cakap bulan ni memang tak free kecuali 1 minggu tu je.
terus noy kata dah amik tarikh tu je. haaa really?
ok fine.
so terus contact caterer kambing.
Alhamdulillah tarikh tu boleh.
now baru nak carik catering. pitam. harap ada la yang available.
kakak ipar aku kak shida memang buat catering gak, tapi taknak susahkan dia.
kalau boleh nak dia datang as tetamu jugak. gituh.

so nway, lepas settle hal kambing.
orang tu mintak nama aku, n nama anak semua.
then aku letak la. then part nama hannah tu takda binti.
rasa pelik. ingat nak letak je apa-apa.
tapi hakikatnya ikut pendaftaran nama dia memang nama dia sesaja for the time being.
terus aku delete n biarkan nama aku pun takda binti.
so takda nampak pelik sangat. sedapkan hati aku sendiri.
then aku send whatsapp tu.

then semalam sembang ngan mama.
mama cakap dia sedih.
aku tanya kenapa? dia kata nak baca doa selamat nanti nama hannah takda binti.
aku macam takpa la. memang takda pun.
orang faham kot. tak pun letak je binti apa2 nama Allah dulu.
mama kata ye lah.
tengok hannah dok terpanjat sana sini senyum gelak semua rasa sebak pulak.
dia tak tau apa-apa pun.
pastu habis situ.

then today orang kambing tu reply whatsapp aku today.
mintak aku bagi nama full hannah please sebab dia nak niatkan akikah nanti.
aku macam tersentak. bukan sebab apa.
sebab terus sedih sebak semua la. sebab aku tak boleh bagi buat masa ni.
hakikatnya tu je la nama yang dia ada, nama penuh dia yang aku bagi.
selepas 2 tahun bila pengangkatan baru akan bintikan dia dengan Nama Allah.
buat masa ni belum pilih pun lagi.

Terus aku jawab situasi aku n kata tu nama dia yang berdaftar.
takda nama lain.
kalau nak bintikan jugak, boleh la bintikan Abdullah.

orang tu mintak maaf sebab dia tak tau.
takpa la aku tak salahkan dia. memang dia tak tau la.
mana pulak dia nak tau.
lainlah aku memang tahap glamour mengalahkan Neelofa lak kan.

tapi tah kenapa takleh kawal lak perasaan
tak pasal aku menangis2 lak.
sebab sedih.
aku pun tak sure napa aku sedih.
tapi aku sedih sangat.

i dont know what future holds for her.
aku cuma berharap n berdoa dia di lindungi olehNya
di jauhkan dari orang-orang jahat dan bermulut keji
aku juga doa dia membesar sayang kat kami semua macam mana kami sayang kat dia.
but then again. aku hanya mampu doa n bagi terbaik. Allah menentukan segalanya.


ni la kesayangan buah hati aku. dedua sekali.
Alhamdulillah ngan keluarga kecik ni.
pun dah bersyukur n happy sangat. cukup la kot.
bak kata ben yang tak sudah2 nyanyi untuk hannah, "ni la satu-satunya anak daddy" hehehe.
rezeki Allah tak tau lagi. mana tau tetiba lepas ni berderet-deret lain kan.
tapi ikut mummy ni, cukuplah Hannah sorang je. heheh

Moga Allah permudahkan semua urusan kami membesarkan Hannah.
dan semoga anak mummy membesar dengan sihat, sempurna, menjadi anak yang baik.
Aamiin. Insyallah.

ok sekian luahan hati iolls yang lara ini.
bila check hp app period, memang dah due sangat.
patutlah PMS rupanya.
patutlah hati tisu sangat pulak lately ni.
mohon kak jah bertenang dan tabah. heheh.