Instagram : @peejburhan

Jiwa sentimental di hari Jumaat

Salam Jumaat everyone,

As usual, Jumaat je jiwa aku jadi sentimental.
tah kenapa tak tau. Jadi tetiba rasa nak bebel2.
Ada lagi ke orang sudi baca bebelan aku kat blog ni.
lama gila dah tinggalkan dunia blog ni.
Rindu n sayang sangat.
Ye la lama kot. sejak 2006 aku dah blogging.
Daripada zaman Friendster weyh, sekarang tah ada ke tidak lagi Friendster tu. kah kah.

Kerja banyak actually, tapi mari rehatkan minda kejap kita hadap blog kan.
Today rasa sebak tah apa2.
On the way pergi kerja tadi rindu sangat kt papa.
on the way pergi kerja tak putus2 sedekahkah Al-Fatihah kt papa.
then elok nak naik lift pergi office tgk ada pakcik sorg ni tgh tunggu lift.
sedih sebak teruk, sebab size, ketinggian n rambut potong botak nipis sebijik macam papa. *nangis*
rasa nak peluk je, tapi kejadahnya. so again mampu sedekahkan Al-Fatihah je.

Alhamdulillah next week 3 benda baru dari Fame Cosmetics akan masuk pasaran.
Kita akan jual Matte Lipstick then sempena tahun 2018 ni, Kita keluarkan limited edition Note Book n Calender Set.



Lawa kan.
Fav aku 3 color, paling love Hot Coral. Lagi dua suka Runaway Bride n Be Mine.
lagi dua color seperti biasa lawa je, tapi aku tak biasa pakai warna pekat2 ni.
rasa memancar2 bibir aku...hahaha seram.
tapi andai kata aku pakai n terasa diri amat lawa aku akan selfie up kt ig n fb.
masalahnya sekarang dah lama tak rasa lawa. nak selfie pun sedih je.

n bawah ni pulak kita punya note book n calendar.



ada 3 design n tak print banyak pun.
mmg khas utk Fame Lovers yang banyak sangat support Fame tak putus2. gituwwww.
Start today semua stokis n agents boleh restock dah.
tu tengok staffs semua busy packing.
n berbunga hati tengok banyak gila barang jalan dorang restock.




lepas tu sebak lagi.
hahahah tah apa-apa.
tu aku cakap hari ni hari yang penuh sebak.
Sebak sebab memikirkan ketentuan Allah.
kalau Allah tak gerakkan aku jumpa Filla n Elly, tak gerakkan hati kita orang berbusiness.
Aku masih di rumah agaknya tah macam mana la. 
masih gigih meniaga produk bermacam.

seperti biasa akan hari2 sentimental macam ni rasa sebak terlampau.
how time have changed.
omg i'm totally a changed woman right now. wahhhhh.
hahahhahahahahahaa

lately ni banyak jumpa org2 kuat marketing.
utk naikkan lagi branding n marketing for Fame.
berbincang utk langkah marketing Fame for 2018.
terkecut2 je bila sembang ramai terkejut Fame nak naikkan lagi marketing.
Ramai org marketing kata Fame ni sebenarnya brand dah kuat n company jerung.
woooow jerung ke? kami sendiri rasa macam kami masih bertatih dalam industri kosmetik dan perniagaan ni.
siap kata kalau search pasal Fame leh nampak Fame tak pernah jatuh.
Company yang konsisten n sentiasa naik. Alhamdulillah.
berbekalkan sedikit ilmu belajar sikit2 ni kita cuba mana terbaik.

such a compliments to hear all that.
tapi mcm aku cakap, kita orang rasa macam banyak lagi kena belajar.
sbb tu nak terus belajar n kembangkan business. banyak lagi nak kena buat.
harap 2018 kita leh lagi all out untuk semua yg tak putus bantu n tolong Fame selama ni.
omg serious hari ni hari penuh emosi untuk aku. hahahahha
rasa nak gelak, sebab ciri2 dah tua hati mudah emo.

dah berubahnya hidup kak jah 5 tahun dulu dan sekarang.
kalau korg tau la time aku tidur sekarang mesti kena gelak.
dulu kalau tak cecah subuh aku tak tidur.
sekarang ni kalau anak tidur kul 9.30. aku kul 9.45 dah tidur. kau mampu?
bapak hannah berzikir n baca2 ayat nak bagi anak tidur.
kadang mak dia tidur dulu. pitam.

ni hannah demam ni.
tapi tak demam teruk sangat la. so tak susah hati sangat tinggalkan kat bibik.
demam sebab nak tumbuh gigi.
sebab aku tgk gigi taring dia tgh nak pecahkan gusi.
dah la tu bau ikan masin je hannah tu. busuk bebenor air liur cikonah tu sakit gusi.

oh n 1 more, aku dlm proses nak susukan hannah.
matiklah hannah dah setahun lebih baru buat.
dulu aku takleh buat agaknya penat kerja n menguruskan hannah.
darah tinggi aku mencanak yea.
doktor pun tak berani nak bg medication kat aku. risau dia.
now agaknya bibik dah ada, kerja dah berkurangan sikit baru ok-ok la darah tinggi aku.
so aku dah start buat masa hannah setahun 2 bulan hari tu.

Alhamdulillah now dah ada susu.
cuma belum la mencurah2. tapi hannah dah dapat la sikit2 rasa susu mak dia ni.
korang doakan susu sis melimpah ruah n ada rezeki untuk hannah yea. Aamiinnnn.
dah la budak tu memain je memula nak susukan dia tu.
boleh dia gelak2. n tergeleng2 kepala. tampar kang.


sekarang dah ok dah.
siap dah pandai selak baju mak dia ngan buat style nak isap.
pun rasa nak tampar gak tu. hahaha.
ni pun pengorbanan sangat. kena tenang n tak stress.
tapi selagi tak mencurah pun stress je rasa. aku kan seorang yg mudah stress.
dah la tak tahan weyh ubat dia tu.
sebab buat kau lalok n ngantuk kawwwww.
aku bukan someone yang boleh tidur bersepah, aku kena tidur proper.
tapi makan ubat susu ni, kul 11-1pm aku akan ngantuk kawwww yg takleh function tu.
doktor mmg dah cakap mmg akan lalok teruk n hormon haywire. 
terima je lah. 
sis hanya mampu berdoa n berharap dpt susukan anak ku seorang ini. Aamiinnnnn.

omg aku tak sangka la aku akan sayang with all my heart seketul budak kecik sorang ni.
pengarang jantung tuan puteri pucuk kelompang nan satu.
mmg penyeri kami laki bini.
syukur pada Allah bg kami amanah n rezeki rasa kasih sayang seorang anak n bagi rasa jadi ibu dan bapa.
jadilah sorang ni.
walaupun doktor yg aku jumpa trying hard utk convience aku lepas dapat susukan hannah suruh aku dapatkan sorang lagi.
ok i love hannah, but i'm not sure if i'm ready for 2 kids. hahahha.
jadilah kan sorang ni kan?
hannah nak kawan boleh kawan ngan cousin dia nanti, anak noy. kah kah.

Ya Allah banyaknya kerja nak kena hadap ni.
selamba aku buat blog pulak bebel2.
Ada 4 iklan nak buat utk next week ni.
tak start apa lagi, ingat today nak mengadap iklan.
tapi masuk kerja je, ada kerja lain mendatang.
ni abis lunch pun tak reti2 nak start lagi.

Esok pulak ada hi-tea nak jumpa stokis Fame. lama tak jumpa dorang.
stokis yang banyak bantu menaikkan Fame. sayang semua.
so nak spend masa ngan dorang.
ni kat opis pun tengah busy semua. staff pun Alhamdulillah semua ok sangat.
takda langsung yg peningkan kepala. Allah bg rezeki staff yg terbaik semua.
Insyallah hujung bulan ni nak spend masa enjoy2 ngan dorang pulak.
kerja keras dorang hujung tahun ni.

ok la. cukup for today.
hidup aku sekarang takda apa. revolves aroung kerja je n malam ngan anak.
so cerita aku berpusing situ je.
kang aku cerita pasal kerja je, menyampah lak korang kan.
macam kan takda cerita lain.

doa2 kan susu utk hannah yea.
n doa2 kan kak jah berinspirasi n ada masa utk update blog lagi.
n doa2 korang pun rajin baca bebelan iolls yg semakin kertu n not cool ni.

xoxo
lebiu all.


6 Comments:

SueGinola said... [Reply to Comments]

Salam Peeja..
Seronok sangat tau baca blog peeja...
And happy jugak untuk Peeja sekeluarga...
Semoga Peeja dan keluarga terus happy2..dimurahkan rezeki lagi...

Dalila Zakaria said... [Reply to Comments]

Masih singgah sini lg peej..n follow ig u jugek.hihi..wah a good effort n achievement susukan hannah..byk kn minum air, mkn kurma utk byk kn susu..

Shahrizat said... [Reply to Comments]

Assalamualaikum boss, tahniah !
Oleh kerana tak sabau benau, colour lipsetik tu yang sama macam gossip tu yg mana satu? (please be "be mine")
Gossip tu favourite colour ku. tq and all the best! Allah bless!

yna yna said... [Reply to Comments]

kak peej keep on updating blog, walaupun sy ade follow kt ig but rasa xpuas klo tak baca kak jah bebel, kat ig xde bebel2 and story2 gini. sini best baca, nt pesan kak elly n kak pilla rajin2 bebel kt blog jgk ahaha

AYLANi said... [Reply to Comments]

mestilah ada lagi yg baca ^_^ haha kelakar part breast feed hannah tu, semoga dipermudahkan urusan k.peej and ada rezeki melimpah ruah dari pelbagai sudut.amin =)))

BLOG ANAK MAMA^^ said... [Reply to Comments]

tak pernah bosan pun peej...keep up blogging :)and one more nak share setiap kali you nak susukan tu terus doa "Ya Allah banyakkanlah susu ku seperti sungai yang mengalir deras, kurniakanlah rezeki susu ini dan khasiatnya untuk anakku, terima kasih ya Allah (sambil imagine air sungai mengalir). yakin pada Allah seyakin-yakinnya. Insyaallah..sama2 doa utk you jugak :)

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...