Instagram : @peejburhan

Furniture hunting

Hola all,

saja nak bersiaran sbb keseorangan kt office ni.
semua keluar lunch.
aku tak keluar. mintak bungkuskan je.
sebab tadi terbangun lambat.
so breakfast pun dah lewat. masih kekenyangan.
tapi kenyang tak bermakna nak diet lalu tak makan lunch.
bungkus tetap bungkus. kah kah.

ok saje nak sembang.
sebab jiwa i tengah berdebar2 ni.
sebab barang dah sampai kat port. tinggal nak deliver ke rumah je.
so adalah sangat excited. kah kah kah.

siapa yg follow fb n ig aku tau la kot.
kalau tak follow aku pun follow elly n filla ke.
awal bulan november lepas kita orang pergi china.
mission kali itu adalah mencari barang rumah.
dorang nak mencantikkan lagi rumah dorang.
aku pulak, mmg sejak pindah rumah aku kosong takda apa.
so mmg kena mencari furniture utk rumah.

lama i bersabar tau rumah kosong.
sebab mmg ingat nak beli sini je.
tapi elly telah meracun dengan gambar2 dan di tebarkan ngan racun mengatakan sana barang rumah murah.
so bertabahlah kita.
aku start masuk rumah aku balik september lepas.
so mmg kosong takda apa.
nak terus pergi takda duit memasing kan.
kita orang mengamalkan konsep mari kumpul duit sikit2. cukup kita pergi. gitu.
sama gak kalau bercuti, masing2 simpan duit dalam tabung sebulan sekian amount. cukup nanti lets kita bercuti. mcm tu la.

so november hari tu dah buat research apa semua. mari ke china.
kalau nak beli perabot bukan kat guangzhou. dia kat daerah foshan.
foshan ni dalam sejam perjalanan dpd guangzhou, kalau tak jam.
plan asal nak duduk kat foshan je 4 hari. khas utk shopping furniture.
tapi agent china kita orang tak sarankan. dia kata balik hari n ulang dpd gz je.
sbb foshan tu lepas pukul 6 ptg mati. kang malam lapar semua payah nanti.
ada 2 je kedai halal kat situ n malam tak bukak. eh seram tu.
terus cancel hotel foshan tu, n decide duduk kat gz je.
so hari2 ulang2 ke foshan tu.

dia ada charge dia. tapi aku tak tau la. sbb tu elly n radie yg uruskan.
pagi kul 9am van amik kat hotel kat gz.
then hantar ke foshan mana kita nak pergi.
van tu akan tunggu n lepak la memana sementara kita shopping.
nanti petang nak gerak, call dia, dia pick up kat mana kau ada.

kat foshan tu ada 3 bahagian.
class A, class B n 3rd class punya tempat.
agent china tu mungkin merasakan kita orang ni bertarap pengasas dan kaya raya.
hari pertama tu dia hantar kat Class A punya tempat.
memang letop complex dia. ala2 starhill dah tempat dia.
perabot lak mostly italian stock gempak lawa meletop kebabom.
ada gak yg lawa2 n high end modern bukan italian.
berkenan gak.
tapi bila tanya harga terus putus harapan.
gila babi area situ semua stock harga belas ribu or puluh ribu.
apa ni? kata china murah. kalau begini gaya, takpa la..aku shopping kt KL je la kat kedai parabot ah keng ke apa.

serious down gila time tu.
sebab macam apa mahal je semua ni.
jenuh pusing kat mall bertingkat2 tu semua mahal.
pergi ke sebelah lagi punya mall. di syaki yang Class B. pun sama lawa tapi mahal.
murah dpd yg satu lagi tu.
tapi still tak dalam budget. ye la aku nak beli perabot utk satu rumah aku kot.
kalau satu barang dah cecah rm8000 ke rm10000 mcm mana nak beli lain.
down n sedih sangat.
tak leh jadi ni.

so panggil balik orang van. suruh dia bawak ke tempat lain.
sbb masa otw tu mmg nampak sepanjang jalan ada banyak tulis furniture sana sini.
so kita orang ajak ke area lain lak.
so van tu bawak. tak ingat aku nama area tu. Shendong ke apa tah.
tapi dpd apa aku tgk, sebijik mcm agent tu lukis masa dia tunjuk kt KL hari tu.
maknanya kita orang pergi gred C punya furniture la.

so ke sana.
sampai sana. mmg banyak n nampak sesuai sikit ngan standard kita orang.
Mall yg memula tu terlalu class dan menakutkan.
dia ada banyak kedai2. macam dalam shopping mall tu.
so masuk kt yg nampak lawa. tanya harga lalu terkejut dan terus menari zapin kita orang kt kedai tu.
Yaaaaa...inilah yg kita cari. barang class, tapi harga mampu n masuk akal.

aku seorang yang takda wawasan. n takda angan2.
aku takda impian nak itu ini.
aku seorang yg rasa lawa n boleh masuk...yessss jom beli. gituuuu.
sbb aku suka masalah aku settle cepat. x suka last minute n nak ulang2 cari ke apa.
berkenan terus on.

so kat kedai pertama tu.
nampak dia susuk kerusi macam lawa je.
terus rasa. ok lawa..ruang tamu aku macam ni la.
hahahahahhahahahaha...hampeh



duduk rasa ok.
terus sis on beli kerusi2 ni.
beli 1 3 seater ni, n 2 wing chair tu. wooow letopsss.
tapi 3 seater tu aku tukar color grey gelap. walaupun suka color tu.
ada anak kecik tak di sarankan warna terang2 tu yea. berkeladak nanti.



wing chair aku maintain warna ni.
sebab macam lawa.
seee aku kan takda vision.
walaupun rumah aku tak berkonsep turquoise. tetiba aku ok je warna ni. kah kah.
perghhhhh letop la rumah kak jah nanti. kah kah kah.

harga aku tak tau la nak kata murah ke mahal.
tapi dari segi quality aku rasa berbaloi.
n aku syak kalau kat KL mahal lagi ni.
sbb ingat lagi, aku rasa kalau kt KL, harga yg dpt kat sana tu..aku hanya dpt 2 ketul je wing chair tu.
sekarang mana ada murah KL ni.
so sis puas hati.

lama berjalan n jauh menapak.
mencari barang utk 3 orang kan.
then bergerak sana sini.
carik meja makan lak.


aku amik ni. both meja n kerusi.
harga murah gak la utk set ni. meja n kerusi tu solid wood.
aku tak cari yg fabric sebab now rumah dah renovate tu.
kawasan meja makan bebetul sebelah dapur.
dgn memasak apa bagai. kalau fabric nanti bau sambal kerusi aku.
so cari yg mcm ni senang nak maintain.
simple2 je la. sesuai ngan kak jah.

bila shopping je aku suka share ngan mama.
nanti mama cakap la taste aku simple.
elly n filla taste2 mak datin.
ok la. ikut faktor umur. kak jah baru tua lite2.
dorang dah tua bebenor. hahahahah *petirrrr*
mana tau 5 tahun akan datang, taste aku italian n shopping kt Mall starhill yg grade A tu ke kan?
kah kah kah.

kita orang kat Foshan tu ulang alik 3 hari pergi.
hari pertama banyak jalan. masing2 dapat 1-2 barang je.
sebab yg area grade C punya area aku cakap tu. kalau berjalan aku rasa panjang ada la 1-2 kilometer kot.
dia mcm ada block a-f gitu memanjang. n ke belakang ada lagi 4-5 lapisan. gila banyak weyh.
then naik jejantas, seberang jalan pun ada gak yg sama.
mmg sama ada mampu ke tak je nak menapak. tapi sebab nak lengkapkan rumah. gigih.




ni aku beli utk area depan TV.
takleh beli bulky sebab rumah sis kecik je kan.
pun aku tukar warna jadi grey gelap. sebab area ni mesti jadi kawasan lepak.
takleh warna2 cerah ni.
ni sofa bed. n best bawah sofa tu leh buat storage. bagus leh campak mainan hannah.

seram memikirkan rumah ada sofa.
hannah tu now macam komando. kerja memang panjat n lompat sana sini.
semalam berapa kali jatuh. melompat elok landing kt lutut aku la.
terlentang la. pening la.
favourite dia adalah lompat atas tilam.
tu risau tu ada katil nanti. dah la tilam aku tinggi gila.
campur katil lagi tinggi tu. haih la cikonah ni.

dah settle shopping sofa apa bagai.
leh lah jumpa kedai jual wood n leather.
tolonggg aku dah la suka kan.
tapi takleh la sbb dah tershopping awal.
berkenan sofa leather kat situ, lawa2. tau la leather ni tahan lama.
so sis hanya mampu beli coffee table kt bawah ni je.
jadi la. kah kah.


eh carpet dia macam lawa pulak.
oh carpet kat sana pun lawa. sebab design modern n tak pernah nampak kat sini.
maybe la sini ada, tapi semua stock mahal n kau jumpa kat bangsar pastu tanya harga..kau kena heart attack serta merta gitu.
tapi aku kan mudah penat, by the time tiba masa nak cari accessories rumah aku dah kepenatan n takda mood nak shopping dah.


i beli katil ni gak.
suka sebab solid wood.
tak leh la, kata anak hajjah noraini. so minat kat kayu tu takleh hilang.
aku suka design kayu2.
berat gila kayu dia, kalau acara gempa bumi berlaku pun katil ni berdiri teguh je. hahhaha

mcm aku cakap aku beli je apa2 nanti pm mama kt fb share.
tetiba mama kata kalau garden chair murah beli la gak.
ye ke? tak masuk list aku tu. hahaha.
sbb rumah aku skrg kan mana ada apa, apa ada semua yg mana rumah mama dah taknak pass ke aku.
ok la lets beli.
so aku beli yang bawah ni.


1 meja n 4 kerusi.
ok la.
laki aku suka lepak ngan kawan2 dia smoke kat luar sembang2.
jadilah. selesa la.
ok la harga set ni dalam rm700.
murah la kan? aku pun tak sure harga kat kl kalau berapa. hahha

oh n misi mencari bedside table susah gila.
sebab aku dah buat plug kat tepi kepala katil.
tapi belah yg tepi dinding tu ukuran gila pendek.
sebab aku kan reno rumah malas nak monitor.
lantok la kau buat mcm mana pun.
tapi bila dah masuk baru perasan kecik je kawasan.
kalau nak bedside table aku kena carik meja yg dua jengkal tangan aku je.
hahahha matiklah dorang kat sana asyik kutuk aku.
dorang suruh aku ukur siap2 kawasan rumah aku.
rumah aku kan kecik. so kena make sure barang tak terlalu besar ke apa.
tapi aku cari measuring tape tak jumpa.
so aku main jengkal2.
dorang bengang aku carik barang aku dok jengkal2 pakai tangan.
hahaha kampung giler.

so berjalan masuk kedai2 tu. aku jumpa meja 2 jengkal!
hahaha gigih kak jah beli
ada gak cino buat meja dua jengkal. syabas china. hahahah


hari ke 3 tu ulang pergi kedai yg jual perabot leather n wood tu.
sebab aku kan suka wood.
so beli gak chest table ni.
boleh letak area tv.
tapi dorang tak puas hati gak.
sebab meja letop. aku nak buat letak baju2 hannah.
kah kah kah. biarlah kan.
senang barang dia kat luar.
bibik nak siapkan hannah senang.



nice kan. bukan org tau pun apa ada dalam ni. heheh.
then hari ke 4 n ke 5 kat sana kita orang kat area gz.
mission carik hiasan pulak.
tapi takleh after 3 days kaki aku dah cannot go dah.
so aku tak beli apa sangat.
plus tak kisah la, tu area gz je kan.
so bebila boleh pergi lagi nanti.
so situ elly je masih semangat membeli itu ini.
aku beli 2 benda kat bawah ni je.
aku beli painting bawah ni.


n pelita ni.
dah lama suka benda ni.
sebab dulu kan sis peminat tegar kardashian. so rumah kardashian ada.
harus aku nak gak. hahahhaha.
tapi barang ni shipping hari tu dah sampai.
goyang ada dengar bunyi kaca.
dorang mmg dah cakap barang kaca leh pecah. tak jamin.
aku tak bukak habis lagi, nanti la bukak n hantar kedai cermin betulkan.
sekrang barang lum sampai lagi furniture, belum semangat lagi nak lawa2.
nanti kita hantar.

ni barang dah sampai kat port.
tapi lori win, MG Movers job penuh, takleh nak amikkan.
nanti rasanya by awal Jan br sampai rumah.
dah hias2 nanti i share pics yea. kalau rajin la. hihihii.

Insyallah January ni tengah kumpul duit nak buat kitchen cabinet lak.
slow2 la kan. semua nak sekaligus kak jah pengsan nanti.
org cabinet pun kena panggil balik nanti.
hari tu dorang datang ukur n quote tu tgh takdo duit. so aku tak pilih accessories semua.
so kena panggil balik.
ingat nak simple2 je. tapi elly n filla mulut puaka.
kata rumah pengasas tapi kedekut nak murah. jilake.
fineeeee, nanti i tgk balik. herghhh.

eh ok lah.
lama nau dah manaip ni.
nanti rajin i update lagi yea.
xoxo

6 Comments:

Dhiera nadhirah said... [Reply to Comments]

kerusi kuning L shape tu berapakah harga nya? macam menarik je ni

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

best weh shopping2 barang rumah. lagi kalau ada budget lebih, seronok beli barang. nanti dah siap deco2, buatlah entry jugak :D

izz zac said... [Reply to Comments]

Nice update!

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said... [Reply to Comments]

update nanti bila dah susun perabot tauu

haslina rusli said... [Reply to Comments]

kak nnt jgn lupa update bila brg smpai ye. cntik suma furniture ni

Kikikumu 1812 said... [Reply to Comments]

Boleh share contact no agent nak pegi ke foshan tu tak?

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...