Furniture hunting

Hola all,

saja nak bersiaran sbb keseorangan kt office ni.
semua keluar lunch.
aku tak keluar. mintak bungkuskan je.
sebab tadi terbangun lambat.
so breakfast pun dah lewat. masih kekenyangan.
tapi kenyang tak bermakna nak diet lalu tak makan lunch.
bungkus tetap bungkus. kah kah.

ok saje nak sembang.
sebab jiwa i tengah berdebar2 ni.
sebab barang dah sampai kat port. tinggal nak deliver ke rumah je.
so adalah sangat excited. kah kah kah.

siapa yg follow fb n ig aku tau la kot.
kalau tak follow aku pun follow elly n filla ke.
awal bulan november lepas kita orang pergi china.
mission kali itu adalah mencari barang rumah.
dorang nak mencantikkan lagi rumah dorang.
aku pulak, mmg sejak pindah rumah aku kosong takda apa.
so mmg kena mencari furniture utk rumah.

lama i bersabar tau rumah kosong.
sebab mmg ingat nak beli sini je.
tapi elly telah meracun dengan gambar2 dan di tebarkan ngan racun mengatakan sana barang rumah murah.
so bertabahlah kita.
aku start masuk rumah aku balik september lepas.
so mmg kosong takda apa.
nak terus pergi takda duit memasing kan.
kita orang mengamalkan konsep mari kumpul duit sikit2. cukup kita pergi. gitu.
sama gak kalau bercuti, masing2 simpan duit dalam tabung sebulan sekian amount. cukup nanti lets kita bercuti. mcm tu la.

so november hari tu dah buat research apa semua. mari ke china.
kalau nak beli perabot bukan kat guangzhou. dia kat daerah foshan.
foshan ni dalam sejam perjalanan dpd guangzhou, kalau tak jam.
plan asal nak duduk kat foshan je 4 hari. khas utk shopping furniture.
tapi agent china kita orang tak sarankan. dia kata balik hari n ulang dpd gz je.
sbb foshan tu lepas pukul 6 ptg mati. kang malam lapar semua payah nanti.
ada 2 je kedai halal kat situ n malam tak bukak. eh seram tu.
terus cancel hotel foshan tu, n decide duduk kat gz je.
so hari2 ulang2 ke foshan tu.

dia ada charge dia. tapi aku tak tau la. sbb tu elly n radie yg uruskan.
pagi kul 9am van amik kat hotel kat gz.
then hantar ke foshan mana kita nak pergi.
van tu akan tunggu n lepak la memana sementara kita shopping.
nanti petang nak gerak, call dia, dia pick up kat mana kau ada.

kat foshan tu ada 3 bahagian.
class A, class B n 3rd class punya tempat.
agent china tu mungkin merasakan kita orang ni bertarap pengasas dan kaya raya.
hari pertama tu dia hantar kat Class A punya tempat.
memang letop complex dia. ala2 starhill dah tempat dia.
perabot lak mostly italian stock gempak lawa meletop kebabom.
ada gak yg lawa2 n high end modern bukan italian.
berkenan gak.
tapi bila tanya harga terus putus harapan.
gila babi area situ semua stock harga belas ribu or puluh ribu.
apa ni? kata china murah. kalau begini gaya, takpa la..aku shopping kt KL je la kat kedai parabot ah keng ke apa.

serious down gila time tu.
sebab macam apa mahal je semua ni.
jenuh pusing kat mall bertingkat2 tu semua mahal.
pergi ke sebelah lagi punya mall. di syaki yang Class B. pun sama lawa tapi mahal.
murah dpd yg satu lagi tu.
tapi still tak dalam budget. ye la aku nak beli perabot utk satu rumah aku kot.
kalau satu barang dah cecah rm8000 ke rm10000 mcm mana nak beli lain.
down n sedih sangat.
tak leh jadi ni.

so panggil balik orang van. suruh dia bawak ke tempat lain.
sbb masa otw tu mmg nampak sepanjang jalan ada banyak tulis furniture sana sini.
so kita orang ajak ke area lain lak.
so van tu bawak. tak ingat aku nama area tu. Shendong ke apa tah.
tapi dpd apa aku tgk, sebijik mcm agent tu lukis masa dia tunjuk kt KL hari tu.
maknanya kita orang pergi gred C punya furniture la.

so ke sana.
sampai sana. mmg banyak n nampak sesuai sikit ngan standard kita orang.
Mall yg memula tu terlalu class dan menakutkan.
dia ada banyak kedai2. macam dalam shopping mall tu.
so masuk kt yg nampak lawa. tanya harga lalu terkejut dan terus menari zapin kita orang kt kedai tu.
Yaaaaa...inilah yg kita cari. barang class, tapi harga mampu n masuk akal.

aku seorang yang takda wawasan. n takda angan2.
aku takda impian nak itu ini.
aku seorang yg rasa lawa n boleh masuk...yessss jom beli. gituuuu.
sbb aku suka masalah aku settle cepat. x suka last minute n nak ulang2 cari ke apa.
berkenan terus on.

so kat kedai pertama tu.
nampak dia susuk kerusi macam lawa je.
terus rasa. ok lawa..ruang tamu aku macam ni la.
hahahahahhahahahaha...hampeh



duduk rasa ok.
terus sis on beli kerusi2 ni.
beli 1 3 seater ni, n 2 wing chair tu. wooow letopsss.
tapi 3 seater tu aku tukar color grey gelap. walaupun suka color tu.
ada anak kecik tak di sarankan warna terang2 tu yea. berkeladak nanti.



wing chair aku maintain warna ni.
sebab macam lawa.
seee aku kan takda vision.
walaupun rumah aku tak berkonsep turquoise. tetiba aku ok je warna ni. kah kah.
perghhhhh letop la rumah kak jah nanti. kah kah kah.

harga aku tak tau la nak kata murah ke mahal.
tapi dari segi quality aku rasa berbaloi.
n aku syak kalau kat KL mahal lagi ni.
sbb ingat lagi, aku rasa kalau kt KL, harga yg dpt kat sana tu..aku hanya dpt 2 ketul je wing chair tu.
sekarang mana ada murah KL ni.
so sis puas hati.

lama berjalan n jauh menapak.
mencari barang utk 3 orang kan.
then bergerak sana sini.
carik meja makan lak.


aku amik ni. both meja n kerusi.
harga murah gak la utk set ni. meja n kerusi tu solid wood.
aku tak cari yg fabric sebab now rumah dah renovate tu.
kawasan meja makan bebetul sebelah dapur.
dgn memasak apa bagai. kalau fabric nanti bau sambal kerusi aku.
so cari yg mcm ni senang nak maintain.
simple2 je la. sesuai ngan kak jah.

bila shopping je aku suka share ngan mama.
nanti mama cakap la taste aku simple.
elly n filla taste2 mak datin.
ok la. ikut faktor umur. kak jah baru tua lite2.
dorang dah tua bebenor. hahahahah *petirrrr*
mana tau 5 tahun akan datang, taste aku italian n shopping kt Mall starhill yg grade A tu ke kan?
kah kah kah.

kita orang kat Foshan tu ulang alik 3 hari pergi.
hari pertama banyak jalan. masing2 dapat 1-2 barang je.
sebab yg area grade C punya area aku cakap tu. kalau berjalan aku rasa panjang ada la 1-2 kilometer kot.
dia mcm ada block a-f gitu memanjang. n ke belakang ada lagi 4-5 lapisan. gila banyak weyh.
then naik jejantas, seberang jalan pun ada gak yg sama.
mmg sama ada mampu ke tak je nak menapak. tapi sebab nak lengkapkan rumah. gigih.




ni aku beli utk area depan TV.
takleh beli bulky sebab rumah sis kecik je kan.
pun aku tukar warna jadi grey gelap. sebab area ni mesti jadi kawasan lepak.
takleh warna2 cerah ni.
ni sofa bed. n best bawah sofa tu leh buat storage. bagus leh campak mainan hannah.

seram memikirkan rumah ada sofa.
hannah tu now macam komando. kerja memang panjat n lompat sana sini.
semalam berapa kali jatuh. melompat elok landing kt lutut aku la.
terlentang la. pening la.
favourite dia adalah lompat atas tilam.
tu risau tu ada katil nanti. dah la tilam aku tinggi gila.
campur katil lagi tinggi tu. haih la cikonah ni.

dah settle shopping sofa apa bagai.
leh lah jumpa kedai jual wood n leather.
tolonggg aku dah la suka kan.
tapi takleh la sbb dah tershopping awal.
berkenan sofa leather kat situ, lawa2. tau la leather ni tahan lama.
so sis hanya mampu beli coffee table kt bawah ni je.
jadi la. kah kah.


eh carpet dia macam lawa pulak.
oh carpet kat sana pun lawa. sebab design modern n tak pernah nampak kat sini.
maybe la sini ada, tapi semua stock mahal n kau jumpa kat bangsar pastu tanya harga..kau kena heart attack serta merta gitu.
tapi aku kan mudah penat, by the time tiba masa nak cari accessories rumah aku dah kepenatan n takda mood nak shopping dah.


i beli katil ni gak.
suka sebab solid wood.
tak leh la, kata anak hajjah noraini. so minat kat kayu tu takleh hilang.
aku suka design kayu2.
berat gila kayu dia, kalau acara gempa bumi berlaku pun katil ni berdiri teguh je. hahhaha

mcm aku cakap aku beli je apa2 nanti pm mama kt fb share.
tetiba mama kata kalau garden chair murah beli la gak.
ye ke? tak masuk list aku tu. hahaha.
sbb rumah aku skrg kan mana ada apa, apa ada semua yg mana rumah mama dah taknak pass ke aku.
ok la lets beli.
so aku beli yang bawah ni.


1 meja n 4 kerusi.
ok la.
laki aku suka lepak ngan kawan2 dia smoke kat luar sembang2.
jadilah. selesa la.
ok la harga set ni dalam rm700.
murah la kan? aku pun tak sure harga kat kl kalau berapa. hahha

oh n misi mencari bedside table susah gila.
sebab aku dah buat plug kat tepi kepala katil.
tapi belah yg tepi dinding tu ukuran gila pendek.
sebab aku kan reno rumah malas nak monitor.
lantok la kau buat mcm mana pun.
tapi bila dah masuk baru perasan kecik je kawasan.
kalau nak bedside table aku kena carik meja yg dua jengkal tangan aku je.
hahahha matiklah dorang kat sana asyik kutuk aku.
dorang suruh aku ukur siap2 kawasan rumah aku.
rumah aku kan kecik. so kena make sure barang tak terlalu besar ke apa.
tapi aku cari measuring tape tak jumpa.
so aku main jengkal2.
dorang bengang aku carik barang aku dok jengkal2 pakai tangan.
hahaha kampung giler.

so berjalan masuk kedai2 tu. aku jumpa meja 2 jengkal!
hahaha gigih kak jah beli
ada gak cino buat meja dua jengkal. syabas china. hahahah


hari ke 3 tu ulang pergi kedai yg jual perabot leather n wood tu.
sebab aku kan suka wood.
so beli gak chest table ni.
boleh letak area tv.
tapi dorang tak puas hati gak.
sebab meja letop. aku nak buat letak baju2 hannah.
kah kah kah. biarlah kan.
senang barang dia kat luar.
bibik nak siapkan hannah senang.



nice kan. bukan org tau pun apa ada dalam ni. heheh.
then hari ke 4 n ke 5 kat sana kita orang kat area gz.
mission carik hiasan pulak.
tapi takleh after 3 days kaki aku dah cannot go dah.
so aku tak beli apa sangat.
plus tak kisah la, tu area gz je kan.
so bebila boleh pergi lagi nanti.
so situ elly je masih semangat membeli itu ini.
aku beli 2 benda kat bawah ni je.
aku beli painting bawah ni.


n pelita ni.
dah lama suka benda ni.
sebab dulu kan sis peminat tegar kardashian. so rumah kardashian ada.
harus aku nak gak. hahahhaha.
tapi barang ni shipping hari tu dah sampai.
goyang ada dengar bunyi kaca.
dorang mmg dah cakap barang kaca leh pecah. tak jamin.
aku tak bukak habis lagi, nanti la bukak n hantar kedai cermin betulkan.
sekrang barang lum sampai lagi furniture, belum semangat lagi nak lawa2.
nanti kita hantar.

ni barang dah sampai kat port.
tapi lori win, MG Movers job penuh, takleh nak amikkan.
nanti rasanya by awal Jan br sampai rumah.
dah hias2 nanti i share pics yea. kalau rajin la. hihihii.

Insyallah January ni tengah kumpul duit nak buat kitchen cabinet lak.
slow2 la kan. semua nak sekaligus kak jah pengsan nanti.
org cabinet pun kena panggil balik nanti.
hari tu dorang datang ukur n quote tu tgh takdo duit. so aku tak pilih accessories semua.
so kena panggil balik.
ingat nak simple2 je. tapi elly n filla mulut puaka.
kata rumah pengasas tapi kedekut nak murah. jilake.
fineeeee, nanti i tgk balik. herghhh.

eh ok lah.
lama nau dah manaip ni.
nanti rajin i update lagi yea.
xoxo

orang yg cut Q deserve a special place in hell? no?

hi bersiaran lagi,
saje nak sembang pagi2 ni.
kerja penting dah siap.
tp kerja2 sampingan banyak lg nak kena hadap ni.

saje nak buat entry khas berkenaan tajuk kt atas.
sbb seriously benci orang yg cut Q org tgh beratur. tampar kang.
siapa follow aku kt ig, n kawan kt fb nampak la video aku semalam.
aku buat blood test kat klinik.
aku sampai awal. tapi rasa awal, aku lepak kat kereta dulu.
dalam 7.15 am macam tu aku naik la.
sekali naik tgk dah panjang barisan.
bukan barisan orang beratur. tapi orang susun buku kesihatan dorang.

aku mmg takleh la nak susun buku ni. rasa lawak.
so aku berdiri belakang buku last tu.
sekali tgh aku berdiri n amik video.
dengan selamba ada sorang makcik tu amik buku dia letak depan aku.
whattahell. can u not see me? aku tgh beratur ni.
walaupun belakang buku. herghhhh.

sebelum lagi ramai makcik bawang sesuka hati letak buku depan aku.
baik aku letak gak buku aku. jilake.
ada yg tanya kenapa aku tak sound makcik tu?
1st aku tergamam. 2nd dia adalah makcik.
takkan la aku nak gaduh ngan makcik lak.
so hanya mampu sabar je la.

then sampai ke kaunter nak amik no giliran.
makcik tu depan aku.
dengar nurse cakap kat dia, awak buat satu2 dulu...jangan semua nak buat.
kang tak tau nak gi mana. dia ada banyak check up kot.
so moral is, walaupun dia kelam kabut n sejenis makcik bawang potong line.
still kau takleh nak rebut semua nak buat. kena gak ikut turn.
padan muka kau makcik.

dah la berdarah telinga aku duduk di antara makcik2 ni.
kemain dok pandang sana sini mengata orang.
masa tgh beratur nampak ada sorang nenek cina ni.
siap bawak mcm bag pasar beroda tu.
dia tgh susun2 barang dlm bag tu.
siap ada keluar bekal.
so dia n kawan2 dia mengata la nenek cina tu.
kemain siap cakap, "ni mesti dpd kampung ni. siap ngan bekal."
nak terbeliak mata aku. kau beria kutuk.
padahal geng makcik bawang tu br je aku dengar dorang sembang dorang duduk PPRT.
kau dah kenapaaaa?
gaya tu mcm duduk banglo kt bangsar dok ngata sakan.

mana la sis tak darah tinggi.
memacam perangai orang ada.

then pagi tadi terkono lagi.
memang aku ni bernasib malang ke.
or mmg orang sabar ni sentiasa di uji. hahahaha

pagi tadi nak beli nasi lemak.
ramai orang ada la dalam 5-6 orang menunggu.
org nasi lemak lak ada 3 orang.
aku berdiri depan ada kakak yg bungkus ni.
tunggu la giliran aku.
sblm aku ada sorang lelaki tgh beli.

elok laki tu nak blah ada sorang pengkid ni dtg dpd arah lain.
terus sailang depan aku. dok korek2 check ayam sambal.
aku biarkan je la. maybe dia nak pilih ayam.

then kakak bungkus tu tanya. siapa yg datang dulu ni.
pengkid tu kata, "akak ni kot" sambil tunjuk aku. ok good.
tapi akak bungkus tu tanya siapa antara semua dtg lg awal.
then ada makcik ni kata dia kot dulu. ok beli la.
aku rasa mmg dia sampai dulu.
so bungkus dia punya dulu.

system kat sana mmg nanti org2 jual nasi lemak ni akan layan siapa dtg dulu.
then tetiba akak bungkus nasi lemak tu abis je bungkus makcik sblm aku ni.
tetiba pengkid tu terus sebut dia nak nasi lemak, nasi tambah la apa.
siap cedok ayam sambal tu letak kt nasi lemak yg tgh bungkus tu.
aku dah macam. wthhhhh. bukan kau ke cakap tadi aku sampai dulu?
yg tetiba bungkus kau punya kenapa?

aku diammmm je.
ngan tanpa rasa bersalah si pengkid gemuk ni.
hahahha matiklah kutuk gemuk padahal aku pun gemuk.
tapi dia pengkid. so dia gemuk busuk la.
tapi dia punya ayam tu aku tgk mmg sisa2 n kecik2 siap pakej leher semua ada.
sbb ayam sambal nak habis dah kt bekas tu. tu dia kelam kabut kot.
aku dah macam, lantok kau la.

then settle dia, giliran aku lak.
aku order la nasi lemak ayam sambal.
sambil aku tgk bekas tu, mmg dah takda apa sangat.
akak tu tanya, "ayam nak bahagian apa?"
aku cakap, "tak kisah mana2 kak, janji taknak leher la." sambil tgk bekas tu
gelak akak tu.
tetiba aku nampak elok seketul ayam bahagian thigh dia letak kt nasi lemak.
rupanya kt counter belakang ada lagi ayam. dorang tak sempat top up.

ahhh indahnya rasa.
maybe tu la kemanisan yg sis dapat sbb bersabar.
kalau aku kelam kabut macam pengkid gemuk tu mesti aku x dpt ayam gemuk. hahahha
beria pengkid tu korek2 serpih2 ayam.
i dapat full bahagian.
tersenyum simpul i makan menikmati ayam sedap tu tau.
padan muka kau pengkid makan leher ayam.

so berbaloi la kita bersabar kan.
but still aku tetap merasakan orang yg tak reti beratur n potong line ni deserve a special place in hell.
mcm syaiton perangai takda sivik i don't like.
grrrrrr.

ok la nak hadap kerja.
noy tgh buat clearance sale ni.
tak menang tangan staff.
licin barang kat hq.
eeee takut.

Jiwa sentimental di hari Jumaat

Salam Jumaat everyone,

As usual, Jumaat je jiwa aku jadi sentimental.
tah kenapa tak tau. Jadi tetiba rasa nak bebel2.
Ada lagi ke orang sudi baca bebelan aku kat blog ni.
lama gila dah tinggalkan dunia blog ni.
Rindu n sayang sangat.
Ye la lama kot. sejak 2006 aku dah blogging.
Daripada zaman Friendster weyh, sekarang tah ada ke tidak lagi Friendster tu. kah kah.

Kerja banyak actually, tapi mari rehatkan minda kejap kita hadap blog kan.
Today rasa sebak tah apa2.
On the way pergi kerja tadi rindu sangat kt papa.
on the way pergi kerja tak putus2 sedekahkah Al-Fatihah kt papa.
then elok nak naik lift pergi office tgk ada pakcik sorg ni tgh tunggu lift.
sedih sebak teruk, sebab size, ketinggian n rambut potong botak nipis sebijik macam papa. *nangis*
rasa nak peluk je, tapi kejadahnya. so again mampu sedekahkan Al-Fatihah je.

Alhamdulillah next week 3 benda baru dari Fame Cosmetics akan masuk pasaran.
Kita akan jual Matte Lipstick then sempena tahun 2018 ni, Kita keluarkan limited edition Note Book n Calender Set.



Lawa kan.
Fav aku 3 color, paling love Hot Coral. Lagi dua suka Runaway Bride n Be Mine.
lagi dua color seperti biasa lawa je, tapi aku tak biasa pakai warna pekat2 ni.
rasa memancar2 bibir aku...hahaha seram.
tapi andai kata aku pakai n terasa diri amat lawa aku akan selfie up kt ig n fb.
masalahnya sekarang dah lama tak rasa lawa. nak selfie pun sedih je.

n bawah ni pulak kita punya note book n calendar.



ada 3 design n tak print banyak pun.
mmg khas utk Fame Lovers yang banyak sangat support Fame tak putus2. gituwwww.
Start today semua stokis n agents boleh restock dah.
tu tengok staffs semua busy packing.
n berbunga hati tengok banyak gila barang jalan dorang restock.




lepas tu sebak lagi.
hahahah tah apa-apa.
tu aku cakap hari ni hari yang penuh sebak.
Sebak sebab memikirkan ketentuan Allah.
kalau Allah tak gerakkan aku jumpa Filla n Elly, tak gerakkan hati kita orang berbusiness.
Aku masih di rumah agaknya tah macam mana la. 
masih gigih meniaga produk bermacam.

seperti biasa akan hari2 sentimental macam ni rasa sebak terlampau.
how time have changed.
omg i'm totally a changed woman right now. wahhhhh.
hahahhahahahahahaa

lately ni banyak jumpa org2 kuat marketing.
utk naikkan lagi branding n marketing for Fame.
berbincang utk langkah marketing Fame for 2018.
terkecut2 je bila sembang ramai terkejut Fame nak naikkan lagi marketing.
Ramai org marketing kata Fame ni sebenarnya brand dah kuat n company jerung.
woooow jerung ke? kami sendiri rasa macam kami masih bertatih dalam industri kosmetik dan perniagaan ni.
siap kata kalau search pasal Fame leh nampak Fame tak pernah jatuh.
Company yang konsisten n sentiasa naik. Alhamdulillah.
berbekalkan sedikit ilmu belajar sikit2 ni kita cuba mana terbaik.

such a compliments to hear all that.
tapi mcm aku cakap, kita orang rasa macam banyak lagi kena belajar.
sbb tu nak terus belajar n kembangkan business. banyak lagi nak kena buat.
harap 2018 kita leh lagi all out untuk semua yg tak putus bantu n tolong Fame selama ni.
omg serious hari ni hari penuh emosi untuk aku. hahahahha
rasa nak gelak, sebab ciri2 dah tua hati mudah emo.

dah berubahnya hidup kak jah 5 tahun dulu dan sekarang.
kalau korg tau la time aku tidur sekarang mesti kena gelak.
dulu kalau tak cecah subuh aku tak tidur.
sekarang ni kalau anak tidur kul 9.30. aku kul 9.45 dah tidur. kau mampu?
bapak hannah berzikir n baca2 ayat nak bagi anak tidur.
kadang mak dia tidur dulu. pitam.

ni hannah demam ni.
tapi tak demam teruk sangat la. so tak susah hati sangat tinggalkan kat bibik.
demam sebab nak tumbuh gigi.
sebab aku tgk gigi taring dia tgh nak pecahkan gusi.
dah la tu bau ikan masin je hannah tu. busuk bebenor air liur cikonah tu sakit gusi.

oh n 1 more, aku dlm proses nak susukan hannah.
matiklah hannah dah setahun lebih baru buat.
dulu aku takleh buat agaknya penat kerja n menguruskan hannah.
darah tinggi aku mencanak yea.
doktor pun tak berani nak bg medication kat aku. risau dia.
now agaknya bibik dah ada, kerja dah berkurangan sikit baru ok-ok la darah tinggi aku.
so aku dah start buat masa hannah setahun 2 bulan hari tu.

Alhamdulillah now dah ada susu.
cuma belum la mencurah2. tapi hannah dah dapat la sikit2 rasa susu mak dia ni.
korang doakan susu sis melimpah ruah n ada rezeki untuk hannah yea. Aamiinnnn.
dah la budak tu memain je memula nak susukan dia tu.
boleh dia gelak2. n tergeleng2 kepala. tampar kang.


sekarang dah ok dah.
siap dah pandai selak baju mak dia ngan buat style nak isap.
pun rasa nak tampar gak tu. hahaha.
ni pun pengorbanan sangat. kena tenang n tak stress.
tapi selagi tak mencurah pun stress je rasa. aku kan seorang yg mudah stress.
dah la tak tahan weyh ubat dia tu.
sebab buat kau lalok n ngantuk kawwwww.
aku bukan someone yang boleh tidur bersepah, aku kena tidur proper.
tapi makan ubat susu ni, kul 11-1pm aku akan ngantuk kawwww yg takleh function tu.
doktor mmg dah cakap mmg akan lalok teruk n hormon haywire. 
terima je lah. 
sis hanya mampu berdoa n berharap dpt susukan anak ku seorang ini. Aamiinnnnn.

omg aku tak sangka la aku akan sayang with all my heart seketul budak kecik sorang ni.
pengarang jantung tuan puteri pucuk kelompang nan satu.
mmg penyeri kami laki bini.
syukur pada Allah bg kami amanah n rezeki rasa kasih sayang seorang anak n bagi rasa jadi ibu dan bapa.
jadilah sorang ni.
walaupun doktor yg aku jumpa trying hard utk convience aku lepas dapat susukan hannah suruh aku dapatkan sorang lagi.
ok i love hannah, but i'm not sure if i'm ready for 2 kids. hahahha.
jadilah kan sorang ni kan?
hannah nak kawan boleh kawan ngan cousin dia nanti, anak noy. kah kah.

Ya Allah banyaknya kerja nak kena hadap ni.
selamba aku buat blog pulak bebel2.
Ada 4 iklan nak buat utk next week ni.
tak start apa lagi, ingat today nak mengadap iklan.
tapi masuk kerja je, ada kerja lain mendatang.
ni abis lunch pun tak reti2 nak start lagi.

Esok pulak ada hi-tea nak jumpa stokis Fame. lama tak jumpa dorang.
stokis yang banyak bantu menaikkan Fame. sayang semua.
so nak spend masa ngan dorang.
ni kat opis pun tengah busy semua. staff pun Alhamdulillah semua ok sangat.
takda langsung yg peningkan kepala. Allah bg rezeki staff yg terbaik semua.
Insyallah hujung bulan ni nak spend masa enjoy2 ngan dorang pulak.
kerja keras dorang hujung tahun ni.

ok la. cukup for today.
hidup aku sekarang takda apa. revolves aroung kerja je n malam ngan anak.
so cerita aku berpusing situ je.
kang aku cerita pasal kerja je, menyampah lak korang kan.
macam kan takda cerita lain.

doa2 kan susu utk hannah yea.
n doa2 kan kak jah berinspirasi n ada masa utk update blog lagi.
n doa2 korang pun rajin baca bebelan iolls yg semakin kertu n not cool ni.

xoxo
lebiu all.