Instagram : @peejburhan

Urusan hal rumah yg togel ini.

Minggu ni busy sikit uruskan hal rumah.
Selasa hari tu meeting regarding marketing n sales utk business.
Then habis meeting terus ke rumah aku, sebab tunggu orang Coway nak pasang.
ada anak kecik ni senang ada coway, nak bancuh susu senang.

aku dah start duduk rumah aku since last friday.
ingat nak try weekend je duduk dulu.
nanti weekdays balik ke rumah mama balik.
tapi laki den dah terlalu gembira utk balik ke rumah, al maklum setahun woihhhh duduk rumah mama.
so abis dia angkut semua barang dia dpd rumah mama ke sini.
so berkampung la kita orang kat rumah sendiri.

dah biasa hannah dpd baby dok buat susu pakai air coway. senang kan.
so balik rumah aku, aku akan isi air panas dalam flask, then bawak balik sini. kah kah.
rumah aku ada je cerek, tapi aku kan sejenis paranoid.
walaupun dah basuh cerek tu, aku takut sbb lama sangat tak pakai kot tercemar ke apa.
gelabahhhh gila. padahal laki aku guna buat masak air buat indomee ok je. kah kah

so selasa hari tu selesai lagi satu perkara, coway dah pasang. yeayyy..


hahah sepah kan dapur i.
sorry la, ketandusan nak buat kitchen cabinet.
so sementara tu kau hadap la lambakan susunan macam ni. :D
gas pun tak try lagi masak.
sbb balik hari tu, tgk gas pun dah tamat tarikh lumut. kah kah.
kau nampak betapa berapa lama aku tak masak n tak duduk rumah ni.
suruh laki aku dr sehari ke sehari tak uruskan.
so tadi baru dia call org gas, so dah tukar.
aku tak pandai pasang tu. nanti petang nak suruh dia pasang n try dapur tu.
harap semua ok takda masalah.

ngeri tak alas kaki tu? aku beli kat kedai aunty jual plastik tu.
masa nak mengemas n membasuh rumah hari tu, amik je 3 ketul terus.
tau la rumah lepas repair ni kan berdebu semacam, so ada alas boleh la buat lap2 kaki.
alang2 ada tu, kau duduk la situ diam2 wahai alas kaki.

semalam org datang pasang pintu toilet pulak.
pintu toilet lama tu dah patah sebenarnya.
kita org siap ikat tali kt pintu utk bukak n tutup pintu. kau mampu?
siap pintu tu berlubang sebenarnya, tapi aku beli decorative sticker tu. aku tampal tutup lubang tu.
so its about time utk tukar.
tapi aku kan cerewet.
tak tau nak tukar pintu apa.
nak tukar pintu plastik rasa nanti sama je mcm yg lama.
suka bi-fold door, tp aku tak suka pun jenis corak2 pelik2 tah apa rupa semua tu.

so last month masa 31st aug hari tu ada home exhibition kat pwtc.
tu pergi ngan elly, filla n radie.
nampak lak ada company jual pintu toilet n menepati citarasa.
so okeyyyy terus order.
so di persembahan rupa baru utk pintu toilet. taraaaa..


suka sbb masuk konsep ngan keseluruhan pintu kt rumah ni.
hari tu repair rumah pintu semua pun aku tukar.
sebab pintu lama rumah ni dpd tahun 78. hahah lama weyh. nak dekat 40 tahun umur dia.
masa tgk hari tu siap pakej terkopak playwood dia. kalau tak tukar tu mesti konsep paku je tu nanti.
so marilah tanya arjun, "kalau saya tukar pintu berapa ya arjun?"
maka arjun bg katalog, pilih n dia bg harga.
i pilih pintu biasa je pun. so tak mahal menggila la.
so tukar semua pintu. lock set aku pergi beli sendiri kt kedai hardware.
cat pun arjun bg catalog nak warna apa, so aku pilih warna charcoal.

paling ngeri bilik aku la.
hari tu dok mengadap basuh baju 3 hari 3 malam kan.
tu ok lagi.
tapi tang mengemas n lipat baju mmg pitam la.
aku mampu hadap 2 hari je. pastu taknak dah.
bilik mcm kena bom penuh baju atas lantai, bakul2, dalam bag semua ada.
campur laki aku gigih bawak yg dpd rumah mama bagai.
nak nangis.
aku hadap everyday 1-2 jam aku give up.
rasa nak nangis mcm mana aku nak starttttttt ni????
tu pun ada lg baju aku 2 bakul kt rumah mama, aku still tak bawak balik lg.

aku jenuh lipat tapi baju bertebaran kt lantai sbb nak simpan mana kan?
aku takda wardrobe.
almari jahanam habis masa dok sibuk repair rumah hari tu. tsk tsk.
nasib teringat aku ada satu rak besi tak guna.
apa kata kita guna rak tu dulu.
atleast takda la baju bersusun sampai separuh bilik. boleh letak kt rak.


semalam rupa ni yea.
nangis tak nangis.
mmg nak nangis n stress.
tapi dah seminggu dua aku tangguh.
takleh tangguh dah.
nanti orang wardrobe nak dtg ukur. mcm mana org nak ukur kalau bilik mcm tongkang
malu woihhhh. nak jalan pun kena langkah n elak sana sini.

so semalam aku harap berkemas dalam ni dpd 9 malam macam tu, sampai 2ish am.
amikkau.
tapi puas hati. slow2 dapat settlekan.


taraaaaa.. kah kah kah. jadilah.
baju2 yg kurang pakai kita masukkan dalam luggage.
baju nak give away pun ada dalam kotak brown tu.
tak abis2 nak give away tapi tak tau nak bg tang mana. hahaha

so tadi orang wardrobe datang dok ukur apa bagai n bagi sebut harga.
hari tu dah berurusan anggaran harga masa kt exhibition pwtc tu.
tp bila dah kira bebetul ukuran berubah la sikit harganya.
kitchen cabinet pun kira gak tadi.
tapi 1-1 la ye. sbb harga yg bayar deposit tu kita leh hold setahun. huahuahua.
so duduk diam2 situ.
kita proceed ngan wardrobe dulu. selesaikan mana boleh dulu.

since balik tidur sini tu, kita orang 3 beranak tidur alas toto je berlonggok depan tv.
memula sakit badan weyh sbb carpet hantar cuci kt dobi tak siap lg.
bila ada carpet n then bentang toto br ok sikit. keh keh.
Insyallah today petang sampai tilam.
tilam dah beli dpd end og aug hari tu.
tapi tah bongok kedai besar2 ni kadang kemain lama sampai 2 weeks br dapat.
baik pergi kedai perabot biasa kan. kedai biasa kadang hari yg sama leh hantar.

belikan mama katil n tilam baru.
katil bilik mama/tetamu tu hantar ke bilik bibik.
so belikan tilam baru je utk bibik nanti.
tilam lama aku buang. yg aku punya king tu terpaksa buang kan aku cerita.
kita orang lama kt rumah mama time hannah dalam hari tu.
selepas abis hari nak balik rumah.
amikkau kulapok tilam sbb rumah kan bocor teruk. lembab abis tilam sampai kulapok.
all this while kita kt rumah, so kalau hujan lebat leh angkat tilam or tadah bocor tu.
hahahah sedih gila kehidupan.
aku dulu takda katil sbb lepas tukar king size mattress tak beli2 katil kah kah kah.
tu direct tilam rosak.
tilam single tu pulak buang sbb kan repair rumah tu mana aku prepare apa2.
takda balut ke, alih brg ke.
so debu tahap ngeri.
taknak la bg orang pakai. kang gatal2 or berpenyakit ke apa org pakai kang.
so kita tukar baru la.


bilik bibik.
hahahha railing langsir pun aku tak pergi buat lagi ni.
sibuk weyh.
langsir pun still kat dobi tu tak siap lagi.

dah la aku expect dpt dlm next week bibik tu.
tetiba flight dia semalam.
n aku dah pesan kat agent cakap aku takda weekend ni ada kursus.
so aku just leh berurusan on monday.
aku expect monday la dpt.
sekali tadi agent ckp dia tgh settlekan pemeriksaan kesihatan.
by ptg or maghrib boleh hantar dah ke aku maid tu.
whatttttt?
aku tak prepare lagi mentally n physically.
eh motip nak prepare physically? tampar kang.

aku dah pening.
sebab aku plan weekend ni nak tidur rumah mama.
sbb elly akan jemput aku pagi utk pergi kelas.
kalau aku kt rumah aku, pepagi gelap aku dah kena gerak ke rumah mama.
tapi rumah tu bukan banyak bilik.
kalau aku kt sana.
ngan bibik pun kt sana. dia nak tidur mana?

kalau kt rumah aku lak mmg dah ada bilik dia.
tapi aku takda kt kelas takkan dia nak duduk sorang2.
tak pun takkan nak duduk ngan laki aku. e ehhhh.
tipah keliru bangggg, tipah keliru.
dah la memula sampai nak kena monitor n ajar apa patut kan.

tapi bila pikir balik
sementara aku takda ni. aku letak la dia rumah mama dulu.
dia leh tidur bilik blkg tu.
n mama leh ajar or train dia apa patut.
aku balik ke rumah aku.
so pepagi sepi subuh hari tu, aku la bergerak ke sana.

Ya Allah moga kau kurniakan bibik ni mempunyai hati yg bersih n menyayangi anakku.
semoga semua urusan di permudahkan.
semoga Hannah pun serasi ngan bibik. Aaminnn.

tapi seriously aku berdebar.
kita orang mana pernah hidup ada bibik ni.
helper ada la, dtg weekend tu.
aku tak tau la aku reti ke idok menjadi majikan yg baik but tegas at the same time.

ok thats all for now.
dah panjang bebenor entry aku ni.
nanti ada masa n ada perkembangan yg best utk di ceritakan, i will write again.

bye bye birdie.


8 Comments:

Noor Azlan said... [Reply to Comments]

Banyaknya baju... ada tips kan, kalau dah tak pakai, bagi kat saya... hihi

Izni Hafiz Abdul Rashid said... [Reply to Comments]

Baru pindah rumah baru ye... mmm... mesti penat kan... banyak benda nak buat... Apa pun, dah ada rumah sendiri nie, lagi seronok tau dari menumpang atau menyewa rumah orang...

Izni Hafiz Abdul Rashid said... [Reply to Comments]

errr.... dah follow blog nie...

hani noordin said... [Reply to Comments]

pakaian nak bagi tu boleh donate kat homeless http://pertiwi.org.my/

BLOG ANAK MAMA^^ said... [Reply to Comments]

Ya Allah moga kau kurniakan bibik ni mempunyai hati yg bersih n menyayangi anak Peej.semoga semua urusan beliau di permudahkan.semoga Hannah pun serasi ngan bibik. Aaminnn.

haslina rusli said... [Reply to Comments]

kakkk cantik pintu toilet

Aefa Aerisya said... [Reply to Comments]

huhu.. keje pindah ni la penat.. nak mengemas tu kdg2 malam. kikiki

syazara.blogspot.com said... [Reply to Comments]

Semoga dipermudahkan urusan kak peej ��

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...