Instagram : @peejburhan

Everyday is brand new experience

Beza betul la life dedulu n sekarang.
Dulu mmg tak reti la banyak benda.
Walaupun dah rasa pandai serba serbi.

Life mmg busy lately. Busy n stress at the same time.
Dengan nak menguruskan rumah.
Rumah yg hari tu repair akhirnya siap.
hahahhaa lama kan?
Ye la lama, katanya takda duit kan.
so bila kumpul n cukup br kita proceed itu ini.
Takda tu duduk la diam2 kan.
Jiran aku buat massive reno pun 2 bulan lebih siap.
Rumah aku repair je pun amik masa 5-6 bulan.
hahahha pitam kan.

So bila rumah dah settle repair.
tibalah masa utk mengemas.
mmg hazab la rumah weyh. sebab bayangkan tak segala repair berlaku.
n semua tu tak plan. so aku takda properly pack barang aku simpan elok2 ke apa.
aku tak buat apa. memang semua contractor yg pack n letak dalam box or plastik hitam.
so habuk mmg tahap ngeri la.

aku plan nak mintak tolong adik2 ipar n suami aku alih2 kan barang.
n bab mencuci mengemas semua upah cleaner ke apa.
tapi laki aku kata dpd bayar cleaner takpa bg adik2 dia. bayar adik2 dia.
hahhaha i ok je. :D

so for this past few weekends mmg ke rumah je uruskan mengemas membersih semua.
mmg ngeri weyh.
tapi tak di nafikan mmg adik beradik laki aku ni rajin tak hengat.
90% dorang settlekan.
berkali2 la sapu n mop n lap segala furniture, basuh semua barang2 semua.
siap cakap, "selagi lantai ni tak berkilat sampai nampak rupa kandar (husband aku), kita org takkan puas hati kak.
hahahhaha mcm syaiton.
dah la tiles aku gelap. laki aku pun gelap. so kisahnya boleh ke nampak rupa laki aku?

hari tu boy pun tolong.
boy tu kawan laki aku, yg aku pernah promo dulu boleh servis aircond tu.
ikutkan dia dtg pagi tu mmg install aircond pun.
tapi bila dia tgk kita orang nak mengemas. dia pun stay n tolong.
syukur Allah temukan ngan org baik2 semua ni.
hari tu start dpd kul 11 pagi sampai ke 9 malam dorang berkemas.
then ahad esoknya dorg datang lg yea kemas. gigih sangat tu.

Then last week cuti panjang orang cuti sana sini.
aku mmg tak ke mana la.
Khamis tu pergi pwtc ngan elly, filla n radie.
ada home expo.
tu pun gila gak. kt sana dpd 10 pagi sampai 6 ptg. hahahhaa.
situ aku survey tgk kitchen cabinet n wardrobe.
bestnya expo ni.
korang leh lock harga n bayar deposit je. n depo tu valid 1 tahun.
rasa ada duit nanti suruh la dia pasang. kah kah.
so dok depo la kita sana sini.

then raya haji orang beraya sakan.
aku takda. makan pagi tu mama masak kuah lodeh n rendang ayam.
then laki bini ke rumah uruskan rumah.
ada dalam 7-8 bag plastik hitam size xl tu kena basuh.
semua berabuk or ada berkepam la sbb lama tinggal kan.
pitammm weyhhhh.
dpd tgh hari sampai ke malam dok buat laundry.
sambil pilih mana nak buang barang mana nak simpan.



dah la emo.
kan lama tinggalkan rumah. so barang banyak dah rosak.
so basically rumah tu kosong takda apa sangat tinggal. sob sob sob.
rasa mcm feeling baru kawin n berdikari nak memulakan hidup baru lak. kah kah.
dulu kan rosak teruk bumbung bocor.
tu yang bila tak duduk air masuk, barang tak alih, banyak kena air n rosak.
kena buang.
reason kenapa aku tak fully pindah sana lagi.
last week ada beli tilam. Insyallah next week baru dapat. cuti panjang.
so 2 weeks katanya. kita org laki bini ok je tidur toto.
tp sian pulak kat cikonah tu kan.

berkemas kt rumah tu dpd khamis membawa ke isnin tu.
Alhamdulillah astro n unifi pun dah ok.
aku walaupun tak duduk situ setahun tapi ttp bulan2 bayar je bil macam biasa.
tapi tak tau condition macam mana.
rupanya astro piring kt atas tu pun terkulai tak berpasang.
unifi pulak kena panggil org betulkan sebab relocate ke area baru.
dulu tv kt ruang tamu depan.
now lepas repair aku alihkan ke tengah.
jadikan ruang tgh tu tv area. dining area patut kt tengah aku alihkan ke blkg.
sbb sblm ni dapur terrrrrrlalu besar.
dah repair n betulkan. so dapur kecikkan.
buat bilik maid satu. n dulu dry kitchen tu now buat letak dining table.
jadilah. kita orang berapa org je kt rumah pun.


paling love area kat belakang ni.
dulu sini penuh pokok.
tapi bila repair bumbung di nasihatkan buat retaining wall.
sebab kawasan berbukit kan. rumah ni mmg bergerak n retak sblm ni.
so alang2 dah tukar bumbung. better buat.
kang kalau bergerak kang. tak pasal bumbung problem lagi.
so ye lah. mari lah buat.
tapi buat wall je.
mama kata alang2 apa kata naikkan simen.
ok tambahhhhh naikkan simen.
bila dah simen syok lak leh lepak kat luar tu.
siap nampak view klcc.
walaupun sehalus semut klcc tu. ahhahaha



ada rejeki kita pasang bumbung.
takda duit ni kita duduk diam2 dulu.
lepas bumbung pikir pagar lak.
risau cikonah tu.
kita jaga mmg kita tak bg pergi blkg.
risau ada bibik nanti buatnya jemur baju ke apa gi bawak hannah ke blkg tu.
kang takut lak jadi benda2 tak diingini. Nauzubillah.

tapi lawak je
hari tu buat laundry dok menjemul kt luar ni kt ampaian tu.
sekali hujan menggelupur nak tarik ampaian tapi takda bumbung. hahaha bodoh tau.
ke kiri ke kanan aku tapi takda bumbung leh teduh.
last2 lipat ampaian tu bawak masuk ke dapur.



cikonah nampak suka. sebab lapang kan.
kemain tawaf sana sini.
tp jgn terpedaya ni bukan muka gembira.
ni muka gelakkan mak dia sebab baru lepas tukar pampers tak sampai 3 minit, dia dah berak.
sabarrrrrrr je la.

now kerja pun makin mencabar je.
kalau sebelum ni kan aku cakap biar aku buat kerja office je.
sekarang dah takleh dah.
setiap minggu nanti ada je appointment sana sini.
either org datang office atau kita ke tempat orang.
maybe sebab Fame slowly makin growing.
so ramai orang contact nak bekerjasama ngan Fame.
so bila yg gempak2 ni nak jumpa. harus la elly nak heret aku sekali.
grrrr...i cannot.
stress nak memikir pakai baju apa.
stress nak kecut perut interact ngan manusia lagi. i don't like tau.

kau jgn tanya ye. macam2 event si elly ni heret aku.
pening lalat aku dibuatnya.
mcm selasa hari tu meeting ngan Parkson.
company yg sama ngan Parkson store tu. tapi ni under category lain.
dorang ada bidang baru nak buat.
n dia nak Fame masuk dalam projek tu.

muntah tau jumpa orang gempak2 ni.
sebelum start presentation sempat aku whatsapp elly cakap, "takutlahhh bodohhh"
hahahahha mmg seram n terlalu gempak meeting ni.
pastu sambil meeting tetiba aku tersengih hidung kembang2 lak.
sbb terasa bangga n kagum dgn betapa gempaknya meeting ni.


hopefully semua berjalan lancar.
tak sabar nak share ngan korang.
tapi dalam pada tu stress memikirkan.
aku kan mudah stress.
utk projek ni dia kata dia dah jumpa banyak owner produk local.
kita orang yg ke 18.
terus terbayang n teringat owner2 produk lain.
semua stock gempak, lawo, stylo n kayaaaaaa.
kita org ni simple je. hahahha.
mesti tak di percayai je.

minggu ni mmg penuh aktiviti.
2 hari ni kita orang panggil org datang interview kerja.
ada beberapa position nak fill in kt company ni.
tu takpa, elly tah apa penyakit sekarang ni semua benda nak paksa aku join.
nak interview pun nak suruh aku jadi panel.
gelabah tau. aku bukan tau nak tanya or cakap apa sangat.
dia sorang dah la kan.
takkkkkkk. nak gak heret n terjebakkan aku. herghhhh.

so kira brand new experience la untuk aku join interview orang. kah kah kah.
dulu merasa pergi interview je.
sekarang merasa interview orang
dapat la tgk pelbagai gelagat.
n ada gak kagum sebab bebudak lagi dorang ni dah hebat2.

everday ada je benda baru experience n belajar.
more to come.
selagi boleh hayak kita hayak.
semoga di beri kesihatan yg baik dan umur yg panjang.
n semoga terus berkembang n dapat berkongsi rezeki dgn lebih ramai lagi. Aaamiinn.



1 Comments:

Noor Azlan said... [Reply to Comments]

Cantiknya rumah... besar lagi tu... alhamdulillah dah nak selesai kan...

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...