Instagram : @peejburhan

tersedar dari lamunan

lama sangat kak jah menghilang.
ni pun update sebab rasa bersalah.
ada terjumpa satu komen kt ig tanya pasal aku mmg dah taknak update blog ke.
bukan taknak. tapi takda masa.
memang dengar macam poyo. kau ingat kau perdana menteri nak busy?
masalahnya sbb aku bukan perdana menteri la aku busy ye.
kita masih baru, masih banyak benda uruskan sendiri.

bila aku kata sibuk n takda masa tu. memang takda masa la maksudnya.
tengok kalender kat atas meja opis ni pun aku rasa nak muntah.
almost everyday ruang tu bertulis penuh dengan appointment n stuff.
gilahhh..who would have thought.
few years back calendar pun aku takda ye.
pakai phone punya je. n yang aku tanda pun birthday. hahaha

dulu lain. sekarang lain.
dulu meniaga suka-suka.
sekarang, slowly company makin besar.
makin banyak kerja nak kena handle.
makin banyak orang nak jumpa la apa. eeekkk muntah.
kalau selama ni kerja aku mostly kt office je.
now aku pun kena sama-sama keluar jumpa orang semua. pitam hoihhh.
then balik rumah mengadap anak pulak.
seharian fam aku jaga hannah, takkan balik aku nak biarkan orang jaga lagi.
mesti la aku lak kena jaga.
dah la sekenit tu kemain lasak.
tapi kadang2 letih sangat, ada gak time tertidur aku.
nasib la laki uruskan anak.

ingat lagi few weeks back.
aku nak bangun tidur pagi tu rasa liatttttt sangat nak bangun.
rasa macam penatnyaaa hidup ni.
tolonglah aku nak tidurrrr. i need restttttt.
rasa macam tak cukup restnya hidup ku ini.
then tetiba dalam mamai tu tersedar.
eh aku bangun ni bukan utk aku kerja.
tapi aku ada company to run.
aku ada business sendiri.
aku ada pekerja bawah aku
aku ada stokis n agents.
yang semua mengharapkan company terus grow.

tetiba satu perasaan yang tak percaya tu.
bodoh tak?
maybe sebab aku mamai kot. hahah
tapi mcm satu perasaan yang mcm , "omg aku ada company wey. aku ada brand aku sendiri la."
macam kau tersedar dari lamunan mcm tu. rasa tak percaya tu datang.
selalu la ada kwn2 ke, reader ke, kenalan ke...yg sometimes komen, whatsapp, pm ke apa ckp "bangganya dgn u peej".
"tak sangka fame tu u punya peej."
"u kira founder fame la kan"

n usually aku akan rasa pelik n segan tahap takleh blah.
akan rasa mcm eh ye la kot. eh i founder ngan kawan2 lain. eh biasa2 je pun.
sebab serious rasa biasa n kecik je diri ni.
tapi bila tersedar pagi tu, terasa mcm oihhh bangganya ngan diri sendiri.
tak sangka kita 3 org yg bongok2 ni n bukanlah sesapa pun.
tapi Alhamdulillah dah almost 3 years ada syarikat sendiri.
ada office sendiri, ada staff, ada agents apa bagai.
n kita orang survive weyh.
rasa gempak abis sbb kita majikan, ngan segala kwsp, buat insurance utk staff, buat pcb la, n now bayar income tasx, gst bagai. hahahhaa
dulu aku tak tau pun semua tu.

pastu jumpa n elly n filla cerita la rasa macam tak sangka kita ni owner fame kan?
dorang gelakkan aku. kata kau ni baru sedar ke apa?
memanglah!
hahahhhahhaa.
uolls tak faham tau perasaan i.
sebab i masih rasa kita memula meniaga dulu. rasa mcm suka2. rasa macam biasa2 macam tu la.

i knowww. long way to go lagi.
kita orang baru setahun jagung dalam bidang ni.
tapi kita cuba belajar n jadi lebih baik n lagi maju jaya. Insyallah.

ok kisah lain.
ikutkan rasa nak bebel tu banyak nak bebel.
tapi ikut yg mana sempat lah kan.
maklumkan...i kan skrg yo poyo wanita bekerjaya yang busy. so cerita yg mana dan la ye.

last week pergi china.
kali ni dorang paksa jugak aku pergi.
aku memang taknak. sebab aku tak larat weyh nak jalan dpd pagi sampai ke malam ke apa.
tapi dorang kata kena merasa pergi.
n dorang kata kadang2 idea aku membantu. so kena pergi.
ok la dah paksa tu lets la.

tapi tak tau berapa hari sebelum tu aku berdebar je.
rasa macam pergi takkan kembali.
takut la. aku ni dah la gemuk, berpenyakit pulak tu.
mata tau mati ke apa.
dah la noy pun menakutkan aku, "napa dorang paksa kau pergi kali ni? dorang nak bunuh kau ke pija.?"
kong jaq jugak dramatic adik aku tu.
lagi aku suspence kot.

punyalah aku jaga makan 1-2 minggu sblm pergi.
risau nak berjalan jauh bagai tu kan. ahahha ala2 jaga kesihatan sebelum pergi la konon.
pastu kat sana pun kemain radie x bagi aku makan minum sembarangan.
dia kata tahan sikit je kat sini.
balik Malaysia nanti nak bedal apa pun suka hati kau la. hahahahah





so far pergi sana ok la.
day 1-2 tu aku ok.
masih ok la utk buat kerja semua.
cuma masuk day 3 tu kaki aku dah bengkak teruk.
rasa tegang je nak jalan tu. tapi masih boleh paksa lagi la.
tak larat aku duduk la.
lantak la tepi jalan ke apa.

sbb kat sana memang takda ye bangku2 tepi2 jalan ke apa.
kau penat pepandai la kau.
bangku yg ada pun kedai2 punya.
tapi kalau kau tak beli kt kedai dia gila apa kau nak duduk suka hati.
kang tak pasal kena tampar pulak. hahaha


mcm ni la keadaan kita orang.
hasil dekat sejam tunggu taxi tak dpt2.
sebab time tu time peak hour orang balik kerja.
jalan jam. so taxi taknak amik.
nak meletop dah kaki kak jah ni hoiii.
dpd pagi berjalan non stop.

tu yang ada kawasan leh berteruh dpd hujan. meh la duduk.
nak bersila kaki tetiba cramppp pulakkkkk.
so takleh bersila. terkangkang la kau tepi jalan.
laki2 kita orang kutuk je kita orang.
dorang kata teruk betul rupa pengasas mcm ni.
hahhahaha lantak la weyh. aku bukan spesis pengasas feeling cas cantik n perasan glamour ke apa.
aku selesa jadi diri aku sendiri.

day 3 tu br rasa penat.
walaupun hari ketiga adalah hari shopping.
elly n filla la menggila.
pastu takleh terima aku macam malas nak beli.
aku kan serba serbi malas. hahaha.
dorang paksa beli.
aku duduk je kat kerusi.
biar dorang pilihkan alas meja ke apa utk aku.
ok aku bayar je. teruk perangai.
pastu dorang shopping lg sis dah tak larat.
sis duduk jaga barang sudah.



hari keempat tu paling penat takleh blah.
agaknya dah berhari2 penat berjalan.
hari ke 4 tu dah cannot go.
tumit sakit kawwww punya.
so dah start penat bad mood baran2. hahah
bila la nak kaya n suruh org je shoppingkan kita kan.
kita tau order je.

balik hari tu hari ahad.
sampai rumah aroung 5pm.
lepas tu gila lama kak jah terbongkang.
esoknya kerja mcm biasa.
so nampak tak penat tu?

pagi isnin tu otw pergi kerja bawak kereta.
tetiba nangis sambil bawak kereta.
hahahah drama lagi...
tetiba dtg perasaan sedih tu.
sedih of what we have become.
sedih memikirkan kepenatan yang hadap every single day ni bukan utk diri sendiri sebenarnya.
tapi utk org lain.
utk suami, utk anak, utk family, utk staff, utk agents n stokis.
n circle tu bukan tu je. bila utk yg lain2 tu, benda tu jugak sebenarnya utk dorang n family dorg.
so kita orang kena sentiasa bekerja keras utk pastikan semua rezeki ni dorang dpt jugak.

walaupun dulu penat dia lain, masa meniaga sendiri dulu.
sekarang penat dia ln pulak n lagi berganda2 penat dia.
tapi kepuasan dia tu lain.
n purpose tu pun lain.

tadi siang pergi ke tune talk.
utk serahkan brg utk projek terbaru fame n tune talk.
tune talk ajak collaborate utk jadikan gift sempena their 8th anniversary.
utk dia bg ke guest KLFW yg di sponsor oleh tune talk.
Alhamdulillah.
sikit-sikit makin banyak brand besar start recognized Fame





Insyallah ada rezeki lepas ni Fame akan ada projek lain dengan Tune Talk.
dorang happy ngan apa yg Fame boleh deliver.
Dah la kelakar n rasa berdebar.
actually boss dia tu aku kenal.
masa sekolah menengah pernah berkawan.
tak pernah jumpa. tapi kita orang berkawan thru email n selalu bergayut phone sesama.
tapi aku kan jenis ingat orang. so aku memang takleh lupa la.
tapi since baru jumpa. aku tak berani tetiba nak sembang lebih.
hahaha plus buatnya dia tak ingat aku kang. kang malu tak pasal. kah kah.
dah la tgk dia tertelan2 je air liur rasa mcm bestnya n berjayanya dia skrg.
aku ni biasa2 je.
pastu elly cakap, "eh jgn ye. tah2 dia pun akan kagum n rasa kita ni berjaya n hebat."

haha ye ke?
mungkin lah kot kan. hahahaha

amik gambar utk kenangan. :D




Ya Allah kau berkatilah pernigaan dan hidup kami.
Semoga kami terus berjaya bagi membantu orang disekeliling kami.
kau murahkan dan limpahilah dengan rezeki dan rahmat Mu.
Aamiinn..

ok sis.
sis nak undur diri.
mahu pulang ke rumah.
Ada umur panjang kita ke temu lagi ya.