Instagram : @peejburhan

sembang jumaat.

di ucapkan selamat bersiaran kepada diri sendiri.
lama ni tak update kan. tetiba rasa nak bebel2 pulak.
ni pun curi2 mara sebab hannah tidur.
dia tak tidur memang takleh buat apa iolls ni.

tak siaht actually ni. dah demam since selasa.
rabu mc. semalam sihat sikit pergi kerja. today tak sihat MC lagi.
hopefully by tonight ok la. sebab tomorrow ada seminar.
ngeri sangat kalau tak sihat.
esok takleh makan ubat dah. kang takleh function aku.
tadi makan ubat tidur straight 4 jam mata melekat2.
high je rasa. dengar orang dok cakap ngan aku, tapi tak mampu bukak mata.
ni pun rasa numb je ni. sebab baru makan ubat.
tak suka. tapi dorang kata kena makan so baru leh rehat n sihat.
hopefully.

tapi tu la badan je numb. otak cargas lak ni.
so marilah update blog. :D
andai kata ada merindui celoteh kak jah kan.

sekarang memang takda masa sangat.
cerita la macam mana pun. orang taknak terima mesti takkan terima.
mesti akan bandingkan ngan orang lain yang berkerja n business sendiri.
please note yang business kita orang baru nak growing.
so banyak benda masih kena belajar n buat sendiri
slowly memang kita tambah staff. so that boleh delegate kerja.

ni nak raya lagu busy ok.
memacam benda attend. seminar la apa untuk team fame.
then hari tu attend class fb ngan sifu fb ads. gila kau dpd 6ish dah keluar rumah. balik rumah 2am ye.
then kita orang sign up pulak jadi apprentice sifu jamal.
nanti lepas ni ada class pulak 3 hari 3 malam.
dalam jadual tulis 8am sampai 10pm..tapi katanya boleh drag sampai 2am.
siankan kami. takpa pengorbanan. Insyallah berkat usaha nampak hasil dia.



siapa yang follow ig/fb aku mesti dah tau.
Alhamdulillah, brand Fame terpilih untuk masuk Zalora.
time Zalora contact tu rasa nak meloncat je. heheh.
ye la. tambah dia kata dalam beribu brand dorang pilih Fame salah satu nak masukkan dalam Zalora. section beauty buat masa ni ada 2 je brand from Malaysia.
currently ada Simplisiti n Sugarbelle.
soon ada few more masuk n Fame is one of them.
siap cakap dorang pilih n suggest tapi regional team kat Singapore yang approve boleh ke tak masuk dalam Zalora. fuiyooo. kembang2 hidung time meeting tu. heheeh.


Alhamdullilah satu lagi lembaran baru dalam business kami.
thanks sangat kat semua yang selalu sokong n doakan kami dan business kami.
hanya Allah mampu balas kebaikan korang.

tapi benda tak datang dengan best ye.
sebab sebelum masuk zalora ada test pulak kena buat.
kira lepas test tu baru kau boleh start masukkan segala info dalam zalora tu.
aku lak tu kena buat benda tu.
ye la dalam bertiga ni bahagian computer ni semua mesti di serahkan kat aku.
aku ni pun idok le pandai mana. tapi antara bertiga....memang aku yang paling boleh harap. hahahahahah.
so aku la kena buat test tu.

hoiiii ngeri weyh. stress sampai demam aku memikirkan.
sebab dua kali aku buat dedua gagal.
pertama kali aku dapat 50% je. what the hell.
tapi aku terima sebab aku memang baca ala kadar n buat ikut suka je.
tapi second time buat aku dah baca bebetul course yang ada. n aku yakin aku akan cemerlang.
sekali dapat markah 70% berapa tah tak ingat n kira gagal yea.
eeeee tolong. sis stresssss. terasa amat bodoh ni. hahahahahha.

yang dorang dah tenangkan aku. kata u can do it la apa.
so aku biarkan dulu. pikir takpa. maybe demam. esok sihat aku buat lagi n hopefully berjaya.
sekali tak sempat buat lagi dah email cakap berjaya n welcome onboard.
hahahahaha kong ajo punya zalora. saje bikin aku stress n takleh terima kebodohan diri.
rupanya saje nak test stress level aku.
dont play play ok. i ada darah tinggi. i mudah stress ok. hahaha.

so settle part zalora. tinggal aku nak masukkan semua info n pics je.
dapat approval Insyallah Fame will be publish in Zalora.
korang boleh beli Fame from Zalora.
semoga semua di permudahkan.

ok cerita lain lak. asyik cerita kerja je nanti korang bosan.
pasal rumah.
rasanya some of u perasan. aku now mmg duduk rumah mama je.
memula nya ingat nak duduk for a while sementara hannah dalam hari.
habis je hari balik la ke rumah sendiri.

so kemain la laki bini balik rumah sendiri kemas n bersedia nak bawak balik baby.
tapi katanya lama tak tinggal kat rumah tu.
balik pun singgah utk kemas n bg kucing makan je.
rupanya dah tahap ngeri rumah tu.
korang ingat tak memula aku pindah rumah tu memang bumbung problem. bocor teruk.
pernah panggil repair tampal la apa. dah ok.
tapi orang tu pernah cakap, tampal ni tahal 1-2 tahun je. lepas tu akan teruk balik.
sebab dah pecah teruk atap ni.

aku recce harga bumbung semua mahal.
dah la mahal tukar lak atap abestos je. tak suka.
padahal atap asal adalah atap genting kan.
so tangguh je la buat.
sebab jiran mama buat bumbung porch n renovate sikit je pun kena sampai 22 ribu.
tak tercirit kau dengar.
memang mama cakap, pakai duit mama...mama ada duit
kau sampai hati nak pakai duit mak kau banyak2 macam tu?

so aku biarkan je la.
rumah lak time tu kipas lampu asyik rosak.
sebab bumbung bocor abis kena wiring semua kot. sob sob sob. sedih kan.
sampai la balik tu. elok kemas.
lepas tu kita orang baring kat tilam.
tilam bau tungkik. rupanya sebab bocor kena tilam abis lembab busuk tu. uwaaaaaaaaaa....
selama ni if duduk rumah. bocor kau leh tadah baldi ke. alihkan ke apa kan.
semua eh busuk sofa semua. bau busuk kulat kepam tu. tau tak?
stress ke idok? stress la.
stress level maka sofa semua aku buang. tapi tak sempat buang ada kawan laki aku nak. haaah amik la.

so rumah tu lebih kurang kosong takdo apo dah. hehehe.
still tangguh je tak buat apa.
sampai la mama bersuara mama kata repair je apa ada dulu.
try tanya berapa harga. contact arjun.
so aku contact la. n suruh arjun tengok rumah.
pastu kau tau la arjun tu. kita orang kan dah kenal lama.
dia memang bagi harga murah. so masa dia quote harga bumbung tu aku terkejut.
woiii gilo ke apa. murah nau.
bayangkan satu rumah 20X70 atap genting rm8000 je. tah la aku rasa murah la.
mama kata ok half2 ngan mama. hahaha so ok la.

tapi arjun suggest suruh buat retaining wall kat belakang rumah.
sebab belakang umah tu bukit. tanah tu bergerak.
memang pun. ingat tak dalam 3 tahun sudah aku tukar bumbung dapur n buat dapur kan.
last year tiles dah dapur tu retak yea. sebab memang macam ada pergerakan kot tanah tu. eeee scary.
n beroti kayu ceiling tu patah yea. eeee stresss.
ig buat tu rm 5000. tak muntah kau?
takmo la buat.
tapi si radie, laki filla kata buat. kena buat.
sebab takda makna kau buat bumbung nanti lepas setahun let say ada pergerakan. bumbung kau problem balik.
eeee ngeri la.

so Alhamdulillah settle repair rumah.
tapi ku sangka panas hingga ke petang. rupanya hujan di tengah hari.
hahahah poyo gila nak pepatah.
bila tengok rumah dah ok. harga arjun lak murah.
dia macam gatal tanya pergi tanya kalau saya buat itu ini, itu ini berapa ya? cuba kira.
pastu dia kira murah. mula la mama kata teruskan alang2 dah buat tu.
woiiii bersangkut paut weyh.
kononnya konsep alang2 rumah berabuk tu buatlah terus.

now repair works semua dah settle.
tinggal fe major works lagi.
aku kena buat wiring satu rumah
tau la rumah lama. zaman dulu mana ada segala aircond, dryer apa semua.
sebab sebelum ni aku duduk sana kan aku beli dryer kan.
aku perasan start dpd tu. if bukak dryer n aircond at the same time db board tu bau hangit.
tapi takda apa terbakar. tapi scary kotttttt.
electrician menasihatkan menukar system wiring rumah tu.
amacam ada rasa nak muntah tak dengar? hahahahha
wiring seluruh rumah ye!!!! seluruh!! muntahhhhh
pastu alang2 tu mesti kau buat terus plaster ceiling. hahahahaha pitam.
sebab kan rumah tu bocor kronik. so siling rumah tu semua stock ala2 filem dark water tu.
berkulat hitam kena air tunggu masa nak jatuh atas kepala orang. eeeiii stress.

tu belum kena cat rumah sebab tau la reno rumah of coz ada tempat2 bercapuk dia touch up.
kau tak keluarkan modal untuk cat. jangan la bermimpi contractor rela hati nak cat.
pastu dorang pun berkata, rumah dah lawo nanti. pintu depan kena tukar. sliding door ke, folding door ke. hahaha. sebab pintu rumah ni dari tahun 78, di mana bukak siap heret ke lantai bergegar n kena tendang nak bukak.

kau nampak tak tahap stress nak buat tu?
aku ok. sebab sikit-sikit buat slow-slow.
semua berjalan lancar mengikut perancangan.
sampai la tetiba aku kena amik maid.
hahahhaa nampak tak tetiba je benda tu datang n tanpa di sangka?

sebab selama ni memang noy jaga hannah.
noy pulak pergi interview n dapat kerja. Insyallah soon start.
terus gelabah rasa omg howww la weyh.
laki sejenis paranoid taknak hantar anak gi taska. aku stress ok.
plus ok gak ada maid. boleh jaga hannah n kemas2 rumah.
takda alasan laki aku bising sebab dia je asyik mengemas. kah kah kah.

kau tau la kalau ikut channel yang betul maknanya dpd agensi.
amik maid bukan murah.
tu yang sampai demam kak jah memikirkan hal maid, hal rumah tergendala, hal zalora, hal belajar fb ads...Ya Allah banyaknya benda nak handle kan.
doakan semua berjalan lancar je la.
hopefully rumah siap selari dengan maid sampai.
kalau tak sian dia kena beramai2 dekat rumah mama gak. hihihi.
korang doakan semua di permudahkan ya. Amiinnn.

nak ada maid pun aku stress. hahah mana tak darah tinggi sebab aku ni semua benda nak stress.
dah la bila tgk biodata.
ada 2 calon. sorang kurus sorang gemuk. yang gemuk tu menggungguli carta.
yang mama cakap orang gemuk ni selalu hati kecik. so baik hati. hahahha
yang ada lak cakap nampak pleasant.
ada lak risau kata takut dia habiskan makanan n aku berebut makanan ngan dia. kong ajo.
ada lak cakap takut laki aku balik kerja tersalah peluk dpd belakang. hahahah biadap sangat tu.
harap semua ok n dia baik lah.
janji dia sayang hannah n jaga elok2 aku dah happy dah.

aku stress sebab aku tak tau nak layan bibik.
aku membesar takda pembantu. kita orang semua sendiri kan.
so aku tak tau nak layan macam mana. aku tak reti garang2. orang suruh tegas.
tegas pun aku tak reti. orang suruh aku marah staff ke tegur pun aku tak reti n tak berani.hhahaha ngeri sangat kan. takda ciri2 boss.
n aku jenis tak sampai hati.
tapi even agent pun nasihat time bekerja kena tegas. takleh terlalu baik nanti kena pijak kepala.
so kena pandai manage.
tolonglahhhhh baru briefing i dah berdebar ok. boleh ke aku handle ni?
hahahaha. lama2 ok la kot kan.

eh ok laaaa..hannah dah bangun
memang dia takleh la tgk aku ngadap laptop
ada dia nak tekan memacam.
so nanti apa2 i update lagi yea.
progress semua macam mana.

xoxo peeps.
rindu nak bebel2 macam dedulu
tapi masa mencemburui ku. hihi


6 Comments:

.: yUhAiSya :. said... [Reply to Comments]

rindu jugak nak dengar story k.peej. keep it up kak =)

Rieyana said... [Reply to Comments]

salam peej...wah best rumah dh jd mcm baru la nnt....pasal maid tu kan..why not u letakkan maid tu di umah ur mom...pepagi u hantar hannah & pick up mcm hantar taska...so that ada org monitor ur maid..plus maid tu jaga mak & anak u skali...bole laa tlg mak u sikit2 keje umah kan...so that u & husband ada masa sdiri tanpa maid di umah uols...just my 2 cents...:))

f.i.e.z.a said... [Reply to Comments]

lamaaaa nya tak baca your post. congrats on fame for zalora. tumpang happy kiter :D May Alla h ease everything that you have planned. tapi part salah pelok tu paling kelakarrr hahahaa
kiss hannah for me :)

love, fieza

ija r said... [Reply to Comments]

tak pernah tak lawak

Seri Kandi Tanah Jauhar said... [Reply to Comments]

wahhhhhh.. tak sabar nak tunggu rumah Peej siap, mesti cantik nanti.
tahu tak tiap kali lalu perumahan lama kat kl, mesti hati ni bertanya2 yg mana agaknya rumah Peej.. haha.. poyo!

Mrs. A said... [Reply to Comments]

Congratulations! Fame dah masuk Zalora ya

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...