Instagram : @peejburhan

#iMiss

Hi Assalamualaikum, as usual Jumaat baru ada rasa free sikit.
tak free sangat sebenarnya. ada je kerja kena buat.
tapi takpa. kang lepas lunch hour buat keroje. hihi.
next 3 days akan busy, akan attend class Fb Ads with Sifu Jamal.
kita orang sign up untuk class Apprentice.
Insyallah, kita timba ilmu untuk belajar lagi untuk naikkan business. Amiinnn.

Life have been great Alhamdulillah.
simple life, with family and friends.
everyday rasa bersyukur masih di beri peluang untuk berbakti for family n work.
memang penat, tapi buat semua untuk bagi semua orang happy.
sangat blessed dengan kehadiran hannah.
buah hati pengarang jantung semua orang.
memang dia bawak kegembiraan kat semua orang.

but of coz ada jauh di sudut hati. i really really really really miss papa.
i wish is still here with us to experienced all this love.
Ya Allah rindu sangat tak tau nak cakap apa.


semalam tgk ig stories ada sorang ni.
tengok dia tengah sakat bapak dia.
dok panggil2 "papaaaa.."..."papaaaaa.." dengan suara paling annoying.
n memang bapak dia macam malas je nak layan. heheheh.
rindu sangat sebab aku suka buat benda yang sama jugak.
suka panggil macam tu.
kalau dah suara annoying aku keluar, papa mesti taknak pandang aku.
sebab dia tau ni adaaaa je nanti perangai merepek2 nak kenakan dia.

kalau papa pandang n nanti aku kenakan dia.
mesti dia gelak or senyum simpul je geleng kepala ngan perangai aku.
tak padan badan gemuk tapi perangai macam hape. hahah mesti dalam hati papa pikir macam tu.
agaknya semalam tidur dendan rasa rindu.
semalam tidur aku mimpi papa.

spend masa ngan dia. pergi pantai semua.
pastu papa duduk kat kerusi kat area taman.
kita orang sembang semua.
aku cakap aku rindu kat dia. pastu aku peluk dia kuatttt sangattttt.
dalam mimpi tu badan papa sedap macam dalam gambar atas ni. bukan kurus macam latest lepas papa sakit tu.
so puasssss sangat rasa masa peluk tu.
pastu aku cium pipi papa kuattttt sangat betul2 sedut pipi papa amik bau dia.
Ya Allah bestnya rasa dia tu.
puas sangat rasa mimpi semalam tu sebab rindu sangattttttt.

ishhh sakit tekak ni dok tahan nangis beria.
ni pun dah berjurai air mata type ni.
tapi tahan sebab kang staff nampak tengok ape kehal pulak beria aku nangis ni kan.,

masa bangun tidur rasa puas sangat.
walaupun dalam hati terpikir, mesti orang cakap mainan syaitan sbb kononnya kalau roh arwah selalu takkan bercakap. kita nampak je.
but whatever, aku tetap happy ngan rindu semalam.

then pagi tadi bersiap nak pergi kerja aku cakap kat mama aku mimpi papa bla bla bla...
time cerita aku nangis. ngan mama sekali nangis.
mama kata semalam nisfu syaaban. rezeki aku la aku mimpi tu.
terus bertambah sebak. sebab memang mimpi semalam felt so real.
takpa la mimpi je pun, dapat jugak lepaskan rindu.

i cannot. i cepat sedih. aku ada encounter few cases yang aku tengok anak-anak tak hirau kat parents.
i cannot yea. korang ni dah kenapa. tu mak bapak korang kau kot.
tak kisah la memuda dia macam mana ke apa. tapi dorang dah tua tu ada la belas kasihan sikit.
n ada yang sampai meninggal pun taknak tengok pun jenazah, just because kau bergaduh adik beradik. eh gila ke apa kau ni.
sedih ok bila dah takda tu. rindu dia kau takleh cakap la. kau rindu la sorang2. takda penawar ok.

Selalu imagine macam mana agaknya if papa still ada.
tengok telatah hannah, ada cucu boleh berkasih sayang.
ada rezeki aku lak bawak dia jalan-jalan cuti macam mana dulu time aku kecik2 dia buat macam tu.
aaaaaaa rinduuuuu.
takpa la, Allah lebih sayang papa, u are in good place now.
Semoga papa di tempatkan di kalangan para solihin n grant the highest Jannah.



Al-Fatihah,
Burhanuddin Hj Aliman
16 April 1953 - 28 August 2015



6 Comments:

Hairi Idham said... [Reply to Comments]

Adoi kak Peej.. awat sedih nau kita rasa? Huhu. :'(

Seri Kandi Tanah Jauhar said... [Reply to Comments]

Allahu Akbar..
bergenang air mata dibuatnya.
Akk pernah mimpi mcm Peej.. kita jumpa arwah bapa kita
dalam mimpi tu boleh plak tau yg bapa kita tu dah tak ada
tapi takde lgsung rasa takut sebab kita rindu diakan
akak cium pipi dia rasa sejuk sgt
lepas tu terjaga.. dan sejuk tu tetap terasa.. mcm betul2 kita jumpa dan cium diakan..

Al-Fatihah kuhadiahkan buat Uncle Bob di sana.

mamapp said... [Reply to Comments]

Mama baca pun bertenaga air Mata. Semoga roh papa awak dikalangan org beriman. Mama pun kehilangan make tahun 2015 so amat faham perasaan Tu. Kalau dia hadir dlm mimpi sekejap on dh rasa puas kan

ain.ya.nun. said... [Reply to Comments]

Hmm tahun lahir sama dgn abah aku

ummisara said... [Reply to Comments]

Salam peej,

Semoga arwah uncle berada di kalangan mereka yang beriman dan diberkati serta dirahmati.

al-fatihah.

JAMIL HASHIM said... [Reply to Comments]

SALAM RAMADHAN

FOLLOWER 2232

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...