Instagram : @peejburhan

Ellfie Beauty dan Fame Cosmetics tempat jatuh bangun ku.Sayup hati memikirkan.

salam jumaat,
mesti ramai happy-happy sebab esok dah weekend.
ingat lagi dulu bila orang cakap looking forward for weekend.
rasa tak paham je. weekend je pun.
now dah bekerja baru faham. memang menunggu pun.
tapi tu la, weekend pun selalunya busy dan terkejar ke sana sini.
tau-tau nanti dah hari isnin balik.
sibuk baq ang.

orang meniaga ni sibuk dia lain.
well meniaga n ada company sendiri maksud aku.
dulu aku meniaga jugak.
tapi meniaga kat rumah je kan online.
so aku tentukan aku kerja isnin sampai khamis je. lain rehat.
then timing pun aku akan busy 1pm sampai 5pm je.
lepas tu relax.
so banyak masa terluang tu banyak.
boleh layan movie la, tv series, tgk youtube, mengadap blog.
sekarang jangan harap.

orang nampak yang senang dan indah je.
orang tak tau macam mana susahnya kita orang bangunkan perniagaan.
ingat lagi Ellfie Beauty start dengan company enterprise.
bermula beroperasi dekat rumah aku.
sebab aku biasa buat online. so memang aku yang akan uruskan postage.
plus rumah aku banyak ruang kosong. takda masalah kita letak stock semua situ.
weekend elly n filla akan datang rumah aku, sama-sama kita orang buat kerja packing apa semua supaya senang nanti aku tinggal tulis consingment note n post je.

Alhamdulillah sambutan menggalakkan.
kita orang rasa takleh buat meniaga ni biasa-biasa.
kita nak selangkah lagi ke depan.
so kita jadikan Ellfie Beauty company Sendirian Berhad.
bila sendirian berhad, semua dah berubah.
kita kena bukak office, kena amik accountant semua, sebab nanti kena audit.

memula meniaga kemain aku kata takpa account aku leh buat.
kau tau aku buat macam mana? aku pakai kertas kajang yea buat garis2 debit credit bagai.
macam account zaman aku tingkatan 3 kemahiran hidup dulu.hahahaha
kau mampu?
bayangkan kalau kita orang tak amik accountant? time audit aku hanya mampu bagi account tulis tangan ngan tak tele ngan tah apa2 aku hentam padahal selama belajar account aku sentiasa fail. hahah
ingat balik rasa kelakar je.

bila dah amik accountant. kita orang hanya mampu amik part time je.
so dia akan datang sebulan 2 kali sahaja n weekend.
so setiap sabtu aku akan pergi office lepak sana sementara accountant tu buat kerja.
usually 9am sampai 1pm dia buat kerja.
laki aku kan suka melekat je, so dia pun teman aku sama2 kat office.
selalu aku la akan pergi. tapi ada time elly pulak ganti.
or sometimes kita orang sama-sama datang on weekend siapkan kerja apa-apa.

masuk office ni on 5th of May 2015.
ikutkan dulu aku sorang je bekerja.
tapi laki aku mana boleh biarkan aku sorang.
time tu adik ipar aku tak kerja n tolong-tolong laki aku.
laki aku kata takpa, dia akan suruh adik ipar aku tu duduk office jaga aku.
hahaha gilo apo. risau sangat kat bini dia yang satu ni.
pastu elly kata takkan la dia nak duduk saje.
takpa. bagi dia kerja dengan Ellfie. kita bagi gaji.

so berdua la aku ngan adik ipar aku kat sini.
dah la memula bukak office kau tak tau nak buat apa.
dah la krikkk krikk krikkk je kita orang.
adik ipar aku lak yang ni tak rapat sangat ngan aku.
dia kurang bercakap. dia segan kot. so memang sepi je la kita orang.
aku cakap kat dia, takpa tak banyak kerja sangat sekarang...layan je la youtube.
hahahah lawak je ingat balik.

then hujung May tu baru elly berhenti kerja tempat lama n join masuk office.
bertiga la kita orang.
so bertiga je kita orang uruskan Ellfie Beauty Sdn Bhd.
Filla pulak masih bekerja, so dia uruskan segala agents n apa dpd phone je.

bulan 10 2015, Alhamdulillah Ellfie Beauty doing well.
so kita hire sorang lagi pekerja. untuk jaga orders Ellfie.
selama ni order Elly yang uruskan. so ada pekerja baru senang sikit kita orang.
boleh concentrate kerja lain.
Bulan November sorang lagi join, more to kerja graphic n all.

so meriah sikit dah. dah ada 5 orang pekerja permenant.
n sorang lagi accountant part time datang on weekends.
then bulan nov 2015 tu kita orang decide nak buat company Fame.
rasa nak try n ceburkan diri ke bidang kosmetik pulak.
dapatkan colour hot, siapkan packaging apa semua.
so by January 2016 Fame pun mula di pasarkan.

start dengan 1000pcs untuk each colour. tak sangka within seminggu hampir semua sold out.
terkejut sangat. sambutan sangat-sangat menggalakkan.
penat toksah cakap la.
sebab kilang kadang lambat, so kita orang decide kita packing sendiri.
daripada tampal sticker, ke lipat kotak, ke masukkan dalam kotak, tampal sticker kotak semua buat sendiri je.
n yes. kita orang bertiga je buat semua tu.
sometimes time kerja staff 2 orang tu tolong.
tapi still hari2 biasa ada order ellfie n fame kena buat. takleh siap.
so orang semua public holiday, weekend semua cuti.
kita orang bertiga akan duduk office daripada 10 pagi sampai 6 petang siapkan packaging.
kesian suami masing2 n anak-anak. kena paham isteri n mak2 kerja nak carik duit.

orang nampak yang indah je kan?
rasa macam eleh senang la kerja dorang bukan buat apa.
tau nak berlagak n show off je.
orang nampak yang tu je. di sebalik tu orang nangis semua dia tak tau.
ingat lagi kita orang menangis n mengadu penat sangat sakit pinggang.

ingat lagi memula kerja tu aku tekanan n nangis teruk.
sebab dulu aku kan meniaga online.
so income aku memang sangat banyak ye. bila aku kata banyak tu. memang banyak n selesa la.
bila aku bekerja. gaji aku sangat kecik. kira turun 70% dpd income meniaga aku.
stress toksah cerita.
aku until now still jual tabita, ephyra n kacip fatimah tu.
some aku jadi dropship sebab aku takda masa nak uruskan.
tapi kenapa income drastically jatuh? sebab aku tak promo barang aku jual.
macam dulu aku selalu promo ephyra, tabita semua. bila aku ada produk sendiri.
takkan aku nak puji2 produk lain kan? rasa funny pulak kat situ.
tapi mostly regular customer aku n selesa pakai produk tu..n selesa beli ngan aku, dorang akan tetap carik aku. aku pun tak sampai hati bila dorang kata dorang percaya beli ngan aku je.
so marilah jual selagi aku mampu uruskan.

sejak ada Fame kita orang bertambah busy.
sebab uruskan 2 company sekali.
Alhamdulillah pulak Fame is doing very very well.
so lagi busy n tak memang tangan.
memang sampai tak mampu handle.
then start april 2016 kita orang decide amik part time worker untuk buat packaging Fame.
tak mampu dah mata n pinggang kita orang yang tua-tua ni buat kerja-kerja tu.
n niat kat hati, takpa kita bagi rezeki kat dorang ni ngan bagi kerja.

Fame pulak memula kita orang buat retail. tapi tak mampu sebab orders Fame je beratus parcel sehari.
nak menangis type weyh consignment tu.
memula lagi la. tulis tangan weyh sbb tak pandai pakai printer dot matrix tu hahaha.
time tu elly jaga phone Fame, order dia hantar kat aku untuk aku tulis.
bila orders beratus. mula la bahagi tugas.
nanti elly cakap, ok kau nak aku start tulis dpd nama mana? so aku akan suruh dia tulis yang bawah2. yang atas aku tulis. sampai kematu jari.
then elly susun lipstick. pastu staff packing.
bila siap terus kita orang terkangkang baring kat bean bag.

sebab tu bila orang kata eleehhhh kerja senang, blogger boleh la jual.
boss boleh la..bukan buat apa pun.
kau tak payah ye. ni dah tahun 2017 kita orang masih buat kerja-kerja semua.
sampai kalau orang communicate akan terkejut sebab terus berurusan ngan founder.
macam aku, walau now dah ada pekerja. bila order banyak. aku masih tolong staff aku tolong type kan orders dorang, kadang kalau part time buat hal cuti tetiba ke apa. kita orang sesama turun tolong tampal sticker semua.

Sebab seronok rasa tempat kerja ni more like family daripada rasa macam boss n pekerja.
now kita orang ada 7 permanent staff n 5 part time staff.
ada jugak yang dpd part time sebab bagus kita serap jadi staff.
happy bila tengok pekerja happy.
aku n elly ni dah la jenis tak sampai hati. tak sampai hati tengok orang gaji rendah ke apa.
pikirkan zaman sekarang semua mahal..pikirkan orang anak anak bini or laki.
setiap kali bertukar dpd trading ke sdn bhd ke apa. asyik bagi increment je.
increment dah la melonjak terus tak masuk akal. hihi.
takpa rezeki di kongsi bersama. bg semangat kat dorang kata Insyallah ada angpow raya, ada bonus tahunan, ada increment setiap tahun. Insyallah doakan sama-sama kita berjaya.

itu kisah office. belum masuk kisah agent dan stokis.
kadang-kadang perasaan bangga tu datang bila tengok agents n stokis kau rajin n promo barang kau.
rasa macam eh ye ke aku ni ada produk sendiri?
satu masa dulu aku lah agent2 yang promo bermacam produk untuk aku jual.
macam tak percaya je.

since aku dulu merupakan agents untuk bermacam produk.
aku selalu titik beratkan hal dorang. aku tau macam mana perasaan dorang.
seboleh aku cakap takpa bagi agents n stokis untung lebih. biar kita yang sikit.
walaupun sebenarnya kita orang ni lagi banyak tanggungan...ada office, gst kita absorb, kita ada staff nak bayar, marketing pun kita yang buat. takpa. biar untung sikit tapi we go for volume.
macam kita buat marketing semua,  almost 100% sales semua kita bagi pada agents n stokis.
kita takda pun berebut sama amik customer tu.
walaupun hakikatnya berpuluh ribu sebulan kita keluarkan untuk ads tu sebenarnya.
kita orang pernah duduk dengan owner produk lain. dengar cerita orang rasa terkejut.
kemain dengan bangga dia kata dia block semua agents dia dpd page HQ.
biar agents cari customer sendiri. jangan sibuk kat page HQ. tu customer HQ. belajar cari customer sendiri.
semua dia charge kat agents dia. agents dia datang office pun tak boleh. nak barang semua post.
jangan nak datang2 amik barang ke apa.
tak boleh whatsapp ke apa. semua melalui email n whatsapp.
eh gila ke apa? tu agents n stokis kau kot.

walaupun urusan stokis n agents mmg filla yang handle.
tapi filla selalu update kat kita orang if ada apa-apa.
aku sayang semua agents n stokis.
tapi kadang muntah jugak. jenis yang semua nak bersuap.
semua nak harapkan hq takda inisiatif sendiri.
sorry la to say. aku meniaga online lama gak. 4-5 tahun. aku tak pernah tumpang memana page, tag orang ke apa nak carik customer. aku guna medium aku sendiri je carik customer. kau rajin Insyallah ada la rezeki kau.
dengan aku meniaga kecil-kecilan tu la aku dapat bantu fam aku sedikit sebanyak n dengan meniaga online macam tu je aku dapat beli kereta aku.
sebab tu, walau dah ada produk sendiri. aku tetap sayang n takleh lupa ephyra n tabita.
tu kadang menyampah dengan sesetengah sikap yang bila kau ok, terima kasih pun takda...tapi silap sikit kemain kau terus nak sentap sound n tuding jari takda hormat n penuh biadap.
but then again. hanya sabar je yang ada. Anggap semua ujian dari Allah. Insyallah ada ganjaran tu nanti untuk orang yang sabar.

sedar tak sedar dah 2 tahun Ellfie Beauty di pasaran.
n setahun dah Fame pulak ada di pasaran.
Alhamdulillah dua-dua ada pengikut tersendiri yang suka kedua-dua produk ni.
aku n family aku pun pengguna tegar produk Ellfie.
even few months back mama siap kata, Ellfie ni patut letak tagline biar lambat asal selamat. hihi.
wah suka sangat tu.

mungkin kesilapan dari pihak kita orang.
bila kita orang ada 2 company nak uruskan. n Fame pulak doing very well.
kita orang mula abaikan Ellfie.
kita tak bersungguh2 promo n kita orang tak amik tau perkembangan sangat.
kita letak kepercayaan 100% kat kilang.
sebab kita meniaga pun semua dengan kelulusan KKM.
semua urusan di buat oleh kilang. kita bagi duit je biar dorang uruskan.
lepas semua dah check dapat kelulusan, kita orang tak follow up n check again selepas produk dah ada kat pasaran.
bila ada masalah, KKM pulak akan hantar surat menyurat kat kilang, nanti dah last minute baru kita dapat kat email cakap kenapa kita tak respon ke apa. bila kata lambat tu memang lambat sangat ye.
bila tanya baru dia kata ada, br dia email surat tu. oiiii muntah weyh.
dapat surat daripada KKM suruh bagi produk untuk dorang check semua. semua kita orang bagi n post kat KKM.
kalau betul kita orang tau barang kita masalah, wahhh takkan kau selamba je siap dengan confident post barang kau kat KKM. berani kau?

tu yang bila keluar berita pasal night cream ada bahan merbahaya. kita orang pun terkejut yea.
kalau korang rasa korang tertipu..abis kita orang ni rasa apa? sama yea rasa tertipu.
dengan kau kena mengadap agents yang some supportive some menggelabah n hentam kau.
dapat customer tanya memacam, yang memahami n some yang hentam kau macam kau saje jual benda beracun.
belum lagi anonymous n manusia yang memang menunggu masa kau jatuh n melingkup kemain hentam n tepuk tangan bila kau hadapi masalah.
ada yang kemain kaitkan Ellfie n Fame.
memang kita orang founder yang sama, tapi still kilang kedua-dua tu tak sama. n takda kena mengena.

some sangat jahat personally attack us, some to the extend attack anak-anak.
even aku sendiri tak kena. aku ni seorang yang penyedih..aku takleh terima kalau dalam dunia ni sebenarnya ada orang hati busuk n jahat sangat. i cannot.
tapi banyak jugak aku terima whatsapp, dm semua tanya hal ni personally,
nasib pulak aku maybe di kelilingi orang baik-baik. some very understanding n bagi kata-kata semangat.

regarding racun tu. ingat kita orang tau ke?
kalau aku tau..kenapa aku nak bahaya kan diri aku, family aku, ipar duai aku n customer aku?
aku sayang yea semua. n aku appreciate each n everyone daripada zaman aku meniaga dulu. sebab tanpa customer ni, aku pun takda rezeki yang masuk.
n satu perangai aku daripada dulu, kalau aku tak yakin n suka ngan benda tu...aku takkan jual.
aku tak amalkan konsep, ahhh lantak la,..janji duit aku masyuk n aku kayo. apa nak jadi ngan korang lantak la.
same goes kalau orang nak bagi aku barang n promo. kalau aku tau aku takkan makan benda tu or suka..aku baik2 cakap aku terpaksa tolak. aku tak nak dia bazirkan stock dia bagi aku, end up aku tak guna pun benda tu.

kita orang dah jumpa both kilang n kkm.
dedua statement yang kita orang dengar daripada dua-dua sangat mengejutkan.
kesilapan yang dah jadi, kita orang kena tanggung.
sorry aku tak boleh elaborate lebih2 pasal tu sebab benda ni melibatkan banyak pihak.
tapi takpa la kita orang la tanggung semua tu.
sebab after all, kesilapan kita orang sebab kita orang letakkan kepercayaan penuh semua akan turn out ok. rupanya ujian tu datang tanpa kita sangka.

sorry pada customers setia kami.
apa yang boleh katakan yang sebelum semua di pasarkan, semua mempunyai kelulusan KKM.
kita takkan jual benda merbahaya pada orang ramai sesuka hati.
even until now, semua produk kita selamat daripada cleanser, toner, day cream n serum even all fame products.
maybe lepas ni kita orang akan ambil langkah berjaga-jaga n hantar semua produk buat double check kat lab test.
takut ada masalah dalaman dari kilang yang kita tak tau maybe tak telus ke apa.

aku sangat down. even family aku pun. staff pun
esp sebab kita orang selesa kot pakai ellfie. serasi orang kata.
lepas ni kena opt carik lagi apa barang yang best untuk lengkapkan set ellfie essence tu.
masa kes ni jadi pulak aku tengah period.
tah emosi berkecamuk apa tah sebab baca orang hentam kat page, kat kawan-kawan aku.
pastu laki aku pulak tak sihat sakit teruk sangat.
13 tahun kenal dia tak pernah dia sakit macam tu. aku pulak busy exhibition.
then hannah pun tak sihat nak tumbuh gigi.
tak pasal jiwa aku sayupppp je sedih.
2 malam berturut aku menangis sampai tertidur.

sedih sangat bila tengok orang kemain suka bila ellfie ada masalah.
kemain orang cakap ellfie ngan fame sama. fame pun produk sampah.
keluar memacam statement konon ellfie menyebabkan dia itu ini.
padahal takda dalam rekod dia pembeli pun, or apesal selama ni kau takda masalah.
dan-dan bila jadi kes ni...semua keluar la cerita version masing-masing.

ada pulak kata produk lain founder professional handle kes ni la apa.
kita orang berdiam diri la.
padahal aku tengok je founder lain, pro sebab dorang menjawab ke?
dpd apa aku tengok, dorang memang keluarkan statement. tapi semua tak mengaku kesalahan.
semua salahkan fake, semua salahkan di fitnah.
kita orang pun taknak keluarkan statement sebab orang tengah marah.
plus ada quote pun.



very true kan. aku tau ngan entry ni pun orang yang tak suka kau akan terus rasa nak hentam jugak.
whatever lah.

paling takleh terima bila orang persoalkan kita orang jalani hidup seperti biasa.
macam takda apa berlaku.
orang punya perasaan kau tau ke? kau tau ke dalam sibuk orang terkejar sana sini uruskan masalah ni.
kau tau ke tetiba terlalu sedih kita orang menangis tetiba tanpa kisah ada orang sekeliling ke apa.
of coz hidup harus di teruskan.

kita ada anak nak bagi makan n jaga.
ada suami yang kita kena galas sebagai isteri.
ada mak bapak kita nak happy kan.
ada pekerja yang mengharapkan kita ok n teruskan usaha. rezeki dan kerja dorang bergantung kat kita dengan izin Allah SWT.
ada stokis n agents yang harapkan kita dapat tangani kes ni, teruskan n jangan mengalahkan naikkan n marketing untuk Fame n Ellfie.
so dah tentu hidup kena di teruskan. takkan nak tengok kita mereput baru semua puas hati.
kalau boleh biar keluar berita sekeluarga Founder kosmetik beracun mati sebab ibu patah semangat untuk teruskan hidup. mereka sekeluarga mati kerana si ibu taknak teruskan hidup.
macam tu ke?

kau ingat kita tak down ke?
kalau kita orang ni tak pikir panjang n nak buat duit nak kaya, nak show off ngan hasil jual barang racun.
why in the first place kita ketengah kan diri kita?
kita mengaku tu produk kita?
kita tukar daripada trading ke sdn bhd?
daripada operasi kecil-kecilan kat rumah aku, berani amik office n amik pekerja.
kadang orang yang komen tak tentu hala ni pun merepek2 je tak guna akal fikiran time marah.

sekali lagi ribuan maaf pada para pelanggan kami bagi pihak aku, Ellfie dan rakan-rakan aku.
kita pun taknak benda ni jadi.
kita akan belajar daripada kesilapan dan lebih berhati-hati selepas ini.
kita akan make sure bagi yang terbaik untuk korang.

pilihan di tangan korang.
kita pun takleh paksa kalau orang dah tak suka.
apa-apa pun tetap aku ucapkan terima kasih sebab sebelum ni pernah support perniagaan aku.
baik daripada aku meniaga tabita, ephyra, kacip fatimah, kuih raya...sampailah aku keluarkan Ellfie dan sekarang Fame. thank u sangat. eeee type ni pun sebak.
susah dah tua ni mudah sebak.
kalau sekarang korang kata korang kecewa n dah tak nak percaya, pun aku tak marah. korang ada hak. i terima seadanya walaupun dalam hati i sedih. :(

untuk yang terus bagi aku kata-kata semangat n terus support n lahirkan rasa sayang. terima kasih jugak.
sedih n sebak i baca dm, email, whatsapp korang tau.
walaupun hubungan kita as a reader n blogger, as a customer n penjual je..n tak personally kenal...tapi some of u aku dah kenal wayyyyy back sebab korang rajin communicate ngan aku dpd social media aku, dpd whatsapp semua.
walaupun kadang aku keras tak reti layan ke apa. still aku kenal n ingat some of u.
i appreciate each n everyone.

ok dah panjang sangat entry kak jah hari ni.
so akhir kata, ku susun sepuluh jari memohon maaf andai ada silap.
dan ku susun bibir munggil bagi ciuman jauh untuk semua...siapa tak suka tepis siap-siap yea.

salam jumaat.

p/s : typo harap maaf. aku mmg ratu typo. hihi

19 Comments:

norasiahnasir said... [Reply to Comments]

what i can say.sabar..serahkan pada Allah.

aida aidanisme said... [Reply to Comments]

assalam peej..

sebak pulak baca ni sbb i mmg pengguna setia. dan terkejut jugak bila baca pasal night cream tu. i personally wasap ur team immediately tanya betul ke tak sbb mmg mcm tak caya. rupanya betul dan korang pun dah explain. (tak tahu siapa pegang phone yg i wasap tu). bagi i, mungkin Allah nak bagi teguran sedikit kat kita hambaNya yang kadang2 tergelincir tanpa kita sedar. insyaAllah things will getting better soon. doa banyak2. muhasabah diri. kita semua yang sokong ellfie & fame akan terus doakan korang semua berjaya dengan izin Allah.

senyum dan bangkit ye.

saidatul maria said... [Reply to Comments]

babe... pls review back ur agreement with kilang tu... and if possible, hire lawyer to do the necessary... at least boleh damage control image ellfie

the.inside.of.me said... [Reply to Comments]

Hi Peej,

gigih baca sampai habis..
jarang komen..or mungkin x pnh komen..
tp setiap ari konfem mesti bukak blog u..even xde update..
i pnh order tabita, ephyra..n now pengguna fame..
kalau igt..dulu pnh dtg umah u amik kotak2 ephyra sebab nk isi door gift..
ni dugaan n ujian utk korang..
jgn sedih2 k..
dlm seorang yang membenci..ada lagi 9 orang yang sayang..
teruskan usaha korang yang nk bagi kami2 ni semua cantik..
jgn cpt menggalah..
kami semua akan terus sokong..
fame matte lips is always my favourite walaupun dh try yg lain..mesti akn back to fame jugak..

keep it up..
semoga success selalu.. :)

NOORYANI .ALI said... [Reply to Comments]

Peej n team...sabar ok.dugaan dtg mematangkan kita..menguatkan kita. setiap yg berlaku pasti ada hikmah..percayala h bila Allah mendatangkan sesuatu cabaran bg kita pasti akan ada ganjaran dikemudian hari..maka abaikan segala hinaan kejian atau apa saje sebab Allah lebih mengetahui yg terbaik..apa pun senyummm bangkit ok..korang the best...

yana2605 said... [Reply to Comments]

ouhhhh baru tau citer..selama ni tak tau pn yg produk ellfie ada masalah.. emm tak pe la peej..byk2 kan bawak bersabar ya.. ingt di sebalik semua ni mst ada hikmah yg tersembunyi.. cth ofcourse korang akan lebih berhati2 kan lepas ni anggap ni sbg hikmah.. nk berjaya bkn senang byk jatuh bagun jatuh nya.. inshallah semuanya akan ok nnt..kuat kn semangat..cekal kan hati ok..

ibu aqeef said... [Reply to Comments]

sebak plk sy bc luahan hti kak peej..n hati sy yg rs cm dtikam2 bila bc komen2 kat page ellfie..rmai sgt yg menghentam n kaitkan ngan fame..sy pguna fame n pnh jd dropship fame gk..ok je best jer pkai..all the best utk kak peej,kak elly n kak filla..smga Allah bgi yg terbaik utk smua..jgn hiraukan kta2 negatif,amik sbgai pmbakar semangat.sy ttp skong akak bertiga #doaygbaikbaik

sejadahchenta said... [Reply to Comments]

Keep strong kesemuanya. Allah uji, tanda Dia sayang. In syaa Allah ada jalannya bak kata Maher Zain

Fauziah Mahad said... [Reply to Comments]

dlm hidup kita tak pernah lari dr membuat kesilapan...just try n error jer...n live must goes on...just move on...all the best peej..filla n kak elly...insyallah kejayaan milik u all jua...

.: yUhAiSya :. said... [Reply to Comments]

Its harder than try to feel it. Baca pun dh rs sesak dada. insyaAllah, Allah nak bagi rezeki yg lagi hebat. strongest people are from the strongest pain. honestly, sy belum tentu kuat kalau kat tempat akak2 semua, tp sy harap sgt2 akak2 semua makin kuat, tabah, keep it up. semoga semua akan bertambah baik dgn izin Allah. amin -love

Blog Akak Kembang said... [Reply to Comments]

Be strong peej. Anggap ini semua ujian utk kejayaan lebihn besar

cikel said... [Reply to Comments]

Salam..semoga segala urusan kakpeej kakpilla dan kakelly dipermudahkan..

Maie Maizah said... [Reply to Comments]

Kak peej.. be storg... wlpn sy pngguna fame je tp bila bnde ni jd sy yg xde kena mngena pn jd sedih bila baca mcm2 org hentam kt page kakpeej kakpila ngn kakelly... sbb hri2 duk baca blog n stalk ig akak2 semua...

Apa2 pn moga abg ben cpt sembuh.. n kakpeej kuat dr segala segi.. i'Allah doa sy ada tuk semua... 😘

bless said... [Reply to Comments]

bertabahlah peej

masitha hassan said... [Reply to Comments]

Hebatnya..boleh tulis pnjg camni

Unknown said... [Reply to Comments]

kak peej!!! jangan down please.. salah satu cabaran untuk kak peej and the team. saya pun pengguna ellfie dan sangat terkejut bila night cream keluar dkt page KKM. takpa la kak benda dah jadi, dont put 100% trust on others after this, walaupun kita terpaksa penat lelah settlekan semua benda by our own, tapi bila dpt result yg best, rasa puas sangat2..jadikan pengajaran atas semua benda yg berlaku. saya suka produk akk2 semua, mmg berkualiti, saya pakai lipstick fame sahaja, tak rasa pun nak beli lipstick brand lain. hahaha.. i trust on your products kak. keep strong. dugaan allah bagi untuk hambanya yang kuat dan mampu. :)

Yana said... [Reply to Comments]

Salam peej.. Dah lama akak tk buka blog peej n the gang.. Hari ni bila akak buka n baca entry ni rasa sebak pulak.. sebab akak amat kagum ngan u all bertiga.. Akak mmg dh lama baca blog korang dan akak amat kagum n respek ngan sikap korang.. Tak pe ini semua ujian Allah dan dalam dunia ni mmg banyak manusia dengki yg hanya tuggu jer masa kita jatuh.. Akak n suami dah selalu kena benda camni.. Kita tak kacau orang tapi org tk leh tengok bila kita bahagia ngan family kita.. Tapi Alhamdulillah lagi banyak orang mengata dan aniaya akak lagi kuat ikatan kasih syg kami sekeluarga dan Allah Maha Kaya dan Maha Adil dan sentiasa akan membantu org teraniaya dan difitnah.. Peej bertuah sbb keluarga very close n support each others.. So jangan layan perasaan sedih tu lama2.. Bangkit semula dgan semangat yang lebih kuat dan kental.. Para haters ni biasalah.. Buat baik pun dorang akan kutuk sebab hidup dorang tk bahagia, so rasa dengki bila org lain bahagia.. Akak doakan korang bertiga akan terus sukses dan jangan toleh ke belakang dan jangan sesekali putus asa.. Salam sayang dari akak.. Kirim salam sayang akak pada mama peej jugak yer..

Seri Kandi Tanah Jauhar said... [Reply to Comments]

Peej......

Hunny Bee said... [Reply to Comments]

Salam...hyee...even sy dah stop guna produck Ellfie...but masa sy guna ok jeee....alhamdulillah...4 sure sy akan rekemen kat mmbe2...serum tu..best sngat2 pada sy...team Ellfie x mo lah sedih2...dugaan & ujian buat kita bertambah kuat...

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...