Instagram : @peejburhan

cerpen : shopaholic kah?



sejak dah pakai tudung ni memang aku takda baju sangat nak pakai.
sebab sebelum ni baju semua ciri-ciri tak muslimah compliance. haha.
so hanya mampu ulang-ulang je apa baju yang ada.
sampai sendiri nak muntah sebab dok rotate 6-7 baju yang sama je ulang-ulang.

last time aku shopping pulak adalah 2 weeks before aku decide untuk pakai tudung.
i mean shopping baju proper la. so hanya some dpd apa shopping tu je boleh pakai.
ada la shopping kat kedai murah2 baju lepas2 tu.
tapi tau la dah kata murah. tetiba butang tercabut la. tetiba lengan sebelah ok, sebelah lg sendat. (read: sejenis perangai tak suka test baju sebelum beli)

since sekarang ni asyik la meeting sana sini, jumpa orang sana sini. aku kelihatan seperti bibik tanpa permit. ngeri sangat rupa. so harus shopping.

kisahnya last week ke klcc la nak shopping kat Flow.
aku suka Flow sebab baju dia lawa n aku dah tau size aku. so senang.
tapi ngeri weyh dah la bawak anak ngan stroller bagai.
aku yakin aku tau kedai tu kat mana.
so naik la lift.
sekali naik tingkat 2 takda pulak kedai tu. ehhh. mana lak perginya.

kau tau la naik lift ni hazab macam mana.
dah la tunggu lama. tetiba penuh kena tunggu.
tapi takda choice sebab kau bawak stroller kan.
aku cakap kat laki aku. tingkat atas kot.
taknak tunggu lift laki aku malas.
so aku dukung hannah. dia angkat stroller tu naik escalator.
sebab escalator klcc memang takleh lalu stroller sebab ada palang tu.
plus aku pun tak suka sebenarnya. aku seriau n ngeri.
pastu naik tingkat 3 tetiba takda jugak kedai Flow tu. WHATTTTT???
eeeee takutnya nak cakap maybe kat tingkat 1 kot.

laki aku dah ala-ala bengang.
nak taknak naik la lidt ke tingkat 1 balik.
n guess whatttt???
takda jugak kedai tu.
aku dah macam...eh kat wing satu lagi ke apa?
klcc adalah rumah kedua aku. takkan la aku leh lupa pulak.
takut laki marah terus cakap takpa la tak payah.
lain kali je aku pergi sendiri ngan kawan-kawan aku. *mata ke atas*

dalam pada tu tetap tak puas hati. mana pergi kedai ni.
tukar location ke apa.
so teruskan perjalanan ke tempat lain.
lepas tu rehat. laju-laju google pasal store location.



Oh Emmmm Geee...memang dah takda kat KLCC kedai tu. WTH..
aku tengok yang ada kat PAvi, Sogo n Mid Valley kot kat KL ni.
eeee annoying tau. yang laki aku kata jom pergi Pavi.
ingat aku rajin?
kosser ye. tak payahhhhh.
so lupakan je la.

kita teruskan kehidupan ngan melepak je la.
makan-makan n minum minum cuci mata laki bini.
ramai pulak hari tu celebrity n instagram celebrity kat aseana hari tu.
dasyat.


Alhamdulillah hannah now dah 6 months n 17 days.
berat few days back pergi check adalah 7.7kg n tinggi dia 71cm.
kemain aktif dia now. sesak napas semua orang nak menjaga dia.
sentiasa nak berdiri n meniti tepi sofa ke apa je la yang boleh panjat
n merangkak laju ke sana sini.
takleh duduk diam dah.



konsep selfie masa kini.
hari tu saje testing style baru tudung.
ala-ala nampak inner feeling neelofa. kah kah kah.

so anyway.
lupakan kisah keluar nak shopping tak jadi tu.
hari di teruskan dengan bekerja.

until today.
aku sorang kat office.
sebab partners ada meeting kat kedah.
dorang ajak, as usual aku tak kuasa. sebab takpa 2 orang pun boleh handle.
takyah nak ramai2 semak2. i biarkan di office buat kerja lain.

memang bagus sebab 80% kerja aku siap.
tak sabar nak eksyen n submit ngan dorang esok.
mesti dorang stress sebab dorang punya tak siap lagi. kah kah kah.

then ada masa terluang pulak lepas kerja siap.
kau tau apa kak jah buat?
kak jah bukak website flow weyhhh.
dan bermula la operasi online shopping.

aku memang jarang shopping.
bila aku kata jarang tu. tu bermakna aku hanya shopping 1-2 kali je setahun.
di ulangi SETAHUN ye.
so bila aku shopping. aku suka grab banyak2 senang, boleh pakai setahun terus. hahaha.
tapi masalahnya bila kau main grab je.
kau macam tak sedarkan diri.

aku jenis tak tengok harga.
rasa lawa terus masuk cart.
masuk dan masuk...dan masuk lagi.
pastu aku terkejut. hahahaha



kau tengok atas kanan tu.
tetiba ada 20 items dalam cart aku.
kau dah tebiat?????
pastu terperanjat sebab woiii kejadah sampai beribu2 ringgit ni. hahaha

pastu dah kemain shopping tetiba pulak baru jumpa tab SALE.
bukak sale items tengok semua range rm50-rm80 baju.
apa lagi makin gigih masukkan dalam cart.
last sekali bukak balik cart so mari slash mana tak perlu sangat.

so bukak tengok mana yang harga atas rm100 n tak masuk akal mari remove.
setelah remove dan sebagainya...akhirnya i shopping 18 items weyh/
bu amazingly adalah sangat murah sebabbbbbbbb tengah SALLLEEEEEE gila.

so sesiapa suka tanya baju aku selalu beli mana.
mohon bukak websiti flow now. http://www.flowclothing.com/
terus check out kat SALE tu.
eh harap maklum FLow ni untuk orang badan besar yea.
korang kurus takyah la sibuk. tak jumpa size.

tapi serious lawa-lawa n murah.
pastu geram sebab new arrival pun banyak lawa
tapi i terpaksa remove daripada cart sebab Total tadi macam menempah maut.

aku tak sure nak consider perangai aku ni apa?
nak kata shopaholic tak gak kan? sebab aku hanya shopping sekali sekala je.
tapi nak panggil sejenis kegilaan apakah ini? jenis sekali dia shopping memang tak pandang kiri kanan.
sejenis rasukan mungkin?

akhir kata...mohon parcel i dapat secepat mungkin.
fuuhhh kiri...fuhhhh kanan.




6 Comments:

FAR said... [Reply to Comments]

Tips Kalau pg klcc dgn stroller jangan guna lift yg tengah tengah tu mmg boleh naik darah. Guna lift yg dekat hujung ramlee mall/ ampang mall

Noor Azlan said... [Reply to Comments]

Manis bertudung, Alhamdulillah... baru lepas bertudung memang mcm tu, semua baju tak match, sbb tu girls banyak beli tudung... nak match semua baju... hihi..

IK Tia said... [Reply to Comments]

last-last shopping online juga. beheheh

Mrs Pip said... [Reply to Comments]

Haha , ni bukan kegilaan or kerasukan ni peej,
Dah setahun sekali shopping, kak jah shopping puas2,
Ni revenge time! Hehe...
It is ok ....hope dapat parcel tu cepat.

Nad Love Fad said... [Reply to Comments]

thanks kak peej. ai is badan besar dan tinggi. pastu jenis anak kdg2 crancky jugak tmasuk pak dia. jd online shopping lg bagus. so pasni dah tau mana website yg sesuai utk org badan comel mcm kita

deyana said... [Reply to Comments]

hi peej! i am your silent reader :) suka baca blog peej ni.. nk puji sikit.. makin hari makin lawa la peej.. sejak pakai tudung & make up.. cun sgtt! keep it up bebeh

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...