Instagram : @peejburhan

Ellfie Beauty dan Fame Cosmetics tempat jatuh bangun ku.Sayup hati memikirkan.

salam jumaat,
mesti ramai happy-happy sebab esok dah weekend.
ingat lagi dulu bila orang cakap looking forward for weekend.
rasa tak paham je. weekend je pun.
now dah bekerja baru faham. memang menunggu pun.
tapi tu la, weekend pun selalunya busy dan terkejar ke sana sini.
tau-tau nanti dah hari isnin balik.
sibuk baq ang.

orang meniaga ni sibuk dia lain.
well meniaga n ada company sendiri maksud aku.
dulu aku meniaga jugak.
tapi meniaga kat rumah je kan online.
so aku tentukan aku kerja isnin sampai khamis je. lain rehat.
then timing pun aku akan busy 1pm sampai 5pm je.
lepas tu relax.
so banyak masa terluang tu banyak.
boleh layan movie la, tv series, tgk youtube, mengadap blog.
sekarang jangan harap.

orang nampak yang senang dan indah je.
orang tak tau macam mana susahnya kita orang bangunkan perniagaan.
ingat lagi Ellfie Beauty start dengan company enterprise.
bermula beroperasi dekat rumah aku.
sebab aku biasa buat online. so memang aku yang akan uruskan postage.
plus rumah aku banyak ruang kosong. takda masalah kita letak stock semua situ.
weekend elly n filla akan datang rumah aku, sama-sama kita orang buat kerja packing apa semua supaya senang nanti aku tinggal tulis consingment note n post je.

Alhamdulillah sambutan menggalakkan.
kita orang rasa takleh buat meniaga ni biasa-biasa.
kita nak selangkah lagi ke depan.
so kita jadikan Ellfie Beauty company Sendirian Berhad.
bila sendirian berhad, semua dah berubah.
kita kena bukak office, kena amik accountant semua, sebab nanti kena audit.

memula meniaga kemain aku kata takpa account aku leh buat.
kau tau aku buat macam mana? aku pakai kertas kajang yea buat garis2 debit credit bagai.
macam account zaman aku tingkatan 3 kemahiran hidup dulu.hahahaha
kau mampu?
bayangkan kalau kita orang tak amik accountant? time audit aku hanya mampu bagi account tulis tangan ngan tak tele ngan tah apa2 aku hentam padahal selama belajar account aku sentiasa fail. hahah
ingat balik rasa kelakar je.

bila dah amik accountant. kita orang hanya mampu amik part time je.
so dia akan datang sebulan 2 kali sahaja n weekend.
so setiap sabtu aku akan pergi office lepak sana sementara accountant tu buat kerja.
usually 9am sampai 1pm dia buat kerja.
laki aku kan suka melekat je, so dia pun teman aku sama2 kat office.
selalu aku la akan pergi. tapi ada time elly pulak ganti.
or sometimes kita orang sama-sama datang on weekend siapkan kerja apa-apa.

masuk office ni on 5th of May 2015.
ikutkan dulu aku sorang je bekerja.
tapi laki aku mana boleh biarkan aku sorang.
time tu adik ipar aku tak kerja n tolong-tolong laki aku.
laki aku kata takpa, dia akan suruh adik ipar aku tu duduk office jaga aku.
hahaha gilo apo. risau sangat kat bini dia yang satu ni.
pastu elly kata takkan la dia nak duduk saje.
takpa. bagi dia kerja dengan Ellfie. kita bagi gaji.

so berdua la aku ngan adik ipar aku kat sini.
dah la memula bukak office kau tak tau nak buat apa.
dah la krikkk krikk krikkk je kita orang.
adik ipar aku lak yang ni tak rapat sangat ngan aku.
dia kurang bercakap. dia segan kot. so memang sepi je la kita orang.
aku cakap kat dia, takpa tak banyak kerja sangat sekarang...layan je la youtube.
hahahah lawak je ingat balik.

then hujung May tu baru elly berhenti kerja tempat lama n join masuk office.
bertiga la kita orang.
so bertiga je kita orang uruskan Ellfie Beauty Sdn Bhd.
Filla pulak masih bekerja, so dia uruskan segala agents n apa dpd phone je.

bulan 10 2015, Alhamdulillah Ellfie Beauty doing well.
so kita hire sorang lagi pekerja. untuk jaga orders Ellfie.
selama ni order Elly yang uruskan. so ada pekerja baru senang sikit kita orang.
boleh concentrate kerja lain.
Bulan November sorang lagi join, more to kerja graphic n all.

so meriah sikit dah. dah ada 5 orang pekerja permenant.
n sorang lagi accountant part time datang on weekends.
then bulan nov 2015 tu kita orang decide nak buat company Fame.
rasa nak try n ceburkan diri ke bidang kosmetik pulak.
dapatkan colour hot, siapkan packaging apa semua.
so by January 2016 Fame pun mula di pasarkan.

start dengan 1000pcs untuk each colour. tak sangka within seminggu hampir semua sold out.
terkejut sangat. sambutan sangat-sangat menggalakkan.
penat toksah cakap la.
sebab kilang kadang lambat, so kita orang decide kita packing sendiri.
daripada tampal sticker, ke lipat kotak, ke masukkan dalam kotak, tampal sticker kotak semua buat sendiri je.
n yes. kita orang bertiga je buat semua tu.
sometimes time kerja staff 2 orang tu tolong.
tapi still hari2 biasa ada order ellfie n fame kena buat. takleh siap.
so orang semua public holiday, weekend semua cuti.
kita orang bertiga akan duduk office daripada 10 pagi sampai 6 petang siapkan packaging.
kesian suami masing2 n anak-anak. kena paham isteri n mak2 kerja nak carik duit.

orang nampak yang indah je kan?
rasa macam eleh senang la kerja dorang bukan buat apa.
tau nak berlagak n show off je.
orang nampak yang tu je. di sebalik tu orang nangis semua dia tak tau.
ingat lagi kita orang menangis n mengadu penat sangat sakit pinggang.

ingat lagi memula kerja tu aku tekanan n nangis teruk.
sebab dulu aku kan meniaga online.
so income aku memang sangat banyak ye. bila aku kata banyak tu. memang banyak n selesa la.
bila aku bekerja. gaji aku sangat kecik. kira turun 70% dpd income meniaga aku.
stress toksah cerita.
aku until now still jual tabita, ephyra n kacip fatimah tu.
some aku jadi dropship sebab aku takda masa nak uruskan.
tapi kenapa income drastically jatuh? sebab aku tak promo barang aku jual.
macam dulu aku selalu promo ephyra, tabita semua. bila aku ada produk sendiri.
takkan aku nak puji2 produk lain kan? rasa funny pulak kat situ.
tapi mostly regular customer aku n selesa pakai produk tu..n selesa beli ngan aku, dorang akan tetap carik aku. aku pun tak sampai hati bila dorang kata dorang percaya beli ngan aku je.
so marilah jual selagi aku mampu uruskan.

sejak ada Fame kita orang bertambah busy.
sebab uruskan 2 company sekali.
Alhamdulillah pulak Fame is doing very very well.
so lagi busy n tak memang tangan.
memang sampai tak mampu handle.
then start april 2016 kita orang decide amik part time worker untuk buat packaging Fame.
tak mampu dah mata n pinggang kita orang yang tua-tua ni buat kerja-kerja tu.
n niat kat hati, takpa kita bagi rezeki kat dorang ni ngan bagi kerja.

Fame pulak memula kita orang buat retail. tapi tak mampu sebab orders Fame je beratus parcel sehari.
nak menangis type weyh consignment tu.
memula lagi la. tulis tangan weyh sbb tak pandai pakai printer dot matrix tu hahaha.
time tu elly jaga phone Fame, order dia hantar kat aku untuk aku tulis.
bila orders beratus. mula la bahagi tugas.
nanti elly cakap, ok kau nak aku start tulis dpd nama mana? so aku akan suruh dia tulis yang bawah2. yang atas aku tulis. sampai kematu jari.
then elly susun lipstick. pastu staff packing.
bila siap terus kita orang terkangkang baring kat bean bag.

sebab tu bila orang kata eleehhhh kerja senang, blogger boleh la jual.
boss boleh la..bukan buat apa pun.
kau tak payah ye. ni dah tahun 2017 kita orang masih buat kerja-kerja semua.
sampai kalau orang communicate akan terkejut sebab terus berurusan ngan founder.
macam aku, walau now dah ada pekerja. bila order banyak. aku masih tolong staff aku tolong type kan orders dorang, kadang kalau part time buat hal cuti tetiba ke apa. kita orang sesama turun tolong tampal sticker semua.

Sebab seronok rasa tempat kerja ni more like family daripada rasa macam boss n pekerja.
now kita orang ada 7 permanent staff n 5 part time staff.
ada jugak yang dpd part time sebab bagus kita serap jadi staff.
happy bila tengok pekerja happy.
aku n elly ni dah la jenis tak sampai hati. tak sampai hati tengok orang gaji rendah ke apa.
pikirkan zaman sekarang semua mahal..pikirkan orang anak anak bini or laki.
setiap kali bertukar dpd trading ke sdn bhd ke apa. asyik bagi increment je.
increment dah la melonjak terus tak masuk akal. hihi.
takpa rezeki di kongsi bersama. bg semangat kat dorang kata Insyallah ada angpow raya, ada bonus tahunan, ada increment setiap tahun. Insyallah doakan sama-sama kita berjaya.

itu kisah office. belum masuk kisah agent dan stokis.
kadang-kadang perasaan bangga tu datang bila tengok agents n stokis kau rajin n promo barang kau.
rasa macam eh ye ke aku ni ada produk sendiri?
satu masa dulu aku lah agent2 yang promo bermacam produk untuk aku jual.
macam tak percaya je.

since aku dulu merupakan agents untuk bermacam produk.
aku selalu titik beratkan hal dorang. aku tau macam mana perasaan dorang.
seboleh aku cakap takpa bagi agents n stokis untung lebih. biar kita yang sikit.
walaupun sebenarnya kita orang ni lagi banyak tanggungan...ada office, gst kita absorb, kita ada staff nak bayar, marketing pun kita yang buat. takpa. biar untung sikit tapi we go for volume.
macam kita buat marketing semua,  almost 100% sales semua kita bagi pada agents n stokis.
kita takda pun berebut sama amik customer tu.
walaupun hakikatnya berpuluh ribu sebulan kita keluarkan untuk ads tu sebenarnya.
kita orang pernah duduk dengan owner produk lain. dengar cerita orang rasa terkejut.
kemain dengan bangga dia kata dia block semua agents dia dpd page HQ.
biar agents cari customer sendiri. jangan sibuk kat page HQ. tu customer HQ. belajar cari customer sendiri.
semua dia charge kat agents dia. agents dia datang office pun tak boleh. nak barang semua post.
jangan nak datang2 amik barang ke apa.
tak boleh whatsapp ke apa. semua melalui email n whatsapp.
eh gila ke apa? tu agents n stokis kau kot.

walaupun urusan stokis n agents mmg filla yang handle.
tapi filla selalu update kat kita orang if ada apa-apa.
aku sayang semua agents n stokis.
tapi kadang muntah jugak. jenis yang semua nak bersuap.
semua nak harapkan hq takda inisiatif sendiri.
sorry la to say. aku meniaga online lama gak. 4-5 tahun. aku tak pernah tumpang memana page, tag orang ke apa nak carik customer. aku guna medium aku sendiri je carik customer. kau rajin Insyallah ada la rezeki kau.
dengan aku meniaga kecil-kecilan tu la aku dapat bantu fam aku sedikit sebanyak n dengan meniaga online macam tu je aku dapat beli kereta aku.
sebab tu, walau dah ada produk sendiri. aku tetap sayang n takleh lupa ephyra n tabita.
tu kadang menyampah dengan sesetengah sikap yang bila kau ok, terima kasih pun takda...tapi silap sikit kemain kau terus nak sentap sound n tuding jari takda hormat n penuh biadap.
but then again. hanya sabar je yang ada. Anggap semua ujian dari Allah. Insyallah ada ganjaran tu nanti untuk orang yang sabar.

sedar tak sedar dah 2 tahun Ellfie Beauty di pasaran.
n setahun dah Fame pulak ada di pasaran.
Alhamdulillah dua-dua ada pengikut tersendiri yang suka kedua-dua produk ni.
aku n family aku pun pengguna tegar produk Ellfie.
even few months back mama siap kata, Ellfie ni patut letak tagline biar lambat asal selamat. hihi.
wah suka sangat tu.

mungkin kesilapan dari pihak kita orang.
bila kita orang ada 2 company nak uruskan. n Fame pulak doing very well.
kita orang mula abaikan Ellfie.
kita tak bersungguh2 promo n kita orang tak amik tau perkembangan sangat.
kita letak kepercayaan 100% kat kilang.
sebab kita meniaga pun semua dengan kelulusan KKM.
semua urusan di buat oleh kilang. kita bagi duit je biar dorang uruskan.
lepas semua dah check dapat kelulusan, kita orang tak follow up n check again selepas produk dah ada kat pasaran.
bila ada masalah, KKM pulak akan hantar surat menyurat kat kilang, nanti dah last minute baru kita dapat kat email cakap kenapa kita tak respon ke apa. bila kata lambat tu memang lambat sangat ye.
bila tanya baru dia kata ada, br dia email surat tu. oiiii muntah weyh.
dapat surat daripada KKM suruh bagi produk untuk dorang check semua. semua kita orang bagi n post kat KKM.
kalau betul kita orang tau barang kita masalah, wahhh takkan kau selamba je siap dengan confident post barang kau kat KKM. berani kau?

tu yang bila keluar berita pasal night cream ada bahan merbahaya. kita orang pun terkejut yea.
kalau korang rasa korang tertipu..abis kita orang ni rasa apa? sama yea rasa tertipu.
dengan kau kena mengadap agents yang some supportive some menggelabah n hentam kau.
dapat customer tanya memacam, yang memahami n some yang hentam kau macam kau saje jual benda beracun.
belum lagi anonymous n manusia yang memang menunggu masa kau jatuh n melingkup kemain hentam n tepuk tangan bila kau hadapi masalah.
ada yang kemain kaitkan Ellfie n Fame.
memang kita orang founder yang sama, tapi still kilang kedua-dua tu tak sama. n takda kena mengena.

some sangat jahat personally attack us, some to the extend attack anak-anak.
even aku sendiri tak kena. aku ni seorang yang penyedih..aku takleh terima kalau dalam dunia ni sebenarnya ada orang hati busuk n jahat sangat. i cannot.
tapi banyak jugak aku terima whatsapp, dm semua tanya hal ni personally,
nasib pulak aku maybe di kelilingi orang baik-baik. some very understanding n bagi kata-kata semangat.

regarding racun tu. ingat kita orang tau ke?
kalau aku tau..kenapa aku nak bahaya kan diri aku, family aku, ipar duai aku n customer aku?
aku sayang yea semua. n aku appreciate each n everyone daripada zaman aku meniaga dulu. sebab tanpa customer ni, aku pun takda rezeki yang masuk.
n satu perangai aku daripada dulu, kalau aku tak yakin n suka ngan benda tu...aku takkan jual.
aku tak amalkan konsep, ahhh lantak la,..janji duit aku masyuk n aku kayo. apa nak jadi ngan korang lantak la.
same goes kalau orang nak bagi aku barang n promo. kalau aku tau aku takkan makan benda tu or suka..aku baik2 cakap aku terpaksa tolak. aku tak nak dia bazirkan stock dia bagi aku, end up aku tak guna pun benda tu.

kita orang dah jumpa both kilang n kkm.
dedua statement yang kita orang dengar daripada dua-dua sangat mengejutkan.
kesilapan yang dah jadi, kita orang kena tanggung.
sorry aku tak boleh elaborate lebih2 pasal tu sebab benda ni melibatkan banyak pihak.
tapi takpa la kita orang la tanggung semua tu.
sebab after all, kesilapan kita orang sebab kita orang letakkan kepercayaan penuh semua akan turn out ok. rupanya ujian tu datang tanpa kita sangka.

sorry pada customers setia kami.
apa yang boleh katakan yang sebelum semua di pasarkan, semua mempunyai kelulusan KKM.
kita takkan jual benda merbahaya pada orang ramai sesuka hati.
even until now, semua produk kita selamat daripada cleanser, toner, day cream n serum even all fame products.
maybe lepas ni kita orang akan ambil langkah berjaga-jaga n hantar semua produk buat double check kat lab test.
takut ada masalah dalaman dari kilang yang kita tak tau maybe tak telus ke apa.

aku sangat down. even family aku pun. staff pun
esp sebab kita orang selesa kot pakai ellfie. serasi orang kata.
lepas ni kena opt carik lagi apa barang yang best untuk lengkapkan set ellfie essence tu.
masa kes ni jadi pulak aku tengah period.
tah emosi berkecamuk apa tah sebab baca orang hentam kat page, kat kawan-kawan aku.
pastu laki aku pulak tak sihat sakit teruk sangat.
13 tahun kenal dia tak pernah dia sakit macam tu. aku pulak busy exhibition.
then hannah pun tak sihat nak tumbuh gigi.
tak pasal jiwa aku sayupppp je sedih.
2 malam berturut aku menangis sampai tertidur.

sedih sangat bila tengok orang kemain suka bila ellfie ada masalah.
kemain orang cakap ellfie ngan fame sama. fame pun produk sampah.
keluar memacam statement konon ellfie menyebabkan dia itu ini.
padahal takda dalam rekod dia pembeli pun, or apesal selama ni kau takda masalah.
dan-dan bila jadi kes ni...semua keluar la cerita version masing-masing.

ada pulak kata produk lain founder professional handle kes ni la apa.
kita orang berdiam diri la.
padahal aku tengok je founder lain, pro sebab dorang menjawab ke?
dpd apa aku tengok, dorang memang keluarkan statement. tapi semua tak mengaku kesalahan.
semua salahkan fake, semua salahkan di fitnah.
kita orang pun taknak keluarkan statement sebab orang tengah marah.
plus ada quote pun.



very true kan. aku tau ngan entry ni pun orang yang tak suka kau akan terus rasa nak hentam jugak.
whatever lah.

paling takleh terima bila orang persoalkan kita orang jalani hidup seperti biasa.
macam takda apa berlaku.
orang punya perasaan kau tau ke? kau tau ke dalam sibuk orang terkejar sana sini uruskan masalah ni.
kau tau ke tetiba terlalu sedih kita orang menangis tetiba tanpa kisah ada orang sekeliling ke apa.
of coz hidup harus di teruskan.

kita ada anak nak bagi makan n jaga.
ada suami yang kita kena galas sebagai isteri.
ada mak bapak kita nak happy kan.
ada pekerja yang mengharapkan kita ok n teruskan usaha. rezeki dan kerja dorang bergantung kat kita dengan izin Allah SWT.
ada stokis n agents yang harapkan kita dapat tangani kes ni, teruskan n jangan mengalahkan naikkan n marketing untuk Fame n Ellfie.
so dah tentu hidup kena di teruskan. takkan nak tengok kita mereput baru semua puas hati.
kalau boleh biar keluar berita sekeluarga Founder kosmetik beracun mati sebab ibu patah semangat untuk teruskan hidup. mereka sekeluarga mati kerana si ibu taknak teruskan hidup.
macam tu ke?

kau ingat kita tak down ke?
kalau kita orang ni tak pikir panjang n nak buat duit nak kaya, nak show off ngan hasil jual barang racun.
why in the first place kita ketengah kan diri kita?
kita mengaku tu produk kita?
kita tukar daripada trading ke sdn bhd?
daripada operasi kecil-kecilan kat rumah aku, berani amik office n amik pekerja.
kadang orang yang komen tak tentu hala ni pun merepek2 je tak guna akal fikiran time marah.

sekali lagi ribuan maaf pada para pelanggan kami bagi pihak aku, Ellfie dan rakan-rakan aku.
kita pun taknak benda ni jadi.
kita akan belajar daripada kesilapan dan lebih berhati-hati selepas ini.
kita akan make sure bagi yang terbaik untuk korang.

pilihan di tangan korang.
kita pun takleh paksa kalau orang dah tak suka.
apa-apa pun tetap aku ucapkan terima kasih sebab sebelum ni pernah support perniagaan aku.
baik daripada aku meniaga tabita, ephyra, kacip fatimah, kuih raya...sampailah aku keluarkan Ellfie dan sekarang Fame. thank u sangat. eeee type ni pun sebak.
susah dah tua ni mudah sebak.
kalau sekarang korang kata korang kecewa n dah tak nak percaya, pun aku tak marah. korang ada hak. i terima seadanya walaupun dalam hati i sedih. :(

untuk yang terus bagi aku kata-kata semangat n terus support n lahirkan rasa sayang. terima kasih jugak.
sedih n sebak i baca dm, email, whatsapp korang tau.
walaupun hubungan kita as a reader n blogger, as a customer n penjual je..n tak personally kenal...tapi some of u aku dah kenal wayyyyy back sebab korang rajin communicate ngan aku dpd social media aku, dpd whatsapp semua.
walaupun kadang aku keras tak reti layan ke apa. still aku kenal n ingat some of u.
i appreciate each n everyone.

ok dah panjang sangat entry kak jah hari ni.
so akhir kata, ku susun sepuluh jari memohon maaf andai ada silap.
dan ku susun bibir munggil bagi ciuman jauh untuk semua...siapa tak suka tepis siap-siap yea.

salam jumaat.

p/s : typo harap maaf. aku mmg ratu typo. hihi

cerpen : shopaholic kah?



sejak dah pakai tudung ni memang aku takda baju sangat nak pakai.
sebab sebelum ni baju semua ciri-ciri tak muslimah compliance. haha.
so hanya mampu ulang-ulang je apa baju yang ada.
sampai sendiri nak muntah sebab dok rotate 6-7 baju yang sama je ulang-ulang.

last time aku shopping pulak adalah 2 weeks before aku decide untuk pakai tudung.
i mean shopping baju proper la. so hanya some dpd apa shopping tu je boleh pakai.
ada la shopping kat kedai murah2 baju lepas2 tu.
tapi tau la dah kata murah. tetiba butang tercabut la. tetiba lengan sebelah ok, sebelah lg sendat. (read: sejenis perangai tak suka test baju sebelum beli)

since sekarang ni asyik la meeting sana sini, jumpa orang sana sini. aku kelihatan seperti bibik tanpa permit. ngeri sangat rupa. so harus shopping.

kisahnya last week ke klcc la nak shopping kat Flow.
aku suka Flow sebab baju dia lawa n aku dah tau size aku. so senang.
tapi ngeri weyh dah la bawak anak ngan stroller bagai.
aku yakin aku tau kedai tu kat mana.
so naik la lift.
sekali naik tingkat 2 takda pulak kedai tu. ehhh. mana lak perginya.

kau tau la naik lift ni hazab macam mana.
dah la tunggu lama. tetiba penuh kena tunggu.
tapi takda choice sebab kau bawak stroller kan.
aku cakap kat laki aku. tingkat atas kot.
taknak tunggu lift laki aku malas.
so aku dukung hannah. dia angkat stroller tu naik escalator.
sebab escalator klcc memang takleh lalu stroller sebab ada palang tu.
plus aku pun tak suka sebenarnya. aku seriau n ngeri.
pastu naik tingkat 3 tetiba takda jugak kedai Flow tu. WHATTTTT???
eeeee takutnya nak cakap maybe kat tingkat 1 kot.

laki aku dah ala-ala bengang.
nak taknak naik la lidt ke tingkat 1 balik.
n guess whatttt???
takda jugak kedai tu.
aku dah macam...eh kat wing satu lagi ke apa?
klcc adalah rumah kedua aku. takkan la aku leh lupa pulak.
takut laki marah terus cakap takpa la tak payah.
lain kali je aku pergi sendiri ngan kawan-kawan aku. *mata ke atas*

dalam pada tu tetap tak puas hati. mana pergi kedai ni.
tukar location ke apa.
so teruskan perjalanan ke tempat lain.
lepas tu rehat. laju-laju google pasal store location.



Oh Emmmm Geee...memang dah takda kat KLCC kedai tu. WTH..
aku tengok yang ada kat PAvi, Sogo n Mid Valley kot kat KL ni.
eeee annoying tau. yang laki aku kata jom pergi Pavi.
ingat aku rajin?
kosser ye. tak payahhhhh.
so lupakan je la.

kita teruskan kehidupan ngan melepak je la.
makan-makan n minum minum cuci mata laki bini.
ramai pulak hari tu celebrity n instagram celebrity kat aseana hari tu.
dasyat.


Alhamdulillah hannah now dah 6 months n 17 days.
berat few days back pergi check adalah 7.7kg n tinggi dia 71cm.
kemain aktif dia now. sesak napas semua orang nak menjaga dia.
sentiasa nak berdiri n meniti tepi sofa ke apa je la yang boleh panjat
n merangkak laju ke sana sini.
takleh duduk diam dah.



konsep selfie masa kini.
hari tu saje testing style baru tudung.
ala-ala nampak inner feeling neelofa. kah kah kah.

so anyway.
lupakan kisah keluar nak shopping tak jadi tu.
hari di teruskan dengan bekerja.

until today.
aku sorang kat office.
sebab partners ada meeting kat kedah.
dorang ajak, as usual aku tak kuasa. sebab takpa 2 orang pun boleh handle.
takyah nak ramai2 semak2. i biarkan di office buat kerja lain.

memang bagus sebab 80% kerja aku siap.
tak sabar nak eksyen n submit ngan dorang esok.
mesti dorang stress sebab dorang punya tak siap lagi. kah kah kah.

then ada masa terluang pulak lepas kerja siap.
kau tau apa kak jah buat?
kak jah bukak website flow weyhhh.
dan bermula la operasi online shopping.

aku memang jarang shopping.
bila aku kata jarang tu. tu bermakna aku hanya shopping 1-2 kali je setahun.
di ulangi SETAHUN ye.
so bila aku shopping. aku suka grab banyak2 senang, boleh pakai setahun terus. hahaha.
tapi masalahnya bila kau main grab je.
kau macam tak sedarkan diri.

aku jenis tak tengok harga.
rasa lawa terus masuk cart.
masuk dan masuk...dan masuk lagi.
pastu aku terkejut. hahahaha



kau tengok atas kanan tu.
tetiba ada 20 items dalam cart aku.
kau dah tebiat?????
pastu terperanjat sebab woiii kejadah sampai beribu2 ringgit ni. hahaha

pastu dah kemain shopping tetiba pulak baru jumpa tab SALE.
bukak sale items tengok semua range rm50-rm80 baju.
apa lagi makin gigih masukkan dalam cart.
last sekali bukak balik cart so mari slash mana tak perlu sangat.

so bukak tengok mana yang harga atas rm100 n tak masuk akal mari remove.
setelah remove dan sebagainya...akhirnya i shopping 18 items weyh/
bu amazingly adalah sangat murah sebabbbbbbbb tengah SALLLEEEEEE gila.

so sesiapa suka tanya baju aku selalu beli mana.
mohon bukak websiti flow now. http://www.flowclothing.com/
terus check out kat SALE tu.
eh harap maklum FLow ni untuk orang badan besar yea.
korang kurus takyah la sibuk. tak jumpa size.

tapi serious lawa-lawa n murah.
pastu geram sebab new arrival pun banyak lawa
tapi i terpaksa remove daripada cart sebab Total tadi macam menempah maut.

aku tak sure nak consider perangai aku ni apa?
nak kata shopaholic tak gak kan? sebab aku hanya shopping sekali sekala je.
tapi nak panggil sejenis kegilaan apakah ini? jenis sekali dia shopping memang tak pandang kiri kanan.
sejenis rasukan mungkin?

akhir kata...mohon parcel i dapat secepat mungkin.
fuuhhh kiri...fuhhhh kanan.