Instagram : @peejburhan

Mohon di permudahkan semuanya untuk kami

lama sangat aku tak bersiaran kan.
hati memang dah takda..
kalau ada hati pun tapi masa tidak mengizinkan.

tapi today free.
n hati sebak menangis keseorangan ni.
so marilah kita update kisah sebak ini.

lately ni hati tah kenapa sedihhhh sangat-sangat la.
asyik teringat n rindu sangat-sangat kat papa.
especially bila tengok Hannah.
Hannah tu mata jenis sedih. sebijik macam mata papa.
so tengok Hannah lagi rindu kat papa.

family aku memang happy sangat dengan kehadiran Hannah.
memang buah hati pengarang jantung semua orang la.
bila tengok mama lawan tak sihat dia tu, tetap nak layan Hannah.
wondering kalau papa still ada macam mana la pulak agaknya.
ye la both parents aku tak merasa berkasih sayang dengan cucu kan.
sama jugak dengan adik beradik semua. kita orang mana pernah layan anak buah/anak mengadap 24/7 daripada kecik sampai besar.
so memang celik mata ke, balik kerja ke apa semua mesti carik Hannah dulu la. heheh.

Alhamdulillah Hannah less than 2 weeks nak masuk 6 bulan dah.
kejap je rasa.
progress pulak terlalu cepat dia ni.
merangkak memang dah seantero tempat dah.
pastu now asyik nak berdiri je. dia akan panjat badan orang, tepi sofa ke apa untuk dia berdiri.
pitam kan. padahal baru 5 bulan lebih.
now nak pakaikan diapers n baju pun kemain payah. asyik nak berpusing, duduk n pergi sana sini.
dah terjerit2 macam orang gila aku.
penat weyhhhhhh.

paling baru semalam dia dah pandai nyahut kalau kita orang tanya, "hannah manaaa?? mana hannahhhh???"
kemain dia "uhhhh"..."uhhhhh"
sampai kita pandang dia. bila pandang dia senyum.
uihhhh pandai sangat ni. eeee geram.

eee sayang sangat.
pastu nanti kejap-kejap macam tak percaya eh kenapa ada budak kecik kat dalam rumah ni?
kenapa tetiba ada budak kecik elok melentok kat badan aku sambil pandang aku ni?
so surreal.

penat n rasa takda masa je untuk diri sendiri.
but of coz it is all worth it.
Alhamdulillah jugak sebab aku ada support system yang sangat kuat.
Family aku n suami aku sangat la membantu sangat dalam menjaga n besarkan Hannah sama-sama.
kalau mak sorang handle, mak akan pitam. sebab iolls #mudahstress hahahaha
ada sekali tu semua takda aku kena jaga dia seharian. oiiii penat.
pastu dia kan asyik berpusing nak merangkak.
aku penat kejar, angkat n letak balik dia. *tapi tetap tak kurus*
last aku sendal dia ngan bantal belah sana, belah sini aku baring.
so dia takleh bergerak or pusing.
menjerit2 dia nak gerak tak boleh.
dia jerit, aku jerit.
dia jerit kuat lagi, aku jerit kuat daripada dia.
pastu cakap, ingat hannah je ke boleh jerit? jom lawan.
amik kau lawan jerit lelama sampai nangis dia. kah kah kah.
#makpembuli

eeee geram budak tu.
eh type semua ni tersenyum pulak aku.
walaupun asal memula buat entry ni dengan perasaan hiba dan tengah menangis.

kisahnya. aku rasa mostly korang tau kehadiran Hannah anak syurga ni dalam hidup kami.
aku tak pernah detail bagi tau. sebab biarlah aku simpan sesama keluarga.
tak semua benda aku suka share.
tapi most of u peeps get the idea.
thanks untuk semua yang hormat n takda bezakan dia n tak tanya aku soalan pelik.
untuk yang kurang sensetif bagi statement menyentap kat aku, yes aku sentap tapi aku maafkan korang.
nak buat macam mana kalau dah dasar mulut takda insurance kan.

besar tanggungjawab kami. ingat aku tak pikir ke semua benda.
macam mana itu. macam mana ni.
dah besar macam mana semua aku pikir.
amanah yang Allah bagi kat kami lagi berat sebenarnya.
tapi sendiri simpan dan hadapi.

aku memang niat nak buatkan aqiqah untuk Hannah n doa selamat.
small majlis for her, aku pun taknak majlis besar-besar.
sebab? sebab aku malas nak layan soalan ala2 terkejut manusia. nak je aku tampar.
so cukup sekadar few close friends, family n jiran tetangga.

tapi tu la kak jah sibuk bak ang asyik tertangguh n tak tau bilanya nak buat.
plan dari december bawak ke january sampai sekarang dah masuk febuari pun. hahah gagal betul.
then tetiba noy tanya bilanya kau ni?
aku cakap bulan ni memang tak free kecuali 1 minggu tu je.
terus noy kata dah amik tarikh tu je. haaa really?
ok fine.
so terus contact caterer kambing.
Alhamdulillah tarikh tu boleh.
now baru nak carik catering. pitam. harap ada la yang available.
kakak ipar aku kak shida memang buat catering gak, tapi taknak susahkan dia.
kalau boleh nak dia datang as tetamu jugak. gituh.

so nway, lepas settle hal kambing.
orang tu mintak nama aku, n nama anak semua.
then aku letak la. then part nama hannah tu takda binti.
rasa pelik. ingat nak letak je apa-apa.
tapi hakikatnya ikut pendaftaran nama dia memang nama dia sesaja for the time being.
terus aku delete n biarkan nama aku pun takda binti.
so takda nampak pelik sangat. sedapkan hati aku sendiri.
then aku send whatsapp tu.

then semalam sembang ngan mama.
mama cakap dia sedih.
aku tanya kenapa? dia kata nak baca doa selamat nanti nama hannah takda binti.
aku macam takpa la. memang takda pun.
orang faham kot. tak pun letak je binti apa2 nama Allah dulu.
mama kata ye lah.
tengok hannah dok terpanjat sana sini senyum gelak semua rasa sebak pulak.
dia tak tau apa-apa pun.
pastu habis situ.

then today orang kambing tu reply whatsapp aku today.
mintak aku bagi nama full hannah please sebab dia nak niatkan akikah nanti.
aku macam tersentak. bukan sebab apa.
sebab terus sedih sebak semua la. sebab aku tak boleh bagi buat masa ni.
hakikatnya tu je la nama yang dia ada, nama penuh dia yang aku bagi.
selepas 2 tahun bila pengangkatan baru akan bintikan dia dengan Nama Allah.
buat masa ni belum pilih pun lagi.

Terus aku jawab situasi aku n kata tu nama dia yang berdaftar.
takda nama lain.
kalau nak bintikan jugak, boleh la bintikan Abdullah.

orang tu mintak maaf sebab dia tak tau.
takpa la aku tak salahkan dia. memang dia tak tau la.
mana pulak dia nak tau.
lainlah aku memang tahap glamour mengalahkan Neelofa lak kan.

tapi tah kenapa takleh kawal lak perasaan
tak pasal aku menangis2 lak.
sebab sedih.
aku pun tak sure napa aku sedih.
tapi aku sedih sangat.

i dont know what future holds for her.
aku cuma berharap n berdoa dia di lindungi olehNya
di jauhkan dari orang-orang jahat dan bermulut keji
aku juga doa dia membesar sayang kat kami semua macam mana kami sayang kat dia.
but then again. aku hanya mampu doa n bagi terbaik. Allah menentukan segalanya.


ni la kesayangan buah hati aku. dedua sekali.
Alhamdulillah ngan keluarga kecik ni.
pun dah bersyukur n happy sangat. cukup la kot.
bak kata ben yang tak sudah2 nyanyi untuk hannah, "ni la satu-satunya anak daddy" hehehe.
rezeki Allah tak tau lagi. mana tau tetiba lepas ni berderet-deret lain kan.
tapi ikut mummy ni, cukuplah Hannah sorang je. heheh

Moga Allah permudahkan semua urusan kami membesarkan Hannah.
dan semoga anak mummy membesar dengan sihat, sempurna, menjadi anak yang baik.
Aamiin. Insyallah.

ok sekian luahan hati iolls yang lara ini.
bila check hp app period, memang dah due sangat.
patutlah PMS rupanya.
patutlah hati tisu sangat pulak lately ni.
mohon kak jah bertenang dan tabah. heheh.





34 Comments:

Rieyana said... [Reply to Comments]

OMG kak peej...bergenang kot air mata bc entry ni...saya doakan smoga dunia hannah bersama uols sekeluarga dipermudahkan sehingga hujung nyawanya...biar la asal usul dia sape pun...kita suma manusia biasa jgk di mata ALLAH SWT...moga pahala melimpah ruah utnuk kak peej sekeluarga kerana menjaga, mendidik anak syurga ni...aminnn.

sejadahchenta said... [Reply to Comments]

nyampah tau...
suka tau....
awaaaa tau x kiter nk lunch ni...
baca n3 ni terus tersedih cemana nk lunch?
apa pun kiter doakan semuanya dilimpahi barokah Allah.
leave everything to Allah ok. chill lahhh mummy gojes. tamo sedih2

zAnNa@mAMaBaTriCE said... [Reply to Comments]

dear Peej ...

In Shaa allah...berkat didikan dan kasih sayang yang korang berikan buat Hannah....Hannah akan membbesar sebagai anak yang solehah...anak yang sentiasa membahagiakan...

Peej, both anak akak ...sama mcm hannah..but since lahir n buat surat beranak...akak terus letakkan bin/binti kan 99 nama Allah..alhamdulillah...utk urusan aqiqah semua guna nama yang dah didaftarkan....yang penting niat kita untuk anak2 kita....Allah tahu ...


Ummi Zara said... [Reply to Comments]

kite baca pun sebak kak peej...semoga hannah jadi anak yg baik

ain.ya.nun. said... [Reply to Comments]

Muahhhh ciked Hannah. Hannah sebaya anak aunty. =)
Semoga Hannah menjadi anak solehah dan sentiasa disirami kasih sayang yang tak pernah kurang oleh Peej sekeluarga, Insha Allah.

*sama sebak lak baca kisah ni*

Ju-Dzahir_Amanda said... [Reply to Comments]

bila jadi ibu, bila bercerita saja bab anak, boleh terus gelak boleh terus nangis... perasaan yang hanya kita saja yang tahu.... sweet....

Pemakan said... [Reply to Comments]

Gambate...kak oii.. aku br nk buat aqiqah

lexthary dalova said... [Reply to Comments]

Kenapa kita baca pun rasa sedihh. inshaallah hannah akan sentiasa dilindungi allah. ������ sejak jadi mak ni. Mmg sensitif betul la kalau bab anak ni. Be strong kak peej ❤️

Maszwin Mujahid said... [Reply to Comments]

Sebak baca ending sis peej...xpa kak...anak kecik smua lahir suci bersih..curahkan sj dgn kasih sayang dan bentuk hanna jadi org berguna..bila hanna dah blh faham,boleh la terangkan hal pada dia dgn sebaik yang mungkin..syukur Alhamdulillah kehadiran hanna menggembirakan sis peej sekeluarga..❤❤

izzatul.azma said... [Reply to Comments]

Sedih n sebak.. hang in there Peej. I doakan yang baik baik untuk family you

Mrs Inheritors said... [Reply to Comments]

Salam Peej...akak pun ada anak yang senasib dgn Hannah yang akan bela dari umur dia 20 hari...sekarang tak sangka dah darjah 1....kita sebagai parents doakan yang terbaik saja...dan selepas ini jika diberi dugaan kita bersangka baik saja.. Insyallah hidup akan tenang dan bahagia...

Mimie Roses said... [Reply to Comments]

huwaaaa.. kakak jangan lahh sesedih cam nih. in sha Allah Hannah pasti dilindungi Allah. kakak kena kuat. okay?

Lina Affendi said... [Reply to Comments]

comelnya dia. semoga Allah lindungi anak ini.

LiliChoc said... [Reply to Comments]

Salam Peej,

Saya pun ada anak macam Hannah, saya jaga dia masa usia 2 hari& now dah 5 years... nama pun sama just ejaan lain :).. Insyallah everything will be fine for Hannah and your family. Enjoy your motherhood journey!

Irfa said... [Reply to Comments]

Mata masuk abuk huhu

sherrina said... [Reply to Comments]

Moga Hannah jadi anak yang solehah.Dia beruntung dapat parents macam Peej dan Ben :)

Unknown said... [Reply to Comments]

insyaallah Hannah akan ok, mak dia peej burhan kot!

Chics said... [Reply to Comments]

It's ok Peej, takde binti pun takpe sebab Hannah ada ayah and emak yang sayang dia sangat-sangat. I think that's more important :)

I am so happy for you guys - jangan risau, orang yang ikhlas dan hati baik mesti akan sentiasa di bawah lindungannya *betulkan tudung neelofa

Intan Azlia said... [Reply to Comments]

ala sedih la bace entry ni... eh masing masing ada kisah kan.. sejarah dari lahir sampai la besar.. yang penting, hargai masa sekarang dan cuba yg terbaik utk masa hadapan.. selebih nye kite serah kan pada Allah...dan tabah la mengenai kurus, acik anak dua lasak gile, tak kurus pun.. mitos semua tu..

mawar_berduri said... [Reply to Comments]

semoga Hannah membesar dan menjadi anak yang solehah, semoga Hanna sentiasa dilindingi dah dilimpahi kasih dah rahmat Allah...amin

arffaazila rahmat said... [Reply to Comments]

serahkan kepada Allah. semoga dia dilindungi, dengan kasih saying diberikan Insyaallah dia baik - baik saja. Tahniah peej dan suami sebab memelihara anak syurga ini.

basirah.armain said... [Reply to Comments]

Hannah anak bertuah dapat mummy daddy and family macam korang yg sangat sangat sayangkan dia..
Inshaa Allah.. besar pahala korang satu family.

Wish all the best to Hannah!

Amin

.: yUhAiSya :. said... [Reply to Comments]

Be strong getting stronger kak peej. Moga Allah limpahkan rahmat dan kekuatan pd Kak Peej sekeluarga. Amin. I heart u. Love for Hannah...

farah said... [Reply to Comments]

Knp potong bawang ni Peej?? *lapairmata*
In shaa Allah Dia Maha Tahu isi hati kita dan Dialah se-Adil Pemberi Balasan.
Hannah is growing up surrounded by those who love her madly. She knows it, you know it and of course Allah Swt know it too.
Kita doakan yang terbaik utk Hannah. Kita pun ayang2 Hannah comel tu :)

odah said... [Reply to Comments]

salam...bergonang air mato den... xpa pedulikan mulut2 longkang tu hatta anak 2 ni pun ditanya mcm2... papun semoga hannah membesar sihat walafiat dan menjadi anak yg solehah dan baik mendengar kata mak ayah ...moga rezki slalu dipihak uollss ...insyaAllah

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

sy tau ko and ben would make a great parents to hannah.. insyaAllah.

BLOG ANAK MAMA^^ said... [Reply to Comments]

tersentuh hati ni..mulia hati awk and husband peej..am happy for you..semoga terus menjadi penyeri keluarga peej. Insyaallah niat yang baik mesti dibalas baik oleh Allah..

anak_hamja said... [Reply to Comments]

Meleleh pulak ayaq mata... Issshhhhh... Semoga puan dan suami peroleh ganjaran pahala yg besar....

ummisara said... [Reply to Comments]

Peej,

Manusia takkan pernah puas menyakitkan hati org dengan soalan-soalan yang mereka sendiri tahu akan membuatkan pihak lain terasa. Usah peduli....

Apa yang you sekeluarga buat adalah sangat mulia. memberikan 1 kehidupan baru kepada anak syurga ini. Tanggungjawab yang sangat besar tpi In shaa Allah, akan dipermudahkan. I am so happy for all of u di atas kehadiran Hannah selepas pemergian arwah uncle. Aturan yang cantik...seorang bayi yang akan memberikan keceriaan dan kebahagian untuk semua. Cucu untuk aunty yang sentiasa rindukan zara. Allah jawab permintaan semua. Semoga hannah dilindungi. In shaa allah.

Nasihat kepada pembaca, sekadar perkongsian...tidak perlu ditanya secara mendalam. Bila dinyatakan ini anak saya...terima sahaja. Allah maha mengetahui...segala percaturan adalah di atas kehendakNYA. Berhati2 dalam pertuturan dan sikap ingan mengambil tahu yang berlebihan. Wallahualam.

yatie nur said... [Reply to Comments]

Ala sedih pulak😂 saya baca blog kak peej dari tahun bila ntah, dari kak peej single sampai sekarang ni..seronok tgk, tumpang happy bila aritu kak peej mula2 up pic hannah kat ig😊 Allah maha kuasa, tgk iras muka hannah memang iras family kak peej je, tak lari pun. Mmg boleh bayang macamana auntie happy sangat bila ade cucu, insyaAllah rahmat, barakah, rezeki tak akan putus2😊😊 yang molot dan otak tak ade insurans tu, anggap je la sebagai langau2,rasa2 bingit sangat, bagi pang je sedas😉 acik doakan yang baik2 utk hannah, mummy and daddy hannah, tok mama hannah, uncles auntie noy hannah juga😊😊

Mrs Pip said... [Reply to Comments]

Hi Peej, sebak la pula baca entry ni.
it's hard when people saying or asking silly things about baby Hannah.
Believe in Allah, and leave everything to our Maker.
You are such a good mother, so just enjoy your motherhood journey.
and baby Hannah is so adorable *rasa mcm nak cubit pipi coz very geram*
cheers.

sarah said... [Reply to Comments]

sedih baca entry kak peej kali ni.. saya ada kawan yg mcm kak peej..tp rsnya anak yang dia jaga tu lagi sedih kisahnya..pernah masuk metro tahun 2002/2003 camtu. kisah seorang bayi yang dibuang di tepi ladang kelapa sawit. nasib baik ada driver lori yang berenti nak kencing, dia dengaq bunyi bayi menangis.. dia cari2, jumpa dalam beg..sekarang anak tu dah 12 tahun...muka macammmmm ayah angkat dia..anak angkat kedua dia pun sama, lahir ja, mak bagitau tau mau anak ni. nurse hospital contact sana sini sapa nak..kawan saya amik, pompuan kali ni...dah 5 tahun rsnya girl tu..kak peej, dr mana asalnya tak penting, yang penting didikan kita..semoga murah rezeki kak peej dengan menjaga anak yang tidak berdosa ini..semoga hannah akan menjadi insan yang solehah...aminnn

kRapfen said... [Reply to Comments]

Sebak nya baca peej..tapi muka hannah sebijik dengan muka family u juga..lovely..Allah aturkan yang terbaik..

ruBen said... [Reply to Comments]

Salam Kak Peej :)
Peluk cium buat anak syurga, Hannah :)
Sebaya anak sy, Ahmad Azfar Zayyan...
Harapnya Hannah membesar menjadi anak yg taat kepada Allah, penyejuk hati akk & husband serta keluarga.
Semoga semua urusan dipermudahkan, diperluaskan pintu rezeki yang halal, dan sentiasa dalam lindungan rahmat Allah SWT.
Keep strong :)

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...