Instagram : @peejburhan

hari jumaat yang pelbagai pancaroba. wooow tajuk.

salam jumaat semua.
ramai seronok la kan esok dah weekend.

tolonglah aku sangap ni tak tau nak buat apa.
sebab business partners semua bercuti.
so takda urusan perbincangan kerja langsung.
sunyi sepi office n whatsapp group.

aku lak ada masalah ngan credit card baru aku.
takleh nak guna untuk buat ads.
so kat situ kerja aku dah sangkut.
so basically aku datang office ni terasa melangok pulak.

elly pulak sebelum cuti semua kerja dia dah settlekan.
so kak jah tak tau nak buat apa. hahah.
dah biasa kau kerja non stop.
takda kerja ni terus rasa mati akal n depress. kau boleh?

ok takda la depress nau. tapi sebab bilik ni kan gelas.
abis dah semua pekerja buat kerja bersungguh2 kat luar.
boss lak elok melanguk je.
ada rasa nak tolong dorang buat kerja.
tapi terpikir eh dah bayar pekerja buat kerja, dah kenapa kau nak buat jugak kan?

so mari layan movie.
ok layann. pastu baru tengok sikit aku rasa serba salah.
dah la sambil tengok movie kemain mulut mengunyah asam2 la, makan keropok ikan la.
tak ke menyirap kalau orang tengok?
amboi macam pergi cinema siap popcorn kau kan?
hahaha ke dorang tak heran tapi aku yang imaginasi lebih?

terus aku stop kan movie n bukak internet.
pastu melangok lagi tak tau nak buat apa weyhhh.
pastu aku print cuti2 untuk 2017. tampal kat notice board.
konon 'busy' bebenor la tu. hahah setan.
pastu aku rasa bangang lagi. apa lagi nak buat ni?
muka kena serious n ala-ala sibuk konon.
haaaaaaa..maka terjadilah entry ni uolls.
untung korang ye. sebab aku seorang boss yang paranoid.
maka aku purak2 busy n type entry ni tau.
padahal bukak blog pun ala2 dah tak kuasa ni.

tapi ada cerita bongok tadi.
dorang keluar lunch. ajak la aku sekali.
tapi aku belum lapar.
plus time tu aku layan tv series empire latest episode tu online.
so lets habiskan layan dulu.
nanti pikir la nak makan ke apa.

so aku sorang la kat office.
tetiba door bell berbunyi.
oh mannn. siapa lak ni?
malas nak layan. dah la lunch hour ni.
malas nak tengok terus.
sebab nanti orang tu jenguk2 nampak lak orang dalam opis ni.
so mari intip dari tingkap kecik.
intip tengok eh ni macam pekerja aku ni.
ok meh bukak pintu. kelam kabut aku nak bukak sebab kang dia ingat kosong pulak.

belakang aku pulak ada kotak besar. bebudak ni buat kerja apa tah.
oh lipat kotak. so campak ke dalam kotak besar tu la.
harap maklum kotak tu besar, kotak MG movers.
kelam kabut sangat nak bukak pintu aku lupa ada kotak belakang aku.
so aku reverse tu aku terlanggar kotak tu.
elok lak kotak tu kena belakang lutut kau tu. memang kelam kabut la cuba selamatkan diri.
badan je besar peti ais kan. kau ingat aku punya ilmu balance hebat?
jawapannya aku terjatuh terbaring masuk dalam kotak tu..siap kaki n tangan terangkat kat atas.
pakej koyak kotak tu. eeeeeiiii ngeri tu.

tetap aku bangun n pergi bukak pintu.
sekali tengok laki aku yang datang.
terus bengang ngan dia. sebab dia datang la aku jatuh dalam kotak tau.
hahaha motip nak salahkan laki??
aku cerita kat dia dah dedua gelak bagai nak gila.
sebab kesiang tengok rupa kotak yang jadi mangsa tu.

setan sangat sampai sekarang aku bayangkan aku tergelak je.
eeeiii nasib area tu belum pasang cctv.
bayangkan if ada n boleh tengok n ulang2.
ngerinya rupa si peti ais gedebabbbb jatuh masuk kotak.

tu takpa. pekerja balik aku cerita la. dah memasing gelak.
pastu sorang tu siap cakap, patut la tengok apesal kotak ni koyak.
tapi rasanya pergi elok aje. tapi taknak la tanya.
hahahahahhahahahahaha tak sukaaaaaaa!!!!!

kisah hari jumaat ku.
ni entry aku dah nak habis bebel dah ni.
so now what?
apa lagi aku kena buat supaya nampak macam aku busy bebenor?
teruk betul la masalah aku ni kan?
banyak kerja pun payah, tak tau nak buat kerja apa ni pun payah jugak kan?
heheh.


hampir berakhirnya 2016

sekejap je dah nak berakhir 2016 kan.
in few weeks je kita nak masuk 2017.
tahun yang membawa seribu satu makna untuk aku.

sibuk memang sibuk. tapi sibuk yang berbaloi.
ada rasa happy.
ada jugak rasa tak larat. ada time yang rasa sangat depress n down.
tahun yang aku bergelar ibu.
tahun yang aku rasa pengorbanan aku sangat tinggi.
sebelum ni berkorban banyak dari segi wang ringgit dan keinginan diri.
kali ni berkorban masa pulak.

takda lagi istilah masa untuk diri sendiri.
penat rasa nak jerit kadang.
but then again, Allah takkan bagi sesuatu yang kita tak boleh handle.
no more leisure time. dah lama tak keluar lewat malam.
lepak karaoke, lepak tengok wayang ke apa semua.
kat rumah nak online layan tv series n movies pun takda masa.
sebab by the time free aku dah terlalu penat n tidur.

hannah memang kurniaan terindah dari Allah SWT.
bukan untuk aku suami isteri je.
tapi untuk semua family aku.
she is such a lovely baby.
takda meragam. takda menangis ke apa.
elok je semua. tidur pun elok takda bangun ke apa.
bangun pun terus senyum n ceria.

Insyallah minggu ni masuk 4 bulan dah dia.
kejap je rasa. daripada sekecil tapak tangan orang kata.
sekarang kus mangat bukan main. tak larat mak eh nak duduk selalu.
dah taknak baring sangat. lebih suka duduk or meniarap.

baring pun tinggal kejap je tau-tau dah 2 meter dia bergerak.
tidur dalam kelambu pun, tetiba tengok elok kelambu kosong. dia dah jauh daripada kelambu.
hahaha comel.
sekarang ni tu je la hiburan kami sekeluarga.
melayan telatah dia.

aku memang banyak share pics dia kat Instagram aku.
banyak sangat sampai kadang segan nak share nanti orang meluat ke apa. hahah.
so kita share instagram stories je.
so mohon la korang follow ig aku ye. https://www.instagram.com/peejburhan/
sebab aku tak kuasa nak upload pic kat sini.
n serious korang...aku rasa zaman blog dah krikk krikk krikk sangat. hahaha.
rasa nak tutup blog pun ada.
sebab terlalu lama blog ni. banyak sangat kisah2 yang lama terkubur.
serta pics dpd zaman jahiliah dulu. nak delete jenuh weyh.
nanti aku carik la cara nak buat.
tapi hati itu sudah tiada.
so siapa yang nak ikut cerita cerita kak jah melalui instagram or fb je la.
fb pulak terlalu banyak orang add friend.
aku sampai tak larat nak approve.
so andai kata korang masih tak di approve bawak bersabar la ye.
tak sanggup.

semakin lama semakin tua ni semakin buta i.t lak rasa.
dulu kemain hebat aku buat layout blog sendiri pun aku terel.
now nak tukar apa pun tak tau.
aku nak tukar dah header blog ni. tapi since template ni orang buat.
sumpah aku tak tau kat celah mana nak tukar. hahah macam mana tu?

rasa macam ada bermacam benda nak cerita.
tapi bila dah type ni, tetiba aku macam tak tau nak cerita apa. haha.
apa benda nak cerita yea? macam takda apa yang menarik je nak cerita.

ihhh teruk sangat otak ni.
otak aku 3 segi je pusingan dia.
business, anak, family. lain daripada tu takda pikir.

ok la tetiba kak jah blur tak tau nak celoteh apa.
n tetiba teringat kerja yang perlu di uruskan.
semoga sempat berjumpa lagi kat blog ni di tahun 2016 ye.
kalau tak jumpa la kita tahun 2017 nanti. kah kah kah.