Instagram : @peejburhan

Expose Mistik : Layang-layang di jalan gelap.

Salam Kak peej,

Saya hantar cerita lagi. Masa saya kecik dulu kisah ni.

LEMBAGA ATAS BUMBUNG

Saya ni dikurniakan Allah s.w.t kebolehan. Saya boleh nampak dan rasa benda tu sekitar saya dari  saya kecik lagi. Dulu time kecik, saya selalu nampak benda yang orang lain tak nampak. Orang cakap, best la boleh nampak. Anugerah tu.. Haa yelah kau anugerah.  Nak g mana pun tak boleh. Asyik nampak je. Kalau muka handsome macam Aaron Aziz, takpelah kan.. kikiki
Dulu kan masa kecik, kejadian ni adalah pertama kali saya nampak lembaga dengan sangat jelas dan ingat cerita ni saya ingat sampai ke besar. masa tu umur saya lebih kurang 4 atau 5 tahun, kami sekeluarga balik kampung. Kami sampai di kampung waktu malam. Bila dah sampai ke perkarangan rumah atok, mak saya suruh saya dan abang ambik barang kat belakang kereta.
Keluar aje dari kereta,saya ada perasan satu lembaga atas bumbung jiran. Tak bergerak dan dalam keadaan duduk sambil kaki terjuntai ke bawah. So saya tanya mak, “Mak, kakak nampak ada perempuan duduk atas bumbung rumah tu. Kenapa dia duduk situ mak? Sejuklah malam-malam ni. Dia tak sejuk ke?”.
Mak saya cakap, “Rumah die takde aircond”.. Pastu laju je mak saya dukung saya bawak masuk dalam rumah. Saya pun yeke. Kecik kan waktu tu. Mana nak tau. Apa yang mak cakap kita iyekan je la. Abah terus ambil barang kt bonnet kereta cepat-cepat dan suruh kami sekeluarga basuh kaki. Abah pasang ayat ruqyah malam tu.
Bila beransur tengah malam, ada orang ketuk pintu. kuat sangat. Ketuk pintu kayu rumah kampung kan. Bergegor rase umah atok malam tu. Tapi abah tak bagi sapa bukak. Lepas tu abah menjerit, "Allah hu Akbar, ni bukan tempat kau, Allah hu akbar". Saya dengan abang dah start menangis-nangis dah sebab takut dengar abah jerit macam tu. Tapi mak dengan opah duk tenangkan kami.
Abah dengan atok tabur garam keliling rumah dan azan setiap penjuru. Baru la "dia" tak ketuk-ketuk pintu lagi.
Tiba-tiba pukul 3 pagi saya tersedar. Saya  boleh dengar apa yang makhluk halus tu cakap dan panggil nama saya dan suruh saya buka pintu. Rasa macam dekat sangat suara tu. Uwaaa.  Ni yang saya paling tak suka sekali kak. Takat nampak je tu ok la kan.. Ko nak lalu, lalu la saya pandang tempat lain. Takde la nampak ko. Tak menggangu hidup aku. Ni main bisik2 pulak. Main panggil nama kite plak. Saya pejam kan je mata saya sampai tertidur. Berpeluh - peluh saya tidur malam tu. Rasa waktu malam tu panjang sangat.
Bangun je pagi tu, saya cerita dekat mak yang saya dengar ada orang panggil saya dan suruh saya bukak pintu.
Abah cakap, " Kak, apa yang kamu nampak atas bumbung tu pontianak. Dia nak la kawan dengan kamu sebab sebelum masuk rumah kamu tegur dia"
Thanks
 -MB-

Ke Melaka kita weekend ni

fuhh fuhh fuhh. menaip ni pun rasa penat dia tu.
tu kita kata penat tak berkesudahan kita ni.
berderet atucara setiap hari or setiap minggu.
dia punya plan tu sampai ke tahun depan. eeeiii takut tau memikirkan.

baru je relax bercuti sakan kat bali.
terus ada program event semalam.
ni esok nak ke melaka pulak. oh em geee..

tapi seronok la jugak.
sebab last ada booth adalah Ramadhan lepas kan.
rindu la jugak.
besttt..walaupun tau akan penat.
tapi penat berbaloi-baloi kaedahnya.


so weekend ni team Fame & Ellfie akan berada di MITC, Melaka untuk event Mood Republik.
haaaa ni first time kita orang ke Melaka.
so siapa duduk Melaka or happen to be in melaka weekend ni...marilah ke booth kita orang.
boleh jumpa.
n paling best sebab dapat harga best ok.
harga yang tak dapat di mana-mana.
harga yang kat booth je dapat. haaa suka kan.

usually memang booth meriah la sambutan. Alhamdulillah.
so harapnya orang-orang Melaka pun meriah macam ni la kan. :D

:: so daripada gambar booth Fame Cosmetics ::


:: Ellfie pun mendapat sambutan menggalakkan daripada pengunjung ::

so semua produk Fame & Ellfie ada di sana ye.
semua kita bawak ke booth.
tapi istimewanya, kita bawak sekali harga special kepada pengunjung. weooow.

so ni details mengenai event.

Event : Mood Republik
Venue : MITC, Air Keroh, Melaka
Date : 1 & 2 Oktober 2016
Time : 10am - 12am
Booth : 75

haaaaa gitu. shopping ssampai tengah malam ye warga melaka sekalian.
ni ahkak bagi layout booth yea.
senang je nak cari booth kita.
daripada jalan depan tu..masuk pintu kanan, then jalan terusssss je.
nanti nampak booth kita belah kiri korang.
pasti nampak ahkak cashier duduk ala-ala tauke je tunggu kedatangan korang. kah kah.


apaaaa tak nampak mana booth kita orang?
haaaa ni kita kasi zoom in.
kita orang kat warna hijau tu.
haaa dah nampak ke now?
nanti sampai terus serbu booth kita orang yea.


barang tak packing lagi ni.
esok nak bergerak dah ni.
wahhh bunyi macam jauh nau kau.
padahal melaka je.
al maklum dah tua uools.
melaka pun aku rasa jauhhhh je..

ok peeps.
jumpa di sana yea.
love.

percutian paling cuti pernah di rasai.

lamanyaaaa la hai tak update blog kan.
alasan masih maintain...kesibukan mengatasi segalanya. hihii
eh bebetul tau. bukan tipu-tipu.
sibuk sana sini. kerja sibuk. kat rumah pun sibuk.
kerja kau bayangkan tak abis muntah pasal keluaran Fame LE.
dah pikir keluaran hujung tahun. pastu boleh lak pikir keluaran tahun depan pulakkk.
aku rasa nak hantuk kepala kat dinding.

then kat rumah nak layan tv series pun takda masa yea.
berlalu pergi je tv series aku.
ada masa baru kita marathon tengok.
so kalau dah busy macam tu. tau-tau la nak layan online pun kurang ada masa.
aku hanya tau gossip-gossip hangat terkini dari group2 whatsapp yg aku join je.
kalau tak, takda satu hapah i tau ok.
haha sedih sangat hidup ni.

but anyway, since i free sikit today. mari update.
update entry-entry usang la uolls. kata dah tak gigih kan.
tu pun semalam dapat sms daripada reader all the way from singapore.
dia kata dia takda segala instagram, facebook semua.
so dia harapkan sangat aku update blog. even entry pendek.
ok mari kak jah gigihkan diri yea uolls.

pics bawah ni pun dah lama
masa makan kat mum's place, damansara perdana.
tolonglah sedap sangat ok makan kat sini.
menepati citarasa iolsss. tip tip top.


tengok balik pics ni tertelan-telan air liur ku.
sumpah sedap ok semua.
siapa suka makan sedap pedas secukup rasa boleh try makan sini,.

makan hari tu ngan elly n filla. seperti biasa la kan. ngan siapa pulak lagi.
menu hari itu adalah.
- masak lemak udang & terung
- sambal ayam & petai
- cencaru cili padi petai
- beancurd & peria
- soft shell crab masak butter
- sago gula melaka.

nyum nyum nyum
awat la jauh bebenor.
kalau dekat-tiap hari i pergi sana.

ni more info incase korang teringin ke sana.  http://www.mumsplace.com.my/


ok meh ke kisah lain pulak.
kisah aku bawak mama bercuti hari tu.
ingat tak previous entries aku ada cakap aku nak cuti.
cuti sebab kepenatan bekerja non stop.
ingat nak cuti lepak rumah je.
tetiba dorang kat why not cuti bawak mama sekali.
so last minute aku book la percutian ke PD.
tak jauh. sebab mama pun bukan sihat nak travel jauh2 kan.
so pergi la kita orang berempat. aku, ben, noy n mama.
ikutkan abang aku nak ikut jugak.
tapi tetiba lak dia sakit mata. so aku tak bagi dia pergi. hahaha.
ye lah. kang tak pasal semua berjangkit kang.
so berempat je la pergi.

sepanjang perjalanan mama banyak nangis je.
teringat kenangan dia ngan papa kot.
lama jugak dorang duduk PD dulu kan.

sebelum pergi resort aku bawak singgah makan dulu rojak n cendol.



not so nice macam last time makan.
mama pulak kemain cakap, nak sedap sekian-sekian tempat sedap kat PD tu.
ok nanti we eat there.

terpaling over haruslah mamat kat bawah ni.
letih aku melayan dia nak bergambar di setiap sudut, dengan bermacam jenis pose. grrr...


since mama tak sihat kan.
so aku memang request bilik tak terlalu jauh ke depan or ke luar.
biar dekat. takda nak kena berjalan jauh ke apa.
tapi kita orang memang bawak kerusi roda pun.
basically mama tak berjalan pun. :D senang tolak je.

aku punya la plan macam-macam.
nak keluar makan sana sini la apa.
tapi katanya percutian ngan orang tua n tak sihat kan.
so mama memang tak larat nak keluar sangat ke apa.
so percutian kita orang memang 100% kt hotel je ok. hahaha best sangat ni.
lagi best. makan apa semua mostly order room service je pun.


eh syaiton sangat ni.
sendiri update blog letak pic makanan, sendiri tertelan-telan air liur ni dah kenapa?
laparrrr la weyh.

mama lagi gilo. tengok harga makanan dia terkejut. dia kata takyah la order.
e eh gila ke. orderrrr je la.
aku cakap memang standard la harga macam ni.
tapi 1 thing pasal Avillion ni, portion makanan dia sangat large.
so kau boleh makan 2-3 orang satu makanan tu. so takda la terasa nau ke apa.

so menu di atas ialah, mee goreng mamak, fish & chips dan jugak jumbo hot dog. semua pun sedap.

then katanya percutian tak kemana.
kau mampu..malam tu pun tak kemana.
percutian yang betul-betul rehat tidur dalam bilik je.
tidur, makan...then tidur balik..then makan balik. keh keh keh.

terjaga tengah malam lapar la piuler.
so order lagi room service makan ngan nonoy.


order kuey teow goreng, mihun goreng n buah-buahan.
lepak-lepak sembang la apa.
then kembali ke bilik n tidur.

hari-hari esoknya pun takda apa.
breakfast and pusing-pusing dalam tu je.







sorry i tak muda n gigih macam dulu, dulu gigih semua benda nak amik pic.
sekarang tak kuasa la. so apa ada je la yea.
if follow instagram aku, ada la aku share few vids.
so untuk update lebih pantas, efficient n banyak..sila follow situ la yea.

malam pulak konon nak bawak makan seafood kat luar.
mama memang tak larat.
ingat nak pergi berdua laki bini.
laki aku pun malas.
hahah tolonglah percutian paling malas aku pernah pergi la. kah kah.
so since dah siap pun, aku cakap mari la makan kat coffee house.
tapi rupanya takda buffet. kena order ala carte. haaa boleh la.
so makan la berdua laki bini.



sedap sedap sedap.
menu pilihan adalah, kari ayam, udang sambal petai, telur dadar.
portion besar. makan berdua rasa nak meletop perut.


apa pun tak buat kat sana melainkan makan n tidur.
swim pun idok.
n memandangkan percutian last minute. so booking pun dapat 3 hari 2 malam je.
so memang simple percutian yang kita orang perlukan.
seronok sebab aku rasa sihat n segar lepas tu.
maybe sebab memang betul-betul rehat kan.
usually percutian pun, nama je percutian..tapi kau terkejar ke sana sini. so end up kau penat la jugak.
tapi kali ni tak. memang rasa bercuti.
so aku terus rasa macam wahhh sukanya percutian malas macam ni.
memang macam takda apa. tapi rasa berbaloi sebab betul-betul dapat rehat.

mama kata nanti nak cuti lagi.
Insyallah ada masa n rezeki kita cuti lagi yea.
next time kena plan betul-betul la.

ok tu je update kali ni.
ada masa terluang i update lagi yea. :D

Expose Mistik : mimpi

Salam peej dan pembaca blog peej,

Saya nak share cerita yang baru aje terjadi pada saya minggu lepas. Saya ni jenis suka ati je nak tido cemana. Maksudnya, kekadang tido kepala mengadap kiblat, kekadang tido membelakangkan kiblat. Kekadang tido meniarap, menonggeng. Eh, pendek kata ikut dan saya la. 

Kisahnya malam jumaat minggu lepas. Saya tido mengadap kiblat. Sebelah kiri saya dinding, sebelah kanan ada meja sisi katil. Malam hari-hari biasa, saya tido mengadap meja sisi. Tapi entah cemana malam tu terasa selesa pulak bila mengadap dinding. Maka lenalah saya diulit mimpi yang tak berapa nak indah sangat.

Dalam mimpi tu, saya duduk di rumah family kat kampung. Suasana pada waktu itu (dalam mimpi) adalah waktu maghrib. Mak dan adik saya nak keluar pergi beli barang-barang dapur. Lepas diorang keluar dari rumah, saya pun keluarlah pergi tutup pintu pagar rumah. Otw melangkah nak masuk rumah, saya terlanggar pasu bunga mak saya. Lepas tu, keluarlah serangga-serangga yang berkampung kat bunga tu dan menggigit muka saya sampai muka saya terasa gatal-gatal yang teramat sangat.

Masa tu hanya saya dan anak sedara saya je yang ada kat rumah. Saya cepat-cepat masuk dalam rumah dan memanggil anak sedara saya tu. Bila saya melangkah ke dalam rumah, terus suasana rumah jadi kelam dan suram. Macam ada 'benda pelik' nak masuk dalam rumah. Saya terus mintak anak sedara saya untuk carikan Al-quran sebab on that time, saya dah rasa tak sedap hati. Nasib baiklah anak sedara saya jumpa al-quran dan muqaddam. Dia pegang muqaddam, saya pulak pegang al-Quran. Masa saya dan anak sedara saya melangkah untuk masuk dalam bilik, tetiba anak sedara saya peluk saya dari belakang dan menjerit,

"Angah, takuttt!! Ada hantu kat depan!!"

Saya terus melaungkan Allahu Akbar banyak kali. 

Lepas tu saya terjaga dari tidur tapi saya tak boleh bukak mata. Saya tahu saya dah tersedar dari mimpi tapi mata saya masih terpejam. Pada masa yang sama, saya dapat rasakan ada sesuatu yang 'memeluk' saya dari belakang. Makin lama makin kuat pulak pelukan dia tuh... . Sekali lagi, saya laungkan Allahu akbar dalam keadaan mata terpejam. Tapi 'pelukan' tu masih tak terlerai. Hoii, main kasar dah ni. Tau la malam tu malam Jumaat. Saya terlintas nak baca Ayatul Kursi. Masa saya baca ayat Kursi tu, saya terasa seolah-olah 'benda' yang memeluk saya tu menolak badan saya dengan kuat banyak kali sampaikan saya rasa terhimpit ke dinding. Marah leerr tuh. Kepala saya pun start jadi pening. Tapi saya tak hiraukan tolakan tu. Saya tetap baca ayat kursi tu sampai habis sebanyak 2 kali. Lepas tu barulah saya rasa pelukan tu beransur hilang dan saya pun dah boleh bukak mata.

But still masa tu, saya mengadap dinding. Takut nak tengok kat belakang. Kang kalau tetiba ada 'benda' tercongok kat belakang, tak pepasal je saya terkena heart attack kang. Ada la dalam 30 minit gak saya terkebil-kebil pandang dinding tu. Bila dah agak-agak berani, barulah saya toleh kat belakang. Nasib baik takde pape. Cuma lepas tu belakang badan saya rasa kebas-kebas dan lenguh.

Selama ni saya biasa dengar orang kena tindih je. Malam tu saya kena peluk pulak. Haih, takde partner nak melaksanakan tugas-tugas malam Jumaat ler tuh. Sebab tu 'dia' datang peluk saya dengan harapan saya bagi respon lettew. Sekali, saya baca ayat Kursi daaa.... hahah...

Tapi yang saya concern kan sangat adalah maksud disebalik mimpi saya tu. Macam pelik je mimpi macam tu. Siap muka saya kena gigit serangga lagi. Kenapa serangga tu tak gigit bahagian lain je? Ada sesape yang pandai tafsir mimpi tak? hewhew... Maaf peej. lari topik lak. Ahakss...


-DianaAziz-

Autumn Collection



ok hari yang di tunggu-tunggu telah tiba,
setelah bekerja keras selama beberapa bulan.
akhirnya Fame Matte Lip Cream Autumn Collection 2016 launch today. yeayyy.


Kita buat kelainan kali ni untuk pembeli setia Fame Cosmetics.
Kali ni kita keluarkan Autumn Collection Matte Lip Cream set.


Dua warna di tawarkan, Topaz & Glam.
Di pack dalam kotak limited edition yang sangat lawa i is love.
paling suka pokok dalam rose gold stamping tu.
eh ye ke rose gold? macam bukan.
tapi aku suka sebab dia bagi effect bermacam warna kat kotak tu. so pretteyhhh.



Dua pilihan warna,
warna gelap dan satu lagi warna natural..kinda nude gitu.
both pun aku sukaaaa...dedua lawa n sangat la jiwa aku punya color.
terasa terus kardashian bila pakai.
ehhhh kardashian dah tua..ok tukar.
terasa diri sangat la jenner sisters. kah kah kah. nakkkk jugak kan.

but, pemakaian lip cream/ lipstick ni akan bergantung dengan undertone bibir masing2.
ada orang pakai color nampak lain, kau pakai pulak nampak lain..tetiba mak kau pakai e eh lainnn.
gituh.
tapi warna kat contoh atas ni warna sebenar Fame Limited Edition ni.




Model di atas Fysa and Fara
Fysa actually pakai warna Glam..which is suppose to be gelap..kita orang pun musykil apesal dia pakai warna jadi terang macam tu ...which actually sebab adalah kerana lips undertone dia.
Berkali-kali masa photoshoot kita orang tanya mekap artis betul ke dia pakaikan colour yang betul.
tapi memang betul.
Fara pulak yang belah kanan tu pakai CODE : Topaz.

bawah ni pulak pic aku pakai Glam menggunakan lip cream yang sama dengan Fysa.
lain pulak kan. so bila aku pakai jadi gelap macam ni.


sorry i takda pic latest la pakai Glam..so i up pic masa sis belum tukar imej. ;p
bawah ni pulak aku pakai Topaz.


lawaaaaaa kannnn...love love love.
super best ok.
oh anyway, set ni adalah limited edition ye.
so bukan warna kekal yang akan berada dalam Fame Cosmetics.
so if nak beli better grab secepat mungkin.
sebab nanti rayuan tetiba nak beli lagi, tapi dah habis..memang tak dapat di tolong yea.

ni Details mengenai set ni


Fame SMLC Autumn Collection (Limited Edition)
Code : Topaz
Code : Glam

di datangkan dalam bentuk 1 set. so beli maknanya dapat 2 batang lip cream.


HARGA
RM70 


POSTAGE
RM6 (SM)
RM10 (SS)


HOW TO BUY?
contact our stockist and agents CLICK HERE


............................................................................................

FACEBOOK : Fame Cosmetics HQ
INSTAGRAM : @fame_cosmetics
AGENTS : @agentfame



bagus sangat ni

last few weeks aku pergi jumpa doktor.
masa check bp aku, doktor tu terkejut tengok tinggi sangat.
dia kata kalau tinggi macam ni bukan takat kena tahan hospital.
boleh straight pergi ICU ye.
oh em geee. takut.
tak cukup rehat kot.

so doktor suruh aku kawal pemakanan. kah kah.
macam seram tu. takpa sis cuba.
ikut diet dia bagi memang tak mampu la aku.
kalau diet yang dia bagi tu confirm tak sampai sebulan aku adalah model terkenal Malaysia terus tahap body aku. kah kah kah.
cuma i leh cuba kurang2 kan. ;p

so dalam pada tu, dia bg aku few option makanan tambahan yang aku kena makan.
ikutkan ada 5 benda dia suruh aku amalkan.
tapi so far aku amik 3 je. lagi 2 tak buat lagi. walaupun barangnya ada.

so now aku start amik pagi n malam, pil habbatus sauda, pati buah delima, fig vinegar.
lagi dua patut kena amik gak olive oil n madu.
tu aku tak try lagi telan.
lagi 3 tu aku start amik.
buat je la alang2 dah ada tu kan.

ingat tak aku ada buat entry yang aku rasa tak sihat sangat.
badan rasa banyak sangat angin.
makan apa semua serba tak kena. sampai takleh buat kerja rasa.
then yang aku sakit pinggang tahap tertinggi semua benda serba tak kena.
pergi berurut apa semua tak jalan ye.
ok la sehari dua..nanti datang balik sakit tu.
sakit tak terkata pinggang aku.
yang boleh legakan adalah bila laki aku tiap malam sapu balm or minyak panas banyak.
rasa panas je selesa..baru leh tidur lepas tu.
haha dasyat sangat macam tua bebenar dah ni.

so since aku start makan 3 benda kat atas ni.
aku memang tak put any expectation.
makan je la benda dah ada kan.
nway, tetiba aku sedar yang aku punya sakit pinggang tu terus takda dah eh.
pastu angin pun takda dah.
dengan selamba minum teh tarik bergelas2. makan ubi kayu pun relax je.
wooow eksyen sangat ni.
tapi serious bagus sangat la.

badan pun rasa segar la..i mean boleh buat kerja la walaupun tidur tak cukup ke..
letih hari yang sebelum tu ke apa.
ok je.
kalau korang jenis suka nak try supplement2 berunsur tradisional macam ni.
serious boleh try.

tengok la rajin aku nak try olive oil n madu tu sekali.
we see how. mana tau lagi best rasa dia tu kan.
btw, yang aku amik tu macam ni botol dia.


:: fig vinegar ::

:: pati buah delima ::

aku try carik pic habbatussauda yang aku makan tu takda pulak kat google.
if ingat nanti aku amik pic n share sini.
serious baguih me is like.

tapi hari ni i lupa lak makan..keh keh.
patut la rasa ngantuk je ni. ;p
serious boleh consider makan.
esp untuk sesiapa yang dah ke arah2 umur aku ni..tapi badan macam kan dah tua bebenar rasa dia tu.