Instagram : @peejburhan

The struggle is real

siapa follow instagram n fb aku dah perasan kot.
semalam aku ada naikkan pic yang buatkan dapat berlambak komen i is seram.

aku dalam proses memcuba sehabis baik untuk kekalkan imej baru.
sama-sama doakan ye.
aku start Ahad lepas actually.
macam mana terjadi if aku rasa nak share aku share.
buat masa ni belum rasa nak share. kih kih.

tapi yang pasti aku tak sangka aku amik keputusan ni ahad lepas secara tetiba.
sebab Alhamdulillah tak sangka Allah hantar aku jawapan secepat itu.
aku sendiri tak sangka. so bila Allah tunaikan doa aku, aku pun amik keputusan buat apa yang dah terniat di hati ni.

ingat nak tunggu lagi.
tapi keji sangat perangai kau kak jah.
n rasa tak sedap hati tu kuat.
so dengan berbekalkan 2-3 helai yang ada.
lepas mandi Ahad petang tu nak keluar ngan suami terus aku cakap apa ada. n pakai.


pic ni tak upload, hanya hantar kat dua orang kawan/business partner aku. :)
suruh doakan aku dapat harungi hari ku dengan tenang. kah kah. poyo sangat nak orang doakan.

tapi poyo sangat konon nak ke 2-3 tempat tetiba laki aku taknak pergi.
so end up dpd rumah ke rumah mama je pun. hehehe.
perjalanan yang sekejap tu pun sempat kena ngan laki, "memang style nampak telinga ke?" sambil tunjuk cuping aku.
aku pakai anak tudung serkup tu. aku takleh ninja nanti berkuap panas. so pakai serkup.
kata huru hara. harus la tersentil je cuping terkeluar.
eeeiii nyampah je dia ni. bukan nak bagi moral support ke apa.
lagi banyak tanya.
me : "sibuk la u ni. kang i pakai tudung keluarkan telinga kiri kanan baru tau.

hahah gila tetiba emosi padahal orang tu tanya je pun. cehhh.



tu takpa. tu takpa.
paling best kan lately aku baru shopping baju lelawa. 
baru pakai sekali dua je baju. abis la semua kena jual nanti.
tu takpa tu takpa lagiiii...
last week aku shopping online baju. banyakkk gila toksah cakap.
so dah sampai n baru bukak malam tadi. pastu sukaaa..
tapi ada 3 xleh pakai unless aku pakai inner. masalahnya macam kelakar je inner bagai.
satu kelakar, satu lagi aku tak rasa aku jenis boleh inner2 ni. mesti panas berkuap aku baran nanti.
so bakal ada jualan baju berlaku soon.

so semalam start la pergi office pakai tudung.
memula up tu ramai ingat aku pakai sesaja sebab ada majlis apa-apa.
heheh takpa. tapi omak den dah pecah rahsia la ngan ucapan tahniah bagai. uihhh betambah seram.


amik kau nak pakai serabai macam ni je pun makan masa kemain lama.
pastu takpa. kemain nak berpeniti bagai konon.
paling tak tahan pakai 3. by tengahari dah tinggal 2 je peniti.
pastu terkejut kat traffic light eh dah jatuh ke apa shawl ni.
bukak aircond kuat nau sampai terbang tudung.
pastu leka, lampu dah hijau i tak perasan...kena hon kuat gila ngan lori.
terkejutttt tau. sentap kak jah.

patut la kemain orang dok suka nasihat istiqomah la apa.
tak paham den.
tapi memang the struggle is real weyh.
aku jadi stress n bad mood.
sebab satu aku takda shawl langsung.
semua yang filla bagi aku dulu, aku dah bagi noy masa noy start bertudung dulu tu.
takkan tetiba nak mintak balik pulak. sepak kang.
so aku basically ada 2 helai je ni.

satu hitam atas tu hasil aku curi noy punya satu masa dulu.
satu lagi yang bawah ni the kasihs shawl aku amik masa tolong jual shawl dulu.
aku ada 2 color aku rasa. tp aku jumpa ni je.
dah la best pulak tu. kain sejukkk. sesuai untuk aku yang tak tahan panas ni.
menyesal i tak amik semua color n banyak2 tu dulu.
dah la lawa dedulu colour2 yang filla jual tu.


ingat nak tukar2 je apa ada sementara ada yang lain.
tapi tak sedar diri tu peluh sebaldi.
harus sekali dua pakai dah masam. hahahhaa. sedih weyh.

ada orang tanya apesal muka aku tak senyum amik pic.
sebab i stress ok. i buat benda2 i tak berapa rajin tapi terpaksa.
seperti perlu make up. kalau tak amat mengerikan rupa aku.
satu lagi aku kena iron tudung ni. aku tak suka iron. tsk tsk.
and satu lagi aku tak reti nak balut2 tudung ni.
pakai macam orang normal takleh. sebab aku rasa muka aku jadi bulat seperti buah tembikai masak ranum...ngeri tuh.
so kena kembang2. tapi tak retiii. nanti senget2 la apa.
fuhhhhh. takpa...sis cubaaaa. doakan sisthurrr ye.

but then again, korang jangan la put so much expectation kat aku.
jangan expect berdesup iolls bertukar menjadi ustajah ke apa.
aku cuba slow-slow yea.
banyak nak kena kumpul ni. baju, shawl, amal kebaikan..haha ok yang last tu poyo teruk tu.
korang pun kenal n dah ikut lama, tau la aku macam mana..so segala habit aku semua ada.
kita try slow-slow jadi ok yea.

so far ni masih jauhhhhhhhh.
semoga i slow-slow menjadi seperti nonoy.
hahah tetiba sangat nonoy.
ye la sebab budak tu sangat drastic menakutkan aku.
sangat tak ku sangka cempedak menjadi nangka.

ok bye. aku nak sambung shopping tudung.
tadi dah beli few kat fashion valet. ni nak tengok zalora pulak.
kalau korang tau memana online shop jual tudung yang murah, instant dan best bagi tau.
i nak checkidaut.
i suka kain best n sejuk yea. sila cadangkan yang korang pakai n korang rasa best dan berbaloi-boloi.
bantuan anda sangat di hargai ye.



PERCUMA Shopping Bag dengan pembelian 2 set.

hello everyone.
lama i tak bersiaran kerana tahap busynya macam tak lagi bakal menjadi perdana menteri Malaysia uolls.
poyo nak mampuih tapi itu la hakikatnya.

ok promo sempena Hari Merdeka.
Dengan setiap pembelian boleh dapat Free Shopping Bag.
Siapa tak suka kan? aku suka bag macam ni untuk bawak angkut barang lite-lite if ke rumah mama ke, office ke apa. gitu la.

Macam mana nak dapat Free Shopping Bag ni?
senang je. hanya perlu beli 2 Set samada Ellfie Essence atau Ellfie Gold Serum, PERCUMA Shoppin bag bernilai RM45.

Apa set Ellfie banyak lagi? takkan nak beli lagi?
Takpa. kalau taknak beli set. boleh beli bag sahaja. HANYA RM45 (tidak termasuk postage)


Bag ni sempena PROMO HARI KEMERDEKAAN tau. so sangat limited.
if habis memang takda lagi dah, jangan menagis di bucu katil mengenangkan nasib diri.. heheh.

PROMO adalah dari 22 OGOS sehingga 16 Sept 2016

Convenient bag ni. dah la boleh sumbat macam-macam. lawo lak tu, tahan lasak, kalis air, tahan kotor eh semua la...memang terbaik wok.
besar boleh sumbat macam-macam.

ingat tau. rebut peluang dapatkan Shopping Bag Ellfie yang limited ni sempena merdeka ni.

here r some details

Ellfie Essence
RM120 (SM)
RM130 (SS)

Ellfie Gold Serum
RM130 (SM)
Rm140 (SS)

Free Postage.

BELI 2 SET untuk dapatkan FREE SHOPPING BAG

atau

BELI Shopping Bag dengan Harga RM45 (tidak termasuk postage)


Untuk order atau sebarang pertanyaan lanjut boleh whatsapp 013-2755197


kagum bila tau pasal hal manggis ni

sekarang memang musim durian kan?
sana sini orang share pasal durian.
paling terbaru canggih sangat aku tengok kakak ipar aku order durian online ok.
penghantaran terus ke rumah durian. weooowww so canggih. hahaha

so anyway kecur-kecur air liur tengok orang up pic duriannnn.
aku memang hantu durian.
tapi lepas kawin aku rasa ada dalam 2-3 tahun aku tetiba takleh makan durian.
bukan takleh apa. aku macam tak lalu. makan 1-2 ulas pastu taknak dah.
tak tau kenapa.
tapi now dah ok. kah kah. kak jah mana boleh lama-lama tak suka kepada makanan.
suatu kemusykilan kalau macam tu. kah kah

aku nak durian lama dah.
tapi sebab aku demam la, batuk tak baik-baik la.
so laki aku tak bagi beli. nyampahhh tau.

tapi mama kan kalau dia nak something kemain dia hint sana sini.
sebab dia tau bab makan aku mesti rajin melayan dia.
so lepak rumah dia tu dia dok la cakap sedapnya kalau dapat durian kan.
siap buak aksi-aksi makan durian.

so sebelum pergi rumah dia aku beli la durian
kat area rumah mama tu.
kat situ memang mahal baq ang.
tapi memang dari kecik parents aku suka beli situ
sebab memang confirm sedap. tak mengecewakan.

kalau kau beli 6 bijik pun. confirm 6-6 sedap.
unlike some place dalam 6 bijik tu maybe 2 je bebetul sedap. lain biasa je. some even mengkal.
sini tak. memang terbaik.

so aku beli la 5 bijik.
so makan la ramai-ramai including jonet sebab dia lepak sama time tu.


bukan musang king.
tapi harga boleh tahan pitam rm35 sekilo.
tapiiiiii, dia punya sedap tu macam kau tak mampu berkata apa.
time makan tu ada sebijik tu punyalahhhhh sedap sampai aku rasa sepanjang aku berkecimpung dalam arena makan durian ni...memang terpaling sedap yang aku pernah rasa la.
Ya Allah sedapnya teringat balik ni.

sedap punya pasal. time tu gak kita orang bedal habis semua 5 bijik.
semua terbaik takda apa nak simpan tepi sebab nak buat bubur ke apa.
hmphhhh makan tu as usual teringat je papa.
papa selalu beli durian. n akan tunggu aku untuk makan sama-sama.
nanti some dia suruh mama buatkan bubur kacang durian or serawa.
fuiyyooooo sedapnyaaaa.
rugiii woooo sapa tak makan durian.

nway enough about durian.
so settle bab durian, dahhhh mak aku mereka-reka lagi.
dia kata mama teringinnnnn nak manggis.
tak dapat lagi makan manggis.
hishhhh ada-ada je tau dia ni.

so merata aku tengok tepi-tepi jalan takda pulak orang jual manggis.
tapi dalam fb merata pulak aku tengok orang makan.
sampai maybe 1-2 weeks after durian tu, aku nak balik aku tengok ada orang jual manggis.
terus beli 3 kilo manggis, n aku beli sekali mata kucing 2 kilo.
so mari pesta buah.

so mengadap la anak beranak makan manggis.
so tengah makan tu mama cakap.

mama : "pija tau tak, manggi ni tengok tampok dia bawah ni. kalau kelopak tampok tu 4 maka isi dalam dia 4 la, kalau dia 5 makan dalam tu isi dia 5 nak"

me : *aku macam buat muka* "ye ke?"

mama : iyeee..tengok ni... *sambil bukak* haaa tengok ni luar ni 5, dalam ni 5.

me : a ah laaaa...eh tapi memang bukan semua 5 ke?

mama : takkk. cuba check.

so aku try la.
OMG ye laaaaaaaa!!!!!!!
luar 4 dalam 4,
luar 6, dalam 6.
ada satu tu buah tu kecik yea besar bola ping pong macam tu, tampok tu 7 kelopak dia..n guess whattttt??? dalam dia isi dia 7 ok!!!!!
hampir pitam aku.

me : mana mama tau?

mama : arwah atok abah dulu bagi tau mama.

va va va.
aku yakin mostly korang pun tak tau, macam aku gak.
ok maybe some tau la.
tapi tak ramai tau kan???
sebab aku bagi tau jonet n noy pun dorang tak tau n dah memasing terkagum2 n kerja check tampuk, kupas, n tengok isi kagum. kah kah kah.

gigih aku snap pic ok ngan tangan melekit nak tunjuk korang ni.



:: see bawah tu 4 kena kelopak tu? isi dia 4 ketul weyhhh ::

:: kelopak 6, isi pun 6. mih mih mih ::

:: ok kira kelopak tu..then kira isi tu....7 weyh...tujuhhhh!! ::

kagum tak? kagum tak? kagum tak?
hahahah best kan?

nanti korang beli cuba try check out
betul ke idok.
cissss tengok pics ni tak pasal rasa nak makan durian n manggis lagi. ish ish ish.

Expose Mistik : Anugerah

Assalamualaikum sis
Saya dyla. Ada beberapa kisah mistik saya nak kongsikan utk ruangan expose mistik nie..
KISAH 1: (Kolej,2010)
Masa tu saya sem 3, igt lagi waktu tu petang saya ngn budak2 umah (ira,akma,leha,mira, ain) lepak kat kerusi batu luar umah. Datang la ketua unit 1 umah nie(yg kena gangguan) join lepak. So kteorg Tanya la ape yg dh jadi dalam umah dia..dia pun bercerita la yg benda tu menyerupai budak dlm umah dia tu dan ada mcm2 lg la…. Dah nak masuk maghrib kteorg pn suma masuk la unit masing2. kterog sambung la story kat dalam umah plak. Lepas je azan saya pn mandi (tgh period masa nie) sebelum tu time saya tgh jalan nak g toilet tiba2 tgn saya mcm ada bnda selisih. Saya rasa angin kat tgn kanan saya tu. tgh2 mandi ja  Tiba2 saya dengar budak2 lain panggil saya suh kuar dri bilik air. Dtg2 je kerusi study yg saya dah susun tiba2 dah jatuh. Kawan saya cita la, dia ngn sorang lgi nie just ckp je” jangan la ganggu dieorg bagi la dieorg belajar dgn tenteram’’ abis ja ayat tu terus dgr bunyi kerusi jatuh padahal xde sape pn kat ruang stdy masa tu. Masing2 dh cuak. So kteorg decide nak story kat budak umah yg lain pasal bnda nie. Malam tu bdk bilik 4 unit saya kena. budak tu mulanya macam marah2kan bnda tu sekali rambut dan rantai yg dia pakai kena tarik. Malam tu buat pertama kali umah kteorg jadi tumpuan. Start kejadian malam tu lepas tangan kanan saya selisih tu smpai ke arini saya dapat rsa bnda tu ada. Bila ada ja tangan kanan saya akan membengkak dn kebas.

KISAH 2 : (tempat praktikal,keja sambilan 2011-2013)
Dalam bulan november saya start praktikal kat ofis kerajaan  di penang. Masa awal2 tu xde la kena apa… lps saya ditawarkan keja sambilan saya kerap diganggu. Mulanya tu saya dh start rasa xsedap hati dari rumah lg. kaki nie berat ja nak pegi opis pagi tu tapi saya lawan dan pegi jugak. Dalam hati masa tu asyik rasa takut ja tapi xtau kenapa. Masa smpai kat opis tu saya berdoa la nnti nak naik mintak2 la ada org lain sama akan naik. Tapi malangnya mmng xde sorang pn staff yg ada masa tu. Naik la sorang2 dah la tingkat 49. Masa dalam lift tu berdoa lg mintak2 la guard ada atleast kalu apa2 leh mintak tlg dia. Sekali guard pn xde and opis gelap. Masa tu dh pukul 7.20pagi. saya jadi hairan sbbnye selalu saya dtg 7.15 dh penuh org n opis dh cerah… tapi xpe la saya tgu smpai staff lain dtg bru nak masuk sama2…. Dri 7.20 nak ke 7.30 tu saya tgu rasa mcm dh sejam. Tetap xde org dtg lagi. Akhirnya saya kuatkan semangat buka jgk pintu opis tu, bila buka ja saya rsa berangin semacam. Dgn rasa takut saya masuk buka suma lampu2 then tunduk nak simpan bag dlm laci.. bila saya angkat ja kepala lembaga hitam melintas (slow motion ok) masuk dlm bilik photostat. Kaki nie xyah ckp la mcm dipaku kat situ.. xleh nak gerak langsung.
Lepas kejadian tu saya kena lgi, tapi kali nie dalam bilik bos(saya ganti PA). bos saya cuti sbb sakit (buatan org). jadi saya xde la bnyk keja sgt msa tu. Tgh2 layan fb nie tangan kanan saya kebas… saya dah mcm xleh nak ddk dh mcm ada ja nak kena nie tiba2 dinding(tapi guna papan) kat belakang saya nie mcm org jentik. Mula2 saya biar je la sbb igtkan sbb ada org jalan dia bergegar ke kan….tapi makin lama makin kuat.. bila kali ke3 tu brtambah kuat saya buka la ayat al-quran kat PC xsmpai 5 minit buka PC saya terpadam sendiri. Apa lg saya cabut kuar trs dri bilik tu… bukan itu ja saya Nampak kelibat xde kepala melintas dlm bilik bos waktu tengah hari. lepas kejadian tu saya xdiganggu lagi tapi saya mendapat mimpi. dalam mimpi tu seolah2 memberitahu ada bnda kat meja dan belakang pintu bilik bos saya tu dan itu menyebabkan dia xboleh langsung buat keja kat situ. Bayangkan saya masuk bilik tu saya rsa panas sgt2 tapi orang lain masuk bilik tu rasa sejuk sgt2 siap ada sorang sis nie pakai jaket tebal lagi. Lepas saya tamat kontrak sambilan disitu, saya still contact dgn staff kat situ dan dieorg cita bos saya kena rasuk kat situ dan dieorg ada panggilkan ustaz berubat disitu dan ustaz tu ckp bnda tu mmng ada kat meja dan belakang pintu bilik dia….


KISAH 3 : (opis, 2012)
Masa nie saya still sambilan di bangunan yg sama Cuma tingkat lain. Kali nie staff xbnyk mcm opis sebelum nie. Macam biasa la saya la org pertama yg akan smpai opis dlu. Pagi tu mcm biasa la saya smpai buka PC kemas bilik bos then baca paper online…. Perasaan saya pagi tu rsa xbest tapi xtau kenapa…. Saya buat xtau tgu la staff lain smpai… tgh2 relax nie mata saya terpandang sharpener (yang asah kuar dia pnya habuk tu) kat hujung meja  tiba2 dia bergerak sendiri. Terkedu saya time tu nak bgn x boleh. Nasib baik la x smpai 5 minit ada staff dh masuk… 
*tu la serba sedikit cita saya, ada lagi nanti saya kongsikan. Skrg nie bukan setakat rasa kehadiran bnda tu tapi saya mendapat petunjuk melalui mimpi. Alhamdulillah mungkin ini 1 anugerah allah buat saya

- Dyla

workaholic ke apa?


nak cuti nak cuti...
excited tapi at the same time macam sedih.
sebab nanti macam tak masuk office lama. hahaha ada ke orang gila macam ni?
confuse nak happy ke nak sedih. kah kah.

memang penat kerja ni kan.
memang seronok je kalau weekend rasa macam wahh bestnya boleh rehat (walaupun takda la rehat sangat pun).
tapi kalau cuti ni lain sikit rasa dia.
sebab kau rasa macam lamaaaa je kau tak masuk office.
walaupun takda la lama mana.
pastu risau nak tinggalkan kerja kat orang. kah kah.
kemain macam-macam aku pesan kat elly, apa kena buat. apa kena tau.
siap paksa dia tulis pesanan aku ni.
hahaha ngeri sangat ni.
macam la kalau aku takda..kerja tak jalan kan. ok je kot.

maybe sebab kerja pun company sendiri kan. so rasa sayang tu lebih sikit kot.
walaupun companynya pun kecil-kecilan je :) bak kata orang baru nak belajar meniarap...slow-slow belajar merangkak pulak.
tapi seronok. esp sebab kita orang macam family je rasa dalam office.
takda sangat buat gap kita boss, kau pekerja..so sila itu ini bla bla.
konsep pun open space. so kau nak bergurau senda ke, nak menari ke, nak gelak ke, nak kentut ke..memang semua akan tau la.
soon buat bilik boss. pun konsep glass, then pintu pun slide..maybe tutup bila perlu je.
hahhaha matiklah boss jenis menyibuk nak sembang ngan staff.
kita orang selalu amik bebudak part time.
macam-macam kerenah la ada.
paling best if jenis fun n kelakar ni. ada je la gelagat dorang buat kita orang terhibur.
so bila i cuti ke apa, rugi u know...i terlepas kisah-kisah menarik di office.
oh em geeeee....ada ke orang gila macam aku ni? hahhahahaha

tapi i memang memerlukan cuti. sebab sumpat penat sangat dah.
sampai tadi accountant tegur aku cakap, "u penat sangat ke? muka u nampak sangat macam u penat."
memang penat pun. kata kerja non stop.
aku enjoy kerja. tapi serious penat. Alhamdulillah Ellfie n Fame doing good.
macam Ellfie dah ada staffs handle..so dah relax sikit.
Fame pun dah ada, tapi order macam menderu2 sangat.
so macam baru kau nak rasa lega fuhhhh...settle dah kerja.
sekali tersedar...apaaaa..mana pergi semua barang-barang ni? nak habis dah..
order baru...kerja start la balik. then habissss je buat kerja..dah mengadap orderss balikkkk.
pastu repeat lagi benda sama.
soon pulak ada few projects lagi akan keluar under Fame....
so busy tak berkesudahan.
kita tau staff pun semua busy. so kita orang pun akan sama-sama tolong buat sama.
tu yang kau rasa diri kau tuaaaaa sangat la segala penyakit timbul.

sakit pinggang aku tak berkesudahan yea.
sampai aku risau eh aku ni sakit buah pinggang ke apa ni?
cakap kat Jonet terus dia sound..hoiii sakit buah pinggang tak macam tu la.
hahahaha oh ye ke? mana i tau. tu la siapa suruh tak belajar pandai2 sampai jadi doktor kan? kah kah.
jonet kata mesti muscle ni. maybe posture duduk.
dia pegang tempat sakit tu dia kata kerass..tegang. sebab tu sakit.
dia suruh aku exercise sikit supaya lembutkan balik.
masalahnya gigih aku dok save video exercise. tapi so far satu hapa tak buat lagi. hahaha.
yang jadi mangsa laki aku la hari2 kena sapu segala jenis minyak, balm, lotion panas bagi aku lega.
kalau tak sakit sangat la.
sampai seram nak cakap sakit takut dia sound nanti.
so sakit petang tadi, terus aku balik telan pain killer je. nasib lega. fuhhhh.

so cuti ni memang rasa nak rehat sepenuhnya.
wahhhh nyaman memikirkan boleh tidur like starfish.
tapi at the same time macam terbayang2 office nanti. kah kah.
siap cakap kat elly, anything give me a call..or sms.
i case line internet tak ok ke apa.
matiklah orang selalu cuti kata taknak di ganggu kan.
aku lagi siap pesan apa2 carik aku eh. saikosis sangat perangai.

tak terucap perasaan suka opis sendiri. hihihi.
tadi cakap kat elly n filla. dorang kata aku gila.
sebab aku tengok dorang yang beriya2 wish aku happy holiday la apa.
masalahnya aku lak cakap aku nanti rindu opisss.
sekali elly cakap dia pun if lama2 tinggal nanti rindu.
tu la aku cakap filla, kau kalau kerja sini pun nanti kau paham perasaan kami.
sebab filla tu lagi la, dia jenis pecinta dan supporter tegar produk sendiri.

aku elly selalu gelakkan dia.
kerja dia asyik tanya kita orang pakai apa.
let say aku jawab aku hari ni pakai lipstick Mac. terus bising cakap, "NOOOOO...kenapa tak pakai Fame?" hahha malas layan.
kalau aku n elly cakap pakai Fame, suka la dia.
Pastu dia akan puji produk tahap melangit punya...dan dia puji tu sincere yea...bukan sebab produk sendiri.
nanti kita orang gelakkan la dia.."wooow kau sangat suka yea produk kau sendiri filla?"
"OFFFFF COZZZZ...korang pun kena ye."
hahahah gila jugak pompuan tu. mesti la suka, gila tak suka..tapi takda la over macam dia.
sebab tu aku bayangkan kalau dia kerja kat office ni, mesti dia yg paling semangat.
mesti siap ada Frame dia buat cross stitch, "Office Sweet Office" hahahahha..


tapi takpa. sebab cuti seronok jugak. sebab cuti ngan family.
memang dah lama tak buat tu.
bila elly tanya bila last time cuti macam tu. aku tak boleh recall pun ok.
macam dah lama sangat tu.
so excited.
tapi dalam excited tu ada sedih.
sebab dapat rasa kekurangan yang ada.
wishing papa is still here with us.
hanya dapat titipkan doa je setiap kali rindu datang.

ok peeps.
thats all...
aku nak sambung tengok movie. ;p

so bilanya nak tidur ni?

Expose Mistik : Histeria

Assalam and hai kak peej.

Ok nama saya Diya and i'm 16 years old(2016). 
Ceritanya cenggini, saya nie bersekolah smk biasa takde asrama. 
Sekolah nie baru ditubuhkan dlm 7/8 tahun gitu dan takde pape bende berlaku like HISTERIA. 

Ok main storynye ialah HISTERIA . Bende nie berlaku tahun lepas(2015). 
Dan one of my classmate yg kene histeria tu, name dia Ani(bukan nama sebenar). 
Nak jadi cerita yg masuk badan dia nie 'ketua bende' tu. 
Bende nie jadi sebab pengetua kite org nie dia pecahkan salah satu pintu makmal skolah kite org, katenye tu tempat 'bende' tu, yelah cuba rumah kite kene roboh sape tak marahkan.

Saya ingat lah lagi mase tu waktu sains, si Ani nie dia gi tandas, dan ajak lah Hajar. 
Tetibe je hajar nie berpusu-pusu masuk makmal *time tu kt makmal* pastu hajar ckp lah yg Ani pengsan depan tandas, hajar pon ajak lah Nana si kak yong kiterang nie angkat Ani nie pegi bilik ape tah tak tahu yg pasti cikgu suruh dia berehat. 



Esoknya seperti biasa sekolah lah kan, Ani nie mmg kaw kaw lah dia kene histeria tu kt dataran sekolah jadi cikgu kite org kumpul kan kite org kt pusat koko *lebih kurang dewan*. Pendek cita cikgu suruh lah selawat, zikir, baca yassin bergroup DAN jangan menangis atau termenung mmg senang lah bende tu nak masuk. 
Ada pengawas2 yg angkat Ani nie gi surau sekolah. 
Surau tu dgn pusat koko takde lah jauh mane, mane taknya suara Ani menjerit dengar jelas kot *bukan suara dia rasanya* . 
Cikgu2 pon call lah family Ani nie, rupenye Ani nie mmg penah kene, so senang lah bende nie nak masukkan. 
Time tu ramai Darul Syifa' datang nak merawat Ani nie, ade gak pawang2 taman yg dekat2 sekolah nie. 

Berbalik kt pusat koko tu, time tu lah sorang2 nangis lah menjerit lah and sorang dari kawan kite org, kite org panggil dia Yah. 
Yah nie senyap je mata merah habis , bibir pulak mcm kene gam, tgk dia mcm tu nak nangis tapi tahan sbb taknak jadi mcm yg lain2. 
Rupenye Yah nie nampak lembaga besar kt blok makmal, pusat koko nie atas kantin berdepan dgn bangunan makmal.

Sebenarnya ada bende lupe nak cita, sebelum Ani nie kaw kaw kene histeria tu, kite org satu class kt kantin, ade pulak budak form bape tah kene sampuk, pastu cikgu kite org suruh lah baca ayat kursi, tapi Ani nie dia diam semacam sambil main pen yg pusing2 kt jari tu. 
Nana si kak yong nie pulak pergi terperanjat kan Ani tu sambil cakap "ASSALAMUALAIKUM ANI" . Ani nie ape lagi mengamuk sbb bende tu dah masuk kt badan dia, dia tolak Nana tu. 
Nana pon marah dia tolak lah Ani tu smpai jatuh *gedebuk* . Dan start lah dia meracau.
Nana nie gi lah surau dgn kawan dia, mase tu dia cakap tangan yg tolak Ani tu sakit mcm urat tegang tak boleh gerak langsung. 

Pastu kt dlm surau tu, Ani nie nampak Nana tu dia cakap lah "kenapa tangan kau? Sakit kan? Aku dah letak bende tu kt tangan kau!" 
Kau raseee??  Dah lah mase tu lagi berape minggu nak amik pt3, tension kot dgn tak blajar satu minggu sebab bende nie. 
Akak2 dgn abang2 yg tengah trial SPM pon tak tenang nak jawab. 
Lepas beberapa minggu tu Ani tak dtg skolah dan tak amik pt3 selagi dia belum sihat. 
Oh lupe, bende tu marah sbb tempat dia kene kacau, pastu ade pulak cerite2 ckp tu Atok, Nenek dgn Cucu. 
Ahli darul Syifa' nie dia pagar lah sekolah kita orang. 
Dan semuanya beransur pulih, Alhamdulillah. 

Sekarang nie cikgu2 murid semuanya dah fobia bila dengar org menjerit, yelah kot2 ade ke kan. 
Okk ituje yg nak disharekan, tahu tak seram mana hehe enjoy your reading.

-Nadia

ini tak kena. itu tak kena.

aku tak tau la kenapa dah badan ni.
semua benda pun tak kena la.
sekarang ni banyak nau angin nya haaaaa.
semua benda takleh makan sesuka hati.
nanti mula la angin.

dah la angin pun ada bermacam jenis angin.
ada angin yang sakit satu badan.
ada angin lak..perut kau rasa sebu n berputar macam washing machine.
ada pulak yang jadi sesak and sempit rasa dada. tak boleh nak napas..selagi tak sedawa rasa tak lega.

omg tolonglah scary sangat dah rasa macam tua bebenor. ngeri la.
sekarang ni nak makan pun pikir berkali-kali.
salah makan kang tak pasal angin.
dah la bangsa selagi tak sapu segala minyak angin or urut selagi tu tak lega.
tapi selalunya aku bedal je la. sakit belakang kira.

tapi kalau untuk sarapan aku berhati-hati sikit.
sebab sarapan ni kan pagi. kalau tak kena mula la kacau bilau kau nak buat kerja.
so anyway, selalunya kalau aku macam lewat keluar rumah. aku bungkus je anything n makan kat office.
kalau awal, usually aku akan makan kat mamak la.

tolonglah now dah dilema nak sarapan apa eh?
dulu suka nasi lemak..masalahnya abis badan aku ni makin lama makin ngeri berlemak jugak.
so no more nasi lemak.
so hmmmm nak makan apa eh..
so lets opt for tosai.
tapi aku perasan dpd sebelum bulan puasa..bila aku makan tosai rasa macam angin je. perut aku rasa berpusing, rasa nak muntah semua ada. tapi tak tau la kebetulan ke apa.
sampai la last few days aku makan. benda sama rasa..so ok memang confirm aku takleh makan tosai untuk sarapan.
ke tosai kedai tu aku takleh? sebab aku makan kat kedai lain tak pernah lak rasa macam ni.
aku pun dah confuse tak tau nak sarapan apa.
roti canai so far ok.
tapi teringat dulu doktor masa papa operate jantung tak bagi makan roti canai everyday.
dia kata berminyak. satu roti canai..4 cawan minyak di gunakan.
so not good. sekali sekala takpa.
so how now?

then aku pergi gerai nasi lemak tu ada jual laksam. wooow nice.
so beli la laksam.
dah few times la, including today.
so makan la laksam.
aaaaaa pun takleh gakkkk.
hari tu perasan lepas makan laksam macam burp2 rasa tak best la.
tapi today terus sesak dada aku. rasa tak lepas tu. pastu rasa nak muntah lak ni.
aaaa me not like.
why eh? ke sebab dalam tu ada kacang panjang tu? ke sebab bahan apa?
dah perangai sangat badan ni semua benda nak angin dah kenapa?

so kisahnya nak sarapan apa sekarang ni?
kena beli roti ke?
ke beli cereal je makan pepagi.
maybe la kot.

eh ke badan bagi sign...dah-dah la tu makan kak jah.
makan la sarapan yang healthy. e elehhhh...*mata ke atas*

tapi serious angin sangat ni sengkak rasa dada aku.
ok meh kita sapu lotion halia kat dada.
nasiblah orang opis ni kena terima ada warga tua kat opis yang bau bermacam jenis minyak kat badan dia.

haih apa la nasibbb...




the love i have for them

Rasa korang yang dia lama baca blog aku tau.
aku ni selalu ada duit mesti aku akan pikirkan nak happykan orang lain dulu.
untuk aku lasttttt sekali aku akan pikir.

macam hari tu ada duit lebih sikit untuk raya.
takda apa pun yang aku nak.
ikut nafsu memang segala benda kau nak.
then aku pikir-pikir..semua tu macam tak perlu je.
plus minat aku takda ke arah kebendaan sangat.
just nak ikutkan orang..baik takyah.
atleast for now tu yang aku rasa la.

so kembali ke niat asal kenapa aku kerja keras, adalah nak happykan family.
so that exactly what i do.
happy dapat bagi suami, mama, adik beradik aku duit buat belanja raya.
bila mama happy, aku happy.
then mama cakap nak beli itu ini dengan duit aku bagi, mintak aku bawak dia.
terus aku pergi sendiri n belikan apa yang dia nak.
kalau boleh duit aku bagi tu aku taknak dia buat belanja benda2 tu. takpa ada rejeki aku belikan.
happy sangat tengok dia happy.

tapi as usual bila datang time-time macam ni.
aku rinduuuuu sangat kat papa n arwah mak. menangkap-nangkap la rasa dia tu.
selalu terbayang alangkah happynya dua insan ni kalau aku dapat happykan dorang jugak.
tapi Allah lebih sayangkan dorang.
aku tak sempat nak happykan dorang dalam jangka masa yang panjang.
i can imagine the look on both face. esp papa. rindunyaaaa.

baru-baru ni aku tukar wallpaper laptop aku.
aku tukar pic bawah ni.


tapi everytime aku bukak laptop aku.
cecepat aku bukak apa-apa so that cepat-cepat pic ni terlindung.
aku taknak tengok. sebab aku tau nanti aku sebak.
papa ni air muka dia redup.
n dia pun seorang yang sangat baik, sweet, loving, funny semua la.
so bila tengok pic atas ni. aku boleh exactly ingat each n everything bit pasal dia.
so aku memang avoid nak tengok pic papa. sekali sekala je aku tengok.
so hari tu screen aku macam ni.
aku tengok n tenung pic ni. terus aku menangis non stop macam budak kecik.
oh mannnn. menaip ni pun aku dah nangis sakan. :(
rindunya....he is such a nice person, i really hope Allah grant him the highest Jannah.
n i really wish we will meet again n be together as a family again. Amiin.

macam last Saturday ada drama at tv3..tajuk Baju berkancing peniti.
mama tengok drama tu. sebab ada subtitle kat bawah.
mama kan tak dengar..if takda subtitle dia takleh tengok.
since cerita tu ada subtitle. so mama tengok la.
aku tengok tak tengok sangat.
tapi tau la jalan cerita.
bila dah half of it baru tengok sampai habis...omaigodddd sedih aku nangis bagai nak gila.

cerita dia pasal dua pasangan tua yang loving. then wife dia mati dulu.
kau leh tengok macam mana pakcik tu sedih.
cakap sorang-sorang macam still sembang ngan wife dia.
aku nangis sakan sebab i can imagine how mama felt.
sebab memang aku terus terbayang tu je.
aku memang nampak macam mana mama sedih je selalu teringat kat arwah papa.

then masa cerita tu kan pakcik tu asyik cakap sorang.

mama : pakcik ni suka cakap sorang-sorang.

me : dia bukan cakap sorang ma, dia macam bercakap ngan wife dia. macam mama selalu tu.

mama : haaa ye ke? macam mama ye nak *sambil mata berair*. memang ada macam tu ye nak? mama ingat mama sorang je.

mama kan tak dengar. so even drama ada subtitle..tak semestinya dia faham 100%
some plot aku kena terangkan kat dia.
so pasal atas tu..memang sejak papa takda kadang mama cakap sorang.
dia dah biasa berdua je kan.
kadang nanti mama bercakap macam dia bercakap ngan papa.

mama :

paaa, mama sarapan tau pa.
paaaa, hari ni mama tak sihat la paaaa.
paaaaa, kenapa papa tinggalkan mama pa.

hoiiiiii tak suka betul la aku. sedih tahu takkkkk.
so bila scene drama tu benda-benda sedih dah macam hape aku n mama dok kesat air mata.
aku can imagine dia mesti teringat papa.
n aku pun memang bayangkan situasi tu apa yang mama alami sekarang.

ada satu scene tu pakcik tu cakap sorang, "kenapa dinda pergi dulu tinggalkan kanda?"
ingat lagi dulu mama susah hati papa tak sihat tu.
mama cakap kat papa, "kalau mama pergi dulu. papa jangan susahkan anak tau. papa tinggal ngan pija n ben la. ben boleh jaga papa."
laju papa jawab ngan tangan2 sekali, "tak nakk. biar papa pergi duluuuu."
so bila scene kat drama tu tunjuk pakcik tu duduk ngan anak dia..macam-macam kerenah anak ada..memang sedih la aku ngan mama kenang balik scene tu.
pastu cerita balik pasal papa..n cakap..memang papa pergi dulu rupanya. so sad lah.

tapi dalam adik beradik memang aku paling kememeh.
scene tak sedih pun beria aku nangis macam ke hapa. sampai kena sound ngan laki aku.
"u ni kenapa jaaa? ni drama je la."
"sedih laaaaa! u apa tau..i terbayang mama la. u lain..mak n abah dedua dah meninggal. mama ada lagi ni. so mesti dia sedih sama macam drama ni."

hahaha matiklah dramatik sangat aku niiiii.
tak menahan aku drama melayu ni tau.
bila part merapu tu memang rasa nak hempuk tv...
tapi bila best macam ni...dah ngan aku sekali berdrama luar tv. bongok sangat ni.

ok ke kisah lain.
aku memang ada plan if ada duit lebih sikit nak bawak mama berjalan cuti ke apa.
sebab memang mama takda ke mana. since daripada papa sakit.
dulu dorang berdua rajin berjalan sana sini.
since papa sakit setahun, then meninggal almost setahun. memang tak kemana pun mama.
dia memang kat rumah je.
keluar pun pergi appointment hospital or sometimes ke market abang aku bawak.
sian pun ada. tapi macam mana masing2 pun busy.

macam aku pun, ada sejenis perangai tah kenapa liat nau nak cuti.
rasa macam busy bebenor.
macamkan kau tu orang penting nau kalau kau tak datang benda tak bergerak.
padahal ok je. takda pun benda ok je.
maybe in a way aku ada sedikit workaholic tanpa sedar. entah. poyo boleh tahan lempang kang. hahaha.

tapi serious tahun ni memang takda aku cuti. ada pun sebab aku MC tak sihat.
macam last year cuti aku burn gitu je sebab aku tak rasa nak cuti.
tapi lately ni kan penat.
since berapa bulan sebelum raya dah busy ngan preparation untuk ramadhan..memang busy.
bawak ke ramadhan. then ke raya.
basically memang takda rehat yang bebetul rehat.
sampai rasa badan aku ni dah rapuh sangat la. ada je sakit itu ini setiap hari.
sampai dah spend untuk urut setiap minggu pun badan still sakit. ngeri la.
tak cukup rehat la aku rasa.
dah lama aku tak tidur sepuas hati n bebetul rehat.

so aku cakap aku nak cuti la bulan ni.
dorang memang laju je setuju.
sebab dorang memang asyik paksa aku cuti ke apa. tapi aku macam tak kuasa.
semua orang dah ada plan cuti itu ini. aku still tak rasa nak cuti.
sampai hujung tahun ni, dorang dah plan bila aku patut cuti. eh ngeri la.
laju dorang tanya aku nak cuti pergi mana?
aku kata takda ke mana. aku just nak cuti n rehat kat rumah. nak betul-betul rehat.
boleh tak cuti nak tidur je sebenarnya.

dorang suruh bawak mama berjalan. dorang kata kan aku cakap nak bawak mama cuti.
a ah kan. betul gak tu.
memang ada plan tapi tak tau bila nak pergi.
ni alang2 cuti ok jugak kan.
terus tanya mama, mama nak tak cuti bla bla bla.
senyum mama n laju je jawab, "nakkkkk".
ok set.

terus aku semalam gigih ngan booking dot com.
dapat tarikh n good deal, tanya mama dulu.
dia ok tak ngan date tu. takut dia ada appointment doktor ke apa.
mama cakap ok dia takda apa date tu.
terus buat booking.

now tak sabar. excited pulak nak bawak dia bercuti.
lama dah dia tak kemana kan.
cuma biasa la..dalam nak bercuti tu..terdetik kesedihan kat hati ni.
how i wish papa pun ada. mesti dia happy.
aku tak sempat nak bagi dia merasa bercuti aku yang bawak. :(

dulu i have all the time in the world. but maybe financially pulak kureng.
now Alhamdulillah ada rezeki lebih, but tu la time lak selalu takda.
i will try my best to spend more time with my family.
selagi ada kudrat, hayat, kesihatan dan rezeki . Insyallah.

ok peeps.
see ya again on my next post.
teruskan berdoa agar kak jah terus rajin update blog.
doakan dan sedekah Al-Fatihah kepada papa jugak yea, Burhanuddin Bin Hj Aliman.



Jenayah siber dan pencerobohan

wooow tajuk ala-ala rancangan "999" kan.
menyirap pulak baca.

ok since ramai daripada korang kata korang tak follow fb aku, so update ni untuk anda ye.
tengok ramai add aku kat fb kan.
masalah pulak aku ni, kalau korang takda mutual friend dengan aku di kalangan yang aku kenal, aku macam tak nak approve...hahaha lempang kang perempuan ni.
sebab tu orang lain dah full friend list. aku punya banyak je lagi ruang kosong.
sebab aku ada sejenis perangai tak sesuka hati approve orang.
kalau pic profile pelik atau nama facebook korang nak konsep misteri pun aku tak suka.
aku takkan approve. tapi aku tak reject.
aku just left u guys hanging. biadap nya perangai kau kak jah.
cas diva mengalahkan celebrity sangat. kah kah.
oh n lagi satu kalau korang lelaki, memang awal-awal aku reject ye. esp bila tak kenal.
kalau kawan sekolah ke apa ke takpa.

sebab aku tak nampak faedahnya nak kawan kat fb.
sebab satu aku tahu tahap jealous laki aku yang ala-ala dia rasa semua lelaki di dunia ini dambakan wife dia yang "lawa" sangat ni... walaupun dia tak pernah pun check pun fb aku ke apa.
but still aku sendiri dah develop rasa tak suka n tak selesa nak accept lelaki2 dalam friendlist aku.
tak perlu create situasi yang tak perlu.
walaupunnnn maybe dia add ikhlas ke apa. still aku tak suka.
so sorry guys. :D

ok sambung cerekarama hari ini.
pagi tadi ada meeting ngan business partners. wooow hebat sangat ni weekend pun meeting.
dasyat kalau tak jutawan gak ni tak tau la. kah kah kah.
tapi aku tak sihat today.
lepas settle meeting n lunch kita orang balik rumah je.
aku just nak rehat.
taknak ke mana-mana.

baik rumah online la.
aku ni kalau keluar jarang check hp.
aku bukan seorang yang dengan hp 24/7. usually aku akan online bila aku dah sampai rumah n rest.
so kalau aku tahap ngeri lambat balas hp harap maklum. aku memang tak check. gituh.

so nway, tetiba ada fb msg dpd seorang yang dalam friendlist aku.
dia kata ada orang guna pic aku.
oh thats a first. aku rasa nak tergelak memula.
sebab berpikir selalu orang curi pic ni sebab nak menyamar...
aku paham, kalau dia curik tu gambar org2 yang lawa-lawa.
masalahnya aku ni tang mana yang menarik yang kau nak curikkkk ni?
sebab tu aku kata, "oh thats a first"...sebab first time ni.
sebab aku memula baca je. tak tengok lagi pics yang budak msg aku ni hantar.
bila tengok i is terus bengang


kemain kau Linda Yana tetiba kan.
tapi bila tengok pic satu lagi ni jadi geram.


cissss. kong ajo sangat buat tawaran agent untuk sesapa yang mencari sugar mummy n sugar daddy.
ohhhh mementang aku ada sikit rupa mak hayam..kau jadikan aku mak hayam betul ye.
agaknya kalau amik pic menyamar untuk menggoda lelaki, harapan tipis. so dia jalankan business.

tapi bengang la gak. sebab dia tinggalkan komen kat group page orang meniaga2 ni.
kat semua gambar dia tinggalkan komen atas ni.
dah la group tu aku tengok ada 800K members ye.
orang sibuk jual iron, periuk, baju ke apa..semua ada komen si linda yana ni.
orang semua sibuk komen PM. dia komen benda atas ni. jilake.

maka aku jalankan operasi report kat fb.
then up kat status aku, so rakan-rakan fb aku pun tolong report profile tu.
thanks u guys.
so within minutes fb dah remove profile tu.

tapi susah hati gak. let say la dia rasa still nak guna pics aku ke apa.
buat profile lain kan.
so laki aku try call no tel tu. kata takda dalam perkhidmatan.
ada dlm fb friend aku kata maybe dia set takleh call. just boleh whatsapp n sms je.
check kat whatsapp memang ada.
n try whatsapp call memang ada. dia tak angkat.
laki aku bertalu2 message dia bla bla itu ini. sampai kena block no laki aku. huhu.
tapi seram gak takut dia nak balas dendam ke apa still nak guna pics aku.

so atas nasihat ramai. aku buat report polis la tadi.
dah la rasa kelakar je. masa polis tu type agent membekalkan sugar mummy n daddy tergelak kita orang.

polis : "ada lagi ye benda-benda ni."

me : "tu la kan. macam kelakar je. tapi kita tak tau. maybe ada orang yang memang nak carik sugar mummy ke sugar daddy ni."

betul la kan. kita tak tau kan.
aku takut apa. kang orang ye-ye berurusan dengan "linda yana" tu siap bagi duit ke apa. tak dapat pun sugar mummy ke daddy...kang aku lak jadi mangsa. eeeiii takut.
pic atas ni macam terpotong separuh kan komen tu?
aku ada baca tadi. tak silap bawah2 tu siap cakap ada bayaran apa tah rm3600...aku pun tak sure apa yang rm3600 tu. but still duit kot.
kang aku tak pasal kena.

haihhhh macam-macam hal la.
terus aku paranoid tengok privacy setting kat fb aku.
walaupun pics sebenarnya nak dapat berlambak. kata blogger kan.
tapi yang pasti pic atas tu adalah dpd fb. aku tau tu.
maka aku tengok privacy memang profile pics aku tak private. and few other pics.
dah la aku try privatekan album tu takleh.
gigih aku bukak youtube tengok cara-cara bagai.
gigih aku set privacy satu-satu pics tu semua. sebab ada certain memang takleh privatekan whole album. kena buat satu-satu. grrrrr.

tapi tu la. walaupun selepas bertahun bersocial media. ni baru la kena.
tapi still kena benda tak elok kan. benda yang berunsur jenayah.
tak kisah la jenayah ke apa. even orang gambar kau untuk unsur menyamar..please take it serious.
sebab walaupun nampak biasa je..kau rasa macam...wooow lawa nau ke aku sampai orang nak menyamar jadi aku...
NO!!!! sila ambil serious.
kalau dah konsep orang tu menipu..takda yang baik bermula dari situ.
memula maybe dia menyamar..nanti dia mainkan hati orang.
dah mainkan hati orang..dia mula menipu dengan amik duit orang ke apa.
tak pun dia meniaga ke apa. kang amik duit orang n tak bagi barang.
orang tu selamat. tapi yang terpampang tu gambar kau ye.
kang kat luar elok kau seronok berjalan, orang terkena tu ternampak kau n buat benda tak elok ke apa.
Nauzubillah.

so in a way bila jadi macam ni. bagus gak la aku mengamalkan konsep tak sesuka hati approve orang kat FB.
biar atleast ada mutual friends baru aku approve.
haaaa korang pun yang ada dalam fb aku. sila jaga perangai.
jangan buat perangai melalut atau buat benda2 macam ni ye.

ok enough pasal masalah aku.
nak sambung cerita lain lak.
kata konsep entry kali ni ala-ala rancangan 999 kan? kah kah kah.
so selesai jenayah siber. meh ke segment seterusnya. ;p

tadi kan aku buat report kat balai polis tu.
sambil tu aku nampak la ada sorang tu buat laporan jugak.
laporan di buat oleh budak umur 14 tahun sambil di temani mak dia.
aku tak dengar la apa butir. sebab by the time aku sampai tu. dah habis report..tinggal dia baca kat pc n nak gerak dah.

tapi sementara aku nak buat report tu.
aku dengan polis ni bersembang kes tu.
sebab aku tengok prosidur lepas report ni dorang kena call pegawai2 untuk cakap pasal report n tanya jenayah ni nak letak under kategori apa.
so masalah jenayah budak ni pulak, membuatkan dorang kena call bermacam pegawai untuk dapat kepastian. sebab dorang macam tak puas hati dengan jawapan pegawai tu. so tak pasal aku leh tau sedikit sebanyak kisahnya. masalahnya aku pun tak puas hati ngan jawapan pegawai dorang.
hahahahha gila kepochi aku ni. miahahahahha.

ni sinopsis kisahnya.
adik umur 14 ni pergi rumah pakcik dia nak kemas rumah pakcik dia.
rumah pakcik dia ni rumah kosong.
aku tak sure adik ni ada sejenis perangai rajin macam laki aku suka mengemas..atau dia di suruh oleh seseorang untuk pergi n kemas.
kisahnya. dia pergi la rumah tu.
then dia terkejut bila sampai rumah pakcik dia tu. ada satu keluarga india duduk kat rumah tu.
sebab setahu dia memang rumah tu kosong.
dia tanya la orang tu siapa. orang tu kata dorang memang dah beli rumah tu.
so budak ni...(aku pun tak sure budak ni atau dia ada call someone suruh datang ke apa sebab dia 14 tahun takkan dia reti kan..sebab kata aku curi2 dengar..so tak clear) tanya kalau betul beli..mana dokumen mengatakan dia beli rumah tu?
so family tu takleh provide pun with any documentation mengatakan dorang beli rumah tu.

kononnya pakcik dia ni..bla bla bla (aku tak dengar apa polis ni cakap kat phone ngan pegawai dia) ada something la..pakcik sakit ke..pakcik pergi mana ke..so dia serahkan kunci kat someone in the family suruh jaga atau tengok2kan rumah.

contoh :

pakcik abu bagi kunci rumah kepada adik dia ahmad suruh tengokkan rumah or jaga.
pakcik ahmad memula ok, then agaknya tak kuasa. pakcik ahmad pulak bagi kunci rumah tu kepada anak dia Leman suruh tengokkan rumah tu.
Leman pulak after awhile tak kuasa jugak..dia bagi kepada jiran pulak kunci tu untuk tengokkan rumah tu.
kiranya kunci rumah tu dah pass kepada pelbagai jenis individu sebelum kunci tu sampai ke tangan family adik umur 14 tahun tu.
ni yang aku faham la. tak sure kunci ni ori atau memang fam adik 14 tahun ni ada set kunci lain.
maybe dalam pada ber pass2 kunci ni..ada orang buat duplicate ke apa. Wallahualam.

masa memula kunci tu pakcik abu bagi adalah 2 tahun lepas. gitu.
yang pastinya dalam selepas 2 tahun. tau tau sekarang tak pasal ada satu family india dengan seronoknya duduk kat rumah tu. yang sepatutnya rumah tu adalah rumah kosong.

........................................................

ok sambung.

so kisahnya tujuan buat report tu nak halau family tu keluar la daripada rumah tu.
pastu lepas dorang dah balik.
tu aku dengar polis2 ni call pegawai2 tanya pasal kes ni.
n pegawai dia kata ni bukan kes pencerobohan.
hahhhhh?
aku pun tak paham kenapa bukan kes pencerobohan. sedangkan family tu tak dapat present documentation mengatakan dorang beli rumah tu.

pastu masa nak balik tu. dalam kereta aku cerita kat laki aku kes ni.
dah memacam lak dia tanya.

him : so macam mana tu? rumah pakcik dia tu kat mana?

me : tak tau la..takda lak dia sebut. tapi budak tu ngan mak dia duduk kat ******* ni.

him : abis pakcik dia kata apa? pakcik dia tu sekarang kat mana?

me : eh u ni...mana la i tau. i dengar je polis tu sembang n call. i cerita kat u apa i dengar je la. takkan la dorang bercakap tu i nak sampuk lak tanya lelebih. kak nam sangat tu.

him : so sekarang macam mana? apa polis nak buat tu?

me : sayang..cerita i habis kat situ je. i tak tau la apa jadi lepas tu. i dah abis buat report i. takkan i nak tunggu semata-mata nak dengar. hahha

him : hahhaha ye tak ye.

oh em geeee laki aku ni. tolong jangan over ye.
hahahha korang pernah kena tak.
korang nak cerita kat orang. cerita kau tu a, b, c dan d. ok habis.
tetiba orang yang dengar tu tanya soalan2 rumit sampai ke e, f, g, h....
woiiiiiii jangan tanya la. dengar je apa aku cerita...jangan tanya i yang tersirat2. i cerita takat tu je.
hahahha. aku #mudahstress

tapi perasaan kak nam dalam diri tadi ada rasa nak nyampuk gak kat polis2 tu.
macam nak cakap, "whattt? kenapa pulak bukan kes ceroboh?". "bengang kot rumah kita tetiba orang boleh duduk sesuka hati,"

tapi aku cuba tenangkan diri sendiri.
aku takut polis tu was-was terhadap aku...
takut dia ingat aku buat laporan palsu. untuk cover diri sendiri di masa akan datang.
sebab dorang akan syak aku memang mak hayam supplier sugar mummy and sugar daddy...kerana tahap kak nam aku mengerikan.
hahahha eiiii takut.

ok la. akak nak buat satu lagi pusingan dryer...pitam dah tengah malam baru buat laundry.
abis tak pasal lak kena pergi balai polis la apa.
fuhh fuhh fuhhh.

selamat malam semua.