Instagram : @peejburhan

buat hal la dia ni

semalam dah pakai baju tidur semua
around 1am kawan Mr B, call..rupanya nak datang rumah.
alaaa kawan rapat yang kita orang selalu lepak malam-malam dulu.
Boy yang pakar aircond aku selalu promo tu ngan Azmi yang baik hati suka menolong kawan-kawan..hahha.

ingat apasal la nak datang tengah pagi.
si boy ni selain pandai aircond..dia pandai masak.
selalu kalau dia cerita apa dia masak. tertelan2 air liur aku laki bini. jilake dia ni.
so semalam dia buat rendang ayam. wife dia request.
agaknya dia tau laki aku penggemar rendang. so dia bawak rendang untuk kita orang.
siap bawak lemang. woooow so sweet kawan-kawan kami ni.
so makan la kami laki bini rendang n lemak tengah pagi. kah kah kah.
tolonglahhhh sedap sangat rendang dia. membuatkan aku rasa aku harus order kat dia ni.
tapi masalah si boy ni...tak kisah la aircond ke apa..dia suka tak reti letak harga.
banyak kali nasihat kau kena charge itu ini..tetap dia gelak je cakap saya tak reti la kak.
sebab tu aku cadangkan berkaitan aircond cari dia..sebab harga dia berpatutan punya.
dia takkan kerat kau...anyway if nak buat apa2 berkaitan aircond or wiring lite-lite leh contact boy - 019-2454360.

ok sambung. aku tanya if aku order rendang ni macam mana nak kira?
dia tak abis2 cakap entah la kak tak tau nak kira. e ehhhh dia ni.
dulu dia pernah bawak masam lemak ayam...fuhhh pun sedap.
tah kena la ngan selera aku yang suka pedas ni.
aku ngan Azmi sibuk cakap...kalau kau rasa kau taknak buat aircond dah..kau boleh meniaga makanan boy.
kau takyah bukak restoran..semua tu kos.
kau buat online je..buat siapa nak order sekian2 kau buat..n hantar ke rumah orang tu.
if orang nak buat majlis kecik2 ke apa kan.
sedappp weyh masakan dia.

ok cukup-cukup la cerita pasal makanan.
aku kalau cerita makanan memang terbawak2 lelebih. hahahaha.
mari ke topik sebenar.
lepas makan sembang.
tetiba laki aku menghilang.
kau boleh. kul 2 pagi tetiba dia cukur kepala dia.
elok seperuh dia cukur..boleh lak tercabut ke apa mesin tu skru hilang.
rambut dia dah menaikkan darah aku rupa. ye la tobek2 ada dah shave ada yang tinggal.
kau nak shave kepala tapi pakai mesin shave yang beli 15 hengget kat orang dtg meja ke meja tu.
agak2 la weyh..mesih tu utk shave janggut.
eiiii urut dada la aku ngan perangai dia.
yang kau kenapa tetiba nak shave kul 2 pagi ni.
atleast if siang. kau pergi la lari kedai mamak ke apa.



aku cakap lantak la biar. esok buat.
hahaha tapi dia sakit hati tengok kepala sendiri.
pastu kau tau dia buat apa? dia amik shaver biasa tu start cukup kepala dia licin.
lama ok dia buat projek dekat toilet tu. aku stressssss.
dia dok cucuk gitu gini.
pastu panggil aku buat belakang kepala dia.
dahhhhh la aku tak retiiiiiii.
pastu bila aku tengok kepala dia. belakang tu dah penuh luka.
ada la 6-7 spot berdarah2. pastu siap certain tu darah terkumpul sampai besar duit 20 sen. takut lahhhhhh!!!

aku sambil nak buat bising la cakap i takuttt....i tak retiiii la.
pastu aku try macam tak pergi je rambut tu.
pastu aku cakap la tumpul. dia kata tu baru punya.
masalahnya tak berjayaaaaa pun.
dah aku lak kena marah kata aku ni semua tak reti...buat slow la apa.
hoiiiiii kau yang tetiba shave kepala kul 2 pagi pastu nak marah aku dah kenapa kan???
pastu Azmi kata dia tolong.
azmi pun alami masalah yang sama..macam tak berapa tajam shaver tu.
n azmi pun kata ngeri..
baru lagi aku kata dia buat sendiri.
abis tu? ingat i tipu la tuuuu...
so azmi guide kat mana ada rambut..so laki aku buat sendiri sampai licin abis rambut dia.
kenapa dia buat berjaya? kita orang buat tak berjaya?
sebab dia ganas gila dia tarik je..sebab tu luka n berdarah2.
eiii gilo dia ni. stresss aku.

ni aku tengok dah macam apa licin tapi luka2 belakang tu.
amik pic tunjuk kat dia baru dia sedar.
pastu cakap..simpan pic ni ja, buat kenangan. eiii kosser aku.
dah la ngeri.

sabar je la urut dada ngan ragam dia ni.
macam masuk fear factor lak rasa dia suruh aku shave semalam ngan keadaan kepala berdarah2 macam tu.
aku kan imaginasi tinggi.
aku terbayang nanti darah dpd kepala semua keluar..otak tak berfungsi howwww?
hahahahhaha

Expose Mistik : Highway

Salam Kak Peej,
Saya baru terjebak dengan expose mistik akak ni. Dah habis baca dah semua post tagged expose mistik. Hihi.
Ok saya ada satu cerita la pasal hantu ni. Bukan terjadi pada saya, tapi kena dekat tunang saya ketika itu (sekarang suami). Kejadian berlaku sekitar bulan Oct 2014.
Pada Ogos 2014 tunang saya dapat tawaran kerja di Johor. So dia berpindah la dari Kl-Johor. Sementara saya tinggal la sorang-sorang di Kl. Jadi setiap minggu tunang saya akan ulang alik dari Johor-Kl nak jumpa saya. Biasanya hari jumaat lepas kerja dia gerak ke Kl, then Ahad malam di balik ke Johor.


Ada satu minggu tu tunang saya gerak dari Kl jam 11 malam. Kebetulan sampai di Senawang ada exciden depan mata dia plak, orang yang kena langgar tu meninggal. Dia berhenti tengok kejap, then teruskan perjalanan. Jadinya sampai dekat area rnr ni dalam pukul 2 pagi macam tu. Masa tu jalan sunyi, yela sebab dah tengah malam kan. Then tiba kat satu tempat ni tunang saya nampak hantu takda kepala duduk atas divider. Tunang saya apa lagi pecut la kot-kot benda tu kejar kan. Dah tak berani dah nak pandang belakang sebab takut la benda tu duduk seat belakang ke apa.
Sampai kat rumah tunang saya tidur then subuhnya baru call saya bagitahu dia dah sampai Johor and cerita semua tu. Sejak dari tu tunang saya memang tak berani dah nak travel malam. Kalau nak gerak balik, dia akan gerak sebelum maghrib.
Sekarang setiap kali lalu kat tempat tu dia akan tunjuk situ la tempat dia kena kacau. Sampai saya dah tahu sangat dah tu tempat dia kena kacau. Hihi. Tu je kak peej. Takda cerita suspen pun. 
TQ

Ariana

12 years of relationship

Korang memang sengaja kan nak bagi aku rasa bersalah.
korang tau aku memang mudah rasa bersalah tu datang dalam diri.
dan-dan kemain ramai nau komen kata tak follow ig n blog.
masih mengharapkan update blog. tumbuk kang.
aku tengok dunia blog ni macam dah krikkk krikkk krikkk je.
sebab tu kak jah ala-ala tak kuasa je now.
maybe jugak bloggers yang sama-sama ngan aku daripada dulu pun takda into blog sangat.
so aku pun rasa..lama-lama elok la kita kuburkan aje blog ni. gitu.

plus macam aku cakap. life aku setiap hari sama je takda yang extra ordinary, so takda apa nak blog pun.
sejak menjadi wanita bekerjaya ni (hahaha puiii) tapi serious ni..sejak kerja ni lagi la aku takda kemana sangat.
most of the days mesti penat. ada off days on weekend rasa nak melepek kat rumah je rasa.
tapi of coz takleh sebab laki aku sejenis tak reti nak duduk diam-diam kat rumah.
mesti nak kena pergi somewhere. walaupun hanya lepak rumah mama.
i is penattttttt..maybe sebab tu tak sihat je selalu. everyday tidur 6 hours je.
rindunya rasa nak tidur ala star fish selama 12 jam. woooowww..tinggi impian tu.

selalu aku tak kemana pun. mesti pergi makan.
kadang bungkus makanan, n bawak pergi rumah mama pulak.
tanya adik beradik semua nak makan apa..bungkus bawak sana.
kau percaya tak kereta aku dah 2 tahun, aku punya mileage tak sampai 20 ribu lagi ye.
kau leh nampak betapa aku tak berapa nak rajin keluar sana sini.
sembang-sembang..kereta orang baru 3 tahun dekat 70 ribu ye mileage. hahahah.
dasyat kau kak jah.
perjalanan kereta aku 3 hala tuju je selalunya.
office which is sekangkang kera je dari rumah.
then ke rumah mama..pun tak jauh mana pun.
then kadang ke kedai kak shidah pun tak jauh mana. kah kah kah.
lain-lain makan area rumah.
woooow so happening your life kak jah. kah kah kah.

entry raya rajin kalau aku buat eh.
al malash nak transfer pic la uolls.
lama tak berkecimpung dalam alam gigih amik pic n transfer semata-mata nak update blog. kah kah.
so untuk hiburkan korang yang kemain ramai tak follow facebook aku katanya...
ni aku share kisah sabtu lepas.



hahha tolong sampai sekarang aku rasa kelakar.
tak sangka mimpi aku dramatic begitu sekali.
aku ni memang kuat mengigau.
daripada zaman dulu. noy tidur ngan aku selalu menyirap je.
aku bercakap sorang2 pandang dinding lidah pendek sampai tunjuk2 dinding la.
noy kejut, terus rasa legaaa..sebab aku mimpi hantu yang sangat menakutkan time tu. kah kah kah.
elly pun selalu cakap, aku tidur suka bercakap...eee sooo not sexy.
laki aku pun kadang berkali kejut aku dari tidur, "oling angunnn..olingg tu pigauuu." (darling bangun, darling tu mengigau)

tapi tak sangka la kali ni sampai aku ketuk kepala dia sekuat hati.
yang kelakar pulak terus dia terjaga cakap, i buat apa??
hahahha mesti dia trauma aku kejut sebab dia buat salah.

syok gak kan. kalau gerammm je ngan dia..buat2 pukul dia..pastu kata mengigau.
eeee teruk perangai. derhaka kau kalau berperangai macam tu.


btw, last sunday 24th july genap kenal dia ni 12 tahun.
daripada aku muda remaja. sampai sekarang dah sakit sendi dah badan sana sini.
sampai kena sound ngan laki, "uuu ni hari-hari adaaaa je sakit u."
terus lepas tu sakit ke apa senyap je tak berani nak merengek atau mengadu. sampai hati mengata kita.
dia tu rambut dah banyak ubannnn i pendam je tau.
hahahah tetiba kait ke banyak uban dah kenapa kan?

12 tahun dah kenal. of coz ada berantakan dulu kejap.
tapi jodoh tu ada. kawin kita orang.
tak tau la berapa lama dapat hidup sama.
selagi ada umur atau jodoh ada la kan.
doa dan harapkan yang terbaik je la. Aaminn.

ok dah..
semoga puas hati dengar bebelan lite-lite dari kak jah untuk hari ni.

xoxo

fuiyoohhh

wah sedar tak sedar dah lama aku meninggalkan dunia blogging.
ada rasa nak bebel2. tapi usually akan end up bebel kat fb je.
dah tak tau nak update apa kat blog ni hah.
sebab mostly yang penting2 semua dah di tebarkan ke instagram dan facebook je.
so kang update sini macam berulang pulak kan.

so mari survey, siapa antara yang baca blog aku ni tak follow instagram atau facebook aku?
so korang memang rasa totally lost tak tau apa-apa pasal aku.
n tertanya-tanya kemana aku menghilang.
sila jawab di petak komen di bawah ye.

adalah keji selepas survey tetiba aku end kan entry ni kan.
so mari la update briefly pasal sekeliling aku.

aku tak sihat start daripada last few days before raya sampai la ke hari raya hari tu.
dia macam kejap sihat kejap tak sihat.
aku start tak sihat sejak 30 june.
aku bebetul sihat 17 julai kot.
lama kan? dekat dua minggu aku demam on n off.
sampai berapa kali la tak masuk kerja.

maybe jugak aku tak sihat sepenuhnya sebab demam baru nak kebah.
aku dah busy ke sana sini.
takda la kemana pun. beraya rumah adik beradik laki aku je.
pastu cuti, berjalan la ke sana sini.
tu yang agaknya malam je sakit balik.

pastu demam dah ok. dah sakit lain lak datang.
sakit pinggang tahap tertinggi pulak.
sakit yang takleh tahan sampai kena bawak baring.
duduk sakit. berjalan sakit. eeiii ngeri sangat la.
maybe sebab batuk teruk sangat sampai memang kadang bila batuk tu dapat rasa macam belakang pinggang ni di rentap-rentap.
so maybe muscle pain kot.
tapi sumpah sakit gilaaaaa.
tu datang on n off la.
tapi serious stress sebab ado je sakit itu ini. hoihh tolonglah dah tua sangat ni macam-macam penyakit.

so boleh agak la kenapa lama den menghilang.
sebab kesihatan tak mengizinkan.
ada pun update kat ig or fb je la.
kesian sangat blog ni dah ala-ala hidup segan mati tak mahu. huhuhu.

so kalau-kalau rasa tak follow ig or fb aku, sila follow situ je la yea.