Instagram : @peejburhan

happy life Alhamdulillah.

I don't have high expectation in life.
i live a simple life.
macam aku pernah cakap sebelum ni. i don't like to put high hopes or any expectation.
aku suka ikut flow.
sebab aku ni seorang yang mudah kecewa. so aku taknak if tak tercapai yang aku nak tu aku kecewa.
so that if dapat apa-apa je dalam life, aku rasa besar hati, bersyukur sangat ke hadrat ilahi.

yes i'm easy to please like that.
sebab tu aku terima apa Allah bagi aku dengan lapang hati.
biarlah orang nak kata suami aku tak handsome ke, tak kaya ke.
tapi bagi aku Allah dah bagi aku seorang yang terbaik untuk aku ni.
aku yang serba kekurangan ni.
dia cukup manis untuk mata aku memandang, dia cukup baik melayan perangai aku, dia cukup rajin tak diterima akal.
takpa dia tak senang pun, maybe Allah salurkan rezeki tu ke aku, untuk kita kongsi sama-sama.

macam tu jugak dari segi lain.
maybe Allah tak bagi aku kurus cantik meletop.
kang cantik meletop, i jadi artis n kawin orang kaya lak..sian my pitom manish tu tau. hahaha.
walaupun aku baru umur 30+ tapi ada penyakit. tapi takpa la..try la kawal mana boleh.
tetap bersyukur sebab Allah masih lagi bagi aku bernafas kat bumi ni.
so untuk kesedaran lite-lite..i cuba la start senam. don't take life for granted katanyer...yo lah.
i try la kawal sikitt makan. sikittt je ye yang kawal.
lebih banyak kepada tak kawal tu.

so konsepnya kak jah sentap 8 kali kalau tiap kali kak jah makan, orang nak kaitkan ngan senam kak jah.
eh sukaaaaaa hati i la!
i bukan masuk pertandingan body mantop semalaysia hujung tahun ni pun yang nak kelam kabut nau dah kenapa?
selagi Allah bagi rasa nikmat untuk makan tu, biarlah i nak makan.
cuma dengan kadar yang sepatutnya la. bukan la melahap ke apa.
sebab aku pernah tengok macam mana orang sakit Allah tarik nikmat takleh makan, so selagi boleh makan tu, tak salah makan.
percayalah badan i je gemuk. tapi i takda la makan pelahap sampai pizza 4, burger 2, nasi tambah 3 pinggan pun. makan sama macam orang lain. cuma timing n maybe sebab malas senam.
so takyah susah hati sangat ok kalau i makan. i tetap makan sama macam dedulu.
cuma like i said, beza sekarang..aku cuba untuk adakan aktiviti bersenam dalam diari hidup.
itu sahaja. harap maklum ye.

macam semalam.
tetiba tak jadi pergi gym. hua hua hua.
sebab my instructor exam la. la la la.

siang tu nampak mama upload pic dia masak.
huiyooo mencengkam jiwa.
aku lama tak makan mama masak. sama ada aku takda masa ke sana.
or time mama masak aku yang tak ke sana.
or aku ke sana, tp hari tu mama tak masak.
so memang dah lama la tak makan.

so tak jadi gym. facetime mama..saje sembang.
sekali tanya la mama..ada lagi tak lauk?
mama kata ada. tapi kawan noy nak makan.
kebawah bibir kak jah kesedihan.
sekali mama cakap, "nak makan ke nak? ikan ada nanti mama tambah ikan. meh la datang."
terun ke telingan senyuman kak jah.
apa lagi. terus i pantas ajak suami ke sana n pecut.
haha terkejut mama kemain pantas kami sampai. dia kata nasi dia tengah masak.
ok takpa..kita tunggu. hahah.



tak ke kau tak keruan tengok mak kau upload pic macam ni?
pitam bangun pitam bangun di buatnya tak keruan tau.
mata otw, kemain eksyen muka MrB tanya mama masak apa..aku cakap ikan masak lemak cili api.
muka tak teruja pun. eleh eksyen.
sekali dia yang tambah 3 pinggan ok. tumbuk kang.
i makan nasi sikit..tapi ikan 2 ketul gak la.
satu ngan nasi..satu ratah.
tolonglah sedap sangat sekali ngan sambal belacan n daun kaduk tu. gulppp.
laki aku layan kuah masak lemak tu sampai hampir kering di buatnya.
super love uolls
seee...happy tummy..happy kak jah. hu hu.
bersyukur Allah masih pinjamkan mama kat kami, bagi lagi kami peluang untuk makan hasil masakan air tangan ibu.
masih lagi bagi peluang untuk kami makan sama-sama satu family kecil ni. Alhamdulillah.

tadi rezeki lagi.
today birthday elly.
wooow perempuan tu cukup teruja dengan birthday. tak menahan aku n filla.
elly memang suka all this details in life.
memula masa tak kenal dia.
aku baca blog dia takleh terima. perempuan ni dah kenapa suka buat lawak gelak sendiri.
pastu puji diri..pastu kuat berangan.
pastu nama blog elly in wonderland. e eh gelebah ingat kau alice in wonderland?
bila kenal baru rasa entry dia semua masuk akal. sebab dia memang agak gila2.
dia memang sorang yang lawak.
yang boleh bagi aku ngan filla gelak sampai terduduk2 atas lantai berguling n menangis.
ni tak tipu ok. ni betul. bukan perumpamaan.
aku ni seorang yang pemalu kalau nak terkentut.
tapi kalau elly buat lawak kadang aku boleh tergelak sampai terkentut..NOOOOOO!

aku n filla ni jenis simple.
tapi elly jenis pengaruh kuat.
dia mesti akan nasihat no cannot like this..cannot like that.
kena macam ni..kena macam tu..
aku n filla akan bantah..then rasa macam...a ah betul gak tu..
ok la..kita orang akan try ubah menjadi lebih details macam dia.

sakan perempuan tu birthday siap amik cuti nak spend ngan suami.
tak menahan aku.
aku ngan filla dah,, e elehhh dia ni....
sebab kita orang tak macam tu kan. hahahha
aku memang sejak kes hari jadi aku laki aku bagi hadiah keris dalam frame.
aku terus rasa, tak perlu la nak di perbesarkan pasal hari jadi ni. i pasrah oling.

tetiba tadi dapat arahan daripada win dalam group whatsapp suruh semua datang lunch sesama sempena birthday wife kesayangan dia. wooow. kemain.
so jumpa sesama la lunch tadi.


lunch dim dum tadi.
risau gak laki i tak makan ke apa.
dia kan tekak melayu.
tapi tadi nampak dia suka je kemain cakap wooow amazing. hahah.
bagus. slow slow dia dah ikut tekak memacam kita orang ni.


wonderland tak wonderland la kan perempuan ni.
kemain dia amik pic birthday dalam restaurant ngan sunglass.
rasa nak tumbuk kan?


us 3 pic bersama masa Ellfie 1 year celebration earlier this month.
aku tak berkesempatan nak update properly lagi.
ni words can describe betapa aku sayang kat akak2 aku ni.
walaupun persahabatan kami baru menjangkau usia 3 tahun je.
terlalu awal untuk panggil sahabat. tapi dorang antara sahabat terbaik jugak la.
sebab tempat luah perasaan, tempat untuk dapatkan nasihat, tempat berangan, tempat mengutuk memasing, tempat ingatkan diri memasing, tempat menangis sesama, tempat bergaduh.
tipu la kalau dalam usia 3 tahun ni berkawan ni, now setahun business sesama ni takda gaduh.
ada je gaduh. bertekak gak la few hours. memasing ada pendapat n kepala memasing.
tapi nanti memasing akan mengalah n terima pendapat memasing.
orang yang sokong n mendoakan persahabatan dan kejayaan kita ramai, tapi ada jugak orang yang sentiasa menunggu untuk kita bergaduh berpecah dan segalanya.
tapi kami sentiasa berdoa moga Allah sentiasa pelihara dan berkati persahabatan kami.
Aamiin.

kau ingat aku tak sedih ke.
tanpa dorang berdua ni, dan tanpa izin Allah, maybe aku takda kat tempat aku sekarang.
masa ucapan kat majlis ellfie 1 year tu, tak sangka i sebak.
sebab aku ingatkan kembali setahun yang lepas kat mana aku.
aku kat rumah, buat business online kecil-kecilan untuk hidup laki bini n bantu family mana mampu.
aku dengan bangun tengahari, pakai baju tidur buat kerja.
tapi sekarang, Alhamdulillah aku dah ada Ellfie dan Fame hasil perkongsian dengan Filla n Elly, dengan Izin Allah S.W.T.
siapalah aku ni. dorang consider jadikan aku business partner sedangkan aku takda apa-apa.
setakat pengalaman aku biasa jual online n buat postage.
tolonglah berlambak ye orang luar tu boleh buat.
sampai ada orang pernah pertikaikan kenapa dorang pilih aku sebagai business partner.
pernah orang cakap, "untunglah Peej kan korang amik dia"
terpulanglah nak cakap apa. cuma satu..anggaplah semua ni Allah yang gerakkan mereka untuk amik aku sebagai business partner.

balik ke 5 tahun yang lepas.
lagi la aku takda buat apa pun.
aku sibuk jaga parents aku yang sakit. aku tak kerja.
aku just kerja jaga uruskan rumah, masak semua untuk family.
harap duit blogging je masuk tiap bulan untuk beli apa-apa keperluan.
lain-lain entertainment semua noy belanja. kadang lepak jonet belanja.
apa je tak kena kutuk, jobless la..unemployed la.
apa yang orang susah hati tah. macamkan mintak duit dia je.
tetiba hari tu sembang ngan mama dia sebak cakap, "mama ingat lagi orang kutuk pija unemployed la, jobless la. Ketentuan Allah kita tak tau kan nak, sekarang pija dah ada company sendiri..dah boleh employ pekerja lagi. Alhamdulillah."

*     *     *     *     *
e eh as usual aku ni nowadays update blog mesti half way je sempat. pastu akan busy n terpaksa abaikan. so now ada masa sikit lets sambung.... ;p

*     *     *     *     *

i sayang semua kawan-kawan i.
macam sekarang most of the time memang selalu dengan elly n filla la.
24/7 menceceh je mulut masing2 dalam whatsapp. kalau jumpa pun sama.
ada je la nak sembang.

nanti duduk2. rindu kat kawan-kawan lain.
mula la sebak je rasa.
kawan bbgs pun lama gila tak lepak sesama.
tapi sentiasa rajin bergossip dekat whatsapp.
pun tengah plan nak lepak.
tapi tau la sekarang ni kemain payah nak lepak.
ada je memasing hal itu ini.

satu lagi yang lama tak sembang ialah geng mrsm.
kadang duduk tu sebak je rasa.
rasa rinduuuunya sangat kat semua orang.
dulu selalu je lepak.
now semua busy.
ice n huda dah ada 2 anak kecik. sorang toddler, sorang baby. leceh kot nak lepak lewat.
jonet buat study sebab nak jadi specialist now.
aku ngan hal aku. busy gak selalu on weekend. tak kerja, ada event la, booth...
walaupun memasing busy tapi sekali sekala jumpa tu memacam je cerita keluar. seronok.

hari tu tetiba berbunyi lak whatsapp group tu.
kemain kata nak celebrate birthday aku.
elehhh tak yah nak mengada sangat la weyh.
dah tua-tua ni xyah nak over sangat la. tu aku la.
sebab aku memang tak kuasa dah. hahaha. i segan ok. hahaha.
tapi nak lepak tu i suka je. lama sangat ni tak lepak reramai ni.
so bermulalah memasing dok tanya bila free..bila nak jumpa.
tetiba lain lak jadi.


hahahha. ice tengah sembang ngan huda bersayang2.
tetiba jonet ingat i panggil dia sayang.
tetiba aku lak saja je nak panggil ice sayang.
huda sentaps. hahahhaa.
sebab konon aku kan ada kenangan ngan ice so takleh.
bodoh sangat tau.
tapi lawak la bila ingat balik.
asal keluar lagu aku cinta padamu siti nurhaliza tu mesti kena bahan je.


tapi serious weyhhhh....kalau la zaman aku membesar dulu ada internet ni.
aku yakin video aku pun viral.
mesti aku ada buat banyak benda bodoh.
nasib la zaman aku dulu hanya zaman tulis surat n rakam kaset je tuju lagu n ucapan.
hua hua hua.
tu pun if ingat balik rasa nak tikam diri sendiri.
terima kasih Tuhan kerana menyelamatkan aku dari segala kengerian itu.

rindu sangat la kat semua orang.
so glad Allah temukan aku ngan orang-orang yang baik.
kawan-kawan yang baik dan memahami.
tak perlu nak bodek, nak perhatian 24/7, bukan kaki sentap, bukan kaki tikam belakang ke apa.
semua jenis memahami. kau tak sembang or jumpa setahun pun...relax je. memasing paham memasing busy n ada life memasing semua.
semoga Allah terus pelihara kesemua persahabatan kami.

happy jugak Allah bagi family yang bahagia, yang function normally.
happy sangat Allah kurniakan aku ipar duai yang sporting n happening. aku sayang dorang macam aku sayang family aku sendiri.
happy Allah limpahkan rezekinya kepada aku, so that aku boleh tolong family-family aku takat mana mampu.
So far aku happy. soal anak so far aku takda rasa apa sangat la.
walaupun usia perkahwinan kita orang hampir 4 tahun dah.
aku rasa happy je, Insyallah nanti kami usahakan sesuatu. Kalau memang ketentuan Allah aku dan suami takda zuriat sendiri..maybe we will consider adopting ke.
cuma buat masa ni i belum nak pikir.
takpa go with the flow.
aku yakin, Allah perancang yang terbaik. kan kan kan.

ok la uolls.
i nak buat kerja la.
muntah sangat ni hadap entry ni masuk 2 hari dah.
asyik tertangguh.
sambung pagi tadi..stop..sambung tengahari..ni nak petang baru habis.
ngeri kan tahap tak tegar kak jah ni.

ok pipol..
bersiaran lagi next week.
esok i dah takda dah pergi ke sungai petani.
nanti kita jumpa sana yea.
wooow best i nak makan laksa utara tiap hari. hua hua hua.



busy weekend

hola holi..

weekend korang macam mana?
weekend iolls busy.
bukan busy apa pun. busy ngan membuat laundry.
nasib bila bangun ahad tu demam kebah.
pelik sehari je demam. demam urat kot senam lebih. hahaha. gelabah betul.

bangun je siap mandi apa semua.
then keluar pergi lunch.
then terus buat laundry.
pitam bertimbun baju.
nak basuh kat rumah confirm tak muat nak jemur semua sekali.
nak basuh rumah then keringkan kat laundry nanti lama lak nak siapkan 2 load.
so mari kita buat self service je la.

tu pun sebab MrB dah bagi hint kata spender dah takda. hahah.
tapi nipu aku check ada je. tumbuk kang.
sampai sana sekali laundry ni perli i la.


laundry today or naked tomorrow katanya.
so bawak sana n masuk 2 washing machine.
elok berjalan ada sorang perempuan philippines ni pun buat laundry pakai 2 machine.
then kita orang tunggu je sampai siap.
nak siap nampak satu tu ok.
satu lagi tu spin tapi apesal buih penuh gila ni. gila ke apa.

then baru perasan. aku rasa perempuan tu pergi masukkan sabun kat mesin kita orang. grrrr.
sebab lepas dia masuk tu. perasaan dia pergi sekali lagi n masukkan lagi sabun. tapi kat machine dia pulak.
whatttt? dia salah ke apa?
memula nak salahkan laki sendiri. sebab mesin tu dia yang buat.
tapi dah berkali buat takkan la laki aku sengal lak.
tak pasal kena basuh all over again sebab gila apa dah siap tapi bersabun bagai nak gila.
yang laki aku leh cakap, takleh ke kita keringkan je.
e eh sesuka hati je tau.

so lama la kat laundry tu.
dah la tengok drama pasangan bercinta tergedik-gedik kat situ.
berbulu je aku laki bini tengok.

then settle laundry ke rumah mama.
saje lepak sembang. tapi tak lama pastu boleh dorang semua tidur.
buhsan je kami laki bini.
layan tengok cerita je la kat tv.

tapi before maghrib dah gerak.
sebab banyak baju nak kena hadap lipat.

so balik tu. singgah beli satay jap.
balik makan sama-sama.
terus hadap baju lipat sambil layan movie.
punya banyak baju sampai sempat la layan 2 movie.

semalam aku layan cerita back track.
cerita agak slow. tapi best cerita dia.
ingat cerita psycho.
rupanya cerita hantu gak la.
terkejut2 aku di buatnya.
tapi ok la ceritanya, takda la tengok rasa tak puas hati ke apa.

then lepas tu aku layan cerita the dressmaker pulak.
pun best la cerita dia.
halfway sedih gila cerita dia.
tapi ending puas hati i loike.

tapi tak tau la kalau korang tengok rasa tak suka ke apa.
maybe taste lain-lain.
tapi aku suka je heavy drama ni.

semalam susah lak tidur.
lama terkebil-kebil aku tak tau nak buat apa.
pastu tengok laki tidur. sian lak tengok.
walaupun kadang kalau gaduh tu nyampah rasa nak tumbuk muka dia.

dia susah hati ni. sebab kak jah nak tinggalkan dia pergi kedah ni.
sian dia nak ikut i tak bagi.
sibukkk je. duduk je la rumah jagakan kucing2 tu. hihihi.
ye la plus pergi lama kan. takkan dia nak amik cuti lama2.
takyah la.





so orang utara yang free weekend ni jom la ramai-ramai turun Sg. Petani, Kedah.
kita orang akan bukak booth di Village Mall pada 26-28 Feb 2016.
wah excited ni. kali ni ke utara pulak.
walaupun badan penat ni.
tapi best je kalau pergi ni. sekali sekala berjalan tempat tak pernah pergi :D

so jumpa sana yea nanti.
excited la pulak.
tapi dalam pada tu sedih la gak.
berjauhan ngan suami. eceeehhh dia punya tahap poyo tu kan.
nak buat macam mana. laki aku ni kuat berkepit. mana aku pergi semua nak ikut.
kadang rimas gak, rasa macam, i need my alone time..i need time to go out with my girlfriends.
tapi tu la. tapi ni bila dapat alone time berjauhan. rasa debar2 lak. huhuhu.

eh ok la. nak buat kerja.
ta-ta

walau demam, tapi tetap berselero.




Alhamdulillah rezeki.
dapat jugak makan siakap stim limau tadi :D
janji sedap, hadap satu lauk je pun ok je.
Mr B pulak lauk dia, udang tepung, telur bungkus and daging kicap.

lepas makan terus balik.
sebab aku memang tak sedap badan la.
rupanya sebab aku demam.
patut la rasa semacam daripada siang tadi.

aku ni kalau demam mesti merengek lebih.
bukan aku je. in fact family aku semua macam tu.
so tadi dalam kereta on the way nak balik aku dok merengek macam nangis tu.
tak sedar agaknya kuat kot.
bukak mata pandang Mr B, dia tengah pandang aku tercengang.

me : ite tu mengada yea?

him : tak la. oling tu ponje tangot (manja sangat)

me : i kecik2 dulu kalau demam mesti i akan merengek kuat-kuat. tau-tau nanti papa masuk bilik. dia dukung bawak tidur bilik dia. kat comforter hujung katil. pastu ada baldi kat tepi if nak muntah. pastu mama sapu badan dengan kain basah tu. letak kat dahi ni.

him : manja la tu?

me : haaaaa...kalau dapat tidur bilik papa n mama mesti suka. tapi dapat tidur kalau sakit je.

balik tadi terus makan ubat.
tepek koyok kat memana yang sengal tu.
then pakai cool fever kat kepala.

then mula la resah gelisah merengek sana sini.
tau-tau nangis je.
sebab rindunya kat papa. :(
macam tak percaya la dia dah takda.
so sad.

family aku semua kalau tak sihat macam tu.
bukan time kecik je yea. sampai memasing dah tua ni pun kalau sakit mesti manja kemain semua.
semua kaki merengek n meracau sana sini.
pastu kalau demam je, mesti nanti mama buatkan bubur nasi.
fuhhh demam2 pun terasa kesedapan tu.
bubur nasi letak kentang, carrrot n ayam je pun. pastu makan ngan kicap. pergghhh...
cissss aku ni patut la takkan kurus.
time demam pun cerita pasal makanan penuh perasaan. hahaha.

ok la. doakan i sihat yea.
sebab minggu depan nak travel ni.
tak best la travel badan tak sihat ni.

ok mari tidur.
moga badan kebah by the time bangun esok.


tiba-tiba sangat ni

hari ni takda apa sangat.
as usual tengah bulan relax sikit la kerjanya.
lunch tadi makan sushi yummmm.
hahha takleh terima elly, belum apa-apa aku dah plan nak makan apa lunch.

zaman aku budak dulu lagi la.
tengah makan ni, boleh aku plan esok nak makan apa pulak.
stress je mama n papa, sebab otak aku dok menyusun je nak makan apa next.
ngeri sangat perangai.

balik tadi lepak minum jap kat mamak sebelum bergerak balik rumah.
then nak balik tu aku pergi kat kereta.
bukak2 pintu takleh.
kereta aku jenis yang kunci takyah keluar daripada bag ni.
kau pegang handle pintu kereta nanti dia akan unlock.
tapi tadi jenuh buat takleh.
what the hell.

aku keluarkan kunci. still takleh gak.
selalu kadang memang tak detact sebab access card office dalam handbag gak.
kadang aku perasan kalau in between kereta n kunci kereta tu ada access card tu dia takleh bukak.
tak tau la kalau perasaan aku je ke apa.
then aku keluarkan remote tu. unlock pun still takleh. eh what the hell.
kunci baru kot.
baru je pakai kunci yang ni sebab yang satu lagi punya battery dah low hujung tahun lepas.
e eh. kenapa takleh bukak ni?

aku keluarkan kunci. nak la bukak manually.
tapi seram lak, buatnya kang pakai kunci tetiba alarm bunyi n takleh tutup kang.
selama pakai kereta tak pernah pakai kunci manually bukak pintu.
simpan balik kunci n try lagi. still takleh.
then aku pandang la kereta.
e eh. asal lain macam ni?
sejak bila kereta aku ada spoiler kat belakang ni.
sekali tengok rupanya bukan kereta aku la...
hahahhaha kereta aku selang 2 buah ngan kereta ni.
O.M.G. hahahha
nasib owner tu tak nampak ke apa.
aku bagi tau kat laki aku n radie time tu ada situ.
radie kong ajo dok jerit, "pencuriiii...pencuriiii.."
nasib takda orang ramai sangat area tu.
maluuuuuu.. *sambil lari2 tangan terhoyong hayang kat atas.*

[ok atas ni di type pada khamis lepas 11/2 ye. today 20/2 baru aku ada masa free sikit so mari sambung]

tolonglah ngeri sangat tahap takda masa aku sekarang.
nway balik daripada kerja tu.
tau-tau aku tertidur je petang tu.
tau-tau noy call tanya aku kat mana?
aku kata la kat rumah. dia kata suami dia nak pergi gym, so dia nak lepak rumah aku.
aku cakap la boleh je.
tetiba dia cakap, "ke kau nak pergi gym?"
tetiba aku jawab, ok jumpa kat gym la.

oh em geeeee.
noy kata dia terkejut bila aku cakap nak pergi gym.
jangan cakap dia. aku sendiri pun terkejut.
aku syak masa aku cakap jumpa kat gym tu. aku sebenarnya mamai lagi la. hahhaha
sebab tolonglah arif tu dah ajak aku pergi gym sekian lama ok. aku adaaaaa je alasan.
mostly sebab malas la kan.
aku pun tak pasti kenapa tetiba aku nak pergi. heheh.

so apa lagi.
terus siap.
terus korek laci n cari seluar sukan n carik kasut sukan yang aku pergi 2 tahun lepas tapi pakainya tak sampai 2 bulan pun. muahahahah.
terkejut badan kak jah selama beberapa tahun menternak lemak.
tetiba bersukan ok.
tapi start slow la.
aku ni berpenyakit, taknak aku hardcore ke apa. ikut pace n keselesaan aku. :)



tetiba laki aku pun nak join gak.
dia kau tau la. mana nak lepaskan bini dia.
asyik nak berkepittttttt je.
tapi elok gak dia ada.
sebab kak jah rambang2 n terbuntang2 mata tengok anak-anak ikan sado di sana sini.
saje je bagi rate jantung iolls bertambah laju tau dorang ni.
tau la workout tu panas n peluh2.
tapi jangan la tetiba bukak2 baju pulak kat situ.
i asyik nak tersengih ok.
terus cecepat tekup muka ngan tuala coverline lap peluh. hahahah

aku takda la push diri ke apa. n aku pun tak suka orang push aku
aku pun takda target apa2.aku takda target aku harus kurus dalam masa sekian2.
sebab in the first place aku sukan ni sebab aku nak keluar peluh n turunkan sikit je badan aku.
itu pun sebab dah naik sangat badan ni, terasa mengah je berjalan tu. ngeri ok.
n doktor asyik la bebel suruh i sukan lite2 janji keluar peluh katanya.
lepas ni ada appointment doktor dorang tanya i bersenam ke tak? boleh i Z snaps depan muka dia cakap..."yeahhh..like totalllyyy..." wooow tetiba terspeaking. hahaha.

ok la tempat dekat ngan rumah. so malas tu kurang la.
aku kalau jauh-jauh ni. percentage untuk malas tu lagi tinggi.
tapi tau la gym, tak ramai perempuan.
semua lelaki. so if noy takda. aku pun sama tumpang sekaki tak pergi la.
segan aih.
walaupun aku yakin anak2 ikan tu tak teringin pun usha kak jah. hahah.
satu lagi ada geng ni best sikit la buat routine kan.

aku takda buat apa sangat pun.
setakat naik basikal n lari je sikit2.
eh takda la lari pun. macam brisk walk je.
walaupun arif tu gila suka2 nak suruh aku laju2 la apa.
aku taknak. aku turunkan balik speed.
dia naikkan balik, aku turunkan balik. hahaha.
taknak la. aku tau la tahap aku.
kalau jantung aku dah laju tahap terkeluar daripada badan..baik aku slow2 balik.
kang ada tak pasal mati keras situ.
kita sendiri je tau tahap jauh mana kita boleh pergi kan.
i dont wanna push my self.
n like i said. aku takda target nak kurus dalam masa sekian2 ke apa.
eh suka hati aku laaaaaa. gituh konsepnya.

:: see. hebat sangat kasut dua tahun lepas tapi rupa macam baru beli minggu lepas. nampak nau tak bersenam. hahaha ::

aku tau ramai teruja aku senam ni.
macam-macam la kata-kata nasihat.
kadang aku upload pic makan mula la keluar ayat itu ini.
kena lari lebih la nak bakar lemak la apa.
ehhhh siapa ada heran? kata aku pun dah bela lemak2 ni lama.
siapa kata bila masuk lemak baru aku stress lalu secepat mungkin nak get rid of it.
like i said, if ada turun berat badan. bagus la.
tapi if kata la macam takda perubahan ke apa, cukup la aku rasa ok sebab setiap minggu ada jugak la aku senam n keluar peluh.
selama ni tak yea.



ni peneman setia. gigih dia lak lelebih.
pastu poyo sikit2 tengok lengan sendiri. hahhaa
pastu nanti dia kutuk2 budak2 sana suka bukak baju tunjuk body masa sembang ngan ayol

me : dah memang budak tu panas or body dia lawa pun. biar la dia.
cuba u? tah2 u pun kalau body lawa poyo nak bukak-bukak baju time work out.

him : haipppp...kalau badan i lawa takdanya i nak bukak-bukak baju kat situ. i terus tak pakai baju daripada rumah.

hahahha tak suka.
kalau macam tu memang time tu jugak aku sepak.
kau dah kenapa?

lately ni badan tak best la.
sakit2 sebab bersukan tu biasa la.
tapi tah kenapa perut tak berapa best. rasa angin je.
semua benda makan rasa angin.
tak pun kadang rasa mual n nak muntah aje.
pelik i kenapa.
tak sure why kata aku skip makan ke apa takda pulak.
cuma kadang la pergi gym tu buatkan tak dinner.
sebab balik terus penat balik tido.

memang busy la sekarang.
siang kerja. n i kalau kerja i bebetul kerja ok.
ingat aku rajin nak online ke apa.
dulu lain la. dulu memang duduk rumah je uolls.
memang boleh sentiasa mengadap internet je.

balik kerja rehat kejap.
kadang terus pergi kedai kak shidah sebab laki aku nak layan ketagihan dia.
then malam pergi gym pulak.
kadang lepas gym balik. kadang pergi lepak minum or makan dulu.
by the time sampai dah 11pm macam tu.
balik mandi. sebab badan letih memang awal la tidur.
then esok pepagi bangun balik pergi kerja.

sometime weekend pun kerja.
weekend depan ni kita orang ada exhibiton pulak kat kedah.
so akan ke kedah selama 5 hari.
pitam tak tahap busy i?

ni now dah jarang ke rumah mama sebab penat kan or malam gym.
kalau ada hari tak pergi baru la aku ke sana.
ni i tak makan lagi ni.
kelaparan la pulak. tapi takleh pikir nak makan apa la.
hmmmm...dapat siakap stim best gak kan?
masam2 tu hirup.
aku ni tengah rasa tak sedap mual n nak muntah sebab angin ni kot.
takleh pikir la nak makan apa.

ok la.
senang kita berjumpa lagi di blog bersawang tahap rumah tinggal ni yea. :D

Expose Mistik : kisah family

Assalamualaikum kak peej. Ni kisah family saya yg pernah nmpk mcm2. Agak scary bagi saya.

Kisah 1

Tahun lpas kalau tak silap saya. Family pegi ambik kakak saya no 3 dekat kelantan. Dia sekolah kat sana. So bertolak la family dari perak ambik dia kat sekolah tu. Time tu cuti akhir tahun so mmg bnyk la barang. Saya dan adik laki saya tak ikot. Yg lain semua ikot. Kitorang pegi rombongan ke bukit merah. Family saya pegi ke kelantan ikot gerik. So paham2 jelah dia punye kawasan kat banjaran titiwangsa tu mana. Mmg sunyi giler. 

Time kejadian tu family otw balik. Baru pukul 8 lebih. Dah sunyi dah pon. Dalam perjalanan tu mak saya pndang ke luar. Then dpan kete dorang ade la sorang pakcik tu naik moto. Moto kapcai la. Org tu pakai topi yg jenis ada kain kat blakang tu. Ala yg selalu org pi besawah pkai tu. Kan ada kain kat blakang dia. Mak saya pndang la org tu. Bile ayah saya potong org tu mak saya still usya lagi. 

Bile lalu sebelah org tu baru perasan org tu takde kepala. Mak saya pndang depan terus. Pastu pndang lagi sekali nk confirmkan betul ke apa yg dia nmpk tu. And baru perasan kain kat topi tu tak bergerak pon. Kan kalau naik moto mesti kain tu terbuai kan kene angin  tpi ni tak. Static je tak gerak2. Time tu ayah saya pasang lagu puteri bunian. Hambekkk kenampakan terus. Mak saya diam je. Takde cerita pape. Dah lama tu baru opah saya ckp. "Ade pulak org naik moto malam2 mcm ni kat gunung.Tpi takde pulak nmpk kampung ape pon". 

Time tu baru mak saya cite. Semua dah meremang. Ayah terus ttup radio. Kakak saya yg dduk kat seat belakang dah gelak2 takut. Takmau duduk kat blakang. nak jugak duduk kat depan walaupon dah sempit dgan opah saya dgan kakak saya lagi dua org.

Kisah 2

Ini kisah kakak saya yg no 2. Dia ni kalau nk dkatakan mmg selalu la kene kacau. Sekolah dia dekat taiping. Asrama dia atas gunung. Kalau sebut nama sekolah ni mesti org tau punye. Begini ceritanya. Kakak saya baru lpas abih prep. Time tu dia sorang je. Yg lain semua dah tido. Mmg penat sgat la time tu sbb dah lewat sgat kan. So naik la dia ke dorm dia. Masuk2 bilik mmg terus baring atas katil. Kakak saya ada teddy bear and teddy bear dia tu agak besar la.

Dia naik atas katil and terus peluk teddy bear dia. Nak tau tak apa jadi lpas tu? Teddy bear tu peluk dia balik. Peluk yg agak kuat la. Akak saya terkejut and terus tolak teddy bear dia. Dia nmpk yg teddy bear tu ada gigi taring and mata dia sangat merah. Merah menyala pulak tu. Dia terus lari keluar bilik and terus pegi ke bilik kakak angkat dia. Dia ketuk pintu bilik kakak angkat dia sambil nangis2. Takut kemain lagi. Pastu kakak angkat dia bukak pintu and akak saya terus peluk dia sambil cite nangis2. Kakak angkat dia ckp tula lain kali jgan beli bende2 mcm tu. Diorang tido sama2 malam tu. 

Lepas kejadian tu mak saya suruh kakak2 saya buang teddy bear yg ada dlam rumah. Dari yang no 1 sampai la no 3 kene buang teddy bear diorang. Saya takde sebab takde beli teddy bear pon. Tak minat. Even pon teddy bear tu super duper comel pon saya takkan beli. Lagipon saya trauma dgan mana2 patung sejak tgok cerita chucky tu. Dari kecik trauma sampai la sekarang. Hahahahaha.

Kisah 3

Kisah ni terjadi masa saya pegi perkhemahan pengakap masa tahun 6. Saya pegi dgan membe saya lagi 3 orang. So berempat la kami pegi perkhemahan tu. Empat empat pompuan. Budak laki takde sebab dorang dah selalu pegi so bagi chance la kat kitorang. Dekat perkhemahan tu kitorang la yg pling senior la. Sebab takde pon budak tahun 6 yg lain. Kitorang je yg tahun 6. Perkhemahan tu dekat sekolah lain. 3 hari 2 malam.

Ada sekali tu kitorang kene halau time makan. Sebab ada sorang budak dari sekolah lain nk makan kat khemah. Abang tu tak kasi. Dia punya marah sampai suruh kitorang semua yg ada kat kantin tu buang makanan yg kitorang pegang tu and pegi balik kat padang. Byangkan, kiktorang makan tak sampai bape suap terus kene buang. Mmg bengang tak terkata la kan. Lapar giler kot. Bila abg yg lagi sorang tu tanye dia buat muka tak besalah je. 

Back to the story. Malam first kitorang tido mmg nyenyak la bagi saya. Panas semua tu tak terkesan pon kat tido saya. Hahahaha. Malam tu ada sorang membe saya nak pi toilet. Dia kejut la ktorang. Mmg sebelum tu kitorang janji yg kalau ada sape2 nk pi toilet kejut semua org. Pegi sama2. Jgan tggal sape2 kat khemah. Tpi saya tak pi pon sbb saya tk terjaga. Hahahaha. Jenuh la membe2 saya kejut saya dari tido nk pi tandas. Last2 dorang tggal saya dalam khemah sorang2. 

Sampai kat bilik air tu ada sorang abg yg baik hati dgan kitorang dtg dkat depe. Teman dorang tpi just dduk kat luar jelah. Masuk2 bilik air tu terus je membe saya tadi tu masuk toilet. Yg lain tggu kat luar. Time membe saya tu buang hajat dia pandang lantai. Kan kalau lantai toilet basah boleh nmpk reflection. Dia pndang lantai tu then dia nmpk ada kepala org atas dia. Dia pon terus ttup mata and cuci tgan then terus keluar. Dia terus ajak membe saya blah. Abg yg teman depe takde la syak pape. 

Malam yg sama saya terjaga dari tido. Rasa tak sedap bdan. Bukak zip khemah terus muntah. Malam tu jugak saya demam. Esoknya dorang sume marah saya sbb saya tak terjaga. Dorang cite kat saya dlam keadaan marah la. Saya hanya mampu gelak je. Yg saya peliknya knpa saya yg demam. Padahal membe saya yg lain relek je takde ape. Agaknye time dorang pi tandas ade yg dtg jenguk saya kot. Dlam mimpi ke kot kan. Hahahaha. Malam second tu ayah saya dtg bwak saya balik. Demam punye pasal.

Ok tu je nk share. Ada lagi senanye tapi malas nk taip. Hahaha. 

-amy-

aduhhh sakitnya tuh di sini.

Assalamualaikum semua,

bersiaran kita di malam jemaat. :)
sorry la tahap busy sangat sampai lupa up expose mistik.
tak sangka tahap busy sampai tak sempat apa.

percaya tak aku cakap aku baru sampai rumah pukul 12.05 tengah malam tadi ni hah.
helppp tolong penatttttt.
sampai rumah bersihkan make up.
sempat mandi.
ni baru dapat rehatkan badan dekat tilam ni.
indahnya rasa.

macam korang tau in my last entry.
kita orang buat promo 3 hari sempena ulang tahun Ellfie yang pertama.
sungguh tak sangka sambutan sangatttt-sangattttttt menggalakkan.
sampai tak sempat apa la.
masuk office sampai la balik..sambung OT siapkan kerja baru dapat balik.




promo simple je.
discount n dapat free item.
Alhamdulillah order non stop.

memang pewai la kita orang 2-3 hari ni.
memang ikutkan kita orang tak handle dah postage.
tapi sebab order terlalu banyak. so semua kerja keras.
so aku tolong type segala order.
elly tolong siapkan parcel.
fuhhhh. pitam tiap hari kul 6 - 7pm baru siap settle.
tu pun mampu buat order yang pukul 12pm ke atas je.
walaupun ikutkan kena post order yang 2pm ke atas.
sebab tak terhandle.




Alhamdulillah everyday order bertingkek-tingkek.
tadi punya dorang amik pic. tapi memasing kepenatan langsung tak upload. so tak dapat aku cilok. hahaha.

tengahari pun makan lewat.
pekerja lagi kesian. sampai tak turun makan la.
so kita orang bungkuskan aje.



petang tadi sampai lepas kerja, filla datang office sini turun padang tolong.
pun tak abis lagi order.
aku surrender daripada type order pukul 4pm, sebab kena start tolong pack barang.
lain kita sambung esok ye. harap faham semua.
hp business aku sendiri aku tak sempat check.
aku tengok banyak whatsapp masuk. sorry korang, kak jah busy tak tengok phone pun.
ni pun tak check sebab penat sangat otak nak berpikir pun.

then tadi settle kerja pukul 7pm.
menggelupur memasing lapar.
so makan sate kejap.
lepas maghrib terus elly n filla teman iolls beli belah.

sebab kita orang buat makan-makan sikit majlis sempena setahun ellfie.
makan-makan dengan agent2, n family..n etc.
so semangat filla n elly suruh kita shopping.
tak puas hati bila iolls cakap iolls nak simple2 je.
eeeiii suka paksa-paksa tau.
aku nak keluar memang la takda masa.

so tadi ke festival city je. nasib sebelah opis je. :D
nasib la jumpa baju size luar biasa iolls ni.
ok la janji ada. tak meletop belakang kira.
biarlah kak elly n kak pilla je meletop.
iolls simple2 je kan? hahahha
tapi dorang kata aku bukan leh percaya..suka konon simple.
tapi nanti paling over. hahahah. takdonyo.
kali ni takda. i penat.

settle shopping minum-minum kopi lak.
konon nak "coffee-coffee".
hahah tapi memasing kepenatan. so kita kopi o kat kedai mamak je dah la.
pastu sambil sembang memasing muka sengal n mata merah je.
kepenatan.
so dalam 9.45pm tu gerak la.

balik ingat nak rehat la kan.
tak yeeee! laki aku ajak pergi kedai kak shidaaaaa!!!
aaaa helppp.
aku dah tahap rasa melayang je badan sebab kepenatan.
tapi dia nak makan, kakak dia masak lemak jering.
so ke sana la.
selalu aku kaki makan.
tapi sebab penat sangat makan pun tak larat n tak lalu.

pastu ada lak kakak2 dia situ.
ambillll..sampai kul 11.45pm dorang sembang.
tu yang 12 lebih baru sampai ni. fuhhhhhh.
tapi dia janji dia nak karate n urut2 badan i ni.
tapi krikkk krikkk krikkkk..takda puin.
elok dia layan tengok youtube tu. heheheh.

tadi elly hantar pic.
dia kata kul 11pm pun order masuk non stop.
semua nak dapatkan promo setahun Ellfie ni.
Alhamdulillah syukur atas rezekiMu Ya Allah.


ok la pipol.
i nak tidur la.
long day tomorrow.
nite.

Ulangtahun Setahun Ellfie

Sedar tak sedar setahun Ellfie kan.
Kejap je masa berlalu.
Setahun sebelum ni aku bekerja sendiri je kat rumah.
Then sama-sama buat Ellfie n berpangkal kat rumah aku.
Alhamdulillah selepas 3 bulan beroperasi kat rumah aku, kita orang decide untuk pindah ke office.
Now tak pasal bertukar kehidupan kak jah, daripada geng burung hantu, menjadi geng manusia normal yang bangun pagi..pergi office bagai.
wooow totally berubah. heheh.

Bermula dengan kami buat bertiga je.
now kami dah ada ramai agent di seluruh Malaysia. Alhamdulillah.

Oleh itu sempena ulangtahun setahun Ellfie, kami pihak Ellfie akan buat Promosi selama 3 hari.
Dari 2 sehingga 4 Febuari 2016
So rebut peluang ni untuk dapatkan Promo Ulangtahun Ellfie ni.

Berikut adalah Promo yang di tawarkan.


Set Ellfie Essence RM100 (NP : RM120)

dan dapatkan PERCUMA Cleanser atau Toner 30ml (pilih salah satu)



Ellfie Gold Serum RM110 (NP : RM130)

PERCUMA Cleanser atau Toner 30ml (pilih salah satu)

Set Ellfie Essence Limited Edition RM250 (NP : RM280)

Postage adalah percuma untuk kesemua produk di atas.
Wah berbaloi-baloi sangat kan?
so rebut peluang ini.
Promosi hanya untuk tempoh 2 - 4 Feb 2016 SAHAJA!

Whatsapp  013-2755197 untuk dapatkan.

Special promo kepada customer yang tak putus-putus menyokong Ellfie.
Terima kasih pada semua.
Semoga Ellfie terus mendapat tempat di hati korang semua dan jugak lebih ramai lagi di masa akan datang. 
Semoga perniagaaan dan persahabatan kami terus di lindungi dan di berkati Allah SWT.
Aamiin.