Instagram : @peejburhan

cerita weekend

hello everyone.
macam mana weekend? aku jadul pack :D
nasib esok cuti lagi.
hari tu aku cakap happy long weekend kat last entry.
ada komen kata long weekend tu minggu depan.
la la la...esok 1 feb..wilayah cuti uolls.
so straight 3 days cuti. bagi aku dah long weekend lah tu. :D

start jumaat lepas kerja terus aku dah ada appointment.
wooow kelas sangat bunyi appointment tu kan.
macam appointment ngan client bunyi.
takdanya appointment facial aje. hahah.

percaya tak 32 tahun hidup tak pernah facial.
sebab aku adalah seram. sebab muka aku sensetif tak tentu hala.
ingat lagi zaman mrsm ada kawan konon nak facial la apa.
dah la facial letak serbuk teh kat muka.
abis kau lepas tu berjerawat muka aku.
rupanya orang guna teh kosong.
dia guna uncang teh yang dah siap bergula bagai. eeeiii seram.
lepas tu aku memang takut la.

tapi semua la dok kata kena la apa.
ok-ok...tapi tak tau nak gi mana.
sampai la last december masa jalan kat jj au2 ada promo facial rm47 je..
buy 1 free 1 lagi. wooow menarik ni. lets beli.
tapi nyampah gila laki aku ni kan suka berkepitttt je nak ikut.
tetiba dia tanya lelaki boleh tak? orang tu kata boleh..terus dia nak jugak.
grrrr. sibuk tau. takleh bagi aku keseorangan n ketenangan. ada je nak ikut.

so 1st time hari tu dah try la december.
wah best jugak facial ni kan?
walaupun masa extraction yea nama benda tu? ala yang dia cucuk2 korek2 muka kau tu.
sakit rasa nak terajang budak tu. tapi tahan je.
dah la masa buat tu sakit dia terus rasa, "padan muka laki aku..nak sangat ikut kan. rasakan. hahah"
ye la selalu benda2 macam ni lelaki takleh tahan sikit kan.
memang pun. time keluar dia kata "sakitttt nya..tapi nampak cerah sikit kan kulit i?"
e eh dia ni. perasan. nak pitam aku dengar.

so next appointment tu aku buat last friday la.
pergi la berdua.
wah kali ni kurang sakit..tapi rasa lagi bersih.
tapi hari tu period..period kali ni tah apa kena muka naik banyak gila jerawat.
siap pakej keluar seketul kat jawline macam tu. kat leher pun. stresss.

so masa buat tu..masa dia buat tu..ooiii sakit.
sempat la aku bersuara kata sakit..selalu aku jenis tahan.

me : uishhh sakittt..

girl : memang sakit. u angkat tangan.

me : hah angkat tangan?

girl : ye u angkat tangan.

aku dah macam..nak kena angkat tangan ke?
kenapa dia nak bersihkan ketiak ke apa ni?
ke kalau angkat tangan akan kurang sakit tu?
aku hampir nak angkat tangan.

 me : hah angkat tangan apa?

girl : ye la sudah merah ni pun sebab tu sakit. sebab u sudah angkat tangan.

lohhhh dia nak cakap sebab aku kacau jerawat tu..kutil ke apa.
sebab tu sakit..
cakap la aku dah usik ke apa.
ni dok angkat tangan..angkat tangan. kau dah kenapa?
nasib aku tak angkat tangan bebetul. kang pitam dia terpaksa ngadap ketiak i. hahah

settle je facial terus gerak ke kedai mamak area rumah mama.
makan situ. aku makan maggi sup nyammm.
then terus ke rumah mama.
tak lama. suruh mama siap.
sebab dia kata nak tidur rumah aku.
jommm.

seronok dia kemain packing bermacam.
so balik rumah aku.
sembang sampai kul 12ish gitu then tidur.

esoknya bangun tapi tak pergi breakfast ke apa.
mama makan roti. hahah rasakan rumah i memang kering kontang.
ada elly cakap tak beli barang dapur ke.
aku rasa keji la pulak. selama ni boleh lak makan luar.
takkan mak aku dtg tetiba kau nak masak bagai.
biar lah dia rehat. lapar kita keluar ye?

so tengahari tu keluar.
aku bawak makan minang saiyo kat taman melawati.
lama dia tak keluar makan semua. seronok.

then dia ajak pergi cari almari.
dia stress sebab bilik tetamu depan tu ada katil, rail baju, ironing board je. mih mih mih.
dia kata meh mama belanja almari. wooow so kaya this makcik. hahahha.
orang memberi i menerima je. nyiru hamba tadahkan. ;p
dia kata rimas dia tengok macam stor. 
ye la sebab bilik tu tak guna..so semua himpunan comforter, bantal semua i stack kat situ.
mak aku mana boleh. sakit mata dia.

so operasi mencari almari.
pergi area setapak semua mahal kedaung kedekut nak bali discount walau rm30 hengget. puiiii.
pastu konon nak buat tektik ok la...saya cari kedai lain..dengan harapan dia bagi la discount rm30 tu.
tak bagi ok! amboi kedekut kau.
fineee i keluar terus.
pastu sibuk nak bagi business card kata if datang cari dia.
i tak suka..keluar tu i buang je business card tu. hahhhahha
woowww gangster abis la tu. tu je pun aku mampu buat. heheheh.

so takleh jadi. since setapak tu jalan besar. so mesti eksyen harga nak mahal.
takmo pergi kedai area tu.
so aku bawak ke jalan gombak.
wooow memang murah banyak daripada kedai setapak.
maybe sebab kedai tu direct deal ngan owner.
n kedai pun pakai kipas je..menitik la peluh sambil deal tu.
beza kedai sebelum ni aircond bagai la..kedai besar n proper.
ahhh pedulik la..kedai tu spend masa tak sampai 1/2 hour. duit lg penting.
so biar murah berbaloi.

beli pukul 2ish pm, pukul 5pm macam tu dah hantar. bagus ni.
suka la mak hajjah sorang tu.
kemain siap up kat fb kegembiraan dia lepak rumah kitew katanya.


since mama hadiahkan almari. semua adalah taste dia.
"mama tak suka moden. mama suka almari oldskool nak."
ok ma..i tak kisah pun. suka u la..bukan i yang nak tidur bilik tu. ;)

alang2 lori angkut barang tu. aku suruh sekali buang bermacam benda. bagi upah la.
nasib bebudak tu nak.
aku humban meja makan n kerusi semua. n segala benda benda buruk2 kotak2 tah apa2.
meja makan n kerusi hancur di kerjakan kucing. sakit mata tengok.
nak beli baru pun pikir 85 kali. kang robek hati ku kang.
so buat masa ni biar togel je ruang tu.
rajin kang kami laki bini angkut meja belakang ke depan ni.
tapi rasanya at the moment tak perlu. :)

puas berkemas apa patut petang tu.
malam tu ke kedai kak shida.
mama dah lama cakap nak pergi.
tak pernah dia sampai.
so semalam bawak la lepas isyak. suka dia.
tapi jam la nak datang tu.
sebab ada pesta apa tah lagi kat area batu caves tu.
siap ada satu group still bawak kavadi bagai.
so jalan dorang park kiri kanan jadi sempit. jenuh jugak la menempuh sesak tu.


lama jugak kat sana sembang bagai.
gerak tu still jam area batu caves tu.
so amik jalan jauh la terpaksa.
ikut la jalan kuching, ke sentul bagai.
sekali nak ke area rumah aku jammm teruk.
rupanya ramai nak ke danau kota uptown tu. ngeri jam dia.
macam kan nak raya la dia punya jam tu.
sebab warga kota cuti panjang n musim gaji, bonus bagai. so orang jalan n shopping kot.

then lepas tu balik rumah. noy n arif datang rumah.
sambung layan sembang sampai 2.30 pagi.
tu pun aku kepenatan so aku kata aku masuk tidur dulu.
yang noy, "elehhh nak halau kitew lettew."
haha tak halau. nak lepak, lepak la. nak tidur pun boleh.
tapi i dah penat..now dah biasa tidur awal kan. so taklek tahan dah mata.
elok aku masuk dorang gerak balik.

pagi ni pulak dah plan nak breakfast sesama.
sebab mama kata nak makan idli kat thurkah. lama tak makan katanya.
so set nak sarapan kul 8.30am konon sesama.
padahal 8.30 am baru memasing bangun. :D
tu pun nasib noy sampai dulu. aku suruh simpankan idli.
suruh simpan 5. tapi tinggal 3 je. boleh lah.
idli memang if nak kena datang awal. datang lambat licin.

lepas sarapan aku bawak mama tengok sofa pulak.
mama dah cakap lama dah dia nak repair actually sofa dia.
dah lama pun sofa tu. rasanya dekat 10 tahun.
dulu time papa ada, fav spot dia tidur situ.
so leather tu ada part koyak sebab dah haus kot.

tiap kali datang rumah dia, dia tanya bila nak bawak kedai la apa.
aku ni dah la busy je lately. tak kira la weekend ke apa.
so memang penat n takda masa nak layan mama.
bab-bab rumah mama memang suka ajak aku. sebab aku rajin melayan.

mama sayang sofa tu sebab size dia comel je.
mama tak suka bulky. so ingat nak upholstery la,
semalam pergi la tanya, sekali tanya kedai untuk tu akan kena mahal nak gila.
huish macam baik beli baru jewww.

so since ni cuti panjang. n i pun badan tak kepenatan sangat.
mama pun kat rumah i. meh i layan.
so tadi bawak mama pergi macy.
aku tak suka macy ni. sebab semua barang lawaaaa..tapi mahal nak gila i is stress.
stress sebab suka, tapi i tak mampu. hahaha boleh macam tu?
pernah pergi sekali dulu.
tau tempat tapi tak ingat jalan. takpa kita waze je.

so tadi lepas sarapan terus pergi.
amik kau tahap semangat tu, sampai2 kedai pun tak bukak lagi. wooow hebat tu. hahahah
mengalahkan kak pilla semangat tu.
aku n elly suka ejek filla.
sebab filla n mak dia suka pergi kedai awal. kira bukak je kedai dorang orang pertama la masuk. hahha semangat ni.
sekali tadi aku kena, lagi over..kedai belum bukak dah sampai n tunggu situ. ngeri sangat ni.

dok layan mama..pastu kemain dia berangan untuk rumah aku.
amboiii dia ingat anak dia kaya nau. hahah.
siap, "kalau pija nak beli meja makan bawak mama tau..mama kata ok baru boleh beli." amboiii dasyat mengalahkan rizalman lak dia.
so lepas round sana sini n berpikir lama..akhirnya dia membuat keputusan n beli.
dia kata bukan senang anak nak bawak. so anak bawak ni beli la terus. heheh.
tapi sempat la dia sedih kat situ, teringat papa.
ye la selalu dorang berdua kan. sekarang dah sorang je.
aku pun kalau ada apa2 kegembiraan mesti teringat papa. papa if ada ni mesti dia tumpang suka.
papa jenis tak bercakap sangat atau luahkan perasaan. tapi boleh tau dia bangga n kembang2 hidung happy. hihi. aawwww i miss u daddy.

balik je tadi terus aku ajak lunch.
walaupun time tu baru pukul 12.45.
tak kisah la. terus makan n balik rehat. panas2 ni..kang balik nak keluar balik. tak kosser.
so settle makan kita balik.

dok lepak kejap sembang.
ni dedua mama n laki aku terbongkang tidur.
penat lettew kena hayak ke sana sini aku bawak. heheh.

ni malam kang tak tau lagi nak bawak makan mana pulak.
nanti kak jah pikirkan.
ok la..i nak layan perasaan jap.
cea ayat nak berlapis je.
padahal silap2 aku pun sat lagi terbongkang macam starfish.

ok pipolsss.
thats all for today.
ada masa n free time kak jah update lagi yea.
adios.





Kisah Hati

kak jah kalau tajuk tak poyo tak sah kan.
kemain kau kisah hati bagai hahaha. takda la kisah hati sangat.
saje je tajuk kasi gempak. padahal nak sembang2 dari hati je puin.

tak tau nak cakap sibuk tu macam mana. tapi memang sibuk
selalu by malam dah letih dah nak kemana-mana.
online pun kejap-kejap je tau-tau tertido.
nak update blog apatah lagi. memang takda masa.
konon siang time kerja boleh la update konon kan?
tak sempat ye. by the time settle kerja mesti dah pukul 4 - 4.30pm..
time tu memang tak kuasa la kau nak hadap blog ke apa.

ni konon nak buat la promo untuk ephyra ke apa.
pun aku tak terbuat ok.
sebab aku takut takleh handle. sebab busy sangat.
kerja sedia ada pun banyak.
kang buat promo ada terkangkang nanti aku nak uruskan.
takpa relax2 je. tapi if korang whatsapp aku..memang aku bagi harga best pun.
cuma tak up je iklan ke apa. kang aku up iklan promo menderu masuk kang. :D
Insyallah dah relax sikit baru la kak jah beria.

lately ni tah apesal mood takda je. rasa emosi je.
mungkin jugak syndrome bulan mengambang kot.
mudah nau la rasa emo, sebak bagai. me not like ok.
today 29 Jan, Jumaat.
5 months ago, 28 Aug Jumaat papa pergi.
rindulah kat papa.
Alhamdulillah business aku ok sangat sekarang.
rindu nak share ngan dia.
dapat bayangkan papa mesti happy.
still rasa macam tak sangka je papa dah takda.
sedih lagi tengok mama. nampak sangat mama tu kesepian je papa takda.
tengok pulak dah susut banyak badan mama.
aku nak selalu ngan mama pun dah takleh sebab dah kerja kan now.
kalau larat malam pergi la rumah mama.
kalau kepenatan terlebih, tak pergi mana kami laki bini.

mama dah abis iddah.
so dah boleh keluar. pun aku tak sempat lagi bawak kemana.
hari tu dia ada tidur rumah aku, dia plan nak tidur lama sikit.
tapi ada appointment doktor..so tidur sehari je.
plus aku kan kerja now, so sian lak dia sorang je kat rumah nanti.
dulu aku bekerja dari rumah. so ok la kan.
mak mertua aku pun dah meninggal kan.
dulu dorang berdua la duduk rumah aku berkawan.
pepagi dah dengar dorang sembang kat dapur.
tau-tau kak jah bangun je makanan semua siap..wowww. heaven sangat ni. hahaha.
hantu sangat perangai.

hari tu ada la pergi rumah arif.
fam dia buat bbq ajak semua besan2.
so fam aku pun pergi la.
sedih sangat rasa.
last time pergi ada papa.
macam2 papa makan. siap lepak sembang lama.
seminggu lepas tu papa jatuh sakit.
kali ni pergi papa takda.
tinggal la kami je.
semua join except ayol, sebab dia kerja hari tu sampai 2 am. sian tak dapat join.
makan sampai takleh bangun. hahah.








eh nampak macam kita orang je pulak ada kat situ.
padahal ramai gila tu.
maybe time aku amik pic ramai dah gerak kot.
kita orang je tak reti2 nak gerak. huhu.

ni weekend ni mama cakap nak tidur rumah aku. yeay.
ok la cuti panjang kan. so ok la mama tidur rumah aku.
mama teringin nak pergi gerai kakak ipar aku. nanti aku bawakkan.
dia tak pernah sampai. selalu aku bungkuskan.
pernah nak pergi ada sekali tu, nasib tergerak nak call dulu tanya bukak ke tak.
sekali tak bukak. tu tak pergi.
lain takda apa kot. mama semangat nak bercucuk tanam je kat rumah aku. haha semangat.

eh serious aku ada kittens to give away.
tabby kittens.
umur now dalam 2-3 months kot.
takda masa lak nak amik pic.


ni time dorang kecik.
tiada charge.
amik dan beri la sepenuh kasih sayang sahaja.
aku tak mampu nak bagi kasih sayang secukupnya sebab i is pening laki aku ni nak jadikan rumah aku zoo ke apa.
semua potty train sebab memang dalam cage je ni.
so siapa nak sila roger aku ok. :D

eh ok la..lama nau aku buat entry ni dpd pukul 10 tadi. asyik terstop2 sebab busy.
sampai hilang ingatan dah apa yang nak cerita pasal soal hati tah. hampeh sangat.
so lain kali je sambung yea.

ta-ta ti-ti tu-tu.
happy long weekend peeps

Expose Mistik : PLKN

Assalamualaikum Kak Peej. 

Dah lama jadi silent reader blog akak hehe. Hari ni nak cerita kisah seram yang berlaku pada saya dekat PLKN. Sekarang saya dah 24 tahun. Masa masuk PLKN dalam umur 19 macam tu lepas SPM.

Saya berasal dari Pahang, so kem PLKN yang saya dapat dalam area Pahang jugak la. Dekat Kuantan. Nama kem dirahsiakan, tapi dia dalam kampung sikit dan ada laut tak jauh dari kem. Masa PLKN, handphone kita jurulatih simpan dari isnin-jumaat. Hanya dapat jumaat malam hingga ahad malam je. So, mestilah nak manfaatkan masa penggunaan phone tu sebaiknya. Sampai sanggup stay up tengah malam la nak bergayut. So nak di jadikan cerita, masa berlaku ni sabtu malam. Saya punya dorm ni memanjang and toilet dekat luar. Dalam satu dorm tu ada 30 orang single bed facing each other. Malam tu saya bergayut dengan kakak saya. Tak ingat pukul berapa sebab cakap telefon kan lama. Tapi yang pasti lebih dari pukul 12 a.m. Masa saya start bergayut tu, kawan yang lain pun still on the phone jugak, ada yang texting, ada yang bergayut. Antara bed tu ada almari kira tak nampak la orang sebelah masa tengah baring. Rupanya masa tu semua dah tidur tinggal saya sorang je bergayut. So masa tengah bergayut sembang sakan dengan kakak saya, tiba tiba saya dengar suara perempuan bagi salam.

“Assalamualaikum…..” slow dan mendayu je suara dia. Yang pasti suara perempuan. *Ya Allah still meremang masa taip ni sebab teringat* Saya dengar tapi saya buat lek je sebab maybe salah dengar ke kan. Sekali lagi “ Assalamualaikummmm…… “ Ah sudah! Ni bukan cobaan. Saya dah start fikir benda tu. Dan dan masa tu juga teringat orang pernah cakap, kalau suara tu dengar macam dekat benda tu jauh. Tapi kalau suara tu jauh, benda tu… dekat!

Saya dah tak tentu arah. Dah la tengah sakan bergayut ni. Saya cuba jarakkan telefon dari telinga pastikan untuk kesekian kalinya dan masih terdengar salam tu. Saya takut sangat sampai tak sempat nak bagitahu apa2 dekat kakak. Saya just cakap “ K lah Along, esok la kita sembang Farah dah mengantuk bye” dan terus letak phone. Saya terus selubung sambil baca ayat Kursi dan ayat 3 Qul. Baca berulang2 sampai la bunyi tu hilang dalam 10 minit macam tu.

Esoknya mujur lah saya tak demam ke apa, Alhamdulillah. Saya tak cerita dekat kawan sebab tak nak diorang takut ke apa ke.

Oh, kisah kedua kawan saya yang sama dorm dengan saya  cerita. Masa tu tengah malam, dia nak pergi bilik air dekat luar bilik. Masa tu dia tengah mamai, main keluar je bilik terlupa nak tutup pintu bilik semula. Masa dalam toilet takde apa apa berlaku pun, bila masuk bilik semula rasa macam sejuk semacam je bilik tu dia cakap. Dia malas nak fikir, dia pun tutup pintu dan baring atas katil. Katil dia dekat dengan pintu bilik. Dan depan pintu bilik tu macam ada space sikit la untuk letak kasut macam tu. Masa dia baru nak lelap dia dengar bunyi bising macam bunyi budak main. Mula mula dia malas nak layan, cuba usaha nak lelap mata tapi bising tu kuat sangat dia cakap. Pastu bunyi macam dekat dengan dia. Masa tu dia dah baring membelakangkan pintu. Dia dah tension, dia pun toleh. Cuba teka dia nampak apa… jeng jeng jeng… Dia nampak ‘budak kecik’ telanjang tengah main kacang yang berterabur atas lantai. ‘Budak’ tu tak pandang dia pun, tengah ralit mengutip kacang bersepah atas lantai. Dia terus tutup muka guna selimut, baca2 sampai tertidur.

Tu jelah kisah saya kak, takde lah seram macam org lain pun. Tapi saya still ingat la sebab berlaku dekat saya kan. Thanks kak sudi baca. ;)

PENCARIAN STOKIS DAN AGEN FAME COSMETICS DI SELURUH NEGERI.

Assalamualaikum..



Hari ni kami memberi peluang baik untuk anda yang ingin berniaga.  Kami menjemput anda yang berminat untuk menjadi Stokis dan Agen bagi produk Fame Cosmetics di seluruh negeri.  

Kami menghadkan 2 orang stokis di Johor, Sarawak, Selangor dan Kuala Lumpur.. Manakala hanya 1 stokis diperlukan bagi setiap negeri-negeri lain.

STOKIS
KL - Penuh
KL - Penuh
Selangor - Penuh
Selangor - Penuh
Perak - Penuh
Terengganu - Penuh
Perlis -
Kedah -
Pulau Pinang - 
Negeri Sembilan -
Melaka -
Johor -
Johor -
Pahang -
Kelantan -
Sabah - 
Sarawak -
Sarawak -

Agen-agen akan mendapatkan produk mereka dari stokis di negeri masing-masing sekiranya terdapat stokis di negeri tersebut.  Bagi mana-mana agen yang masih belum ada stokis di negeri mereka, agen tersebut boleh mendapatkan stok dari HQ.

Buat masa ini kami menawarkan 5 warna menarik untuk dijual. 



Senarai nama Agen akan diletakkan di Instagram dan laman FB Fame Cosmetics.

Untuk memohon sebagai Agen atau Stokis sila email permohonan anda kepada :

famecosmetics.my@gmail.com


Nama:
No. Tel:
Kawasan Jualan:



Thaipusam




sekarang ni aku selalu tertido awal malam.
pastu tengah malam macam ni susah nak lena.
tau pulak weekend. lagi la mengada mata ni dok layan tgk movie la..layan youtube ke apa.

anyway ni nak sembang pasal thaipusam.
untuk yang menyambut, selamat hari thaipusam.
first of all, if ever aku ada salah cakap ke apa mohon betulkan. sebab aku tau aku ada few readers indian :)

all this while aku memang tak tau la thaipusam tu apa.
ok aku tau la tu sambutan untuk orang india.
n selalunya buat kat batu caves.
dulu thaipusam selangor je cuti. now dah public holiday untuk seluruh malaysia.

so aku memang tak pernah tau macam mana di sambut.
tak tau macam mana keadaan area tu semua la.
maklumlah memuda mana amik tau sangat kan.
tapi selalu jugak nampak kawan-kawan aku mana yang boyfriend/suami or kawan-kawan orang putih...mesti salah satu wishlist dorang pergi batu caves tengok thaipusam.
pelik gak..macam..nak buat apa kat batu caves? dah la tangga tinggi..huhu.

sampai la aku kenal MrB.
dia memang di besarkan kat area batu caves.
pernah la 2-3 kali dulu zaman bercinta aku nak jumpa dia..lalu area tu. time tu macam sehari ke 2 hari selepas thaipusam.
nampak la banyak gerai2 bukak jauh gila kot daripada bebetul batu caves tu.
pelik gak apesal meniaga tengah jalan ni. then baru teringat ada thaipusam.
so thats it la.

then last year macam tu, aku nak pergi gerai kak shida.
stress gila stuck jam dekat sejam kot area tu aje.
apa niii? thaipusam dah habis kot.
rupanya kat batu caves tu dorang buat macam karnival ke apa.
so ramai lagi la area tu.

so this year memang dah awal-awal cakap kat MrB.
ok seminggu sebelum and seminggu selepas thaipusam jangan pergi kedai kak shida.
memang jam la.
tapi knowing laki aku yang ketagihan makan situ.
mesti dia nak pergi jugak ni. 

so minggu ni ada la 2-3 kali pergi. hahaha.
so lalu tu dah nampak la orang pasang2 khemah la apa.
aku tanya la laki aku..untuk apa ni? dorang meniaga eh?
laki aku kata takla..kadang kemah jual bunga2. ada yang tempat nak cukur bagi botak.
aku macam, eh dorang pun ada cukur2 ke? 
macam kita islam kan ada tahalul tu.
laki aku kata ada. ooooo baru tau.

then memang everytime pergi dengar la dorang practise main tabla tu bawah jambatan.
bunyi tabla tu kan sedap music dia.
terus tergeleng2 kepala aku. saje je time lalu tu bukak tingkap nak dengar. heheh.

terus rasa macam nak tengok je thaipusam.

me : yang..i teringin la nak tengok thaipusam tu. u bawak i boleh?

him : buat apa ja? tak payah laaa...ramai orang tu..mana boleh masuk.

me : tak masuk la..i nak duduk2 tepi tu je..tengok je kejap..pastu balik la.

him : jalan semua tutup la. orang lagi nak elak ke batu caves..u nak pergi pulak.

me : naik motor boleh tak?

him : naik motor boleh la..tapi tak payah la.

hishhh.eksyen tau. taknak layan bini.
then lepak kedai kak shida sembang la ngan adik beradik MrB.
dorang memang dah biasa.
daripada kecik kan.
n rumah kak shida tu memang laluan dorang bawak kavadi bagai.

abang zul : takyah pergi sana...kau datang rumah abang je..kat rumah abang pun dorang ada buat cucuk2 tu pasang tu.

me : omg really?

kak shida : a ah ramai sini. dorang memang akan lalu depan ni semua.

abang zul : ada...tapi kalau nak tengok sana..kau ajak kak ani..kak ani ngan anak2 abang zul rajin pergi sana tengok.

MrB : takyah la.

abang zul : tapi jam la kau nak datang sini.

me : naik motor pun tak boleh ke?

abang zul : naik motor boleh la..ikut jalan kucing.

dengan harapan sangat laki aku bawak..tapi eksyen dia taknak tau.
pastu masa aku nak balik tu, khamis lepas.
wah dah start ramai la area tu.
nampak la orang dok junjung susu atas kepala, "wel..wel. wel..wel"
wahhhh amazing view. terus teringat cerita p.ramlee masa dia dok teropong nampak orang wel wel.
then nampak ada banyak tandas awam yang plastik2 tu.
then ada ramai kat area sungai tu. wahhh.
then nampak siap kat tepi sungai tu ada berderet2 ada shower.

first time i nampak semua tu.
n baru tau..dorang cucuk2 semua tu dekat situ.
ingat dorang dah siap2 kat kuil masing2 n datang je.
n kononnya dia macam puja ke apa..so macam kena rasuk..bila dah macam kena rasuk baru boleh buat cucuk2 tu.

dengan harapan lagi try tanya kotttt la laki aku nak bawak pusing tengok ke apa.
dia tak layan la.
dia kata ramai orang la..sesak la..buat apa sibuk2.
nak tengok sangat youtube berlambak.
punya la aku cakap experience la. suasana tu la.
30+ tahun hidup n duduk KL tak pernah tengok kan. 
hahah beria sangat aku ni.

memandangkan memang dia takkan bawak.
so marilah layan youtube.
huahhhh..baru first time tengok n faham.
memang la..dia macam sorang menari2..tetiba macam berjangkit ngan orang2 lain.
n suka lak tengok kavadi tu banyak bebenor bulu merak. yang lawa2 lak tu.

few jugak la youtube aku tengok.
then sambil tu laki aku cerita la.
time dia dulu kavadi lagi besar2 sangat. sekarang punya biasa lak dia tengok.
tah ye tah tidak..maybe time dia tengok dia kecik kot..memang la dia rasa benda tu besar. 
then tetiba laki aku kata try tengok kat india punya..lagi hebat2.
ok..india punya aku tengok half aku tutup.
sebab dekat negara india aku rasa macam lagi extreme je..i cannot..i is seram.

tu takpa..tu takpa..
lepas tengok video aku google la pic.
serious aku tak tau gua batu caves tu besar.
ingat narrow je.




ok ramai sangat.
no wonder laki aku malas nak layan aku pergi.
aku ni pun beria je lebih. kang sampai mesti komplen kaki sakit la..panas la apa.
so sebelum laki i bengang..baik dia takyah layan aku. heheh.

takpa la..
janji dah layan kat youtube n faham sikit2 jadi la.


ada antara korang yang pernah tengok n pergi tengok perayaan thaipusam ni?
aku google kat malaysia ni selain batu caves ada 2-3 tempat lain buat jugak macam kat penang, kedah n mana tah satu lagi.

ok thats all.
i kena tidur..hari ni kerja overtime dekat ellfie..kang marah kak pilla n kak elly if kak jah lembabss sampai opis. ;p

Expose Mistik : Kolej Baiduri


Salam kak peej,

Cite ni berlaku semasa saya belajar di Uitm Segamat. Time cuti sem yang pendek macam 2 minggu macam tu (tahun baru cina) saya selalu tinggal dekat kolej je..malas balik rumah sebab kos pergi balik tu agak mahal memandangkan rumah saya di Kedah. Kiranya ni saya seorang yang sangat berani sebab bagi saya tiada apa yang perlu ditakutkan melainkan Allah. Waktu tu saya hanya tinggal seorang diri dalam bangunan tu. Bangunan Kolej lain ada jugak student 2-3 orang. Bangunan tu kolej asrama pertama dekat situ. Kiranye umur tua la bangunan tu. Sebelum ni ada jugak senior cerita tingkat 3 satu bilik tu x bole sape2 pun tinggal sebabnya KERAS.

Saya pun dengar je la senior2 cerita...macam2 versi...ada orang bunuh diri la...ada orang gugurkan anak dalam bilik tu la.. hmmm...tapi dalam lorong tersebut ada la orang lain jugak yang tinggal. Satu hari yang hening....waktu tu saya dalam bilik je...layan KPOP. Wifi internet laju sebab tak de orang. Tapi azan zohor saya dengar anjing menyalak-nyalak. Saya bukak je tingkap tengok banyak giler anjing keluar daripada hutan (belakang kolej asrama ada hutan dan belakng hutan ada kubur cina). Ada warna coklat, hitam dan putih. Anjing-anjing tu mengadap kolej yang saya tinggal sambil menyalak...sayu je bunyi salakan umpama bunyi tangisan panjang. Uish...naik bulu roma...tapi yang peliknya habis azan anjing berhenti menyalak.

Tak cukup dengan tu, azan asar pun sama anjing2 keluar dari hutan dan menyalak lagi. Dah la saya tinggal seorang. Tapi ok lagi time tu. Hari yang sama waktu malam, masa tu pukul 11.35 p.m mcm tu saya nak pergi toilet buang air besar. Memang saya pergi toilet paling hujung sebab walaupun gelap sikit tapi bersih sebab orang jarang masuk. Time tu saya dah siap tunaikan hajat...terdetik nak pandang atas. Tengok2 je kt atas ada kucing hitam renung saya. Saya apalagi...jerit shuhhh kat kucing walaupun dalam debar. Kucing takde dah lari kot dalam tanggapan saya, tapi bukak je pintu kucing tu da siap tunggu saya depan pintu saya apalagi...laju bukan main lari masuk bilik. Pastu esoknya saya balik jugak dekat umah mak sedara saya dekat Kuantan (dekat sikit).

Habis je sem teros masuk kolej. Time tu ok dah...sebab ramai orang kot. Tapi dua hari lepas tu ada orang kena rasuk (budak sebelah bilik yang keras tingkat 3 tu). Tapi cara dia mintak tolong tu lain sikit... buat kapal terbang kertas.. dalam kertas tu tulis... AKU BUNUH DIA....apa lagi student yang jumpe kertas tu kat tingkat bawah terus panggil ustaz.

KOLEJ BAIDURI.



check ups

aku cuti ni.
cuti je lebih. tapi tak kemana.
hanya bermalasan, mengemas apa patut, menonton tv series baru, tido lewat, golek golek.
gila tak biasa weyh. dah rutin hampir setahun kerja.
bila tak kerja aku tak tau nak buat apa.
rasa macam banyak nau masa terluang.
asyik tertidur je aku. gila tak produktif.


semalam tak buat apa selain melipat baju yang bertingkat-tingkat tu.
pastu tidur je kerja aku.
kita ganti tidur2 yang kurang selama ini.
today ingat nak kemas almari la.
almari aku banyakkkkk gila baju.
aku rasa 70% aku tak guna pun.
so nak asing n maybe derma mana2.
apa motip simpan tah. buat semak n penuh almari aje.


n maybe tomorrow kita kemas dapur yea.
dah bersawang kot dapur aku.
so nak kemas. n nak rajinkan diri kembali untuk mula memasak kembali.
dasyat tahap malas tak masak berapa lama ni.
semoga berjaya kak jah.
kalau dah start masak, merasa la kerja aku up pic masakan je persis kak pilla.
entah ada skill masak lagi ke tak?
lama sangat tinggalkan bidang masak memasak ni.

anyway, tadi ada appointment kat klinik.
kerana dah terkono berkali-kali.
so sekarang memang aku akan make sure keluar awal.
masih gelap lagi aku dah keluar rumah. wooow.
tadi keluar 6.50 am macam tu.
suka aku berdesup laju bawak kereta..tapi as usual ada la tempat2 yang jam jugak.
tapi takpa..tetap sampai awal. n Alhamdulillah di permudahkan..terus dapat parking spot.
elok naik lift orang tengah nak beratur...
wooow hebat ni kak jah orang ke lima beratur..terus rasa nak buat tangan macam orang bina badan tu n cium2 lengan kiri kanan.
walaupun lengan aku bukan ke atas ada muscle tapi gelebeh ke bawah. hahahaha.
ok tak kelakar. diammm jahhhh.

sampai sana amik no giliran n tunggu no panggil.
panggil dia suruh pergi bilik saringan.
aku dah macam. eh saringan apa lak ni?
macam nak saringan berlumba lari acara olimpik lak.
selalu pergi bilik check darah tinggi je.
ingat dorang salah. rupanya tak.

rupanya dorang nak bukak buku untuk aku.
dia kata memang aku nak stay check sini ke?
ye lah..nak pergi mana lak? aku memang dah berbulan sini.
dia kata once bukak buku aku takleh tukar tempat. ok.
so nurse tu isi la itu ini.

dia cakap nak buat pap smear sekali tak?
aku dah macam..aaaa????? ok lah.
hahahha seram..
dah berabad kak pilla memekak kat telinga aku suruh buat.
aku buat dek je.
sebab i is cannot imagine ok tetiba orang nak check2 bawah tu. maluuuuuu la.
tak kisah la untuk kesihatan pun. tapi segannnn. cisss.
tapi alang2 dia kata nak check tu..ok kan je la.
nak mengharapkan aku buat sendiri. aku tau diri aku..aku takkan pergi nanti.

dia cakap once bukak buku ni..memang kena buat pap smear, check payudara, jantung, mata n kencing.
ok nurseee.
nasib dia kata dia akan buat semua..bagus..takda la bertukar orang..kalau tak boleh pitam aku.
memula kena kencing.
then dia suruh la longgarkan bra n bawah bukak semua.
woooow seram.
bertabahlah kak jah.

memula check tetek..
last aku check adalah berapa tahun sudah dengan jonet.
tu pun takda la detail.
ni detail ok.
pastu dia buat tu aku dah nak tergelak.
sebab macam sakit pun ada.

muka aku macam nak sengih.
aku pun tak sure sebab tahan sakit ke apa.
tapi macam jilake ok orang memicit2 tetek kau..kau nak sengih dah kenapa.

me : eh sakit jugak ye.

nurse : a ah geli sikit la.

me : oh geli yea? hahha *e eh gelak lak kau*

nurse : cara check awak tekan ikut putaran jam..dari luar then ke dalam dalam sampai dekat puting..dekat puting tu awak picit.

situasi aku masih sengih..hoiii kau kenapa nak sengih?
tolongggg aku takleh tahan...kenapa kelakar sangat ni.
kau kenapa ni picit2? aku dulu check takda pun!!!!
tapi muka nurse tu maintain serious.

nurse : kalau picit ada keluar darah atau nanah..tu tak bagus..maknanya ada masalah.

oh ok. memang kena picit untuk tau la.
aku ingat nurse tu saje nak mengenakan aku. hahahha
saikosis sangat pemikiran aku ni. hahahaha

then dia buat ecg untuk check jantung pulak.
kejap je takda la lama.

then buat pap smear.
lagi seram.
taknak pikir..
nasib imaginasi aku tinggi.
so aku anggap je la yang buat tu suami aku sendiri. hahahha.
so takda la aku rasa segan ke apa.
lantak kau la nurse. kau yang menempah maut saje nak pap smear kak jah.

syukur Alhamdulillah yang check up payudara n jantung tu ok takda masalah.
syukur jugak kerana nurse tak pitam semasa buat pap smear tu. kah kah kah.

settle buat 4 benda tu.
terus check mata pulak.
bacaan dengan cermin mata...
mata kanan aku boleh baca semua hurup kecuali paling bawah chart level 11.
mata kiri pulak aku mampu baca sampai tingkat 9 je. yang 10 n 11 takleh baca even pakai spec.
then check ngan machine lak.
kena bukak spec..ada lampu kelip2 kena tengok lampu tu n dia snap pic.
sama dedua mata.
result mata n pap smear 3 bulan baru dapat.
kalau anything tak kena..dorang akan call.
if tak call then nanti datang just mintak je result.

settle bab tu jumpa la doktor pulak.
aku suka nurse yang attend aku tadi..n jugak doktor tu.
dedua nice n sangat membantu dengan info2.
tapi tu la klinik kesihatan ni kau takkan dapat nurse n doktor yang sama kan.
sentiasa bertukar..what to do.
doktor sebelum ni lansung tak beri apa2 info.
dapat result darah pun takda revise ngan aku ke apa.
kalau nurse tak cakap tadi aku pun tak tau.
aku cakap la, mana aku tau..doktor tak cakap apa..lansung dia tak cakap apa2 pasal result darah aku hari tu.
nurse kata aku kena tanya..so baru doktor cakap.
oh gitu ke..tapi asal doktor aku jumpa tadi ok je memacam dia celoteh.

so nurse sempat la cakap.
dia kata buah pinggang aku ok.
kolestrol aku tinggi sikit tapi takda la over limit ke apa.
uric asid pun maam tinggi sikit..so dia suruh kurangkan makan seafood ke apa.
kecewa kak jah takleh makan hokaido lepas ni. krikk krikk krikkk.
pastu dia suruh aku senam.
masa dia suruh senam kembang kuncup hidung aku menahan gelak.
aku dah senam memang tak pernah terjadi. terjadi mungkin 2 bulan. pastu harammmm.
stress nurse tu sampai tepuk aku sebab ada je aku jawab.

nurse : senam ni untuk tinggikan metabolisma badan..nak tau macam mana? bila senam nanti nadi jadi laju.

me : senammm? baru jalan sikit dah laju nadi saya..ok la tu kan?

hahah hampeh kau.
tapi kena senam la.
doktor pun suruh.
n aku rasa pun kena. tapi tu la..
macam kak jah sering katakan..baru kak jah tengok video zumba kat fb orang share..kak jah dah mengah.
kak jah belum zumba bersama ye..baru perhati sambil berangan. abis acaner?

btw, tadi timbang berat lalu hampir pitam sebab berat gila woihh.
over all daripada berat biasa aku..aku naik 9kg.
syabas kak jah.
orang azam tahun baru turun 9kg. aku naik 9kg.
patut la sekarang ni mudah mengah. macam jilaka.
pastu nanti sesak je dada tu. seram aku. ingat sakit jantung ke apa.

tapi tadi doktor kata jantung aku ok.
maybe la sebab berat badan aku..so aku cepat mengah.
then kaki aku bengkak selalu..macam water retention tu.
dia kata selalu kaki bengkak ni punca utama buah pinggang, hati, jantung.
so far 3-3 tu ok. tapi if nak check lagi boleh la aku x ray nak check jantung tu.
tapi salah satu sebab jugak adalah ubat. memang takleh buat apa la.
some ubat memang effect dia macam tu.

oooooo ok.
tapi serious..i suka makan.
i tak suka exercise.
ada tak cara lain nak turunkan berat badan? pangggggg...elok kena lempang soalan macam ni kan? keh keh.
n no..tolong jangan suggest pil ke apa.
puas aku makan dah dedulu. memang kurus..tapi stop je amik kauuu berganda.

tengok la..i cuba ubah mana mampu.
maybe kurangkan nasi. riggghhhhttttt.
elok balik klinik tadi i bungkus nasi lauk keli salai dan pucuk ubi masak lemak cili api. wooooow. hahahhaha

currently manis2 mmg dah cut dah. out of 10 orders rasanya sekali je order manis.
lain semua plain water je.
tapi tu la nasi tu bila nak cut tah.
katanya makan boleh tapi segenggam.
i takut bukan segenggam nasi, tapi segenggam penumbuk je mampu di lakukan kerana kelaparan. hihi.

eh ok la. celoteh panjang nau.
i nak layan tv series ni.
ta-ta pipol with nipols




Expose Mistik : nak aiskrim

Assalamualaikum peej.. selama ni silent reader tapi entah kenapa rasa macam nak bercerita pulak.

This is actually masa time kat polytech dulu dalam tahun 2006. 
Weekend, semua tak balik. 
Masa dalam kol 11pm - midnight macam tu. 
'Benda' ni jadi masa kitaorang semua duduk kat rumah sewa. 
Ada satu malam tu.. ingat lagi masa tu i dan housemate dah set up nak tengok cerita 'Death Bell' kat laptop dah siap padamkan lampu kat hall semua. 
Memang duduk dalam gelap lah masa tu. 
Cerita baru nak start tiba-tiba ada bunyi menjerit, kuat and nyaring. 
Rupanya housemate i GJa yang menjerit. 
Dia kat dalam bilik masa tu tengah dok sms boyfriend sambil charge phone. 
Kitaorang pon panik lah, dia lari laju terus ke hall. 
Kitaorang tanya GJa kenapa ni ok tak? 
Then dia jawab ok! Nak aiskrim..(sambil buat muka senyum and mata cam melirik tajam)
Reaction masa tu macam eh buat suspen jek minah ni ingat ape lah. 
Then pujuk dia.. oklah jomlah kita pegi 7E. 
FYI, GJa ni memang jenis suka benda-benda sweet cam kanak-kanak Ribena so macam tak heran lah dia nak that kind of things. 
Bukak lampu hall tapi yang peliknya tiba-tiba lampu bilik and dapur kita orang semua tak menyala. 
Lampu kat hall tu jek menyala. Pelik sungguh. 
Dah try naikkan kat switch board tu pon tak boleh menyala lagi. 
Pelik bin Ajaib. 
Kami pon masuk bilik masing-masing siap-siap semua dalam keadaan bergelap. 
Dia duduk jek kat hall tu. 
Housemate i yang sorang lagi ni 'Dayana' tiba-tiba bisik kat kitaorang, eh... korang tak rasa pelik ke, takkan GJa menjerit tengah malam just pasal nak aiskrim. 
Macam bukan dia je... (jeng.. jeng.. jeng...)
Kami semua ke hall, GJa masih kat situ duduk jek. 
Kami tanya asal tak siap lagi GJa? GJa memang jenis budak alim, keluar rumah mesti pakai tudung. Dia dengan pyjama dia lagi.. pelik..
Dia tak nak katanya panas tudung tu. 
Then tiba-tiba dia pandang sinis kat muka kami sorang-sorang. 
Pandang atas siling, tunjuk-tunjuk cakap 'mak.. mak..' . 
Kami dah tak sedap hati. 
Sorang member i ni amik Yasin then try baca and letak kat poket pyjamas dia. 
Dia cakap panas... taknak... jangan....
GJa terus lari keluar rumah. 
Dia duduk jek kat luar rumah tu, nak balik.. nak balik.. katanya. 
Nasib baik ada kakak kat sebelah rumah sewa kami ni terdengar kami kecoh-kecoh kat luar. Dia suruh kami tarik GJa masuk rumah dia. 
In the meantime panggil ustaz and sorang budak student lelaki yang pandai bab-bab ni.
Kami semua baca yasin sambil pegang dia. 'Benda' tu marah, jeling tajam kat kami semua.. panas.. panas.. katanya. 
Budak lelaki tu layan GJa bercakap dalam masa tunggu ustaz sampai.

Boy     : Asal mana, kenapa masuk badan dia?

Benda  : Nak kawan dengan kakak, tadi masa kat laut kakak duduk atas batu, kat laut panggil kakak. Ikut kakak balik.

Boy     : Tunjuk - tunjuk mak tu ada mak ke kat atas tu?

Benda  : Mak pon ikut balik, tu mak.. (sambil jari telunjuk dia menari-nari tunjuk siling)

Boy      : Adik nak apa dengan kakak ni?

Benda  : Suka kakak. Kakak baik, cantik, suka makan gula, coklat.

Boy      : Nak aiskrim ?

Benda   : *Angguk

Boy      : ABC nak.. air batu campur..

Benda   : Tadi dah makan dah masa makan kat kedai tadi... Kawan-kawan pun ramai makan sekali atas meja. Ada kawan besar hitam. Kawan nak ikut balik. Tak bagi. 
Uish... Meremang bulu roma
**
Memang betul petang tu kami semua satu rumah pergi mandi kat laut. Hehehe.. pantai ni kira terkenal lah, takyah sebut kang takot pulak korang nak gi. 
GJa masa tu memang tak mandi, sebab period. 
So.. duduk la dia sorang-sorang atas batu.
Malam tu pulak, kami direct pergi try makan kat satu warung ni.. 
Memang tak pernah try sebab warung tu macam jauh sikit dari tempat kami. 
Classmate kami memang sibuk promote suruh makan situ, sedap katanya. 
Memang GJa ada order ABC masa tu. 
Makanan dia semua sedap. 
Rasa macam nak order lagi dan lagi.. 
Iskh.. tak sangka pulak ada 'BENDA-BENDA' yang teman kami makan malam tu. 
Rasanya kedai tu memang pakai pelaris. Nauzubillah...

__________________________________________________________


Ustaz tu datang, lepas baca-baca dan tarik pakai lada hitam semua, 'Benda' tu pun keluar. Lama jugak bertarung, degil taknak keluar. 
Ustaz tu suruh siram air Yasin buat pendinding rumah kami. 
Kami ni pulak terlupa, sepatutnya ustaz tu pesan suruh baca yasin dulu dan hilangkan semua benda tak elok dalam rumah. 
Kami tak buat terus siram. Acaner benda tu nak keluar? 
Hiduplah kami dalam keadaan yang tak best selama beberapa bulan. 
Owner rumah pulak jauh, hiduplah kami dalam kegelapan, lama jugak lah. 
Ada banyak lagi kisah mistik sepanjang tu. 
Dipendekkan cerita, semua pakat-pakat pergi berubat sendiri balik tu. 
Next sem tu kami pindah rumah, tak tahan.
To be continued.. rumah sewa baru tu pon ada masalah..
Faham ke tak ye cerita i ni? So sorry kalau tak faham... tak pandai susun ayat..

tq peej..

-H-

sepi sekuntum mawar merah




wow tajuk tak menahan kan. heheh.
tajuk sempena blog ni yang sepi krikk krikk krikkk.
terasa lama sangat tinggalkan blog sampai tak tau nak cerita apa.
nak cerita pasal kisah 2015 yang pic berlambak tu rasa macam dah basi sangat.
nak start cerita baru tapi tak tau nak cerita apa.
dasyat sangat ni.

permulaan 2016 yang baik.
macam some of u guys know.
tahun ni aku, filla n elly keluarkan produk baru lagi.
keluarkan lip cream pulak.
kali ni tak keluar under Ellfie. keluarkan jenama baru Fame Cosmetics.
meletop2 je jualan.
sebagai pemegang tugas khas type consignment note.
memang seminggu macam sotong tangan aku menaip 100++ sehari.
gila start type kul 10 pagi.
kul 4 petang baru siap type semua nama n alamat.
rehat la kejap makan dalam sejam.
2 color dah sold out. tinggal 3 color lagi je. pun soon licin tu. Alhamdulillah.
takpa..soon nanti new batch sampai.
thanks uolls support venture baru kita orang. :D

minggu depan i amik cuti. :D
tapi kau boleh? nak cuti tapi hati tak tenang?
sebab tau hari2 busy. macam tak sedap hati nak cuti. hahah.
yes, i'm crazy like that.
tapi ni nak cuti uruskan beberapa hal penting.
ok cuti sebab cuti la. tapi alang2 cuti mari la buat benda tertunggak.
kau mampu kawin dekat 4 tahun, tapi aku tak pernah register kat jabatan agama islam. huhu.
apa surat kadi bagi tu. aku still pegang surat tu.
so mari la kita buat ye moling.
kang senang kalau nak beranak ada surat nikah.
not that aku mengandung pun..just incase. hahhahaa

lagi apa eh nak buat?
ok maybe boleh spring clean rumah.
matiklah bosan gila percutian aku.
takpa la. janji i leh tido macam starfish bangun lambat.
pastu layan movie sampai pagi ke. wooow lama tak buat aktiviti tu semua.
ni kata aku la.
silap2 nanti aku cuti 1-2 hari buat urusan. then aku masuk kerja balik. keh keh.

bagus weyh kerja ni.
jimat bil elektrik kak jah.
hari tu bil elektrik sampai rumah rm40+ je. wooow amazing ni.
ye la abis ada rumah mesti dah lewat malam. then pagi dah keluar kan.
40+ tu pun sebab guna malam time tidur je.
n siang bukak la kipas 1-2 utk kekucings2.

eh ok la. nak sambung buat kerja.
banyak order nak buat ni.
aku type entry ni tadi pukul 10ish am.
tetiba ada pulak appointment itu ini.
then gi makan.
ni balik makan baru sambung.

see kak jah kata kak jah busy korang tak caya.
very the wanita bekerjaya sekarang ni. hahaha puiiii.
bye-bye bebeh.
i nak siapkan kerja2 yang ada.
tata titi tutu

Expose Mistik : kena peluk

Assalam Kak Peej,

Nak share cerita yang jadi kat saya masa tengah berpantang. 

Saya bersalinkan anak saya 28 September 2015.
Mule2 berpantang dekat rumah kakak ipar kat Putrajaya.
Seminggu la dekat sana.
Then, sambung pulak berpantang kat kampung saya dalam sebulan gitu.
Lepas suami saya amik dari kampung, suami saya bawak balik saya gi umah akaknya tadi yang dekat Putrajaya tu..untuk sambung berurut dengan mak mertua saya.

adalah satu pagi2 morning ni, dalam pukul 5 pagi gitu, saya bangun pam susu sebab anak saya tak boleh bf masa susu bdn tengah penuh. sat lagi dia tersedak. sambil pam-pam susu tu saya pun pandang la ke beranda sambil terbayang, ni kalau ade tetibe bertenggek bende duk tengok aku pam susu ni nak rase ape ek..takut ke buat bodo ke cane.. *saya memang suke imagine bende bukan2..pastu gelak2 sendiri dalam hati--cam gile je kan..huah4*.
kenape sy pikir camtu? sebab rumah apartment kakak ipar saya tu memang pernah ade kes bende2 berterbangan ni. 
tu yg otak saya pun mule la pikir bukan2. 
setiap hari lak tu..haha *saya tido kat ruang tamu, memang ngadap beranda la. langsir jenis jarang2 yg boleh nampak luar*

lepas dah abes pam, saya baring la kejap sebelah baby.
mengiring pandang baby sbb nak tunggu dia gerak2 sebelum bg susu.
time tu la jadi...
suasana nye macam mimpi..
biase kalau jadi gini, mesti suasana separa sedar kan.. macam mamai2 gitu..
baru sekejap saya baring, saya nak bangun amik baby.. tapi xboleh nak gerak..
saya pun bermonolog

'eh..kenapa aku xleh gerak ni?aku tengah mimpi ke..
nak kata mimpi, baru je baring koooottt..'

pastu rasa macam ade orang baring belakang saya

'sape belakang aku ni? takkan la budak2 ni tido peluk aku pulak..'
*budak2 tu adelah anak2 kakak ipar saya*

'eh...tak logik2..tadi aku tengok dorang tido jauh daripada aku. xkan la boleh golek2 sampai sini.
erm... abang kot.. *abg tu suami saya le..hehe*. suwitnye peluk dari belakang..'

ceceh....berangan la kan laki sendiri peluk dari belakang.. nak la pusing tengok..
tapi tak boleh nak pusing kepala. pastu terfikir lagi,

'eh kejappppp....bile masa pulak laki aku datang sini. kan dia kat umah'

fyi, suami saya tak tido kat umah akk dia. disebabkan waktu kejadian adelah weekdays, dia tido kat umah sewa kitorang. dekat sikit dia nak pi keje.

'Ah sudah! adelah ni.. mengiring pun kene gak ke.. hampeh punye setan'

tenang nye saya...hahahaha.. sebab tak nampak muke kan.. berlagak la..

then saya pun baca ayat qursi dalam hati, sebab nak baca kuat2 xle..
bile baca tu, terasa vibrate panas2 kat belakang saya, esp kat tulang belakang.

tapi masih tak boleh gerak..
baca pulak allahuakbar banyak2 kali..

dalam suasana kunun2 nk gelabah tu, sekilas saya nampak ade tangan dekat pinggang saya..
tapi samar2 sebab saya tak pakai cermin mata..
dari kesamaran tu, nampak le mcm tangannye kaler hitam, jarinya panjang2..
berbulu ke tak tu pasti...hanya orang rabun saje tau macam mane nak paham bende yang kabur2 ni.. haha
beriye la ni saya kecik2 kan mata nak pastikan betol ke tangan yang saya nampak ni..

masa tu pikir jangan la anak aku terjaga.. takut kang dia menanges, saya tak boleh nak gerak amik dia..
mata saya tengok je baby kot2 dia terjaga ke kan..

allahuakbar tak putus2 saya sebut..dalam hati la..

tapi rupenya, anak saya tu la penyelamatnya..
once dia gerak je, saya terus boleh gerak..
and saya dukung baby cepat2..

beberapa minit lepas tu, akak ipar saya bukak lampu ruang dapur untuk kejutkan anak2 bangun pegi sekolah.

saya pulak terus bagi susu kat baby..haha
mule2 tak seram... tapi baby kan suke pandang mane2 ntah, tetibe sengih..
tu biase... tapi masa tu kire baby saya ni dah boleh sengih2 bile tengok muke org... jarang dah la nak pandang dinding saje2 pastu sengih..

Sambil bagi susu tu, saya sembang la dengan dia.. dia tengok je muke saya mule2 tu.. sambil nonen dgn bersungguh2.. 

tibe2, dia pandang siling kat belakang saya dengan matanya membulat gitu, stop isap nonen.. macam perhatikan sesuatu, pastu senyum2..choiiiii...
time tu bulu roma saya terus meremang...
saya duk tutup mata dia pun, nanti dia pandang balik tempat yang same..
pastu saya bior je la.. sengih2 xpe.. jgn melalak..haha

pagi tu, saya pun wasap suami saya cite pasal bende tu. 

bila dia dtg tgk ktorang, dia cite kat mak nye.. 
lepas malam kejadian, mak mertua saya ajar kalau baby tengok camtu, selawat sambil usap2 kat kening baby. 
balik kg suami, dapat air tawar.. heh4

tu je..xseram mane pun... hehee

-syarifah-

Matte Lip Cream by Fame Cosmetics dah boleh dibeli.

Alhamdulillah, today tarikh 5 Januari 2016, Matte Lip Cream by Fame Cosmetics kini di pasaran.
Secara rasminya, korang dah boleh beli start from now.

Ada 5 color yang boleh dipilih.


Lawa kan? Favourite color aku adalah Nude and Desire. Poww..poww..
Percaya tak ni la first time aku pakai lip cream.
ingat leceh rupanya senang aje.
Matte Lip Cream by Fame Cosmetics ni texture dia sangat 'creamy' time sapu tu. 
Biarkan Lip Cream ni set dalam few seconds macam tu, then dia akan jadi matte. wahhh suka sangat ni.

5 warna yang menarik yang korang boleh choose from.



:: Code - 001 Candy ::


:: Code - 002 Nude ::


:: Code - 003 Desire ::


:: Code - 004 Party ::


:: Code - 005 Fucshia ::

Untuk yang asyik la tanya harga berapa.
Haaa akhirnya persoalan korang terjawab.
Jangan risau..Matte Lip Cream by Fame Cosmetics sangat mampu milik. 

Harga :
RM29


Postage :
RM6 (Semenanjung Malaysia)
RM10 (Sabah & Sarawak)

* Beli 5, FREE POSTAGE


Cara untuk order?
Whatsapp : 013 - 376 0466


Jangan lupa Follow untuk more details or any updates.

Instagram : fame_cosmetics

Facebook : Fame Cosmetics HQ