Instagram : @peejburhan

hampir berakhirnya 2016

sekejap je dah nak berakhir 2016 kan.
in few weeks je kita nak masuk 2017.
tahun yang membawa seribu satu makna untuk aku.

sibuk memang sibuk. tapi sibuk yang berbaloi.
ada rasa happy.
ada jugak rasa tak larat. ada time yang rasa sangat depress n down.
tahun yang aku bergelar ibu.
tahun yang aku rasa pengorbanan aku sangat tinggi.
sebelum ni berkorban banyak dari segi wang ringgit dan keinginan diri.
kali ni berkorban masa pulak.

takda lagi istilah masa untuk diri sendiri.
penat rasa nak jerit kadang.
but then again, Allah takkan bagi sesuatu yang kita tak boleh handle.
no more leisure time. dah lama tak keluar lewat malam.
lepak karaoke, lepak tengok wayang ke apa semua.
kat rumah nak online layan tv series n movies pun takda masa.
sebab by the time free aku dah terlalu penat n tidur.

hannah memang kurniaan terindah dari Allah SWT.
bukan untuk aku suami isteri je.
tapi untuk semua family aku.
she is such a lovely baby.
takda meragam. takda menangis ke apa.
elok je semua. tidur pun elok takda bangun ke apa.
bangun pun terus senyum n ceria.

Insyallah minggu ni masuk 4 bulan dah dia.
kejap je rasa. daripada sekecil tapak tangan orang kata.
sekarang kus mangat bukan main. tak larat mak eh nak duduk selalu.
dah taknak baring sangat. lebih suka duduk or meniarap.

baring pun tinggal kejap je tau-tau dah 2 meter dia bergerak.
tidur dalam kelambu pun, tetiba tengok elok kelambu kosong. dia dah jauh daripada kelambu.
hahaha comel.
sekarang ni tu je la hiburan kami sekeluarga.
melayan telatah dia.

aku memang banyak share pics dia kat Instagram aku.
banyak sangat sampai kadang segan nak share nanti orang meluat ke apa. hahah.
so kita share instagram stories je.
so mohon la korang follow ig aku ye. https://www.instagram.com/peejburhan/
sebab aku tak kuasa nak upload pic kat sini.
n serious korang...aku rasa zaman blog dah krikk krikk krikk sangat. hahaha.
rasa nak tutup blog pun ada.
sebab terlalu lama blog ni. banyak sangat kisah2 yang lama terkubur.
serta pics dpd zaman jahiliah dulu. nak delete jenuh weyh.
nanti aku carik la cara nak buat.
tapi hati itu sudah tiada.
so siapa yang nak ikut cerita cerita kak jah melalui instagram or fb je la.
fb pulak terlalu banyak orang add friend.
aku sampai tak larat nak approve.
so andai kata korang masih tak di approve bawak bersabar la ye.
tak sanggup.

semakin lama semakin tua ni semakin buta i.t lak rasa.
dulu kemain hebat aku buat layout blog sendiri pun aku terel.
now nak tukar apa pun tak tau.
aku nak tukar dah header blog ni. tapi since template ni orang buat.
sumpah aku tak tau kat celah mana nak tukar. hahah macam mana tu?

rasa macam ada bermacam benda nak cerita.
tapi bila dah type ni, tetiba aku macam tak tau nak cerita apa. haha.
apa benda nak cerita yea? macam takda apa yang menarik je nak cerita.

ihhh teruk sangat otak ni.
otak aku 3 segi je pusingan dia.
business, anak, family. lain daripada tu takda pikir.

ok la tetiba kak jah blur tak tau nak celoteh apa.
n tetiba teringat kerja yang perlu di uruskan.
semoga sempat berjumpa lagi kat blog ni di tahun 2016 ye.
kalau tak jumpa la kita tahun 2017 nanti. kah kah kah.


3 Comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said... [Reply to Comments]

cepatnya berakhir baca Kak Jah tulis

Munirah Taufek said... [Reply to Comments]

seriously I still baca ur blog. Been a silent reader tapi still baca bila bosan type je juga peejburhandotblogspotdotcom so actually x krik krik pun arena blogging ni

Nur Aishah said... [Reply to Comments]

peej.. mana2 pun kerja..mana2 business pun PASTI ada prob. Eh tak apa2 sgt ni dik.. Jgn down, terus2 jgn toleh belakang. Akk tak pandai nk cakap mcmna..tapi akk feel u and ur friends.. jgn putus asa ye... Akk mula2 dpt tau sakit CA stage 4 pun rasa gelap gelita dunia, tapi sbb ada orang2 baik2 disekeliling kita, kita bangun, terus bangun dan terus bangun...sorry walau cerita sakit akk takde kena mengena.. tapi ambillah mana2 kekuatan buat kalian jadikan pedoman.. igt Allah uji sbb Allah sayang, dalam berbiliion2 manusia, Allah nampak kita. Allah pilih kita... Allah satu2nya tempat bergantung ..bkn mereka2 yg menyakitkan. Be tuff.. touch the sky!

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...