Instagram : @peejburhan

Expose Mistik : di peluk lembaga hitam

Hi Peej!

Amacam, gempak tak tajuk? Mih mih mih...

Aku pernah hantar expose mistik few years back.


Ok straight to the point.
Benda ni berlaku malam Isnin lepas. So sebelum aku terlupa jalan cerita mari ku kongsikan disini.

Ceritanya, aku terlelap awal dalam jam 9pm macam tu. 
Tapi terjaga lebih kurang jam 1pm sebab haus (and nak terkench)
Selesai menunaikan hajat, aku pun baring nak tidur balik kan.
Dalam pada aku nak cuba tidur tu, tetiba aku rasa badan ni kena peluk.
Terbuka luas terus mata aku! 
And biasalah kalau terjadi macam ni memang tak dapat buat apa.
Badan keras kejung nak gerak pun tak boleh. Nak jerit pun suara tersekat je.
Perlahan2 aku dapat rasa aku macam tenggelam ke bawah.
And aku dapat nampak seimbas lalu yang peluk aku tu macam figure berwarna hitam.
Memang tak nampak jelas sebab dia macam silhouette gitulah but still boleh nampak. 
Aku try baca ayat Kursi tapi tersekat sekat. Beberapa kali aku cuba still x boleh.
Until ada suara bisik kat telinga aku suruh aku bertenang and cuba recite balik ayat kursi perlahan2.
So aku tutup mata (struggle jugak nak tutup mata sebab tak dapat tutup..nak kelip mata pun tak boleh) and try recite sekali lagi.
Demi je aku baca ayat kursi yang pertama 'Allahulaa ila ha illa huwal hayyul qayyum...' serta merta terasa panas kat tempat yang kena peluk tu.
Aku teruskan baca sampai ayat akhir 'wala ya 'udduhu hifzuhuma wahuwal aliyul aziim' baru terasa takde dah kena peluk.
Sepanjang aku baca ayat tu panas jangan cakaplah. Membahang!
Sampai aku berpeluh peluh.
Lepas tu aku tukar baju semua and baca ayat 3 qul sebelum sambung tidur..alhamdulillah takde apa dah.

Nasib jugak aku ni bukan kategori penakut melampau.
Kalau tak maybe berjaga je sepanjang malam lepas kena tu.


Ok itu je. Harap sudi publish :)


Thanks Peej!


Linda

0 Comments:

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...