Instagram : @peejburhan

Murah rezeki Hannah K

ramai dok tanya nama penuh Hannah.
sebab aku dok guna hashtag HK untuk nama hannah kan.
tapi aku tak rasa nak share nama penuh dia. kah kah.
boleh ke macam tu?
siapa tau tu tau la yea.

pemilihan nama dia pun kelakar jugak.
aku ye-ye dok pening nak pilih.
si filla ngan selamba cakap, tu tak penting.
kau ada masa sebulan untuk pikir nama,
oh ye ke?
then ok la.

sekali dalam masa sehari kena pilih ok.
if tangguh, tertangguh la nak keluarkan surat beranak.
tampor kang filla ni.

dah la pilih nama pun drama.
yang mak aku kemain cakap nak bagi nama Nur Amberlyn.
woooow kau ingat anak aku ni berketurunan omputeh nak amber bagai.
yang lagi aku kemain nak letak nama Eva Elayna.
ewah ewahh ewahhh.
feeling sangat dorang ni.

aku punya la dok google nama dengan makna yang baik.
bersengkang mata aku.
sebab kata dalam sehari kena pilih nama kan.
aku nak pilih nama Naema Helena.
tapi Mr B tak suka.

dia dah la asal dia pilih nama semua ok.
bila yang aku pilih memacam dia kondem.
takleh ja nama dia ni, berat ni..dia akan kena sakit buah pinggang kalau nama ni.
nama ni takleh ja..nanti budak ni tak elok ngan nama ni.
e elehhh poyo macamkan kau ahli tilik pulak.

pastu dia bagi semua suggestion nama ala2 omputeh.
tak suka ok.
memula aku nak letak Dahlia. klasik n seketul je nama.
pun di tentang hebat. eiiiiiii..semua takleh la.
nanti laki aku cakap..u pilihhh laaaa.
tapi bila aku pilih dia object.
last-last macam semua dia pilih. heyyyy mana bolehhhh!!!

so aku jumpa nama Hana.
memula nak letak hana. tak ingat pulak nama hana tu apa makna.
then aku nampak Hannah. Hannah means kasih sayang.
yesss that i like.
then tanya semua orang..semua kata ok.

ok so tugas nama kedua laki aku pulak pilih.
menyirap jugak as usual semua nama ala omputeh.
tak pun dia main2 je nama kedua tu.
then mintak tolong ayol.
pun menyirap gak tu.
nama yang dia suruh aku google semua nama artis indonesia.
luna, ratna, dewi, rossaa...eiii mata ke atas sangat.

then around 3ish am macam tu baru datang nama kedua hannah tu.
datang dari Mr B
ikutkan Mr B nak lain la. berbunyi omputeh. dia kan poyo.
then aku tengok maksud. aku tengok maksud nama tu ialah sejenis bunga.
then aku tengok ejaan yang di melayukan.
aku jumpa maksud kesempurnaan.
niceee. better la kan.
then noy lak kata. tak sedap nama dedua perkataan ending huruf H.
so aku carik lagi. jumpa sebutan nak sama. tapi maksud lebih baik.

so nama hannah bawak maksud, kasih sayang, rezeki tanpa kepayahan.
suka sangat maksud yang kedua tu.
sebab tu la yang aku rasa dengan hannah. Alhamdulillah.

tapi stress jugak la aku, laki aku ni kan bab nama kemain payah nak ingat,
dia yang pilih nama kedua tu.
tapi tetaplah asyik salah je sebut nama.
bila aku tanya nama anak kita apa?
nanti dia jawab, "hannah kamisah", "hannah karina"
last2 dia stress dia kata hannah markonah..
tu lekat kadang kita orang panggil hannah si konah.
sebab daripada hannah markonah tu la. hahaha.


:: throwback lil hannah on Aidiladha ::

memang macam nama dia. rezeki dia pun murah sangat.
aku memang tak perlu shopping apa sangat.
banyak orang bagi,
aku rasa masa memula tu aku beli 5 helai je baju hannah.
tu pun elly paksa sebab elly kata kena la ada baju beli sendiri. ok fineee.

lain-lain baju dia sampai ke la ni aku takda beli rasanya.
mostly adalah orang bagi.
eleh duduk rumah je pun xyah nak over sangat yea. hahah.
noy pun penggila shopping dia dah beli baju untuk hannah mau sampai umur 6 bulan.
untung kak jah. mengurut nafas lega.
actually ada pics barangan orang bagi. aku snap.
tapi bodoh sangat pc office ni aku cucuk phone.
dia tak detect semua pics.
so abaikan.

selain baju2 segala.
kakak ipar aku siap bagi baby cot n carseat lagi weowww.
hahaha. siap ngan bedding set semua la.
tu aku pasang kat rumah aku.
filla pun banyak bagi, tommee tippi eh macam mana eja? hahha.
haaa filla bagi bottle sterlizer la, bagi bath tub baby.
bagi rocker fisher price la, baby carrier la.
paling kong jaq pompuan tu.

aku tanya dia pasal stroller.
aku tanya pasal perlu ke beli?
dia kata depends anak. macam anak dia aleesya taknak langsung duduk stroller.
so aku tanya niat nak tau perlu beli ke tak.
sekali filla, "so apa ni? stroller pun kau nak ke?"
hahhaha tumbuk kang. takdaaa la..orang tanya la.
sebab i ibu muda. eh silap..ibu baru..mana la tau

tolonglah pendek kata kak jah keluarkan duit sikit2 je.
kawan aku pedd pun banyak bagi baju prelove anak dia.

ramai close friends n family members datang pun bawak hadiah untuk hannah.
murah rezeki budak tu.
baru bape hari siap dah ada gelang kaki mummy elly dia bagi.
tapi tunggu besar kita pakai yea hannah. haha.
Alhamdulillah duit pun banyak dia dapat.
tu nanti i nak buat untuk aqiqah dia.
nooo aku takkan buat majlis. im not a majlis person.
cukup aku buat apa yang wajib je yea. gituh.

so kita aku keluar duit sikit-sikit beli keperluan yang lain je la.
contoh nak tilam n bantal elok sikit. so beli la.
beli baby cot murah2 untuk letak kat rumah mama.

then dalam hari kan hannah tidur meragam.
aku sampai darah tinggi la tak cukup tidur semua.
datang office memang lambat or if cepat pun, lunch aku taknak keluar.
aku tidur bawah meja office. sleep deprive sangat.

so elly kata meh office hadiah something for hannah.
wooow. that i like.
so elly suruh aku beli mamaroo tu.
rasa macam baziaq je. mahal woii.
elly kata takpa. senangkan hidup kau nanti.

so di sini aku nak bagi tau korang.
takyah la korang nak rasa aku poyo2 beli barang mahal ke apa.
harap maklum aku tak suka je bazir.
so aku akan search for barang prelove.
kau guna je la hashtag kat instagram tu. apa je kau tak jumpa.
semua ada.
so mamaroo hannah tu aku adalah barang prelove n hasil sumbangan company. :)
memang office ni kalau staff dapat anak dapat sumbangan. gitu la.



n some kata benda tu tak guna la. anak taknak duduk.
so far hannah ok la.
aku letak atas tu. bagi puting. memang tau-tau tertidur je dia nanti.
senang kerja kak jah.
maybe jugak sebab hannah 2-3 minggu aku dah bagi duduk situ.
so dia ok.
maybe kalau anak kau dah besar sikit baru nak letak. so dia taknak.
n lagi tips. jangan la dia nangis sikit je kau angkat.
memang tak membantu la. dia tau nanti dia nangis akan kena angkat.
macam aku takat nangis sikit2 tu lantok la kau situ.
takda siapa nak layan. memang lepas tu elok je.

pastu stroller pulak.
aku memang takda plan nak beli dalam masa terdekat.
dah la tak tau nak beli apa.
eiii takda masa nak pilih.
dah la aku ni sejenis suka research sebelum beli.
macam aku beli camera aku akan tengok perbandingan mana best.
beli phone pun sama.
beli segala benda la.
aku tau aku kena buat benda sama nanti.
i takda masa ok.

sekali kawan aku ice cakap nak tak beli prelove stroller anak dia.
wahhh that i like.
harga mahal2 dia bagi i murs je.
dah la elok lagi semua. dia kata dia tak guna sangat pun.
n aku tau tahap cerewet ice tu. aku tau mesti dia pun sejenis suka research.
aku tau akan akan yakin ngan pilihan dia.
dia bagi aku link apa semua.
tapi sifat researcher dalam diri aku yang menebal ni.
aku tetap tengok gak hasil kajian terhadap stroller yang aku nak beli ni.
so i puas hati. baru i proceed.
see see see...
kak jah semua beli barang prelove je yea uolls.


comelkan.
sesuai la ngan kereta kecilku.
dah la masa ice nak ajar ni, dia nak ajar Mr B.
aku dah macam, tak perlu. ajar aku je,
sebab aku tau lelaki bab2 ni fail.
sebelum dia fold n bukak sampai ranap benda ni.
biarlah aku je uruskan. hahaha.

mak aku stress tu.
segala batang mop, penyapu rumah mak aku patah laki aku kerjakan.
kegilaan apa tah dia tu.

so anyway, same goes to diaperbag ni.
aku upload tadi kemain orang dok kata fuiyoo skiphop..skiphop.


kau takyah nak fuiyoo sangat.
aku bukan tau jenama-jenama ni semua.
janji boleh guna n practical sudah.
sebab dah 2 kali aku gi klinik aku letak barang hannah dalam paperbag je.
miahahahaha.
cukup baik tu. ada aku pakai bakul pasar je nanti. senang.
so takleh la. kena beli yang proper.
ada slot nak selit sana sini.
sebab aku pakai handbag aku stress tengok benda bersepah n tergolek2 dalam handbag.

tapi tu la. takda masa nak membeli belah la.
aku tau orang macam aku ni kena beli online je semua.
tapi tu la..tak tau nak tuju mana.
n nak beli jenis apa pun tak tau. kah kah.

sampai la 2 malam lepas kawan noy bg tau aku pasal bag ni.
prelove. yesss i like prelove uolls.
sebab benda elok n harga berganda murah. "mengapa bayar lebih?" hahahha
so lelaju i pm orang tu. tanya ada lagi tak.
dia kata ada. n tadaaaaaa.

so kirahnya. kau jangan tanya aku gak mana aku beli ke apa.
sebab aku mengharapkan orang bagi tau n cakap bagus.
so mana mampu i beli.
mana tak i duduk diam2 dulu. keh keh.

ni ramai menghasut aku beli itu ini kat mothercare.
aku taknak.
aku belum jejak lagi kaki ke sana.
sebab aku tau aku akan menggila nanti.
kedai baby kat mall sebelah office ni pun aku mereka-reka nak beli memacam.
ni pulak nak nak masuk tempat berhantu macam tu? eiii seram.
dan aku sedang cuba elak follow ig segala macam barang baby ni.
cukup la aku follow satu je.
tu pun tetiba hati berdebar-debar n terasa "hannah" memerlukan ini. kah kah.

tapi tu la.
ni laki aku duk hint dah ni.
asyik nak keluar jalan bawak anak dia je.
ye la semua dah lengkap kan.
aku dok tangguh je ni.
sebab is seram panjang langkah nanti.
pastu kalau pergi ngan dia lagi aku bengang.
dia tu lagi la semua benda cakap kena beli. tak suka tau.
eeeeiii bahaya bahaya bahaya.

tapi siap anak aku tu terperok je.
kena bawak keluar la.
sebab hari tu pergi klinik pun kemain muka terkebil2 suka tengok pemandangan.
ok mungkin kita leh cuba keluar weekend ni. we see how ye hannah. hahah.


ok tu je.
nanti aku update lagi.

p/s : aku dah berhari nak menyiapkan entry bali tak siap2. haha. patut leh siapkan ni.
sekali ada pic macam tertinggal je. tp pc ni bangang takleh detect pic. tunggu aku balik n mengadap laptop la ye. which is bila la tu uolls???


6 Comments:

farah said... [Reply to Comments]

Panjag entry ni...suke2!..Jdnye ape nme second hannah K kak peej

yana2605 said... [Reply to Comments]

nnt sharing2 lg ya psal hannah nie..ank kita lebih kurang jer..beze sebulan 2..wpun nie ank i no 2 tp still gk byk benda yg tak tau..huhuhuhu.. sbnarnya cuaca skrg risau jer nak bwk baby kuar..yer la jap panas la..jap hujan la.. tp sian lk kt dia memerap je kt umah..jd mak2 nie byk benda kena pkir kan.. yg pling best bila ank tu dlm proses membesar ada jer benda yg mencuit hati..

zulaikha said... [Reply to Comments]

Hannah Khalilah ke kak Peej? ;)

awliya said... [Reply to Comments]

Peej apa nama hannah yg ke 2.. takde bgtahu pon. Ko ni ��

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

haha biasalah tang nak fikir nama anak tu mmg nak yang terbaik & membawa maksud yg baik. nama amberlyn tu mmg mat salleh sgt haha, tp sedap nama dia. skrg mmg trend kot bg nama anak mcm nama omputih. mcm nama anak2 kwn2 sy; audrey, andre, rafael dan macam2 lagi.

ha a stroller ni mmg tgk bdk. utk sy, perlu. lagi2 kalau bdk2 dh besar and berat sikit. kalau bwk jalan2lah. kalau tertidur ke apa senang ada stroller. time kita nak makan pun senang. murah rezeki hannah. semoga membesar dengan sihat & happy ^^

Ct said... [Reply to Comments]

Hanna Khalila? kan?
#HK
:)

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...