Instagram : @peejburhan

Ish menakutkan la dia ni.

Kejap je Hannah dah masuk 2 bulan.
so pergi la untuk her second month jab hari tu.
untuk 1st month tu aku pergi ngan noy.
tapi noy tak sihat hari tu.
so aku suruh Mr B teman aku.

Ramai pulak tu kat klinik.
last time aku pergi tak ramai macam tu.
dah la Hannah boleh tahan berat sekarang ni.
hari tu timbang dekat 5kg dah.
patut la lenguh n cramp tangan kak jah kalau kendong dia sekarang.
tapi aku still pelik kenapa laki aku relax je. tak kenal erti lenguh.
dia boleh relax kendong 2 jam sebelah tangan pun no hal.
aku memang tak larat la. aku letak atas peha je. kah kah.


lama jugak menunggu almost 3 hours baru sampai giliran.
bermacam jenis orang la ada situ kan.
aku ok je la.
tapi laki aku tuuuu. oh em geee im so stressss....
mulut takda insurance sangat dia tu.

kau tau la kat sana macam-macam jenis orang ada.
ramai la jenis speaking kemain.
yang laki aku dah start.

him : e elehhh..dan dan semua nak cakap omputeh. padahal kat rumah cakap melayu je.

me : biarlah.

him : dan dan la "come inside..come inside"

me : hishhhh....

pastu dengar la kat tepi ni ada sorang mak beria sembang ngan anak.

woman : show meee no 1. show me number 4. goooddd. show me blue colour.

tapi memang dia je bercakap. anak dia tak jawab apa la. anak dalam 2-3 years gitu la.
aku diam je la. suka dia la.
laki aku lak menyirap.

him : hannahhh..show daddy number 4. haaa tengok jaaaa. pandai anak kita. sambil tidur dia jawab..pakai jari je. i tanya dalam tidur pun jari dia bergerak tunjuk no 4. pandai anak daddy ni.

me : hahahaha. diamlah u.

him : betul lah.

eiiiii dia ni. menyirap la aku.
dia cakap tak kuat macam perlahan la suara.
masalah suara dia jenis besar. dia punya perlahan tu pun aku rasa orang boleh dengar.
sebab tu aku tak suka tau bawak dia ni. semua nak kondem.

pastu ada sorang bapak ni pun beria cakap omputeh sana sini la ngan anak dia.
laki aku kemain panggil aku juih2 mulut tunjuk kat aku mamat tu.
hoiiii dia ni. rasa nak tumbuk. jangan laaaaaa...nanti orang tu perasan kang macam mana?

him : "anak meddy tu mido kee?" Hannnahhh..daddy cakap melayu je ngan Hannah tau..manja daddy ni. tak pun kita cakap minang tau.

me : yanggg dah laaa. hahaha

him : cakap minang je. kita orang minang tau Hannah. "wa ang tiduo?"

stress ke idookkk? stresss kannn.
tu takpa..tu takpa..aku rasa dah semua kecoh nak cakap english..
ada sorang bapak ni ngan anak dia..anak lelaki dalam 2 years macam tu.
dia pun kemain tetiba nak speaking ngan anak dia. hahahahahaha

sambil dukung anak dia.
dia tunjuk la wall paper macam lukisan carton2 kat dinding tu.

dad : what is thiss?? what is thissss.
son : wabbit
dad : yesss rabbit.
dad : what is thiss?? what is this?

sambil tunjuk kat pic dolphin yang tengah buat tangan(sirip) thumbs up.
lama dia tanya anak dia. anak dia tak dapat jawab.
aku rasa dia pun tak tau tu apa.
sebab lama dia berpikir..hahaha. mesti dia menyesal tanya. sebab suara dia macam kuat gak la.
tetiba dia bersuara ...

dad : this is "peace yawww"

hahahahaha bodohhhh. nak terbelahak aku.
tetiba peace yawww ala2 AC Mizal kau dah kenapa?
dah la dia ulang2 peace yawww tu. sambil buat tangan peace
pastu dia tengok balik..aku rasa dia baru perasan tu bukan tanda peace pun.
terus tak teruskan aktiviti ngan anak dia. dia duduk.

tak sukaaaaa....
dah la tu bukan peace. dolphin tu sebenarnya buat sign thumbs up.
tabahlahhhh.
maybe peer pressure. dia pun dan-dan nak speaking.
nasib laki aku maintain kemelayuan. kah kah kah.



elok tanda meragam takda apa.
tidur je dia. 
sampai turn n jab.
dia nangis kejap. then ok.
bagi susu ke apa pun taknak.
elok sampai rumah menikmati pemandangan.

aku suka doktor tu la.
sebab banyak gak aku tanya itu ini.
doktor tu punya ayat senang je.

"tak payah dengar cakap orang. ni anak awak, bukan anak orang. nanti awak yang stress. so if orang tanya ke apa lepas ni..jawab je..takpa apa-apa nanti doktor akan bagi tau."

very true.
ye la cara orang jaga lain-lain..
so tak perlu kau expect orang lain kena ikut style kau.
mana yang elok aku akan ikut n try.
kalau aku rasa taknak ikut. suka hati aku la kannn. gitu.

macam dulu memula lahir hannah tak sihat selsema.
some peeps mula la kelam kabut suruh bawak hospital la apa.
bila aku tak bawak macam muka takleh terima.
aku senang. aku refer kat jonet je.
tanya pendapat jonet. walaupun dia bukan pakar kanak-kanak ke apa.
tapi dia doktor n dia ada adik je 7 orang. n now anak buah pun 7 orang. so dia tau.

tapi so far memang apa nasihat jonet bagi..n aku ikut.
Alhamdulillah ok.
macam aku n family aku memang banyak tak tau.
so banyak jugak bertanya.
so aku tanya kat orang yang tau, or maybe yang rapat2. gitu la.

malam lepas kena inject tu hannah demam.
panas gila.
aku bagi dia baring atas tilam nipis tu. aku letak tilam tu kat peha aku.
dia punya bahang panas tu rasa sampai kaki aku.
dia tak meragam. tapi dia takda senyum or sembang ke apa.
pastu macam merengekkkk. tak pun dia diam tapi meleleh je air mata.
sian.



elok malam tu mama dukung baru dia bersuara.
tu pun macam nak mengadu la tu dia demam. kemain sembang ngadu.
sorry la aku tak rajin nak masuk video sini. banyak keroje.
korang yang takda instagram tu...buat2 la bukak ye.
zaman sains dan teknologi ni ketinggalan sangat takda instagram ni. hahaha.
aku banyak share pics n video hannah kat situ la.
kat instagram stories tu.
so sana lebih up to date ye.
sini bila ada kelapangan baru aku buat entry.
tu pun pic tak lengkap n video takda la yea uolls.

Alhamdulillah semalam malam hannah dah ok.
taknak tidur pulak seronok orang semua layan dia. hahaha.
ok tu je.
i nak buat keroje ye. nanti boss i jeling, i takut. :D


9 Comments:

nisa nass said... [Reply to Comments]

Sy pun cucuk anak dkt desa melawati tu k.peej.selalu pergi hari sabtu lagi laaa ramai org!

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

aha ada tgk video hannah mengadu kat tok mama tu. sayunya hihi. alhamdulillah dah sihat bdk kecik ni :D

sy teringat ada sekali tu pergi toys r us.. bdk2 kecik kot, sekolah rendah macam tu. speaking english berhabuk. then mmg selalu kat kedai jumpa parents yg speaking dgn anak2. mula2 kita pun terfikir macam, eh dah kenapa.. cakap je la bahasa melayu kn. lama2 sy fahamlah mungkin sekarang ni byk sekolah/tadika ajar dalam BI. so makpak nak galakkan anak2 untuk belajar dan lebih faham, tu yg diorang create environment bercakap dalam BI tu. apapun reaction ben mmg kelakarlah lahai. hahaha

Megurl said... [Reply to Comments]

Nice entry...

monstorious wife said... [Reply to Comments]

adoyaiii gelak2 aku baca pasal Mr. B. Kelakor sgt. Hannah apesal comel sgt...
Yg benar, Follower instagram.

syalinda johari said... [Reply to Comments]

saya pikir sama macam hubby Peej juga bab mak bapak speaking tu..hahahahahahaa...
boleh gelak depan pc ni haa sorang2...
Baby Hannah shomel....baik... jadi anak solehah ya syayang...muahmuahmuah..sihat2 selalu..aminnn..selalu tgk video hannah dalam ig...sebaya anak saya yang bongsu...

Widad Ridz said... [Reply to Comments]

terhiburrrrr dengan MrB tu ha..hahahhaaha..

Irene Dahayu said... [Reply to Comments]

Semoga peej n mrB bertambah bahagia n murah rezeki dengan adanya Hannah... amin..

vaniella Aisya said... [Reply to Comments]

Peej, arini sy pg klinik tu.. Mmg klinik tu biasa pg n kadang sy layan anak duk tunjuk2 wall tu sebut birddd, butterflies, dolphinnn bagai hahaha speaking gitu.. Tp arini sy duk diam je bwahahahaha sbb teringat cite ben ni ��

Misz Leanna said... [Reply to Comments]

kak peej.. saya SR je kat sini. just nak share, lepas baby kena inject, balik umah tu akak terus tuam dengan air suam2 kuku kat tempat injection. tuam tu supaya tak bagi tempat inject tu bengkak. kalau bengkak, nanti baby demam. anyway, congrats kak dah ada baby skang..

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...