Instagram : @peejburhan

Gift from Allah

Sorry lama menghilang. Aku betul-betul takda masa nak mengadap blog.
Siang memang busy ngan kerja.
Malam pulak busy lain n by the time pukul 11 ke 12 aku dah ngantuk gila n tidur.
selalu sebelum ni. around that time la aku spend masa untuk online ke apa.
Ni pun dapat update sebab agaknya penat nau, aku tertidur pukul 8ish pm...
tiduk tak sadarkan diri. terjaga tadi kul 12ish am.
terus tak boleh tidur until now.

Siapa yang follow Instagram n Facebook aku semua dah tau.
So if tak follow tak tau la kot. so meh sini cerita. :D
entry yang follow ig n fb aku kemain berzikir suruh aku buat.
sabarrr ye. i is busy woman.
Antara sebab kenapa i sekarang takda masa nak luangkan beronline ke apa.
like seriously. aku punya tv series or layan movie pun dah lama tak mengadap. tsk tsk tsk.
So kisahnyaaaa...

Alhamdulillah, Allah berikan kami seorang bayi perempuan berusia satu hari untuk serikan lagi perkahwinan aku dan Mr B.
Kehadiran yang memberi seribu makna.
Si comel yang di beri nama Hannah yang membawa makna Kasih Sayang.

Who would have thought yang aku yang tak berapa reti ngan budak ni, boleh uruskan baby. hihi.
Day 1 tengok mama je buat semua.
Mula-mula tu nak pegang pun tak berani. suruh noy pegang semua.
kena marah ngan noy, sebab anak aku..kena la aku yang pegang.
oh emm geee seram tau, so small..so fragile.

then day 2 aku dah boleh mandikan dia ok. sendiri!
fuiyooo tak sangka iolls ada bakat terpendam. ;p
Dah la memula tu mandi cara oldskool pakai pegang je.
Lepas tu baru aku pergi beli tempat baring tu. :D senang keroje.
terus hebat je salin diapers, bagi susu, burp kan semua. fuiyoooo...hebakkk sangat ni.
sampai fam members yang visit pun terkejut iolls leh handle semua tu.
kata aku ni kan rock n keras semacam..tak sangka motherly rupanya. kah kah kah..ehemmm ehemmm.
percaya tak kalau aku cakap aku pernah cium baby tak lebih beberapa kali.
orang cakap la sedapppnyaaa bau baby...aku tak rasa apa2. dan aku tak berapa tau bau baby tu sedap yang macam mana sebenarnya??? hahahha
sebab aku bukan jenis yang tetiba nak geram, pegang or cium2 sembarangan.
tah kenapa. im weird like that.
sebab tu aku rasa ni achievement yang sangat mengagumkan lah. kah kah kah

First night ngan Hannah aku zombie sangat sangat ye.
sampai selfie pun takleh fokus dah muka.
sebab aku tak tidur seharian. n malam pulak bangun every 15 mins.
kata aku sorang uruskan dia. so every 15 mins dia bangun yea.
bagi susu..then minum sikit dia tolak.
bila dia tolak..aku pun stop la bagi.
tidurkan. then tidur kejap 15 mins dia nangis nak susu lagi.
ohhh whyyyyy? nak tidurrrr!!!!
aku dapat tidur 10 mins je..pastu melayang n mimpi macam bunyi siren polis.
rupanya tersedar tu bukan siren...tu Hannah nangis.
menggelupur aku. hahaha.
then around 4.30am aku tak larat dah rasa nak nangis..terus kejut laki suruh jaga pulak.
terus aku tidur.
then 6ish bangun balik sebab tukar diapers. shift i kembali.
pastu tak tidur sampai petang tu. sebab alang2 tu keluar beli barang2 dia sikit mana yang takda.
phewwwww...
Malam pertama tu..kemain menepis2 nyamuk kalau dengar or nampak datang kat Hannah. waahhh rasa macam..so motherly. haahahahha poyo nak mamposss.

Then esoknya dah tau n dah dapat rentak..so dah ok dah takda la bangun every 15 mins. kah kah.
Few days later Hannah sangat la cooperate.
Semua dok puji, baikkknya Hannah ni. Behave sangat. Such an easy baby.
Then datangnya hari Isnin, hari yang aku kena kerja.
Jeng Jeng Jeng..malam tu dia tidur pukul 4am.
tak tau dia meragam apa.
Aku syak sebab dia nak berkendong je.
Sebab laki aku ada sejenis perangai asyik nak kendong Hannah.
Dah pesan banyak kali pun tetap nak buat.
kita orang tak bagi sangat. takut nanti Hannah naik syok, nanti kalau tak kendong taknak tido sendiri.
so memang dia nak melekat sampai la bebetul tidur kul 4am.

Then pukul 9ish am dah kena bangun balik pergi kerja pulak.
Siang mama n noy jaga Hannah.
Then balik kerja shift i again.
N malam seterusnya dia tidur pukul 6 pagi. uwaaaaaaa....
rasa nak nangis penat n ngantuk.
dia memang meragam sebab rupanya taik dia keras. so dia struggle nak berak kot.
memang melalak je la. sampai gaduh la laki bini. kah kah.

huishhhh jaga time dalam pantang memang mencabar minda aku.
macam-macam rasa la ada.
aku terus terfikir patut la orang kata boleh meroyan ke apa.
aku ni pun ada sikit rasa nak meroyan. sleep deprive weyh.
sambil nak bagi dia tidur sambil aku nangis yea. nangis beria-ria.
sebab aku terlalu letih n mengantuk.  terasa macam what did i sign up for??? somebody help me.
Hannah tak tidur malam, siang dia tidur.
Siang aku kerja yea. so tang mana aku nak tidur tu???

Ramai cakap, lepas habis pantang nanti ok la.
aku memang berdoa moga betul-betul la dia ok lepas habis pantang.
Alhamdulillah now memang dia dah ok sangat time malam. wahhh lega mak.
n aku pun Alhamdulillah senang sebab ramai membantu.
i cannot imagine orang yang kena handle sorang tu.
aku ramai orang tumpang geram, sayang n sibuk nak kebek si Hannah.
so aku dapat gak la rest. cuma malam memang aku je la.

laki aku pun banyak sangat membantu.
hoiii dia tu kau jangan..memang dia lupakan terus aku.
kemain dok ulang2 cakap..Hannah kesayangan no 1 la..manja la..bla bla..
abis i??? abis i niii???
dia kata aku no 2 la. sob sob sob.
time tu emo gak la. n menyampah ngan laki sendiri.
memang rasa insan terpinggir sangat. sampai hati melukakan hati i tau.

dah la dia tu poyo nak mampus.
noy suka la pegang hannah.
tetiba dia datang cakap, noy penat tu. meh letak hannah.
aku mcm bengang je, eh biarlah orang nak dukung. nak suruh2 letak kenapa?
jangan nak kedekut sangat eh.
beria suruh letak. aku dah macam e elehhhh.
noy letak la hannah, cecepat dia tutup ngan kelambu
then kita orang lepak kat luar depan.
lepas sepuluh minit dia datang tunjuk phone dia.
aku dah macam apa benda??? tengok bebetul rupanya ada sekor nyamuk mati dia kepit pakai cover hp tu. elok jenazah nyamuk tu terpenyet je kat atas screen phone tu. hahahah
hahaha patut la beria suruh letak. dia perasan kehadiran nyamuk.
taknak anak dia kena gigit nyamuk. cehhh. poyo sangat ni.

selalu eh gaduh. sebab dia melebih2 n merumitkan keadaan.
tapi sekarang sis redha. suka hati uolls la.
aku jenis lebih relax, dia jenis melebih2. suka hati la.
janji hannah bahagia.

tapi if aku takda kat rumah beberapa hari sebab kerja ke apa.
mama kata memang 80% Mr B akan jaga,
dia takda menyusahkan mama.
now dia memang boleh if mandikan hannah, pakaikan baju, bagi susu, bagi burp semua.
paling expert bagi Hannah tidur.
so time nak tidur memang aku akan suruh Mr B yang buat.
hebakkk sangat. memang elok Hannah tidur. mih mih mih.

tapi sis kena redha.
kalau apaknya jaga. budak tu baju pink, stokin oren, mitten warna hijau.
tak pun tetiba booties dia pakaikan kat tangan budak tu. tolonglahhh kelakar. hahahha.
sis tabah. kadang sis tak tabah sis bebel gak esp kalau dia tu budak tu ekkk sikit je cecepat dia dukung.
aku cakap la...ni ringan boleh la..nanti dah berat rajin ke nak kendong?
dia jawab, "sampai hannah 40 tahun daddy akan dukung hannah tau."
hahah tolonglah pitam aku ngan laki aku ni.

Hannah ni memang anugerah paling indah dari Allah untuk family aku.
untuk semua orang.
boleh nampak semua happy n mengadap dia je.
mama daripada tak sihat kemain lupa terus sakit2 dia.
sikit nanti dia ready je kat tepi suruh pass hannah kat dia.
noy paling suka jugak sebab dia kan suka baby. so dia tersangat la rajin layan.
hannah pun kemain happy nampak aunty noy dia.
ayol pun sama. sampai berkali tersasul nama anak aku ngan nama anak dia.
kau dah kenapa??? tumbuk kang.
p.g pun sama.
seronok tengok asal hannah nangis nanti ada je tukang dukung dia.
abang2 aku pun semua dah boleh handle. :D

aku je kurang dukung ke apa.
dorang pun perasan.
aku cakap takpa la. korang layan la.
sebab malam memang selalu ngan aku.
n nanti aku akan layan dia setiap masa yea membesar tu.
so sementara dalam hari kat rumah mama tu, biarlah la korang puas-puas kat situ.

ni la kesayangan pengarang jantung semua orang..














aaaa sayang sangat ni. geramm rasa nak penyetkan.
she is such a blessing.
mohon semua doakan yang baik-baik untuk hannah.
n doakan jugak aku n suami dapat jadi ibu bapa yang baik dalam membesarkan dan memberi kasih sayang kat Hannah. Insyallah. Aamiin.

ok la..tu je buat masa ni. nanti senang i cerita lagi. terlalu banyak kisah menarik nak share. hihi.




28 Comments:

fieza9 said... [Reply to Comments]

Hannah K means Hannah Kardashian ke camne? Hahah.
Congrats! Such a lovely baby. Ada dimple! Cuteee mashaAllah.
Just fyi, ignore if u already know. Baby 0-3m cepat kembung. Try guna botol susu anti colic. Kalau brand TT ada siap ada sebatang sensor dlm botol utk tau susu panas ke x. Blue is safe, pink is too hot for baby. And kalau dengar dia mcm ada kahak, ada yg cakap itu balance air ketuban, im not sure. Boleh try lemon bath setiap kali dia mandi, it works insyaAllah

Seri Kandi Tanah Jauhar said... [Reply to Comments]

adoilaaa.. kesian pipi Hannah kena picit.. hoho..

Hannah.. memang sesuai namanya kerana merapatkan kasih sayang seisi keluarga. Semoga membesar dengan sihat dan jadi kebanggaan mummy dan daddy okey cayang

Ida said... [Reply to Comments]

Oh peej..bergenang air mata baca entry yg mmg ditunggu2 ni. Am so happy for u! In sha Allah, Hannah akan menjadi anak yg baik dan solehah, menggrmbirakan hati mommy n daddy selalu

mrs kayrul said... [Reply to Comments]

Kak Peej..hannah comel sgt...

blasahje said... [Reply to Comments]

tahniah peej... comel sgt si kecik tu

haslina rusli said... [Reply to Comments]

kak peej.. bapak2 memang poyo slalu lebih2kn anak.
moga kebahgiaan memancor2 utk akak sefamily.

Fara said... [Reply to Comments]

blanje satu selfie peej dukung hannah plzzzzz..

Yana said... [Reply to Comments]

MasyaAllah.. Comelnyaa.. InsyaAllah both of you akan jadi ibu bapa yang baik asalkan kita ikhlas dan sayangkan baby comel nie.. Geramnya akak tengok muka dia.. Moga murah rezeki you all..

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

alhamdulillah. congrats, peej, ben and the whole family! ^^ hannah sgt comel ok. betullah ko kata tu, kalau baby, jgn biasa dukung byk2 time kecik.. haha. nnti dia terbiasa, nk tidur ke apa kena berdukung dulu. nk mudah, tepuk2 bunyi shh shh aje :D tp kalau papanya ada nak jaga & dukung smpai 40s tu mmg takde hal. ahahaa. congrats again!! virtual hugs and kisses for hannah.

aLin arLene said... [Reply to Comments]

sukanya dengan apa yang jadi kat peej and family...memang Allah bagi pada masa yang sesuai kan...rasa macam dipermudahkan...inshaaAllah peej and mr. b akan jadi parents yang baik untuk hannah...

maryjane lisa said... [Reply to Comments]

congrats kak peej n family. TErtunggu tunggu gak bila nk update kat blog. Akhirnyaaaaa. Semoga istiqomah dlm menjaga anak syurha hannah. ;p

Maie Maizah said... [Reply to Comments]

Finally a story bout a little hannah 😘
Mmg ditunggu2 cite psl si comel cntik ni.. sbb kite xde ig ngn fb nk follow.. next story pulak kite tggu yea hehe have a blast with hannah kakpija

Fauziah Tengah said... [Reply to Comments]

Tahniah peej

Fauziah Tengah said... [Reply to Comments]

Tahniah peej

Aisyah said... [Reply to Comments]

haha...sonokk baca...mmg anak bab jaga malam lar yg plg stress dan plg mencabar...lg satu time depa demam/sakit...pergghh...boleh gaduh laki bini sbb time malam tu lar routine dr azali kiter nak tidor dan berehat kan?

Aty_Fared said... [Reply to Comments]

Ya Allah..comel nya Hannah..comel sangat..!! tahniah for both of you.. :)

ietams said... [Reply to Comments]

alolololo soooooo comel!

Lola said... [Reply to Comments]

Tahniah Peej and Ben... meleleh air mata baca... bau baby mmg bau yang tersedapp di dunia..

sherrina said... [Reply to Comments]

Tahniah Peej dan Ben. Moga menjadi ibu bapa terbaik untuk Hannah :)

Aien said... [Reply to Comments]

Tahniah Peej..terserlah sudah naluri keibuan yang selama ini tersimpan..

Dari segala cerita Peej menjaga parents, MIL, berniaga hinggalah berhijab, banyak perkara yang mungkin telah menjadi asbab kebaikan buat yang membaca dan disaat kita sentiasa bersyukur, Allah akan hadirkan segala perkara yang baik2 dalam hidup kita tanpa kita sedari.

Entah mengapa terasa ada orang hiris bawang bila baca posting kali ni..dan entah kenapa tetiba teringin pulak nak beranak lagi walau dah kertu..hihi

Shahrizat said... [Reply to Comments]

Alhamdulillah , Tahniah.

crazyshopper said... [Reply to Comments]

Congrats peej n mr.b..insyaallah u guys can be great parents for lil hannah. Syukur hannah dapat family yang sangat sayangkan dia..semoga hannah sihat selalu, ceria and membesar dgn baik..amin..

f.i.e.z.a said... [Reply to Comments]

congrats peeja im so happy for u! shes such a cutie harapnya membesar dengan sihat dan kuat :D
since i follow ur blog dari 2008, satu2 happy news dtg dlm your life. berkat jaga parents dengan baik mmg Allah akan balas dengan segala kebaikan.
kiss hannah for me k :D

Nieda ramly said... [Reply to Comments]

comel

anakbapak said... [Reply to Comments]

To peej, Alhamdulillah.. Berair mata baca entry ni. Ya Allah, terima kasih utk anugerahMu kepada peej dan keluarga. I am happy for you all.

yasmeen zain said... [Reply to Comments]

tahniah peej.

Intan ~ Nur Azlina said... [Reply to Comments]

Alhamdulillah peej, blh menangis plak sambil baca entry ni.awal2 ni mmg jadi zombie la peej, takde tido lena... hihihi... is normal, nnt ok la tu....
Semoga Allah swt permudahkan segala urusan ye... insya allah.

Lola said... [Reply to Comments]

Hannah beruntung sebab semua keluarga sayang sangat kat Hannah tau. Mesti now nenek Hannah busy sangat cium2 belek2 Hannah kan. Auntie rindu tulisan nenek Hannah tau. Nanti Hannah suruh nenek Hannah citer pasal Hannah kat blog dia ye.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...