Instagram : @peejburhan

FAME launch partayyyyhhh

memandangkan kerja penting telah siap.
kerja kecil-kecilan telah di agih2kan.
maka kak jah ada masa lapang.
mari la mengadap blog.
korang suka la kan kalau aku update.
kalau aku tak update tu, walau di kata busy..tetaplah ulang2 suruh update.
sis dah tua uolls. bukan seperti zaman memula blogging dulu.
dulu semangat lebih n free and easy konsepnya.
sekarang dah kertu, dah sibuk, dah segan nak share benda2 remeh n tak tentu hala.
gitu konsepnya.

tapi since pic ada ni. masa terluang ada. meh kita berceloteh.
kisah hari ni adalah pasal Fame Limited Edition punya launch party with MUA.
haaaa ko..kemain panjang tajuk. kalau bercakap ni mau tersasul-sasul.

so last month. hujung september kita orang buat soft launch party untuk Limited Edition set with MUA.
in a way appreciation kat MUA ni semua yang banyak bantu naikkan Fame.
tak sangka tak sampai setahun lagi umur Fame tapi ramai dah tau pasal Fame.
nak harap kita orang bertiga je takda la besar mana.
pusing2 kot situ jugak.
so MUA sangat-sangat membantu.
dorang terlalu suka Fame sebab berkualiti tapi harga sangat memadai.
tak terlalu mahal, or tak terlalu murah. Mampu milik.
bila dia dah suka. dia share pulak ngan kawan-kawan MUA yang lain.
n dorang pulak nanti rajin je make up client, nanti tag kat kita.
wahhhh happy sangat.
Alhamdulillah di kenalkan dengan orang yang baik-baik.

so Fame decide nak buat hi-tea dengan MUA yang banyak bantu kita orang.
semua elly la uruskan. kak jah ikutkan pergi pun tak kuasa. kah kah.
very the anti social. hahha
bukan anti social tapi aku ni low self esteem sikit. so tak berapa gemar berjumpa sana sini.
tapi dah kata event company kau kan. wajibul pergi ye.hua hua.

dah la kak jah memang seorang yang sibuk.
takda masa yea nak shopping ke apa.
lastnya aku tanya mama ada tak baju all white untuk pakai?
gigih mak aku keluarkan daripada kotak. kah kah.
mama pun sejak jadi hajjah n papa takda, memang jubah n tudung helicopter je.
lain semua simpan. so meh la sini.
seram gak. sebab aku tau diri aku ni besar gedabak. jarang muat baju mama. kah kah.
mama lebih kecil dpd aku.
nasibbbb la muat woii. kalau tak memang aku hantam la pakai apa je ada.
takyah nak all white sangat. haha.

plan baju lain. sekali nak gosok kat sinaran tenang nampak kuning2 lak baju tu.
so mari ke option no 2. boleh la dari takda kan. keh keh.
i kan very the tak kosser memanjang.
ingat nak make up sendiri je.
sis elly harus tak bagi.
so dia booking gak untuk aku, biar MUA make up kan.
Ya Allah syukurrrrrrr.....
kalau tidak mesti kak jah paling hazabedah kat situ.
dah la semua MUA. ko ghaserrrr??? harus la semua meletop woiiii.

sis syukur sis turut jelita dia hari event.
haha kau mampu tadi mengaku low self esteem tetiba ni mengaku diri jelita pulak???
gila tak jelita???



wooow..meletop pom pom pommmm.
jarang berlaku kejelitaan begini. hahahhaa.
terasa macam bersedia kalau sesiapa nak jadikan kak jah model muslimah. hahahhaa.

filla n elly di make up oleh Ferra Rosa
aku pulak di make up oleh Yana.
love love love.
filla pakai lipstick Glam.
aku n elly pakai Topaz


wooow..bilakah kak jah dapat menjadi lawa sebegini lagi?
selalu kepam sangat muka. hahaha.
sekali sekala lawa harus selfie. plus selfie ni lagi lawo.
instagram vs reality...hahahha

event hi-tea kita orang buat kat orchid room, the masjestic hotel.
event start pukul 3-6pm.
small get together dengan MUA dan nak kenalkan colour limited edition kat dorang




Alhamdulillah ramai support datang.
antaranya Erinleola, Shazreeyana Shukri, Ferra Rosa, Syedewa, Nuex, Cuki, Ary, Leen, Tahirah, Nurul MF, Azni, Naqiah eh n ramai lagi la...tak ingat lak sesorang.

start elly bagi kata-kata ucapan.
then kita orang suruh dorang check goodie bag yang kita orang bagi.
dalam tu mintak dorang keluarkan Fame Limited Edition n try pakai.


:: filla with Ferra & Yana ::

sporting sangat semua orang.
ingat nak suruh MUA perempuan je try,
sekali toleh tengok yang lelaki semua try. hahaha
comel je
pastu ada yang dok "ooo macam ni rasa pakai lipstick. selama ni dok pakaikan orang. tak pernah try sendiri."
"omg i love the colour, this is so me."

pastu naik syok macam2 warna pulak dorang try. heheh.



:: cuki, nuex n syedewa trying on Fame Limited Edition in Topaz. Loveeeeeee ::


:: tak menahan Ary siap buat ombre ala-ala korea. pakai candy ngan desire. hahah sabar je la ::


:: pakai code desire pun bolehhh. Elly with Nuex, Cuki n Mi ::




asalnya nak selfie berapa orang je.
hamik semua pun sibuk nak masuk gak.
it was a great event la.
walaupun kak jah lambat sikit mesra n penyegan.
tapi dorang semua very sweet n lawak sangat.
aku dok tergelak je tengok perangai sorang-sorang.
semua gila-gila.


pastu makan-makan.
kemain kak jah ngan chamomile tea.
siap habis seteko. siap paw tea filla.
esoknya amik kau nak bernapas pun takleh sebab angin tak hengat.
kemain kau nak feeling english sangat kan hi tea..amik kau.



semua lawa-lawa kan?
kau bayangkan kalau kak jah datang dengan confident make up sendiri.
harus pitam semua orang.
orang je takpa..aku syak semua orchid kat situ pun mati serta merta. hahah.


ramai orang dok pm nak beli Fame dalam box ni.
kita orang tak jual. sebab ni memang tujuan untuk marketing je.
maybe orang rasa beli macam ni lagi murah ke apa.
takda ye. harga sama. n memang tak jual.
tujuan nak tampal sticker not for sale.
tapi tu la. tak buat2 lagi. keh keh.


eh selfie meletop. orang amik pic full dpd angle ni nampak bebetul "meletop". hahha.
takpa la. i tetap love gambar ni.
we complete each other gitu.
of coz dalam business ada perselisihan paham. but usually it only lasted less than 15 minutes.
masing-masing ada cara masing2, so hormat menghormati tu penting.
mana elok kita contohi la. yang buruk buang jauh2 n cuba ubah. wah gitu konsepnya.
sentiasa doa yang Allah lindungi persahabatan kami dan lindungi kami dari evil eye.
memang still baru sangat kita orang berkawan n rapat. jauh perjalanan.
tapi Insyallah kalau ikhlas n takda perasaan busuk hati, hasad dengki dan penting diri ok kot. #siscuba
mohon doa kalian kami berkekalan dan boleh pergi lebih jauh. Aamiin.




happy sangat tengok dorang sangat2 enjoy n happy.
kita orang happy dorang datang event tak seberapa kita orang ni.
dorang pulak rasa happy sangat kita orang ajak dorang pergi event ni. hihihi.
dorang ni semua sangat sweet n baik. suka sangat.
tapi aku lak jenis segan, sebab dorang ni nama2 besar kat Malaysia ni.
rasa diri ahkak kerdil sangat. walaupun badan ahkak tak berapa kerdil.
korang jangan la kecam lak. kak jah sedar diri.
maksud iolls hati tu la ala2 kerdil.

sebelum balik, lepak jap ngan MUA semua.
then mintak diri.
kira orang ke restaurant sebelah orchid room tu.
apa nama tak tau. kemain kerlass.
so minum dulu hilangkan penat.
then baru gerak.

sebab terlebih jelita.
second selfie itu perlu ye sis.


yassssssssss..
ok aku nak belajar mekap ngan yana ni la.
semoga kak jah boleh jelita sentiasa.
make up utk diri sendiri je.
bukan untuk nak jadi mekap retis ke apa.

ok kisahnya. korang dah ada belum set Limited Edition ni?


ni kata limited edition kan?
so habis kalau, jangan kau menangis di tepi sudut sebab tak dapat beli.
sebab kita takkan restock dah.
so kalau dah beli n suka pun. mohon beli buat simpan spare ye.
aku pun love sangat color topaz ni n nak simpang stock sendiri.

dalam satu set ni ada 2 warna.
topaz n glam. takleh beli seketul je. kena beli set ni gak.
sorry takda pilihan.
rasa tak suka salah satu color tu. kau ajak la kawan ke adik kakak kau share.




Limited Edition Set
RM70
+ postage RM8(SM) RM12(SS)

whatsapp : 013-3760466


4 Comments:

KAKYA said... [Reply to Comments]

Comelnya youuuu - Kakya Ambam -

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

korang semua adalah gorgeous! teringat cerita gossip girl kan ada white party macam ni hihi. eh tudung helikopter tu mcm mn? tudung lilit sempang ke?

Aisyah said... [Reply to Comments]

mmg 3R...respek, respons..ape lagi satu ek..relax ke..?

peej, clap3.. such a good daughter u are..decide utk jaga hannah bg menceriakan seisi rumah especially unty nani, ayol dll...semoga diberikan rezeki yg melimpah ruah..amiin

Adam said... [Reply to Comments]

Baru sempat tengok gambar.
Esok saya baca.

Sincerely:
http://biarlembuyangjadilembu.blogspot.com

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...