Instagram : @peejburhan

Bali bound 2016

ok anak dah di tidurkan.
suami pun dah di tidurkan.
so masa untuk mummy dia bersuka ria.
wahahha. bersuka ria la sangat.
padahal boleh tahan ngantuk ni.

betul la orang kata. jangan la kau berangan nak me time ke apa.
memang takda ye.
sedih sangat weyhhh nak layan movie baru or tv series aku pun tertangguh2.
nak update blog apatah lagi la kan.
selalunya bila free dah lewat malam.
by that time aku pun dah hampir terpengsan.
memang tertidur je lepas tu. tidur itu emas.
bukan masa itu emas. tidur itu emas ye. hahah

ni pun tahankan ngantuk tu.
mari update blog.
rindu pulak nak bebel kat blog. kah kah.
so anak-anak..entry kali ni adalalah entry bercuti ke Bali. :D
dah sebulan pun berlalu uolls.
mohon kak jah masih ingat butir2 percutian ni. huhu.

percutian all girls yang di nanti-nanti.
kemain dah booking semua daripada awal tahun. hahah.
walaupun sedikit rasa bersalah tinggalkan anak.
tapiiiii aku memerlukan rehat. elok sangat la cuti dapatlah kak jah tidur seperti starfish.
sekian lama tak merasa tu. hahha.

percutian kali ni aku prepare la.
sebab katanya dah hijabista kan sekarang.
dulu kalau pergi bali memang takda bawak baju sangat.
semua beli sana.
kali ni tak boleh sebab buatnya takda baju yang muslimah compliance? tak ke jadi hal.
as usual aku busy baq ang. memang takda masa nak bersuka ria la jalan sana sini shopping ke apa.
so semua memang last minute.
kebetulan time tu cuti raya haji. so panjang cuti kan. time tu baru aku sempat lari shopping.
n memang kena shopping sebab aku memang kekurangan baju berlengan panjang la apa bagai.
tolonglah aku ada banyak sangat baju elok n baru takleh pakai sebab semua dah tak sesuai.
bila masa aku nak berkemas n give away tu?? pitammm.

Day 1

so hari yang di tunggu tiba.
pagi tu elly amik kat rumah. yeayyy.
so ke klia 2 kita.
dah la flight delay. nyampahhhh.
tapi takpa. ada la masa breakfast apa bagai.


:: selfie dengan perasan oh indahnyaaa hendak bercuti..gituu ::



noy cakap aku gilaaa.
sebab bawak bag besar nak mampuih.
harap maklum dulu bawak seluar kecik, baju pun kecik2 nipis semua.
sekarang semua labuh, tebal, panjang, tudung semua pakej.
tak muat la bag kecik2 ni.
semua pulak size bukan kecik2. so harap maklum bag kena besar ok. keh keh.
perginya 5 hari je. bag macam nak duduk 2 minggu. hahaha.


selama ni selalu tengok orang complain pasal jauh berjalan klia2 ni.
aku rasa biasa je.
tapi agaknya all this while aku travel dalam negeri je.
so takda la rasa jauh ke apa.
rupanya international memang jauh cam kiwok.
time nak pergi ok lagi.
time nak balik lagi la jauhhhhhh nak mampus kau rasa kau nak bunuh orang di sekeliling kau.
gila tebiat nak mampus jauh dia.
dah la aku ni bawak muatan berat (badan aku la) hampir hilang nyawa semput.
setan betul klia2 ni.
lepas ni memang dengan muka tak malu aku akan tahan buggy dia je.
walaupun penuh aku sanggup duduk atas peha driver tu ye. janji takyah menapak.
kalau driver tu tak bagi. biar aku bawak..dia boleh duduk atas peha aku. hahaha.

nway, perjalanan amik masa 3 hours la kan.
aku dapat tidur kejap je dalam flight.
aku memang jenis nak tidur kena terbaring.
aku tak berapa reti tidur sambil duduk.
boleh la tidur. tapi mesti tak lena sangat. kejap je terjaga nanti.
orang lain elok sampai ternganga ke apa.
aku tidur kejap. terjaga. terus takleh tidur sampai ke sudah.

sampai je ada supir amik, memang villa sediakan.


:: #seatbeltselfie adalah wajib. kak jah suka selfie dalam kereta kerana teknik pengcahayaan semulajadi membuatkan diri terasa sangat jelita. walaupunnnn ::



trip kali ni berenam orang.
noy decide nak join lambat.
so dia naik flight lain.
dia naik MAS. so dia sampai awal. patut tak jauh.
tapi AA bengong tu delay. so 2 jam gak la dia tunggu kita orang sampai.
lagi 2 orang adalah jonet n adik dia.
dorang pun tak sekali flight.
lagi teruk sebab flight dorang petang..then delay malam.
so day 1 tu memang tak jumpa terus la. kah kah.

kali ni duduk seminyak pulak.
sebab nak duduk villa yang ada swimming pool
so dalam tu nak apa pun semua ok je. takyah la jadi turtle ke apa. kah kah.
so urusan pencarian villa di serahkan kepada fillanie.
sebab semua orang lain memang takda masa nak research bagai.
so filla bila free sila cari n booking yea.
so dia cari la. jumpa la villa ni.
dia suruh tengok gambar. wahhh nice memang lawa.
aku siap bekalkan filla map. suruh dia pilih yang location best.
so dia kata ni memang tebaik la dari segala segi. ok good.

pastu elok sampai seminyak.
masuk lorong kecik.
makin lama makin kecik n kedalam.
filla dah saspen. filla ni memang ada masalah kalau pilih tak reti tengok map ke apa.
dia rasa ok la perfect. tapi sebenarnya benda tu jauhhhh.
menapak bagai nak gila di buatnya nanti. grrrrr.
so masa kita orang asyik masuk ke dalam n dpd jalan besar makin jauh.
aku dah macam nak menyumpah dah.
sebab memang aku tak kuasa la woiiii nak berjalan keluar masuk kalau macam ni.
jauh setan.

filla : ehhh jauh jugak yea.

me : dalam gila woii. mampus nak jalan.

elly : filla filla...

so sampai la kat villa.
tapi sampai kat villa hati kau berbunga la.
sebab lawa nak mampus weyh villa dia.
so hati yang panas di sejukkan kembali.
elok pulak dia hidang air ginger ale lemon ke apa. wooow. nyaman rasanya sis.

pastu manager villa tu pulak cakap kalau nak ke seminyak street.
ada jalan short cut.
bukan ikut jalan masa masuk ngan kereta tadi.
so if ikut short cut tu dalam 2-3 minutes walk...wahhh lega.
reda terus api kemarahan di dada kak jah.
ye la kau..jalan kereta tu jauh gila weyh.
tu bukan ketiak kau je berpeluh, segala celah pun boleh berpeluh melecet la wey. hahaha.

elok je orang tu keluar.
terus adegan feeling. kah kah kah.



feeling kat villa.
aku tak amik pic villa segala bilik ruangan semua tu la.
i is lupa.
aku just amik video n hari tu instagram stories je..
see thats why i suruh uolls sila register instagram...
so nak tengok pic bilik ke apa. sila ke blog elly n filla entry bali dorang.

BLOG ELLY
BLOG FILLA

haha nampak tak kak jah takda kegigihan di situ.
so nak tengok keindahan villa ni, tengok kat blog dorang.
tapi super love la villa dia. macam rumah idaman gitu.
idaman je la. nak dapatnya entah bila la kan. hahah.

oh by the way nama villa tu adalah Villa Zanissa, CLICK HERE
kalau korang rasa nak bercuti ramai-ramai or ngan family ke apa memang sesuai.
tempat very private.
tapi kalau jenis korang masih suka kan kehidupan malam.
macam kurang sesuai sebab ke dalam sangat. nak berjalan keluar masuk scary.
unless kau don't mind untuk naik teksi la.

so mari sambung.
rehat sekejapan simpan barang apa semua.
lepas tu terus kami merealisasikan impian elly nak lepak tepi pantai kat bean bag.
oh em gee sangat perangai. kat opis pun ada je bean bag kot.
pastu manager villa cakap pantainya tidak jauh...dalam 10 minutes walk.
ok lets walk.




kepala hotak berjambul la dia punya 10 minutes walk.
dia marathon atau menggunakan kuasa larian usain bolt ke apa kau 10 minutes kau kata?
aku dah rasa hampir hilang nyawa dah.
sampai aku rasa adakah kita ni tersalah jalan ke apa?
setannnn laaa.
time tu memang bengang macam nak gila.
woiii kalau macam ni baik naik teksi.
aku dah berpeluh cam hape, nafas dah ala2 kerbau, nafas dah takda rasa macam boleh hilang nyawa kat situ gak.
jauh la kiwokkkkk.
dah la bila kau tanya semua orang kat tepi2 tu.
dia dok cakap..iyaaa pantainya terusss aja, depan itu aja.
ok jalan..eeiii setannnn depan itu aja apa nyaaaa???
bayang apa pun aku tak nampak ni.
aku rasa mau dekat 30-40 minit jalan...berapa kilometer pun aku tak tau.
i don't like.
nasib bila sampai lawo.

hahha takda sapa berani tegur kak jah.
sebab aku memang mulut menyumpah2 je time jalan tu.
penat la. orang gemuk penat jangan di tegur ye. hahaha.
bila dorang tengok aku dah terdampar..amik nyawa n stabil.
baru leh tegur, sembang n bergambar. kah kah kah.


time ni sis memang dah tak istiqomah.
sis tak cuba.
konsep sis bukak segala pin semua. biar angin menyergah leherku yang masam itu. kah kah.


:: seee seee seeeeee..dah terdampar, dapat air nyaman. makan ngap ngap. terus kak jah tersenyum kan? heheh. ::



takda buat apa pun situ.
layan tengok sunset je.
n ada orang menyanyi2. so layan la.


tak lama pun.
dah gelap sikit terus balik.
tahan teksi nak naik..melampau sangat letak harga.
eh lantak la kau. taknak.

so dorang kata takpa jalan je..kita tahan teksi depan2 sana.
uwaaaaa..berjalan lagi. rasa nak pitam.
nasib depan2 sana tu memang dapat teksi.
n teksi ikut meter. bagus.
memang melampau la.
teksi2 tepi2 yang tunggu tu letak harga rp 150k kot.
padahal ikut meter baru rp30k macam tu. eeii melampau.

then balik bilik n mandi apa bagai.
malam kelaparan. ingat nak tunggu jonet. hoi lambat.
mari la kita keluar.
so keluar ke legian street sana.
nak makan nasi padang.
pastu dah jumpa nasi padang satu.
si filla ni sibuk nak cari nasi padang restoran sederhana.
tah mana dia google.
masalahnya google tak abis.
tau nama restoran je. tapi alamat tak tau.
kemain suruh depan lagi..depan lagi. sampai hujung hapa sederhana restoran ke apa takda.
dah la jam bagai nak gila area tu.
pastu dia suruh pusing balik hantar ke restoran padang ada memula nampak.
orang tu nak berhentikan dia taknak.
last2 nak ke situ balik.
orang tu taknak masuk ye. dia kata turun hujung jalan je.
suruh kita orang jalan sendiri. tak jauh katanya.

aku tak paham definasi tak jauh orang bali ni.
sebab dorang biasa berjalan or biasa naik motor kot.
tak jauh kau kata?
jauhhhhhhhhh...dah la lapar penat segala. berasap telinga kak jah.
tapi as usual kemarahan reda bila dapat makanan. kah kah.

lepas makan takda ke mana rasanya.
sebab time kita orang keluar makan tu pun dah lewat. 
almost 10pm macam tu.
so lepas makan balik bilik.
n swim sampai kul 1 pagi. kah kah.
syiokkk.

Day 2

breakfast paling best kat situ.
orang ado-ado sangat ni.
usually hari sebelum tu dia akan tanya nak makan apa.
kita pilih la.
so esoknya pagi2 around 9am dia call cakap bukak pintu, dorang nak prepare breakfast.
dorang akan masak apa semua kat dalam villa tu.
nanti dah siap je dia akan panggil di kamar maklumkan breafastnya udah siap ya mbak.
wah gichewww.



kemain macam-macam ada.
american breakfast, yoghurt, toast bread, french toast, fruits, juice..
pastu siap tanya nak tea or coffee. nak dedua pun boleh n jadi tamak.
nanti mintak kebenaran bisa di kemas kamarnya?
yeee bolehhh..bolehhh.
time cakap boleh tu kau kena jalan gaya ajis satar dalam cerita ali baba 40 penyamun tu.
gaya orang kaya2. hahahahha....poyooo.

lepas breakfast bersembang n lepak kat living area tu. haha aku malas amik pic kan?
so mohon tengok kat entry filla n elly tu.
then lepas tu jonet datang n adik dia.
dorang nak berjalan n shopping area seminyak.
elly n filla pun.
aku n noy? kami memang pemalas orangnya. kosser aku nak berpanas apa bagai. kosser.
so pergilah korang.
aku n noy terjun swimming pool nan indah tu.
villa lawa woihhh. xyah nak merayap sangat la kan.


tak ke memanggil-manggil tu kan?
gila kau nak tinggalkan.
so daripada penat menapak..baiklah aku n noy berswimming sakan. :D

then after zohor bersiap semua.
marilah kita lunch sis-sis sekalian.
sebelum keluar mari layan bergambar.
kemain poyo sampai bali dan-dan nak ootd bagai. kah kah.






hahaha muntahhhh lambakan gambar di sana sini.
lepas tu kita orang manapak ke jalan depan.


then amik teksi untuk ke tempat makan.
kali ni filla nak ke bale udang pulak. hasil dia google tu.
sebelum terkono macam kes malam sebelum tu.
maka sebelum tu aku dah sesiap google alamat tempat tu.
sebab ye la tak semua orang teksi tau kan.
so bagi alamat senang.
so sampai la kita ke bale udang mang engking tak silap namanya.
kat area sunset road. pepandai la korang pakai waze pun boleh.
tak jauh pun daripada seminyak.


:: group photo Bali All Girls Trip 2016 ::



Ya Allah tolonglah sedap melampau makan kat sini.
serba serbi makanan dia sedap maut punya.
makan sampai menangis la tahap kesedapan dia.
kita orang order ayam kintamani, ikan terbang tu..ok aku lupa nama.
sotong tepung, sayur kangkung, sayur bayam..semua sedap dap dap dap dap..nampak dia punya bergema tu? maknanya sedap sangat2 tu ye.



settle makan plan asal nak layan sunset kat rock bar, ayana resort.
tapi orang teksi lorat macam setan.
cakap macet la, jauh la..dia kalau pergi sana dia takkan dapat pelanggan la.
membebel macam kiwok.
pastu dia kata boleh dia hantar..tapi dia nak rp300k. kong jaq.
so terus kata tak jadi ke sana.
noy kata lets pergi hotel W retreat. situ pun boleh layan sunset.
sana tak jauh sangat.
area seminyak je.
so ke sana kita.

wah so nice ok the place. i is love.
again aku tak amik pics la.
aku banyak amik insta stories je.
so siapa terlepas tu..nasib la. keh keh.
again. maybe ada kot kat blog elly n filla.
tapi elly tu kemain poyo blog nak buat part by part. hahah hasilnya sampai sekarang tak sambung.
sebab tu ni aku gigih buat panjang lebar siapkan 1 entry.
aku tau tahap malas aku tu.

oh by the way..atas2 tu aku type semalam ye lepas anak tidur.
tapi ku sangka ok..rupanya anak bangun tengah pagi.
layan dia apa semua dah lewat. kuasa la aku nak sambung.
so ni balik keroje baru kita sambung ye.


:: toilet also so pretty n canggih me love ::

lepak kat woobar layan sunset.
kat sana if kau tak duduk sana boleh lepak kat situ.
tapi bil kau kena spend adalah Rp1 juta. 
eh kita ramai..no hal la sejuta tu. hahahah.




baru nak selfie perasa ada lak melekat lipcream glam kat gigi.
kah kah kah. what the hell.
pastu kantoi lak tengah bersihkan.



so pretteyhhh me loff.
sini tak sesak. lawa kalau rajin buat time lapse.
tapi kak jah tak rajin.
nanti pasir2 how. dah la vogeh de vass.
so amik pic dari kejauhan sudah.

balik daripada situ terus ke area legian.
sebab nak makan nasi padang n nak shopping kisahnya.


habis je makan baru berapa step berjalan elok hujan lebat bagai nak gilo.
nak shopping apanya kan.
so lepak kat cafe minum air n layan wifi je la.
hujan reda jalan sikit je. shopping lite-lite.
n layan massage kaki sampai hampir berdengkur.
dah la aku ni bahagian buku lali aku ni suka nau berbunyi.
so masa orang tu dok pusing2kan angkle aku.
dok la bunyi krukk krakk krukk krakkk.
memang non stop bunyi..terkejut muka dia.
aku cakap hahah memang macam tu.
sebelah kaki je. sebelah lagi ok.
dia kata seperti ubi singkong.
aku tak tau apa relevennya bunyi kaki aku ngan ubi singkong.
suka hati dia la.

malam tu balik bilik.
sambung adengan bermandi manda di kolam renang.
haha teruk nauu. orang kayo pun takda mandi malam bawak ke 1 pagi. kah kah kah.



kemain kau tidur berkelambu.
siang dia ikat.
if kau balik je nak malam ke apa.
dorang dah turunkan kelambu ni.
wahhh di raja sangat layanan kan. poyo.

Day 3

day 3 adalah hari untuk kita tour.
since mostly semua dah datang bali 3-4 kali semua.
takda nak tour sangat la.
mintak supir bawak pergi tempat2 shopping je.
aku takda nak shopping apa sangat pun.
yang lain-lain ni la yang nak shopping.


breakfast dulu kat villa.
then around 10am macam tu baru supir datang n kita orang gerak.


gelak je lebih sepanjang tour,
perangai sorang2 takleh blah.
mesti pak wayan tu pening ngan kita orang.
pak wayan ni daripada first time aku ke sana dah pakai.
sampai aku pass number dia ke filla.
then ni pun guna yang sama. selesa ngan dia.

filla yang berurusan semua.
aku ingat dia dah lupa aku.
tapi dia ingat ok. siap ingat aku dulu datang duduk adi dharma. fuiyooo.
that was like 6 years back. syabas pak wayan.
ingatan dia kuat.

hari tu pergi shopping kat area factory outlet.
carikan baju ke seluar untuk keluarga memasing.
dah penat ke factory outlet. kita ke pasar sukawati,
sebab elly n filla nak beli painting la apa.
aku tak beli apa. beli buah salak je. kah kah.
makanan je aku pikir.
panasss weyh.
i cannot panas2 melampau ni. i baran
so i tak shopping apa.


eh tak.
aku shopping kipas je. hahaha.
sebab berpeluh sangat. so beli kipas buat sejukkan diri. haha.


memang ada rasa nak beli painting.
tapi tak kuasa nak memilih dalam keadaan panas macam tu.
takpa la. berdoa je ngan tuhan moga di murahkan rejeki.
so pergi sana lagi semata beli painting je nanti. hahah.

masa kita orang pergi tu.
esoknya tu adalah hari perayaan dorang.
hari kuningan.
dorang macam raya cina tu.
macam 8 hari sebelum tu dah ada hari raya apa tah.
so hari kuningan tu macam penutup perayaan dorang la.
ala-ala chap go meh macam tu la.

kuningan ni perayaan ala-ala yang baik itu melawan kejahatan.
sebab tu dorang punya signature kain kotak2 warna hitam putih tu.
kira macam ying yang la. putih tu baik. hitam tu kejahatan.
n perempuan pakai baju kebaja n ada ikatan kain kat pinggang tu.
wajib pakai. kain ikat tu ibarat kau ikat nafsu kejahatan.
wahhh gituhhh.
boleh jadi tour guide dah kak jah kan.
hahaha aku sembang ngan pak wayan tu.

dah la setan perangai dorang kat belakang tu.
aku kan depan so sembang rancak.
dorang dok gelak n cakap wahhh best friend ya kamu.
macam cibais sangat perangai.

since esoknya perayaan.
mostly kedai dia tutup.
or half day.
sama macam kita kat sini la kalau nak raya.
so banyak tempat tutup. cissss.

then tengahari plan asal nak makan kat sanur.
tapi pak wayan risau tutup.
dia bawak makan tempat lain.
tak tau aku kat mana.
ada banyak sawah2 je yang aku tau. hahah.






nampak sangat buruk perangai la aku ni.
banyaknya pic tak amik.
bad habit sebab semua aku amik kat instagram stories je.
pastu hilang ingatan nak snap pic.
actually keliling tempat ni lawa sangat.
penuh sawah nan hijau. wooow. nan hijau kata ko. hahaha
korang berdoa la dalam entry elly nanti ada pics yea.
korang tengok sana.
dia kemain ngan phone camera, ngan go pro dia. kemain snap sana sini.
takda pic awas yaaa.

lepas tu pergi mana yea?
oh pergi shopping kain ela lace pulak.
al maklum pergi ngan mak2 macam elly tu.
shopping kain piulerrr kat bali tu.
tabah je lah sis kan.

dah la paksa aku beli.
tak pasal aku beli gak kain ela.
siap paksa beli lebih supaya sedondon ngan hannah.
e eh melampau ni.
hahah tapi besar harapan terperap kain tu.
kau percaya tak kain ela hantara aku kawin dulu elok dalam laci lagi.
aku tak tempah pun ye. hahah.
aku paling tak rajin nak tempah2 ni.
mohon tahun depan rajin la yea.
dah ada anak ni. ubah2 la sikit sikap tu. huhu.

lepas dah bershopping kain ela tu.
kita ke jimbaran.
ikutkan taknak ke sana.
tapi filla nak pergi sana.
sebab aku rasa takda special apa sangat pun sana.
pantai pun so-so aje.
makanan pun ok-ok aje.
tapi dia nak pergi. marilah kita.


:: sunset in jimbaran ::




suka kan tengok.
gigih kak jah bertime lapse kat situ.
time kita buat time lapse kat situ la ada orang nak selfie kat situ kan.
saje je nak glams kan. hahaha.

makan adalah biasa aje.
lantoklah janji kenyang. haha



lepas makan kami pulang.
dan bersuka ria di villa.
swimming sampai kul 2 pagi.
pastu sembang n bergelak ketawa sampai kul 3-4 pagi kot ramai2.
sebab sabtu free and easy day.
so tak yah nak tidur awal ke apa.

kerja malam tu membahan orang itu ini je.
paling takleh blah suka sangat ketawa tergolek2.
semangat aku nak bercerita perihal filla.
kau mampu ada bingkai kerusi swimming pool tu seketul patah.
oh em gee. matiklah gemuk nau ke apa.
tapi jonet sedapkan hati. kerusi tu dah reput.
banding ngan kerusi2 lain warna dia dah season sangat.
ye la jonet. very the sweet. no wonder la best friend forever sangat. heheh.

ahad as usual bangun n breakfast around 10am di kejutkan.
then mandi swimming pool lagi.
around tgh hari keluar.




tak ke mana pun. berjalan area seminyak street je.
makan n shopping.
aku memang tak shopping apa except utk laki aku.
dorang bising aku tak beli apa2 untuk hannah. hahah
perlu ke? dia kecik lagi la.
dorang kata simpan je la, nanti leh pakai.
ok fineeee!

tapi still tak kuasa.
aku cakap noy kau shopping la pilih apa2. nanti nak bayar panggil aku.
aku lepak luar kedai makan ice cream. kah kah.


swimming suit je aku pilih. haha.
lagi dua tu noy pilih untuk hannah.
ehh comel n geram pulak.

then lepas jalan petang ke bilik.
terus besiap sebab memang dah plan nak spa best-best.
takpa spend sikit setelah penat lelah bekerja kan.

so tanya manager villa spa apa best. dia bagi cadangan.
so kita orang pun ikut. dia bagi 2-3 option.
tapi terpaling gempak kiranya prana spa ni.
ok yesss..we want terpaling gempak. kah kah.

so lepas maghrib orang pick up ke spa.
wahhh lawa tempat dia. very cozy. konsep ala-ala Moroccan gitu.
eh morrocan ke? ke apa?


melampau sangat sampai pintu semua nak bukakkan.
nak duduk pun sibuk tarik kerusi n tolak.
takyah over please.
dah la lawak semangat tarik kerusi untuk aku.
belum abis masuk dia dah tolak kerusi.
tersungkit bontot aku. tau la bontot i lebar. kot ye pun sabar la.
tapi berkali2 dok cakap maaf maaf...iyooo takpooo..tak marah pun.

aku tak tau la aku memang ada pengalaman lawak everytime ngan spa kat bali ke apa.
kali ni pun sama aku rasa lawak tak sukaaaa.
so sampai je dia suruh pilih nak lulur jenis apa.
so pilih itu ini. then dia bawak ke sana sini kemain malap lampu..seram.
then tukar baju segala la.




then dia bawak ke satu bilik ni.
bilik tu macam toilet besar tapi lawa.
kau baring atas katil ni siap beralas batik lepas tu.
so dia lulur la kau kat situ sental itu ini.
tu takpa tu takpa.

selalu spa akan suruh kau mandi sendiri kan?
no no no..spa ni tak ye.
maybe terlalu "ekslusif" dia taknak kau buat apa2.
di layan bak puteri raja kot konsepnya.

tetiba sampai time nak bersihkan dia bukak kain batik yang tutup kau tu.
terbogel la kau ngan panties disposable tu.
dia amik topeng lutsinar tu tutup muka kau.
so if bukak mata sebenarnya kau boleh nampak la apa berlaku.
tapi aku tutup je mata sebab malu la bodoh.

then tetiba dia mandikan kau.
cara mandi?
kat dinding toilet tu ada satu batang panjang melintang.
kat batang tu ada dalam 5 shower head.
so orang tu akan gerakkan batang tu ke kiri ke kanan sampai badan kau bersih.

kebabian apakah ini semua? i dont likeee.
paling takleh blah aku menyengih ok sebab geli.
sebab air shower tu tajammmm.
so bila dia lalu ke kiri ke kanan kiri kanan kiri kanan.
geliii..aku terasa seperti itu bukan air tapi macam ada orang telah mengganggu privatasi kau. kah kah kah. korang paham tak apa aku cuba sampaikan????

paling takleh blah dah la kau dah gerak sana sini.
pastu ada time dia biarkan je benda tu stop atas badan kau.
elok lak tepat benda tu kena kat tempat yang tak sesuai. hahahaha.
setan sangat rasa dia.

dah la orang yang buat tu kemain pakai baju plastik.
aku dah rasa macam dia tengah membersihkan aku.
lepas tu nak sembelih n siat2 aku.
aku terbayang movie Hostel tu. eeiii takut.
tu satu hal. then terasa pulak. terasa macam di mandikan mayat pun ada.
what is this? tak rasa princess pun. takut la.

then settle tu. dia sarungkan aku ngan kain batik lepas tu.
then pergi ke bilik steam.
duduk sekali ngan filla n elly.
pastu tergelak2 la sembang pasal pengalaman tadi.
dah la dorang kutuk kenapa dorang pakai towel. tapi aku pakai batik lepas.
aku syak sebab mesti towel tu tak cukup besar untuk aku. ahahha.

kat bilik steam tu pun ngeri.
sebab terlalu panas n banyak steam sampai tak nampak muka sesama sendiri.
pastu oiii takleh nafas.
nasib dia hantar ice water with lemon. minum rasa lega.
pastu air habis i nak mati ok. takleh nafas.
rasanya berkali2 aku pergi kat pintu keluarkan kepala amik napas.
kalau tak buat kak jah percaya kat dada2 akhbar dan tv semua keluar pengasas kosmetik mati di bilik steam di bali akibat sesak napas. hahaha woooowww.
macam poyo pengasas kosmetik. puiii. lempang kang.

then settle steam tu dia bagi mandi.
bagus. kali ni mandi sendiri.
tolonglah jangan nak mandikan lagi ke apa.
aku tak sanggup dah. miahhahah

then lepas mandi tu.
baru la massage time.
aku tak amik bilik massage tu. ada amik masa kat ig stories hari tu je.

aku tak tau apa terjadi.
aku tau sedap sangat aku tidur berdengkur je.
cuba untuk coverline tapi tak berjaya.

settle tu tukar la baju uolls.
more details pasal tempat spa ni boleh tengok sini. http://pranaspabali.com/


muka segar lepas massage n di layan bak puteri.
memang best. tapi lain kali takpa, kak jah leh mandi sendiri ye. please. heheh
then terus text yang lain. jumpa terus area legian street.
nak shopping. sebab last day kat sana.

pergi makan dulu.
mmm dap dap dap


bebek goreng.
tolongggg ini terlalu sedap ni. i is cannot.
sedap sampai tak pandang kiri kanan dah ni.

then ingat nak dengar la live band ke apa.
haha lupakan. sebab orang semua sibuk bagi salam.
so buat2 la sodar diri. so marilah pulang all the hijabista. kah kah.

dulu zaman memuda pergi orang dok kacau cara lain.
now kena kacau gak, tapi kena kacau orang bagi salam je kat kak jah. kah kah.
balik tu as usual sembang sampai berapa pagi baru tidur.
then esoknya dah set lagi panggil datang massage kat villa.

melampau sangat kau baru lepas massage ni massage lagi sekali.
abis murah kan uolls?
so balun la kaw2.


hahah nampak kerusi kanan tu?
tu la yang aku patangkan gerigi satu tu. masih ada kesan patahan di lantai tu.
nasib tak di sabitkan kesalahan kat aku. kang kena penjara kat bali sebab patahkan kerusi.


last breakfast kat villa.
lepas breakfast packing apa semua.
then sebelum gerak singgah makan kat bale udang lagi.
sebab terlalu sedap kena repeat.
kali ni tamak n order lebih sikit.

:: bebek goreng ::

:: ayam kintamani ::

:: sambal hijau ::

:: kicap cili ::

:: ikan terbang ni order 2. hari tu berebut makan. so kali ni amik lebih::

takda dalam pic rasanya cumi goreng tepung tu.
sebab lapar menggelupur so makan je terus tak snap pic.
pergi tu weekend hari ahad. so boleh tahan penuh n lama jugak la.
tapi sebab lambat dapat. dapat discount makan situ.

then terus ke airport denpasar.
singgah shopping last call.
then minum kejap n tunggu airplane sampai.
nasib takda delay.



bali dah tak best macam dulu la.
kedai tak meriah macam dulu.
n even orang pun dah tak ramai.
tak tau la salah timing ke.
ke orang takut sebab ada konon ancaman bom tu.
or orang sekarang berjimat takmo melancong ke apa.
tapi boleh rasa la lengang bali tu.
tak happening n best macam dulu.

kalau tanya nak pergi lagi tak?
maybe akan pergi untuk shopping perabot ke barang rumah.
kalau tetiba aku menjadi ado2 la. kalau tak..idok la.
or maybe if pergi lepas ni bukan untuk berjalan sangat.
tapi duduk tempat yang best2 n lepak villa/hotel je.

ok akhirnyaaaaaaa siap entry aku.
aku amik masa seminggu ok nak habiskan entry ni.
betul la orang kata, once ada anak memang takda me time.
jangan mimpi la nak spend masa lama2 depan pc ke apa.
ni pun leh habiskan sebab kat opis.
curi masa sikit settlekan entry, keh keh.


9 Comments:

Megurl said... [Reply to Comments]

Nice entry.. still x leh imagine camna mandi di spa tu..

afiniakib said... [Reply to Comments]

Subhanallah lawaknya la entry in 😂 I tgh bf baby sampai dia tak boleh tdoq sbb badan I shaking dok tahan gelak hahaha mcm apa lg!teringat entri u before yg kena massage uli2 aidilfitri tu.lawak nak mati! Anyway,nice place n well described!love it 😘

Aty_Fared said... [Reply to Comments]

walaupon sangat panjang..tapi mak gigih baca..kelakar pon yer gak.. :) next time boleh bercuti bawak hannah pulak..

Sumayyah Humaira said... [Reply to Comments]

Kak Peej..part kat spa plg geli hati baca...smp boleh mejin keadaan masa tu.. :D

just-me said... [Reply to Comments]

hahahahaha! serious peej! i gelak terbahak2 dlm opis ni bc pengalaman u kt spa! i is kenot tahan!

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

hahaha lawaknya lah cerita kat bali ni, tak pernah tak lawak. dulu tu uli2 kan. ni kayu shower sorong2 pulak hahah. btw ayam kintamani tu namppak sedap sangat weh. ayam madu ke apa tu. mcm memanggil2 pulak :D

bett said... [Reply to Comments]

wehh..peej..lawak la entry ko nih....sakit pewot aku ..tambah2 masa ko dok menyetankan jalan kaki jauh tu...ko da napa???hahaha....anyway aku suker baca entry ni wehh...

sya said... [Reply to Comments]

Peeja lawak sangat. Setiap kali ko tulis 'sis' mesti aku tergelak. Sebab mmg mcm sis sis sangatt.. mcm poyooo.. hahahaa.. "sis tak cuba".. hahahahah bengong peeja.. kelakar gile. Tak tahannn...

wahida said... [Reply to Comments]

ikhlas dari hati entry peej ni..dengan makian2an lawak tu semua lagi2 dekat spa..hahaha..adeii golak2 den baco ha..best percutian korang..thumbs up

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...