Instagram : @peejburhan

percutian paling cuti pernah di rasai.

lamanyaaaa la hai tak update blog kan.
alasan masih maintain...kesibukan mengatasi segalanya. hihii
eh bebetul tau. bukan tipu-tipu.
sibuk sana sini. kerja sibuk. kat rumah pun sibuk.
kerja kau bayangkan tak abis muntah pasal keluaran Fame LE.
dah pikir keluaran hujung tahun. pastu boleh lak pikir keluaran tahun depan pulakkk.
aku rasa nak hantuk kepala kat dinding.

then kat rumah nak layan tv series pun takda masa yea.
berlalu pergi je tv series aku.
ada masa baru kita marathon tengok.
so kalau dah busy macam tu. tau-tau la nak layan online pun kurang ada masa.
aku hanya tau gossip-gossip hangat terkini dari group2 whatsapp yg aku join je.
kalau tak, takda satu hapah i tau ok.
haha sedih sangat hidup ni.

but anyway, since i free sikit today. mari update.
update entry-entry usang la uolls. kata dah tak gigih kan.
tu pun semalam dapat sms daripada reader all the way from singapore.
dia kata dia takda segala instagram, facebook semua.
so dia harapkan sangat aku update blog. even entry pendek.
ok mari kak jah gigihkan diri yea uolls.

pics bawah ni pun dah lama
masa makan kat mum's place, damansara perdana.
tolonglah sedap sangat ok makan kat sini.
menepati citarasa iolsss. tip tip top.


tengok balik pics ni tertelan-telan air liur ku.
sumpah sedap ok semua.
siapa suka makan sedap pedas secukup rasa boleh try makan sini,.

makan hari tu ngan elly n filla. seperti biasa la kan. ngan siapa pulak lagi.
menu hari itu adalah.
- masak lemak udang & terung
- sambal ayam & petai
- cencaru cili padi petai
- beancurd & peria
- soft shell crab masak butter
- sago gula melaka.

nyum nyum nyum
awat la jauh bebenor.
kalau dekat-tiap hari i pergi sana.

ni more info incase korang teringin ke sana.  http://www.mumsplace.com.my/


ok meh ke kisah lain pulak.
kisah aku bawak mama bercuti hari tu.
ingat tak previous entries aku ada cakap aku nak cuti.
cuti sebab kepenatan bekerja non stop.
ingat nak cuti lepak rumah je.
tetiba dorang kat why not cuti bawak mama sekali.
so last minute aku book la percutian ke PD.
tak jauh. sebab mama pun bukan sihat nak travel jauh2 kan.
so pergi la kita orang berempat. aku, ben, noy n mama.
ikutkan abang aku nak ikut jugak.
tapi tetiba lak dia sakit mata. so aku tak bagi dia pergi. hahaha.
ye lah. kang tak pasal semua berjangkit kang.
so berempat je la pergi.

sepanjang perjalanan mama banyak nangis je.
teringat kenangan dia ngan papa kot.
lama jugak dorang duduk PD dulu kan.

sebelum pergi resort aku bawak singgah makan dulu rojak n cendol.



not so nice macam last time makan.
mama pulak kemain cakap, nak sedap sekian-sekian tempat sedap kat PD tu.
ok nanti we eat there.

terpaling over haruslah mamat kat bawah ni.
letih aku melayan dia nak bergambar di setiap sudut, dengan bermacam jenis pose. grrr...


since mama tak sihat kan.
so aku memang request bilik tak terlalu jauh ke depan or ke luar.
biar dekat. takda nak kena berjalan jauh ke apa.
tapi kita orang memang bawak kerusi roda pun.
basically mama tak berjalan pun. :D senang tolak je.

aku punya la plan macam-macam.
nak keluar makan sana sini la apa.
tapi katanya percutian ngan orang tua n tak sihat kan.
so mama memang tak larat nak keluar sangat ke apa.
so percutian kita orang memang 100% kt hotel je ok. hahaha best sangat ni.
lagi best. makan apa semua mostly order room service je pun.


eh syaiton sangat ni.
sendiri update blog letak pic makanan, sendiri tertelan-telan air liur ni dah kenapa?
laparrrr la weyh.

mama lagi gilo. tengok harga makanan dia terkejut. dia kata takyah la order.
e eh gila ke. orderrrr je la.
aku cakap memang standard la harga macam ni.
tapi 1 thing pasal Avillion ni, portion makanan dia sangat large.
so kau boleh makan 2-3 orang satu makanan tu. so takda la terasa nau ke apa.

so menu di atas ialah, mee goreng mamak, fish & chips dan jugak jumbo hot dog. semua pun sedap.

then katanya percutian tak kemana.
kau mampu..malam tu pun tak kemana.
percutian yang betul-betul rehat tidur dalam bilik je.
tidur, makan...then tidur balik..then makan balik. keh keh keh.

terjaga tengah malam lapar la piuler.
so order lagi room service makan ngan nonoy.


order kuey teow goreng, mihun goreng n buah-buahan.
lepak-lepak sembang la apa.
then kembali ke bilik n tidur.

hari-hari esoknya pun takda apa.
breakfast and pusing-pusing dalam tu je.







sorry i tak muda n gigih macam dulu, dulu gigih semua benda nak amik pic.
sekarang tak kuasa la. so apa ada je la yea.
if follow instagram aku, ada la aku share few vids.
so untuk update lebih pantas, efficient n banyak..sila follow situ la yea.

malam pulak konon nak bawak makan seafood kat luar.
mama memang tak larat.
ingat nak pergi berdua laki bini.
laki aku pun malas.
hahah tolonglah percutian paling malas aku pernah pergi la. kah kah.
so since dah siap pun, aku cakap mari la makan kat coffee house.
tapi rupanya takda buffet. kena order ala carte. haaa boleh la.
so makan la berdua laki bini.



sedap sedap sedap.
menu pilihan adalah, kari ayam, udang sambal petai, telur dadar.
portion besar. makan berdua rasa nak meletop perut.


apa pun tak buat kat sana melainkan makan n tidur.
swim pun idok.
n memandangkan percutian last minute. so booking pun dapat 3 hari 2 malam je.
so memang simple percutian yang kita orang perlukan.
seronok sebab aku rasa sihat n segar lepas tu.
maybe sebab memang betul-betul rehat kan.
usually percutian pun, nama je percutian..tapi kau terkejar ke sana sini. so end up kau penat la jugak.
tapi kali ni tak. memang rasa bercuti.
so aku terus rasa macam wahhh sukanya percutian malas macam ni.
memang macam takda apa. tapi rasa berbaloi sebab betul-betul dapat rehat.

mama kata nanti nak cuti lagi.
Insyallah ada masa n rezeki kita cuti lagi yea.
next time kena plan betul-betul la.

ok tu je update kali ni.
ada masa terluang i update lagi yea. :D

7 Comments:

IamAin said... [Reply to Comments]

MENARIKNYA VIEW POOL DIA. KAT MANA NI KAK?
BRP PER NITE?

peej said... [Reply to Comments]

@IamAin AVILLION RESORT, PORT DICKSON.

x sure pulak semalam berapa sebab amik terus 2 bilik n utk 3 hari 2 malam. boleh tengok kat booking.com. tp pergi weekdays dia lagi murah dpd weekend la.

Ruhill Fahima Mohammad said... [Reply to Comments]

Tapi mmg betul pun kalo nak bercuti utk rehatkan badan baik dok melepak dlm hotel je..kalau melepak kat umah x boleh rehat sangat sebab asyik terpikir n terbuat jugak kerja2 rumah

Arena said... [Reply to Comments]

Salam Sis,

Kalau bercuti atau travel dengan parents macam tulah kan. Rilex and easy je kaedahnya. Tak boleh compresskan banyak2 activity diorang dah tak secergas dulu. err kita pon tak secergas dulu hahaha. Semoga terus success peej n friends. dah lama follow. Kita pon dah tak laju update blog

FARYN said... [Reply to Comments]

huwaaaa...aku pun dah lama tak pi mum's place..teringat2 gulai lemak udang & sayur keledek....

izz zac said... [Reply to Comments]

Yg part your mum terkejut tgk harga makanan tu exactly mcm my mum.. But I dont care, bila lagi kita nak mewahkan ibubapa kita.. Insya Allah berjasa kat parents rezeki tak putus kan peej...

Azwar Syuhada said... [Reply to Comments]

Biasalah duduk hotel food dia mesti mahal, sekali sekala tanpa untuk family! Rindu pula nak pergi PD. Tak pernah lagi Avilion Hotel ini, haritu menginap dekat Grand Lexis. =)

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...