Instagram : @peejburhan

Expose Mistik : mimpi

Salam peej dan pembaca blog peej,

Saya nak share cerita yang baru aje terjadi pada saya minggu lepas. Saya ni jenis suka ati je nak tido cemana. Maksudnya, kekadang tido kepala mengadap kiblat, kekadang tido membelakangkan kiblat. Kekadang tido meniarap, menonggeng. Eh, pendek kata ikut dan saya la. 

Kisahnya malam jumaat minggu lepas. Saya tido mengadap kiblat. Sebelah kiri saya dinding, sebelah kanan ada meja sisi katil. Malam hari-hari biasa, saya tido mengadap meja sisi. Tapi entah cemana malam tu terasa selesa pulak bila mengadap dinding. Maka lenalah saya diulit mimpi yang tak berapa nak indah sangat.

Dalam mimpi tu, saya duduk di rumah family kat kampung. Suasana pada waktu itu (dalam mimpi) adalah waktu maghrib. Mak dan adik saya nak keluar pergi beli barang-barang dapur. Lepas diorang keluar dari rumah, saya pun keluarlah pergi tutup pintu pagar rumah. Otw melangkah nak masuk rumah, saya terlanggar pasu bunga mak saya. Lepas tu, keluarlah serangga-serangga yang berkampung kat bunga tu dan menggigit muka saya sampai muka saya terasa gatal-gatal yang teramat sangat.

Masa tu hanya saya dan anak sedara saya je yang ada kat rumah. Saya cepat-cepat masuk dalam rumah dan memanggil anak sedara saya tu. Bila saya melangkah ke dalam rumah, terus suasana rumah jadi kelam dan suram. Macam ada 'benda pelik' nak masuk dalam rumah. Saya terus mintak anak sedara saya untuk carikan Al-quran sebab on that time, saya dah rasa tak sedap hati. Nasib baiklah anak sedara saya jumpa al-quran dan muqaddam. Dia pegang muqaddam, saya pulak pegang al-Quran. Masa saya dan anak sedara saya melangkah untuk masuk dalam bilik, tetiba anak sedara saya peluk saya dari belakang dan menjerit,

"Angah, takuttt!! Ada hantu kat depan!!"

Saya terus melaungkan Allahu Akbar banyak kali. 

Lepas tu saya terjaga dari tidur tapi saya tak boleh bukak mata. Saya tahu saya dah tersedar dari mimpi tapi mata saya masih terpejam. Pada masa yang sama, saya dapat rasakan ada sesuatu yang 'memeluk' saya dari belakang. Makin lama makin kuat pulak pelukan dia tuh... . Sekali lagi, saya laungkan Allahu akbar dalam keadaan mata terpejam. Tapi 'pelukan' tu masih tak terlerai. Hoii, main kasar dah ni. Tau la malam tu malam Jumaat. Saya terlintas nak baca Ayatul Kursi. Masa saya baca ayat Kursi tu, saya terasa seolah-olah 'benda' yang memeluk saya tu menolak badan saya dengan kuat banyak kali sampaikan saya rasa terhimpit ke dinding. Marah leerr tuh. Kepala saya pun start jadi pening. Tapi saya tak hiraukan tolakan tu. Saya tetap baca ayat kursi tu sampai habis sebanyak 2 kali. Lepas tu barulah saya rasa pelukan tu beransur hilang dan saya pun dah boleh bukak mata.

But still masa tu, saya mengadap dinding. Takut nak tengok kat belakang. Kang kalau tetiba ada 'benda' tercongok kat belakang, tak pepasal je saya terkena heart attack kang. Ada la dalam 30 minit gak saya terkebil-kebil pandang dinding tu. Bila dah agak-agak berani, barulah saya toleh kat belakang. Nasib baik takde pape. Cuma lepas tu belakang badan saya rasa kebas-kebas dan lenguh.

Selama ni saya biasa dengar orang kena tindih je. Malam tu saya kena peluk pulak. Haih, takde partner nak melaksanakan tugas-tugas malam Jumaat ler tuh. Sebab tu 'dia' datang peluk saya dengan harapan saya bagi respon lettew. Sekali, saya baca ayat Kursi daaa.... hahah...

Tapi yang saya concern kan sangat adalah maksud disebalik mimpi saya tu. Macam pelik je mimpi macam tu. Siap muka saya kena gigit serangga lagi. Kenapa serangga tu tak gigit bahagian lain je? Ada sesape yang pandai tafsir mimpi tak? hewhew... Maaf peej. lari topik lak. Ahakss...


-DianaAziz-

0 Comments:

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...