Instagram : @peejburhan

Expose Mistik : Layang-layang di jalan gelap.

Salam Kak peej,

Saya hantar cerita lagi. Masa saya kecik dulu kisah ni.

LEMBAGA ATAS BUMBUNG

Saya ni dikurniakan Allah s.w.t kebolehan. Saya boleh nampak dan rasa benda tu sekitar saya dari  saya kecik lagi. Dulu time kecik, saya selalu nampak benda yang orang lain tak nampak. Orang cakap, best la boleh nampak. Anugerah tu.. Haa yelah kau anugerah.  Nak g mana pun tak boleh. Asyik nampak je. Kalau muka handsome macam Aaron Aziz, takpelah kan.. kikiki
Dulu kan masa kecik, kejadian ni adalah pertama kali saya nampak lembaga dengan sangat jelas dan ingat cerita ni saya ingat sampai ke besar. masa tu umur saya lebih kurang 4 atau 5 tahun, kami sekeluarga balik kampung. Kami sampai di kampung waktu malam. Bila dah sampai ke perkarangan rumah atok, mak saya suruh saya dan abang ambik barang kat belakang kereta.
Keluar aje dari kereta,saya ada perasan satu lembaga atas bumbung jiran. Tak bergerak dan dalam keadaan duduk sambil kaki terjuntai ke bawah. So saya tanya mak, “Mak, kakak nampak ada perempuan duduk atas bumbung rumah tu. Kenapa dia duduk situ mak? Sejuklah malam-malam ni. Dia tak sejuk ke?”.
Mak saya cakap, “Rumah die takde aircond”.. Pastu laju je mak saya dukung saya bawak masuk dalam rumah. Saya pun yeke. Kecik kan waktu tu. Mana nak tau. Apa yang mak cakap kita iyekan je la. Abah terus ambil barang kt bonnet kereta cepat-cepat dan suruh kami sekeluarga basuh kaki. Abah pasang ayat ruqyah malam tu.
Bila beransur tengah malam, ada orang ketuk pintu. kuat sangat. Ketuk pintu kayu rumah kampung kan. Bergegor rase umah atok malam tu. Tapi abah tak bagi sapa bukak. Lepas tu abah menjerit, "Allah hu Akbar, ni bukan tempat kau, Allah hu akbar". Saya dengan abang dah start menangis-nangis dah sebab takut dengar abah jerit macam tu. Tapi mak dengan opah duk tenangkan kami.
Abah dengan atok tabur garam keliling rumah dan azan setiap penjuru. Baru la "dia" tak ketuk-ketuk pintu lagi.
Tiba-tiba pukul 3 pagi saya tersedar. Saya  boleh dengar apa yang makhluk halus tu cakap dan panggil nama saya dan suruh saya buka pintu. Rasa macam dekat sangat suara tu. Uwaaa.  Ni yang saya paling tak suka sekali kak. Takat nampak je tu ok la kan.. Ko nak lalu, lalu la saya pandang tempat lain. Takde la nampak ko. Tak menggangu hidup aku. Ni main bisik2 pulak. Main panggil nama kite plak. Saya pejam kan je mata saya sampai tertidur. Berpeluh - peluh saya tidur malam tu. Rasa waktu malam tu panjang sangat.
Bangun je pagi tu, saya cerita dekat mak yang saya dengar ada orang panggil saya dan suruh saya bukak pintu.
Abah cakap, " Kak, apa yang kamu nampak atas bumbung tu pontianak. Dia nak la kawan dengan kamu sebab sebelum masuk rumah kamu tegur dia"
Thanks
 -MB-

8 Comments:

Shahrizat said... [Reply to Comments]

Allahuakbar! Sesalan ku baca lepas balik kerja kol 11 dan tak mandi lagiiii...mandi bukak pintu ni kangggh

nor said... [Reply to Comments]

This really spooks me.
At least karangan adik mb flow dan ayat teratur.A*

Zetty said... [Reply to Comments]

"Rumah dia takde aircond".

😂

blasahje said... [Reply to Comments]

serammmmm tu

Haris Zuhaina said... [Reply to Comments]

Peej, awat tajuk layang2 di jalan gelap tp crtinya ataih bumbung :O

Haris Zuhaina said... [Reply to Comments]

Peej, awat tajuk laying2 d jln gelap, tp critanya ats bumbung :O

mrs kayrul said... [Reply to Comments]

Baca malam nie jadi seram yg amat

Erni Hasmiza said... [Reply to Comments]

OMG scary weh

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...