Instagram : @peejburhan

bagus sangat ni

last few weeks aku pergi jumpa doktor.
masa check bp aku, doktor tu terkejut tengok tinggi sangat.
dia kata kalau tinggi macam ni bukan takat kena tahan hospital.
boleh straight pergi ICU ye.
oh em geee. takut.
tak cukup rehat kot.

so doktor suruh aku kawal pemakanan. kah kah.
macam seram tu. takpa sis cuba.
ikut diet dia bagi memang tak mampu la aku.
kalau diet yang dia bagi tu confirm tak sampai sebulan aku adalah model terkenal Malaysia terus tahap body aku. kah kah kah.
cuma i leh cuba kurang2 kan. ;p

so dalam pada tu, dia bg aku few option makanan tambahan yang aku kena makan.
ikutkan ada 5 benda dia suruh aku amalkan.
tapi so far aku amik 3 je. lagi 2 tak buat lagi. walaupun barangnya ada.

so now aku start amik pagi n malam, pil habbatus sauda, pati buah delima, fig vinegar.
lagi dua patut kena amik gak olive oil n madu.
tu aku tak try lagi telan.
lagi 3 tu aku start amik.
buat je la alang2 dah ada tu kan.

ingat tak aku ada buat entry yang aku rasa tak sihat sangat.
badan rasa banyak sangat angin.
makan apa semua serba tak kena. sampai takleh buat kerja rasa.
then yang aku sakit pinggang tahap tertinggi semua benda serba tak kena.
pergi berurut apa semua tak jalan ye.
ok la sehari dua..nanti datang balik sakit tu.
sakit tak terkata pinggang aku.
yang boleh legakan adalah bila laki aku tiap malam sapu balm or minyak panas banyak.
rasa panas je selesa..baru leh tidur lepas tu.
haha dasyat sangat macam tua bebenar dah ni.

so since aku start makan 3 benda kat atas ni.
aku memang tak put any expectation.
makan je la benda dah ada kan.
nway, tetiba aku sedar yang aku punya sakit pinggang tu terus takda dah eh.
pastu angin pun takda dah.
dengan selamba minum teh tarik bergelas2. makan ubi kayu pun relax je.
wooow eksyen sangat ni.
tapi serious bagus sangat la.

badan pun rasa segar la..i mean boleh buat kerja la walaupun tidur tak cukup ke..
letih hari yang sebelum tu ke apa.
ok je.
kalau korang jenis suka nak try supplement2 berunsur tradisional macam ni.
serious boleh try.

tengok la rajin aku nak try olive oil n madu tu sekali.
we see how. mana tau lagi best rasa dia tu kan.
btw, yang aku amik tu macam ni botol dia.


:: fig vinegar ::

:: pati buah delima ::

aku try carik pic habbatussauda yang aku makan tu takda pulak kat google.
if ingat nanti aku amik pic n share sini.
serious baguih me is like.

tapi hari ni i lupa lak makan..keh keh.
patut la rasa ngantuk je ni. ;p
serious boleh consider makan.
esp untuk sesiapa yang dah ke arah2 umur aku ni..tapi badan macam kan dah tua bebenar rasa dia tu.





10 Comments:

ciknurul said... [Reply to Comments]

kak peej nnti update ye gambar habatussauda tu. nak bg my dad makan. update kat ig pun boleh. terima kasih kak peej.

aziekz said... [Reply to Comments]

Dan elok juga amalkan chia seed...

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

makanan2 (or minuman) berunsurkan semulajadi (buah/sayur/mknn sunnah) mmg bagus weh. amalkanlah selalu. olive oil boleh guna utk masakan2. kalau masak pakai minyak byk, pakai blended oil yg ada canola tu mmg bagus. madu, minum dgn lemon pun sedappp :D

NURUL ALI'IM -ZAINAL ABIDIN said... [Reply to Comments]

boleh share tak beli dekat mana? nak beli for parents..tq k.peej

Wizana Arbain said... [Reply to Comments]

Peej fig vinegar tu beli katner? Nti share pls, tq

QASEEH HATIKU QASEEH said... [Reply to Comments]

salam peej..utk pengetahuan u..klu tekanan darah tinggi tak terkawal..bole merosakan kidney..salah satu tnda nya sakit2 blkg..better u bt blood test berkala..utk tau satu bodi nya condition ye..

Ju-Dzahir_Amanda said... [Reply to Comments]

Fig Vinegar tu boleh jugak dicampur dlm air kosong/jus then minum... tp saya selalu campur fig vinegar tu dlm air kosong dlm tumbler then minum mcm minum air kosong biasa je tu.. so, xde la terikat sgt mcm mkn ubat dokter, time sekian sekian kena mkn dier.. mmg sgt jarang nk terlupa minum..

diana said... [Reply to Comments]

sy ade jual habatus sauda softgel..1 botol ade 60 biji..kalo nk bole wassap sy 0126605108..harga psrn rm35,harga ahli rm29.04 shj.

diana said... [Reply to Comments]

tumpang promote ye peej.. kalo nk order habatussauda ngn sy pn bole..

Intan ~ Nur Azlina said... [Reply to Comments]

ada jual habbatul sauda + olive oil, soft-gel 24 pcs brand ege group peeja, senang makan sekali harung... sy mmg ambik ni, normally ada jual. saya biasa beli dekat pasar tani putrajaya... mcm2 makanan sunah pun ada jual...

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...