Instagram : @peejburhan

workaholic ke apa?


nak cuti nak cuti...
excited tapi at the same time macam sedih.
sebab nanti macam tak masuk office lama. hahaha ada ke orang gila macam ni?
confuse nak happy ke nak sedih. kah kah.

memang penat kerja ni kan.
memang seronok je kalau weekend rasa macam wahh bestnya boleh rehat (walaupun takda la rehat sangat pun).
tapi kalau cuti ni lain sikit rasa dia.
sebab kau rasa macam lamaaaa je kau tak masuk office.
walaupun takda la lama mana.
pastu risau nak tinggalkan kerja kat orang. kah kah.
kemain macam-macam aku pesan kat elly, apa kena buat. apa kena tau.
siap paksa dia tulis pesanan aku ni.
hahaha ngeri sangat ni.
macam la kalau aku takda..kerja tak jalan kan. ok je kot.

maybe sebab kerja pun company sendiri kan. so rasa sayang tu lebih sikit kot.
walaupun companynya pun kecil-kecilan je :) bak kata orang baru nak belajar meniarap...slow-slow belajar merangkak pulak.
tapi seronok. esp sebab kita orang macam family je rasa dalam office.
takda sangat buat gap kita boss, kau pekerja..so sila itu ini bla bla.
konsep pun open space. so kau nak bergurau senda ke, nak menari ke, nak gelak ke, nak kentut ke..memang semua akan tau la.
soon buat bilik boss. pun konsep glass, then pintu pun slide..maybe tutup bila perlu je.
hahhaha matiklah boss jenis menyibuk nak sembang ngan staff.
kita orang selalu amik bebudak part time.
macam-macam kerenah la ada.
paling best if jenis fun n kelakar ni. ada je la gelagat dorang buat kita orang terhibur.
so bila i cuti ke apa, rugi u know...i terlepas kisah-kisah menarik di office.
oh em geeeee....ada ke orang gila macam aku ni? hahhahahaha

tapi i memang memerlukan cuti. sebab sumpat penat sangat dah.
sampai tadi accountant tegur aku cakap, "u penat sangat ke? muka u nampak sangat macam u penat."
memang penat pun. kata kerja non stop.
aku enjoy kerja. tapi serious penat. Alhamdulillah Ellfie n Fame doing good.
macam Ellfie dah ada staffs handle..so dah relax sikit.
Fame pun dah ada, tapi order macam menderu2 sangat.
so macam baru kau nak rasa lega fuhhhh...settle dah kerja.
sekali tersedar...apaaaa..mana pergi semua barang-barang ni? nak habis dah..
order baru...kerja start la balik. then habissss je buat kerja..dah mengadap orderss balikkkk.
pastu repeat lagi benda sama.
soon pulak ada few projects lagi akan keluar under Fame....
so busy tak berkesudahan.
kita tau staff pun semua busy. so kita orang pun akan sama-sama tolong buat sama.
tu yang kau rasa diri kau tuaaaaa sangat la segala penyakit timbul.

sakit pinggang aku tak berkesudahan yea.
sampai aku risau eh aku ni sakit buah pinggang ke apa ni?
cakap kat Jonet terus dia sound..hoiii sakit buah pinggang tak macam tu la.
hahahaha oh ye ke? mana i tau. tu la siapa suruh tak belajar pandai2 sampai jadi doktor kan? kah kah.
jonet kata mesti muscle ni. maybe posture duduk.
dia pegang tempat sakit tu dia kata kerass..tegang. sebab tu sakit.
dia suruh aku exercise sikit supaya lembutkan balik.
masalahnya gigih aku dok save video exercise. tapi so far satu hapa tak buat lagi. hahaha.
yang jadi mangsa laki aku la hari2 kena sapu segala jenis minyak, balm, lotion panas bagi aku lega.
kalau tak sakit sangat la.
sampai seram nak cakap sakit takut dia sound nanti.
so sakit petang tadi, terus aku balik telan pain killer je. nasib lega. fuhhhh.

so cuti ni memang rasa nak rehat sepenuhnya.
wahhhh nyaman memikirkan boleh tidur like starfish.
tapi at the same time macam terbayang2 office nanti. kah kah.
siap cakap kat elly, anything give me a call..or sms.
i case line internet tak ok ke apa.
matiklah orang selalu cuti kata taknak di ganggu kan.
aku lagi siap pesan apa2 carik aku eh. saikosis sangat perangai.

tak terucap perasaan suka opis sendiri. hihihi.
tadi cakap kat elly n filla. dorang kata aku gila.
sebab aku tengok dorang yang beriya2 wish aku happy holiday la apa.
masalahnya aku lak cakap aku nanti rindu opisss.
sekali elly cakap dia pun if lama2 tinggal nanti rindu.
tu la aku cakap filla, kau kalau kerja sini pun nanti kau paham perasaan kami.
sebab filla tu lagi la, dia jenis pecinta dan supporter tegar produk sendiri.

aku elly selalu gelakkan dia.
kerja dia asyik tanya kita orang pakai apa.
let say aku jawab aku hari ni pakai lipstick Mac. terus bising cakap, "NOOOOO...kenapa tak pakai Fame?" hahha malas layan.
kalau aku n elly cakap pakai Fame, suka la dia.
Pastu dia akan puji produk tahap melangit punya...dan dia puji tu sincere yea...bukan sebab produk sendiri.
nanti kita orang gelakkan la dia.."wooow kau sangat suka yea produk kau sendiri filla?"
"OFFFFF COZZZZ...korang pun kena ye."
hahahah gila jugak pompuan tu. mesti la suka, gila tak suka..tapi takda la over macam dia.
sebab tu aku bayangkan kalau dia kerja kat office ni, mesti dia yg paling semangat.
mesti siap ada Frame dia buat cross stitch, "Office Sweet Office" hahahahha..


tapi takpa. sebab cuti seronok jugak. sebab cuti ngan family.
memang dah lama tak buat tu.
bila elly tanya bila last time cuti macam tu. aku tak boleh recall pun ok.
macam dah lama sangat tu.
so excited.
tapi dalam excited tu ada sedih.
sebab dapat rasa kekurangan yang ada.
wishing papa is still here with us.
hanya dapat titipkan doa je setiap kali rindu datang.

ok peeps.
thats all...
aku nak sambung tengok movie. ;p

so bilanya nak tidur ni?

2 Comments:

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

hahaha xmenahan ok siap ada cross stitch. bagus tu ada perasaan sayangkan ofis. sbb ramai yg bekerja ofis zaman2 skrg fikir nak pencen awal je (tapi xdapat nak pencen sebab nak bayar kereta, rumah.. HAHA) :P pergilah holiday, starfishkan diri. nanti balik holiday, super cargas boleh sambung kerja. hihi

izz zac said... [Reply to Comments]

Salam peej, kalau sakit pinggang selalu I suggest pergi treatment chiropractic. The same pain yg I alami sbb dulu suka buat kerja atas lantai alignment spine pun lari.now umur dah makin meningkat
lg terasa tp after chiropractic rasa lega sgt. Jgn biar lama2... Ok take care peej

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...