Instagram : @peejburhan

the love i have for them

Rasa korang yang dia lama baca blog aku tau.
aku ni selalu ada duit mesti aku akan pikirkan nak happykan orang lain dulu.
untuk aku lasttttt sekali aku akan pikir.

macam hari tu ada duit lebih sikit untuk raya.
takda apa pun yang aku nak.
ikut nafsu memang segala benda kau nak.
then aku pikir-pikir..semua tu macam tak perlu je.
plus minat aku takda ke arah kebendaan sangat.
just nak ikutkan orang..baik takyah.
atleast for now tu yang aku rasa la.

so kembali ke niat asal kenapa aku kerja keras, adalah nak happykan family.
so that exactly what i do.
happy dapat bagi suami, mama, adik beradik aku duit buat belanja raya.
bila mama happy, aku happy.
then mama cakap nak beli itu ini dengan duit aku bagi, mintak aku bawak dia.
terus aku pergi sendiri n belikan apa yang dia nak.
kalau boleh duit aku bagi tu aku taknak dia buat belanja benda2 tu. takpa ada rejeki aku belikan.
happy sangat tengok dia happy.

tapi as usual bila datang time-time macam ni.
aku rinduuuuu sangat kat papa n arwah mak. menangkap-nangkap la rasa dia tu.
selalu terbayang alangkah happynya dua insan ni kalau aku dapat happykan dorang jugak.
tapi Allah lebih sayangkan dorang.
aku tak sempat nak happykan dorang dalam jangka masa yang panjang.
i can imagine the look on both face. esp papa. rindunyaaaa.

baru-baru ni aku tukar wallpaper laptop aku.
aku tukar pic bawah ni.


tapi everytime aku bukak laptop aku.
cecepat aku bukak apa-apa so that cepat-cepat pic ni terlindung.
aku taknak tengok. sebab aku tau nanti aku sebak.
papa ni air muka dia redup.
n dia pun seorang yang sangat baik, sweet, loving, funny semua la.
so bila tengok pic atas ni. aku boleh exactly ingat each n everything bit pasal dia.
so aku memang avoid nak tengok pic papa. sekali sekala je aku tengok.
so hari tu screen aku macam ni.
aku tengok n tenung pic ni. terus aku menangis non stop macam budak kecik.
oh mannnn. menaip ni pun aku dah nangis sakan. :(
rindunya....he is such a nice person, i really hope Allah grant him the highest Jannah.
n i really wish we will meet again n be together as a family again. Amiin.

macam last Saturday ada drama at tv3..tajuk Baju berkancing peniti.
mama tengok drama tu. sebab ada subtitle kat bawah.
mama kan tak dengar..if takda subtitle dia takleh tengok.
since cerita tu ada subtitle. so mama tengok la.
aku tengok tak tengok sangat.
tapi tau la jalan cerita.
bila dah half of it baru tengok sampai habis...omaigodddd sedih aku nangis bagai nak gila.

cerita dia pasal dua pasangan tua yang loving. then wife dia mati dulu.
kau leh tengok macam mana pakcik tu sedih.
cakap sorang-sorang macam still sembang ngan wife dia.
aku nangis sakan sebab i can imagine how mama felt.
sebab memang aku terus terbayang tu je.
aku memang nampak macam mana mama sedih je selalu teringat kat arwah papa.

then masa cerita tu kan pakcik tu asyik cakap sorang.

mama : pakcik ni suka cakap sorang-sorang.

me : dia bukan cakap sorang ma, dia macam bercakap ngan wife dia. macam mama selalu tu.

mama : haaa ye ke? macam mama ye nak *sambil mata berair*. memang ada macam tu ye nak? mama ingat mama sorang je.

mama kan tak dengar. so even drama ada subtitle..tak semestinya dia faham 100%
some plot aku kena terangkan kat dia.
so pasal atas tu..memang sejak papa takda kadang mama cakap sorang.
dia dah biasa berdua je kan.
kadang nanti mama bercakap macam dia bercakap ngan papa.

mama :

paaa, mama sarapan tau pa.
paaaa, hari ni mama tak sihat la paaaa.
paaaaa, kenapa papa tinggalkan mama pa.

hoiiiiii tak suka betul la aku. sedih tahu takkkkk.
so bila scene drama tu benda-benda sedih dah macam hape aku n mama dok kesat air mata.
aku can imagine dia mesti teringat papa.
n aku pun memang bayangkan situasi tu apa yang mama alami sekarang.

ada satu scene tu pakcik tu cakap sorang, "kenapa dinda pergi dulu tinggalkan kanda?"
ingat lagi dulu mama susah hati papa tak sihat tu.
mama cakap kat papa, "kalau mama pergi dulu. papa jangan susahkan anak tau. papa tinggal ngan pija n ben la. ben boleh jaga papa."
laju papa jawab ngan tangan2 sekali, "tak nakk. biar papa pergi duluuuu."
so bila scene kat drama tu tunjuk pakcik tu duduk ngan anak dia..macam-macam kerenah anak ada..memang sedih la aku ngan mama kenang balik scene tu.
pastu cerita balik pasal papa..n cakap..memang papa pergi dulu rupanya. so sad lah.

tapi dalam adik beradik memang aku paling kememeh.
scene tak sedih pun beria aku nangis macam ke hapa. sampai kena sound ngan laki aku.
"u ni kenapa jaaa? ni drama je la."
"sedih laaaaa! u apa tau..i terbayang mama la. u lain..mak n abah dedua dah meninggal. mama ada lagi ni. so mesti dia sedih sama macam drama ni."

hahaha matiklah dramatik sangat aku niiiii.
tak menahan aku drama melayu ni tau.
bila part merapu tu memang rasa nak hempuk tv...
tapi bila best macam ni...dah ngan aku sekali berdrama luar tv. bongok sangat ni.

ok ke kisah lain.
aku memang ada plan if ada duit lebih sikit nak bawak mama berjalan cuti ke apa.
sebab memang mama takda ke mana. since daripada papa sakit.
dulu dorang berdua rajin berjalan sana sini.
since papa sakit setahun, then meninggal almost setahun. memang tak kemana pun mama.
dia memang kat rumah je.
keluar pun pergi appointment hospital or sometimes ke market abang aku bawak.
sian pun ada. tapi macam mana masing2 pun busy.

macam aku pun, ada sejenis perangai tah kenapa liat nau nak cuti.
rasa macam busy bebenor.
macamkan kau tu orang penting nau kalau kau tak datang benda tak bergerak.
padahal ok je. takda pun benda ok je.
maybe in a way aku ada sedikit workaholic tanpa sedar. entah. poyo boleh tahan lempang kang. hahaha.

tapi serious tahun ni memang takda aku cuti. ada pun sebab aku MC tak sihat.
macam last year cuti aku burn gitu je sebab aku tak rasa nak cuti.
tapi lately ni kan penat.
since berapa bulan sebelum raya dah busy ngan preparation untuk ramadhan..memang busy.
bawak ke ramadhan. then ke raya.
basically memang takda rehat yang bebetul rehat.
sampai rasa badan aku ni dah rapuh sangat la. ada je sakit itu ini setiap hari.
sampai dah spend untuk urut setiap minggu pun badan still sakit. ngeri la.
tak cukup rehat la aku rasa.
dah lama aku tak tidur sepuas hati n bebetul rehat.

so aku cakap aku nak cuti la bulan ni.
dorang memang laju je setuju.
sebab dorang memang asyik paksa aku cuti ke apa. tapi aku macam tak kuasa.
semua orang dah ada plan cuti itu ini. aku still tak rasa nak cuti.
sampai hujung tahun ni, dorang dah plan bila aku patut cuti. eh ngeri la.
laju dorang tanya aku nak cuti pergi mana?
aku kata takda ke mana. aku just nak cuti n rehat kat rumah. nak betul-betul rehat.
boleh tak cuti nak tidur je sebenarnya.

dorang suruh bawak mama berjalan. dorang kata kan aku cakap nak bawak mama cuti.
a ah kan. betul gak tu.
memang ada plan tapi tak tau bila nak pergi.
ni alang2 cuti ok jugak kan.
terus tanya mama, mama nak tak cuti bla bla bla.
senyum mama n laju je jawab, "nakkkkk".
ok set.

terus aku semalam gigih ngan booking dot com.
dapat tarikh n good deal, tanya mama dulu.
dia ok tak ngan date tu. takut dia ada appointment doktor ke apa.
mama cakap ok dia takda apa date tu.
terus buat booking.

now tak sabar. excited pulak nak bawak dia bercuti.
lama dah dia tak kemana kan.
cuma biasa la..dalam nak bercuti tu..terdetik kesedihan kat hati ni.
how i wish papa pun ada. mesti dia happy.
aku tak sempat nak bagi dia merasa bercuti aku yang bawak. :(

dulu i have all the time in the world. but maybe financially pulak kureng.
now Alhamdulillah ada rezeki lebih, but tu la time lak selalu takda.
i will try my best to spend more time with my family.
selagi ada kudrat, hayat, kesihatan dan rezeki . Insyallah.

ok peeps.
see ya again on my next post.
teruskan berdoa agar kak jah terus rajin update blog.
doakan dan sedekah Al-Fatihah kepada papa jugak yea, Burhanuddin Bin Hj Aliman.



7 Comments:

syuhadaa said... [Reply to Comments]

:'(

Sama la kita, kalau dapat kutuk drama Melayu memang kutuk kau-kau. Tapi dibuatnya cerita sedih, hadoih..... hujan terus!

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

waaa so sad. sabar byk2 ye peej. kita sebagai anak ni boleh terus2 doakan dan hadiahkan surah2 macam yasin atau ayat kursi kepada yang dah pergi dulu. sebab tu salah satu 'harta' yang dibawa bersama ke sana. and eloklah tu pi cuti. cuti2 rehatkan diri. ^^

f.i.e.z.a said... [Reply to Comments]

peej u know what, i pun tgk cerita tu and i teringat your parents. even my parents pun tak se loving macam tu and today i baca lak cerita ni. wpun tak penah jumpa your late dad but i know from reading your posts for so many years, he is a nice gentleman. semoga dia tenang kat sana. sementara ur mom ada happykanlah dia. i kalau ada rejeki lebih mmg salu teringat kat parents nun d kch. dah 30an camni la dia kan heheh
take care peej. u mmg anak yg baik :)

Nazlina Mad Nazin said... [Reply to Comments]

sedihnye...sampai ke pundi kencing akak terasa..sob sob...peja memang anak yg baik..semoga Allah tambahkan rezeki ko dik..al-fatihah utk papa..

salzahari said... [Reply to Comments]

Assalamualaikum Peej...Akak selalu baca blog ko tapi jaraaanggg sgt nak komen...Setahun 1x je kot.

Pasal post kali ni...Akak tak tgok pun crita tu tapi akak faham apa kot nak cerita sbb akak pernah rasa bila tgk arwah mak sorang2 selepas arwah pak meninggal. Pak akak dulu kena stroke dulu..Org dulu mmg mcm arwah papa ko Peej, bergaya dsb. So sekali kena stroke mmg satu dugaan utk kami sekluarga bila arwah mak akak mmg dependent wife/ fully housewife dan habis pencen,arwah bapak stroke. mmg dia ja jaga sbb kami adik beradik ada dah kawin ada di hostel dan ada dah keja di KL...bila arwah pak meninggal akak tgok gmbr yg masa arwah pak akak stroke tu gmbar mak akak bahagia (ada senyum) wpun suami dia mcm itu - susah kan handle lelaki stroke dgn kudrat wanita..U know what i meant. tapi mak happy sbb itu pengabdian sorg isteri..kita belum tentu. tapi slps pak meninggal gmbr mak lebih suram mcm takda cahaya kebahagiaan..

sbb apa...wpun anak2 ramai dan dtg on off bantu beli keperluan dsb tapi tak sama. Tak sama tempat dgn seorang suami yg ada depan mata bersembang, makan dll. Masa tu akak pun tingin nak bawak arwah mak jalan2 sbb akak je bujang belum kawin tapi masa tu akak masih belajar mmg tak mampu.

bila akak dah keja, mak akak pulak meninggal...So sgt ralat dan rasa bila ada duit sdiri dan boleh drive apa semua tapi tak adak peluang nak taburkan. So nasihat akak ko cari laa masa mcmana utk mama ko sementara ada peluang! Kita2 ni kalau umur pjg lagi, suami dan anak2 ada buat teman. Mak/ mama ada kita aja....

AYLANi said... [Reply to Comments]

saya pulak rasa excited bila k.peej nak bawa mama pergi bercuti. cant wait your entry! ^_^

shh: said... [Reply to Comments]

Peej, I cry. Ish. (Kememeh jugak) Al-Fatihah for your father, salam to your mum

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...