Instagram : @peejburhan

kagum bila tau pasal hal manggis ni

sekarang memang musim durian kan?
sana sini orang share pasal durian.
paling terbaru canggih sangat aku tengok kakak ipar aku order durian online ok.
penghantaran terus ke rumah durian. weooowww so canggih. hahaha

so anyway kecur-kecur air liur tengok orang up pic duriannnn.
aku memang hantu durian.
tapi lepas kawin aku rasa ada dalam 2-3 tahun aku tetiba takleh makan durian.
bukan takleh apa. aku macam tak lalu. makan 1-2 ulas pastu taknak dah.
tak tau kenapa.
tapi now dah ok. kah kah. kak jah mana boleh lama-lama tak suka kepada makanan.
suatu kemusykilan kalau macam tu. kah kah

aku nak durian lama dah.
tapi sebab aku demam la, batuk tak baik-baik la.
so laki aku tak bagi beli. nyampahhh tau.

tapi mama kan kalau dia nak something kemain dia hint sana sini.
sebab dia tau bab makan aku mesti rajin melayan dia.
so lepak rumah dia tu dia dok la cakap sedapnya kalau dapat durian kan.
siap buak aksi-aksi makan durian.

so sebelum pergi rumah dia aku beli la durian
kat area rumah mama tu.
kat situ memang mahal baq ang.
tapi memang dari kecik parents aku suka beli situ
sebab memang confirm sedap. tak mengecewakan.

kalau kau beli 6 bijik pun. confirm 6-6 sedap.
unlike some place dalam 6 bijik tu maybe 2 je bebetul sedap. lain biasa je. some even mengkal.
sini tak. memang terbaik.

so aku beli la 5 bijik.
so makan la ramai-ramai including jonet sebab dia lepak sama time tu.


bukan musang king.
tapi harga boleh tahan pitam rm35 sekilo.
tapiiiiii, dia punya sedap tu macam kau tak mampu berkata apa.
time makan tu ada sebijik tu punyalahhhhh sedap sampai aku rasa sepanjang aku berkecimpung dalam arena makan durian ni...memang terpaling sedap yang aku pernah rasa la.
Ya Allah sedapnya teringat balik ni.

sedap punya pasal. time tu gak kita orang bedal habis semua 5 bijik.
semua terbaik takda apa nak simpan tepi sebab nak buat bubur ke apa.
hmphhhh makan tu as usual teringat je papa.
papa selalu beli durian. n akan tunggu aku untuk makan sama-sama.
nanti some dia suruh mama buatkan bubur kacang durian or serawa.
fuiyyooooo sedapnyaaaa.
rugiii woooo sapa tak makan durian.

nway enough about durian.
so settle bab durian, dahhhh mak aku mereka-reka lagi.
dia kata mama teringinnnnn nak manggis.
tak dapat lagi makan manggis.
hishhhh ada-ada je tau dia ni.

so merata aku tengok tepi-tepi jalan takda pulak orang jual manggis.
tapi dalam fb merata pulak aku tengok orang makan.
sampai maybe 1-2 weeks after durian tu, aku nak balik aku tengok ada orang jual manggis.
terus beli 3 kilo manggis, n aku beli sekali mata kucing 2 kilo.
so mari pesta buah.

so mengadap la anak beranak makan manggis.
so tengah makan tu mama cakap.

mama : "pija tau tak, manggi ni tengok tampok dia bawah ni. kalau kelopak tampok tu 4 maka isi dalam dia 4 la, kalau dia 5 makan dalam tu isi dia 5 nak"

me : *aku macam buat muka* "ye ke?"

mama : iyeee..tengok ni... *sambil bukak* haaa tengok ni luar ni 5, dalam ni 5.

me : a ah laaaa...eh tapi memang bukan semua 5 ke?

mama : takkk. cuba check.

so aku try la.
OMG ye laaaaaaaa!!!!!!!
luar 4 dalam 4,
luar 6, dalam 6.
ada satu tu buah tu kecik yea besar bola ping pong macam tu, tampok tu 7 kelopak dia..n guess whattttt??? dalam dia isi dia 7 ok!!!!!
hampir pitam aku.

me : mana mama tau?

mama : arwah atok abah dulu bagi tau mama.

va va va.
aku yakin mostly korang pun tak tau, macam aku gak.
ok maybe some tau la.
tapi tak ramai tau kan???
sebab aku bagi tau jonet n noy pun dorang tak tau n dah memasing terkagum2 n kerja check tampuk, kupas, n tengok isi kagum. kah kah kah.

gigih aku snap pic ok ngan tangan melekit nak tunjuk korang ni.



:: see bawah tu 4 kena kelopak tu? isi dia 4 ketul weyhhh ::

:: kelopak 6, isi pun 6. mih mih mih ::

:: ok kira kelopak tu..then kira isi tu....7 weyh...tujuhhhh!! ::

kagum tak? kagum tak? kagum tak?
hahahah best kan?

nanti korang beli cuba try check out
betul ke idok.
cissss tengok pics ni tak pasal rasa nak makan durian n manggis lagi. ish ish ish.

15 Comments:

Fazleyatul Aini said... [Reply to Comments]

hahaha lawak la sepanjang berkecimpung arena makan durian. punya lama terlibat dalam bidang durian ni kan hahaha
last 2 weeks kot kat melaka ada pesta durian dan buah2 tempatan. masa tu manggis dah banyak jugak. skrg mmg musim buah kan. mmg syok ooo. mata kucing, manggis, rambutan, durian !!!

Seri Kandi Tanah Jauhar said... [Reply to Comments]

betul Peej, sebab tu ada falsafah menyatakan, jadilah seperti buah manggis, walaupun kulitnya hitam tapi dia tak pernah menipu, apa yg ditunjukkan ditampuknya, begitulah isinya. Tak macam durian, di luar nampak elok, kadang isinya mengkal. Hari tu akak beli durian 5 biji, satu biji yang betul sedap RM25 sekilo), yg kedua tu sedap jugaklah.. yg ke 3 sedap sikit.. yg ke 4 dan ke 5 tu ala2.. hurmmm. Mmg berbaloilah beli sekilo RM35

Shida Idris said... [Reply to Comments]

errr...pasal manggis tu, dah lama tau

Shuriana Khamisan said... [Reply to Comments]

buah2 di atas adalah fevret saya... nyum2...

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

haha gembiranya ko check tampuk manggis tu! :D sy lagi la, baru2 ni baru tau yg kalau durian musang king tu ada mcm bentuk bintang kat bawah dia. selama ni tak tauuuu. selama ni dok fikir2 camne la org boleh beza durian yg macam2 jenis ni? kot beli kena tipu ke, bukan kita nak tau. lg2 kalau isi lebih kurang sama je warna dia.

orang jual durian kata tinggal lagi 10 hari musim.. eh ye ke. nak beli durian mahal/sedap dah xckup duit sbb bayar road tax. ahaha. makan durian kampung sj lah :P

safina said... [Reply to Comments]

dah tau lama dahhh...kahkahkah

sweet_saya said... [Reply to Comments]

dah lama tahu.. hehehehe

mama jariss said... [Reply to Comments]

sian peej..baru tau

f.i.e.z.a said... [Reply to Comments]

scroll laju2 sampai bawah taknak tengok gambar durian tu tauu. bukan tak sukaa tapi karang terbeli ishhh makan sorang tak syokkk hehe

Syazni Rahim said... [Reply to Comments]

hihi kita tau dari kecik, arwah atok bagitau, tapi masa mula2 tau tu, seraga jugaklah manggis kita kopek sebab nak check ye ke idok!

saffa said... [Reply to Comments]

Salam peej, lokasi beli durian tu kat mana, share plss :-)

rins said... [Reply to Comments]

baru akak tahu ni ,mekasih peeja :)

Dewi Carina said... [Reply to Comments]

dah lama tau pasal manggis tu, dari kecik, mak kasitau..

Liyana said... [Reply to Comments]

dah tau lamaaa dah... hehehe

Cik Puan Eka said... [Reply to Comments]

hahaha lawakla berkecimpung arena makan durian.

pasla manggis tu baru tahu. okey teringin manggis plak hehe

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...