Instagram : @peejburhan

Jenayah siber dan pencerobohan

wooow tajuk ala-ala rancangan "999" kan.
menyirap pulak baca.

ok since ramai daripada korang kata korang tak follow fb aku, so update ni untuk anda ye.
tengok ramai add aku kat fb kan.
masalah pulak aku ni, kalau korang takda mutual friend dengan aku di kalangan yang aku kenal, aku macam tak nak approve...hahaha lempang kang perempuan ni.
sebab tu orang lain dah full friend list. aku punya banyak je lagi ruang kosong.
sebab aku ada sejenis perangai tak sesuka hati approve orang.
kalau pic profile pelik atau nama facebook korang nak konsep misteri pun aku tak suka.
aku takkan approve. tapi aku tak reject.
aku just left u guys hanging. biadap nya perangai kau kak jah.
cas diva mengalahkan celebrity sangat. kah kah.
oh n lagi satu kalau korang lelaki, memang awal-awal aku reject ye. esp bila tak kenal.
kalau kawan sekolah ke apa ke takpa.

sebab aku tak nampak faedahnya nak kawan kat fb.
sebab satu aku tahu tahap jealous laki aku yang ala-ala dia rasa semua lelaki di dunia ini dambakan wife dia yang "lawa" sangat ni... walaupun dia tak pernah pun check pun fb aku ke apa.
but still aku sendiri dah develop rasa tak suka n tak selesa nak accept lelaki2 dalam friendlist aku.
tak perlu create situasi yang tak perlu.
walaupunnnn maybe dia add ikhlas ke apa. still aku tak suka.
so sorry guys. :D

ok sambung cerekarama hari ini.
pagi tadi ada meeting ngan business partners. wooow hebat sangat ni weekend pun meeting.
dasyat kalau tak jutawan gak ni tak tau la. kah kah kah.
tapi aku tak sihat today.
lepas settle meeting n lunch kita orang balik rumah je.
aku just nak rehat.
taknak ke mana-mana.

baik rumah online la.
aku ni kalau keluar jarang check hp.
aku bukan seorang yang dengan hp 24/7. usually aku akan online bila aku dah sampai rumah n rest.
so kalau aku tahap ngeri lambat balas hp harap maklum. aku memang tak check. gituh.

so nway, tetiba ada fb msg dpd seorang yang dalam friendlist aku.
dia kata ada orang guna pic aku.
oh thats a first. aku rasa nak tergelak memula.
sebab berpikir selalu orang curi pic ni sebab nak menyamar...
aku paham, kalau dia curik tu gambar org2 yang lawa-lawa.
masalahnya aku ni tang mana yang menarik yang kau nak curikkkk ni?
sebab tu aku kata, "oh thats a first"...sebab first time ni.
sebab aku memula baca je. tak tengok lagi pics yang budak msg aku ni hantar.
bila tengok i is terus bengang


kemain kau Linda Yana tetiba kan.
tapi bila tengok pic satu lagi ni jadi geram.


cissss. kong ajo sangat buat tawaran agent untuk sesapa yang mencari sugar mummy n sugar daddy.
ohhhh mementang aku ada sikit rupa mak hayam..kau jadikan aku mak hayam betul ye.
agaknya kalau amik pic menyamar untuk menggoda lelaki, harapan tipis. so dia jalankan business.

tapi bengang la gak. sebab dia tinggalkan komen kat group page orang meniaga2 ni.
kat semua gambar dia tinggalkan komen atas ni.
dah la group tu aku tengok ada 800K members ye.
orang sibuk jual iron, periuk, baju ke apa..semua ada komen si linda yana ni.
orang semua sibuk komen PM. dia komen benda atas ni. jilake.

maka aku jalankan operasi report kat fb.
then up kat status aku, so rakan-rakan fb aku pun tolong report profile tu.
thanks u guys.
so within minutes fb dah remove profile tu.

tapi susah hati gak. let say la dia rasa still nak guna pics aku ke apa.
buat profile lain kan.
so laki aku try call no tel tu. kata takda dalam perkhidmatan.
ada dlm fb friend aku kata maybe dia set takleh call. just boleh whatsapp n sms je.
check kat whatsapp memang ada.
n try whatsapp call memang ada. dia tak angkat.
laki aku bertalu2 message dia bla bla itu ini. sampai kena block no laki aku. huhu.
tapi seram gak takut dia nak balas dendam ke apa still nak guna pics aku.

so atas nasihat ramai. aku buat report polis la tadi.
dah la rasa kelakar je. masa polis tu type agent membekalkan sugar mummy n daddy tergelak kita orang.

polis : "ada lagi ye benda-benda ni."

me : "tu la kan. macam kelakar je. tapi kita tak tau. maybe ada orang yang memang nak carik sugar mummy ke sugar daddy ni."

betul la kan. kita tak tau kan.
aku takut apa. kang orang ye-ye berurusan dengan "linda yana" tu siap bagi duit ke apa. tak dapat pun sugar mummy ke daddy...kang aku lak jadi mangsa. eeeiii takut.
pic atas ni macam terpotong separuh kan komen tu?
aku ada baca tadi. tak silap bawah2 tu siap cakap ada bayaran apa tah rm3600...aku pun tak sure apa yang rm3600 tu. but still duit kot.
kang aku tak pasal kena.

haihhhh macam-macam hal la.
terus aku paranoid tengok privacy setting kat fb aku.
walaupun pics sebenarnya nak dapat berlambak. kata blogger kan.
tapi yang pasti pic atas tu adalah dpd fb. aku tau tu.
maka aku tengok privacy memang profile pics aku tak private. and few other pics.
dah la aku try privatekan album tu takleh.
gigih aku bukak youtube tengok cara-cara bagai.
gigih aku set privacy satu-satu pics tu semua. sebab ada certain memang takleh privatekan whole album. kena buat satu-satu. grrrrr.

tapi tu la. walaupun selepas bertahun bersocial media. ni baru la kena.
tapi still kena benda tak elok kan. benda yang berunsur jenayah.
tak kisah la jenayah ke apa. even orang gambar kau untuk unsur menyamar..please take it serious.
sebab walaupun nampak biasa je..kau rasa macam...wooow lawa nau ke aku sampai orang nak menyamar jadi aku...
NO!!!! sila ambil serious.
kalau dah konsep orang tu menipu..takda yang baik bermula dari situ.
memula maybe dia menyamar..nanti dia mainkan hati orang.
dah mainkan hati orang..dia mula menipu dengan amik duit orang ke apa.
tak pun dia meniaga ke apa. kang amik duit orang n tak bagi barang.
orang tu selamat. tapi yang terpampang tu gambar kau ye.
kang kat luar elok kau seronok berjalan, orang terkena tu ternampak kau n buat benda tak elok ke apa.
Nauzubillah.

so in a way bila jadi macam ni. bagus gak la aku mengamalkan konsep tak sesuka hati approve orang kat FB.
biar atleast ada mutual friends baru aku approve.
haaaa korang pun yang ada dalam fb aku. sila jaga perangai.
jangan buat perangai melalut atau buat benda2 macam ni ye.

ok enough pasal masalah aku.
nak sambung cerita lain lak.
kata konsep entry kali ni ala-ala rancangan 999 kan? kah kah kah.
so selesai jenayah siber. meh ke segment seterusnya. ;p

tadi kan aku buat report kat balai polis tu.
sambil tu aku nampak la ada sorang tu buat laporan jugak.
laporan di buat oleh budak umur 14 tahun sambil di temani mak dia.
aku tak dengar la apa butir. sebab by the time aku sampai tu. dah habis report..tinggal dia baca kat pc n nak gerak dah.

tapi sementara aku nak buat report tu.
aku dengan polis ni bersembang kes tu.
sebab aku tengok prosidur lepas report ni dorang kena call pegawai2 untuk cakap pasal report n tanya jenayah ni nak letak under kategori apa.
so masalah jenayah budak ni pulak, membuatkan dorang kena call bermacam pegawai untuk dapat kepastian. sebab dorang macam tak puas hati dengan jawapan pegawai tu. so tak pasal aku leh tau sedikit sebanyak kisahnya. masalahnya aku pun tak puas hati ngan jawapan pegawai dorang.
hahahahha gila kepochi aku ni. miahahahahha.

ni sinopsis kisahnya.
adik umur 14 ni pergi rumah pakcik dia nak kemas rumah pakcik dia.
rumah pakcik dia ni rumah kosong.
aku tak sure adik ni ada sejenis perangai rajin macam laki aku suka mengemas..atau dia di suruh oleh seseorang untuk pergi n kemas.
kisahnya. dia pergi la rumah tu.
then dia terkejut bila sampai rumah pakcik dia tu. ada satu keluarga india duduk kat rumah tu.
sebab setahu dia memang rumah tu kosong.
dia tanya la orang tu siapa. orang tu kata dorang memang dah beli rumah tu.
so budak ni...(aku pun tak sure budak ni atau dia ada call someone suruh datang ke apa sebab dia 14 tahun takkan dia reti kan..sebab kata aku curi2 dengar..so tak clear) tanya kalau betul beli..mana dokumen mengatakan dia beli rumah tu?
so family tu takleh provide pun with any documentation mengatakan dorang beli rumah tu.

kononnya pakcik dia ni..bla bla bla (aku tak dengar apa polis ni cakap kat phone ngan pegawai dia) ada something la..pakcik sakit ke..pakcik pergi mana ke..so dia serahkan kunci kat someone in the family suruh jaga atau tengok2kan rumah.

contoh :

pakcik abu bagi kunci rumah kepada adik dia ahmad suruh tengokkan rumah or jaga.
pakcik ahmad memula ok, then agaknya tak kuasa. pakcik ahmad pulak bagi kunci rumah tu kepada anak dia Leman suruh tengokkan rumah tu.
Leman pulak after awhile tak kuasa jugak..dia bagi kepada jiran pulak kunci tu untuk tengokkan rumah tu.
kiranya kunci rumah tu dah pass kepada pelbagai jenis individu sebelum kunci tu sampai ke tangan family adik umur 14 tahun tu.
ni yang aku faham la. tak sure kunci ni ori atau memang fam adik 14 tahun ni ada set kunci lain.
maybe dalam pada ber pass2 kunci ni..ada orang buat duplicate ke apa. Wallahualam.

masa memula kunci tu pakcik abu bagi adalah 2 tahun lepas. gitu.
yang pastinya dalam selepas 2 tahun. tau tau sekarang tak pasal ada satu family india dengan seronoknya duduk kat rumah tu. yang sepatutnya rumah tu adalah rumah kosong.

........................................................

ok sambung.

so kisahnya tujuan buat report tu nak halau family tu keluar la daripada rumah tu.
pastu lepas dorang dah balik.
tu aku dengar polis2 ni call pegawai2 tanya pasal kes ni.
n pegawai dia kata ni bukan kes pencerobohan.
hahhhhh?
aku pun tak paham kenapa bukan kes pencerobohan. sedangkan family tu tak dapat present documentation mengatakan dorang beli rumah tu.

pastu masa nak balik tu. dalam kereta aku cerita kat laki aku kes ni.
dah memacam lak dia tanya.

him : so macam mana tu? rumah pakcik dia tu kat mana?

me : tak tau la..takda lak dia sebut. tapi budak tu ngan mak dia duduk kat ******* ni.

him : abis pakcik dia kata apa? pakcik dia tu sekarang kat mana?

me : eh u ni...mana la i tau. i dengar je polis tu sembang n call. i cerita kat u apa i dengar je la. takkan la dorang bercakap tu i nak sampuk lak tanya lelebih. kak nam sangat tu.

him : so sekarang macam mana? apa polis nak buat tu?

me : sayang..cerita i habis kat situ je. i tak tau la apa jadi lepas tu. i dah abis buat report i. takkan i nak tunggu semata-mata nak dengar. hahha

him : hahhaha ye tak ye.

oh em geeee laki aku ni. tolong jangan over ye.
hahahha korang pernah kena tak.
korang nak cerita kat orang. cerita kau tu a, b, c dan d. ok habis.
tetiba orang yang dengar tu tanya soalan2 rumit sampai ke e, f, g, h....
woiiiiiii jangan tanya la. dengar je apa aku cerita...jangan tanya i yang tersirat2. i cerita takat tu je.
hahahha. aku #mudahstress

tapi perasaan kak nam dalam diri tadi ada rasa nak nyampuk gak kat polis2 tu.
macam nak cakap, "whattt? kenapa pulak bukan kes ceroboh?". "bengang kot rumah kita tetiba orang boleh duduk sesuka hati,"

tapi aku cuba tenangkan diri sendiri.
aku takut polis tu was-was terhadap aku...
takut dia ingat aku buat laporan palsu. untuk cover diri sendiri di masa akan datang.
sebab dorang akan syak aku memang mak hayam supplier sugar mummy and sugar daddy...kerana tahap kak nam aku mengerikan.
hahahha eiiii takut.

ok la. akak nak buat satu lagi pusingan dryer...pitam dah tengah malam baru buat laundry.
abis tak pasal lak kena pergi balai polis la apa.
fuhh fuhh fuhhh.

selamat malam semua.






10 Comments:

f.i.e.z.a said... [Reply to Comments]

uishhhh bahayanyaaaaaaaa jd sugar mummy siap. sib baik ada org jumpa. ish take care peej. harap lepas ni takde dah jd camni

udez huda said... [Reply to Comments]

sbnrnya..byk kali dh nampak komen sugar daddy tu..tapi muka org lain. nasib bukan nmpk gmbr kak peej hehehe.tp xingt dh nma fb tu.mayb dorg mmg jenis pki muka org lain kot untk bisnes ni.hurmmm

Seri Kandi Tanah Jauhar said... [Reply to Comments]

bagus Peej buat report polis.
eh, akak teringat pulak cerita Full House (Korea). Dia bagi kwn dia kunci rumah & kwn dia boleh jual rumah dia tu pulak.. entah2 mcm tu tak? hehehe

kak yah said... [Reply to Comments]

Salam peej...you just cheer up my ever mundane Monday morning...gelak till i drop.. you really know how to be funny w your words...n Mr Ben is forever hilarious to the core. ...😂

strawberi said... [Reply to Comments]

ok scary..tp citer adik 14 tahun tu..klaka...gaya mr b..lebih kurg laki i ols..kalo kita citer sket2..nt dia tnya mcm2 details...dh rasa menyesal citer..hahahha

haslina rusli said... [Reply to Comments]

kak.. ko memang kelakar larrr

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

agaknya macam cerita 'istanbul aku datang', anak pakcik tu sewa/jual rumah kt org luar! haha. pengaruh movie sgt ni, tp make sense jgk benda ni.

ko tabahlah gambar dipergunakan utk iklankan sugar mummy/daddy. teringat dulu zaman belajar, nombor telefon sy dipergunakan jugak.. entah siapa main letak je kot random, kat media social page (dah lupa nama page tu sbb dh lama sgt, tp bukan friendster atau myspace lah). tetiba ntah sapa2 message2, lelaki2 gersang, zomg scaryy. terus bitau kt lelaki2 gersang tu, ini bukan [nama girl yg letak phone number tu]. dia tipu korang je semua ni. sabar je lah. T_T

Mommy Irish said... [Reply to Comments]

x pasal-pasal i gelak cam orang giler kat cni... hahahahaha

nor said... [Reply to Comments]

Salam peejburhan. . Rumah dia kena tuntut kata mahkamah Le. . Lagi lama lagi susah dia nak keluar. Macam setinggan..
Ooooo

Vicky Virginia said... [Reply to Comments]

Kakpeej..can't help..gelak guling2 masa baca entry ni..adoii tula pasal kakpeej x boleh stop.blogging.coz u're such a unique talent..bole buat org gelak guling2..n the other way round..bole org nangis sedu2

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...