Instagram : @peejburhan

ini tak kena. itu tak kena.

aku tak tau la kenapa dah badan ni.
semua benda pun tak kena la.
sekarang ni banyak nau angin nya haaaaa.
semua benda takleh makan sesuka hati.
nanti mula la angin.

dah la angin pun ada bermacam jenis angin.
ada angin yang sakit satu badan.
ada angin lak..perut kau rasa sebu n berputar macam washing machine.
ada pulak yang jadi sesak and sempit rasa dada. tak boleh nak napas..selagi tak sedawa rasa tak lega.

omg tolonglah scary sangat dah rasa macam tua bebenor. ngeri la.
sekarang ni nak makan pun pikir berkali-kali.
salah makan kang tak pasal angin.
dah la bangsa selagi tak sapu segala minyak angin or urut selagi tu tak lega.
tapi selalunya aku bedal je la. sakit belakang kira.

tapi kalau untuk sarapan aku berhati-hati sikit.
sebab sarapan ni kan pagi. kalau tak kena mula la kacau bilau kau nak buat kerja.
so anyway, selalunya kalau aku macam lewat keluar rumah. aku bungkus je anything n makan kat office.
kalau awal, usually aku akan makan kat mamak la.

tolonglah now dah dilema nak sarapan apa eh?
dulu suka nasi lemak..masalahnya abis badan aku ni makin lama makin ngeri berlemak jugak.
so no more nasi lemak.
so hmmmm nak makan apa eh..
so lets opt for tosai.
tapi aku perasan dpd sebelum bulan puasa..bila aku makan tosai rasa macam angin je. perut aku rasa berpusing, rasa nak muntah semua ada. tapi tak tau la kebetulan ke apa.
sampai la last few days aku makan. benda sama rasa..so ok memang confirm aku takleh makan tosai untuk sarapan.
ke tosai kedai tu aku takleh? sebab aku makan kat kedai lain tak pernah lak rasa macam ni.
aku pun dah confuse tak tau nak sarapan apa.
roti canai so far ok.
tapi teringat dulu doktor masa papa operate jantung tak bagi makan roti canai everyday.
dia kata berminyak. satu roti canai..4 cawan minyak di gunakan.
so not good. sekali sekala takpa.
so how now?

then aku pergi gerai nasi lemak tu ada jual laksam. wooow nice.
so beli la laksam.
dah few times la, including today.
so makan la laksam.
aaaaaa pun takleh gakkkk.
hari tu perasan lepas makan laksam macam burp2 rasa tak best la.
tapi today terus sesak dada aku. rasa tak lepas tu. pastu rasa nak muntah lak ni.
aaaa me not like.
why eh? ke sebab dalam tu ada kacang panjang tu? ke sebab bahan apa?
dah perangai sangat badan ni semua benda nak angin dah kenapa?

so kisahnya nak sarapan apa sekarang ni?
kena beli roti ke?
ke beli cereal je makan pepagi.
maybe la kot.

eh ke badan bagi sign...dah-dah la tu makan kak jah.
makan la sarapan yang healthy. e elehhhh...*mata ke atas*

tapi serious angin sangat ni sengkak rasa dada aku.
ok meh kita sapu lotion halia kat dada.
nasiblah orang opis ni kena terima ada warga tua kat opis yang bau bermacam jenis minyak kat badan dia.

haih apa la nasibbb...




15 Comments:

ieda iedana said... [Reply to Comments]

Makan English bfast la kak peej. Scramble egg, roti, toast, cereal, fruits...

Akak kalau ada masa kelebet la fb page Siti Aishah (bidan and also pengamal herba Nona Roguy). Dia kengkadang share apa yang boleh makan, apa yang tak boleh makan.

Kekacang, tauge, kobis ada angin...Benda yang masak 2 kali biasanya pun ada angina. Contoh macam bihun - bihun tu dari tepung dimasak jadi bihun and keringkan pastu kita beli and masak lagi sekali untuk jadi bihun goring. So, that's why angin. Sama jugak konsep macam laksa, laksam semua tu. Bukan kuah / rencah je yang jadi punca angin tapi kuetiow untuk laksa and laksam tu pun jadi penyumbang sebab ianya dimasak 2 kali...

Ida dulu belasah je makan tapi asyik nak kentut je (mujur senang buang angin)... tapi sejak baca and amalkan sikit2 apa yang k.Ice (panggilan Siti Aishah) share, so takde la makan2 je angin....


Good luck ya akak...

Macam mana Tuhan jadikan tubuh badan pompuan ni kompleks dengan Rahim etc, macam tu la kompleks nya nak jaga... Take care :)

muis ismail said... [Reply to Comments]

samala kita kak..angin 1 badan.
itu ini tak boleh makan.
sy perasan elak teh je barulah takde sakit itu ini satu badan.
n jagung jugak. yang lain x perasan pulak.
oh ya ada sesetengah org laksa/laksam mmg x boleh. angin. jadi sakit urat.hehe

Ayu Mns said... [Reply to Comments]

hi peeja..
cuba u try makan vco (virgin coconut oil),yang jenis pil tu.
Bila makan pil tu,rasa best sebab angin tu keluar melalui sendawa dan kentut.

mamawaiz said... [Reply to Comments]

salam kak peej, penyakit angin kak ni lebih kurang mcm suami saya kena. lps kawin dgn suami baru sy tau, kalau lelaki angin uluran..kalau perempuan angin medu namanya. byk benda kena pantang makan. semua makanan/ulam yang wangi2 mcm bunga kantan, serai, daun kesum, daun limau purut TAK BOLEH makan okey. Suami sy tahap kronik..bawang merah n halia pon x boleh mkn byk2. Ais tu pantang utama jugak. teh x boleh minum, jangan duduk dalam air cond lama2. try makan minyak ikan (omega) utk pecahkan lemak n angin dalam badan. byk brand ada jual..
sorry komen panjang, just share pengalaman saya jaga suami. sebab kadang2 saya pon kena juga..so boleh paham situasi akak kalau penyakit angin tu datang menyerang.

take care!

Suliana said... [Reply to Comments]

Try buat bekam angin peej

dedalie said... [Reply to Comments]

Peej, jgn mkn roti canai, that's like the unhealthiest food ever. Try mkn oatmeal tp portion jgn byk. Oatmeal+chia seed+buah2 ke..plg healthy aku rasa is telur rebus or separuh masak.eh mcm pandai sgt tp sendiri tetap la gemok jgk. Take care beb. Reduce sugar n carb.

kak yah said... [Reply to Comments]

Salam peej...just check up with the doctors..you may have stone in the gallbladder. .nausea. .vomitting..restlessness are few symptoms. .

usna said... [Reply to Comments]

Macam ada komen yang suruh makan pil VCO, boleh jugak kak peej makan extra virgin olive oil.
Cuba akak klik ni: (saya tak jual, tapi saya makan ni)
1. http://www.olivehouse.my/web/olivie_plus_30x.php (Perut kosong, before sarapan)
2. http://www.olivehouse.my/web/pati_dan_jus_delima.php
3. http://www.olivehouse.my/web/sari_cuka_teen.php (Lepas makan, before nak tidur)

4. Try kapsul habbatus sauda ke.

Akak makan ni di samping jaga makan sikit2.
Sorry if tak membantu

kissz said... [Reply to Comments]

hi kakpeej!

laksam tu boleh makan tapi sayur dia elakkan.. most of the sayur kobis, kacang panjang, bunga kantan adalah sumber angin seksa....

makan laksam, kuah n sambal.. heheheee potong bawang seniri kalo mahu :D

rozie sharip said... [Reply to Comments]

Askm..akak try mkn maajun n jus delima....bertangas boleh buang angin juga.

ZULHILMI TEMPOYAK said... [Reply to Comments]

mcm mn pun semoga cpt sembuh ya.

AfiniSolehah said... [Reply to Comments]

askm...akak pun dulu sama macam peej jgk..
lepas makan lnsung x blh bernafas..trcungap2 bila nk tarik nafas...pegi doktor...dia kata itu simpton gastrik..dia bg ubat control angin dr merebak..dn x blh makan yg berminyak..bersantan dan pedas...alhmdulillah skrg akak dh bebas dr semua tu...pegilah jumpa doktor utk dptkan kepastian dn berpantang sementara makan makanan tu

Unknown said... [Reply to Comments]

ngandung dah kot..

ISNA MAJID said... [Reply to Comments]

badan banyak toksik kot. try detox dgn lemon.

Fauziah Tengah said... [Reply to Comments]

Salam Peej,
sakit-sakit badan, peej boleh cuba pertua ni..pagi2 rebus halba sampai mendidih..campur air buat mandi..sbb kalu kat kg, org tua mengurut badan, kadang2 urat tegang atau keras, dia suruh mandi halba ni 3 kali pagi baru senang nk urut bg urat-urat lembut. akak, kalu suami sakit2 bdn buat mcm ni je coz x sempat nk urut dia..ank rapat n kecik2.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...