Instagram : @peejburhan

fuiyoohhh

wah sedar tak sedar dah lama aku meninggalkan dunia blogging.
ada rasa nak bebel2. tapi usually akan end up bebel kat fb je.
dah tak tau nak update apa kat blog ni hah.
sebab mostly yang penting2 semua dah di tebarkan ke instagram dan facebook je.
so kang update sini macam berulang pulak kan.

so mari survey, siapa antara yang baca blog aku ni tak follow instagram atau facebook aku?
so korang memang rasa totally lost tak tau apa-apa pasal aku.
n tertanya-tanya kemana aku menghilang.
sila jawab di petak komen di bawah ye.

adalah keji selepas survey tetiba aku end kan entry ni kan.
so mari la update briefly pasal sekeliling aku.

aku tak sihat start daripada last few days before raya sampai la ke hari raya hari tu.
dia macam kejap sihat kejap tak sihat.
aku start tak sihat sejak 30 june.
aku bebetul sihat 17 julai kot.
lama kan? dekat dua minggu aku demam on n off.
sampai berapa kali la tak masuk kerja.

maybe jugak aku tak sihat sepenuhnya sebab demam baru nak kebah.
aku dah busy ke sana sini.
takda la kemana pun. beraya rumah adik beradik laki aku je.
pastu cuti, berjalan la ke sana sini.
tu yang agaknya malam je sakit balik.

pastu demam dah ok. dah sakit lain lak datang.
sakit pinggang tahap tertinggi pulak.
sakit yang takleh tahan sampai kena bawak baring.
duduk sakit. berjalan sakit. eeiii ngeri sangat la.
maybe sebab batuk teruk sangat sampai memang kadang bila batuk tu dapat rasa macam belakang pinggang ni di rentap-rentap.
so maybe muscle pain kot.
tapi sumpah sakit gilaaaaa.
tu datang on n off la.
tapi serious stress sebab ado je sakit itu ini. hoihh tolonglah dah tua sangat ni macam-macam penyakit.

so boleh agak la kenapa lama den menghilang.
sebab kesihatan tak mengizinkan.
ada pun update kat ig or fb je la.
kesian sangat blog ni dah ala-ala hidup segan mati tak mahu. huhuhu.

so kalau-kalau rasa tak follow ig or fb aku, sila follow situ je la yea.



38 Comments:

bett said... [Reply to Comments]

alaa....x folo fb n insta tp pembaca tegar blog..huk..huk..

aLin arLene said... [Reply to Comments]

folo sini n IG jer..get well soon peej..

linda said... [Reply to Comments]

GWS peej..saya follow IG je fb tak pernah request tkt tak approve hehe..

haslina rusli said... [Reply to Comments]

kak saye bace blog akak je sbb kadang ade gambar beso2.. kt ig ade 1 gambar ajoo

nisa nass said... [Reply to Comments]

Sy follow ig tp sy suka baca blog pjg2,bebel2 tu! Hahaaa...

Nor Zalfarina Mohd Zubir said... [Reply to Comments]

Hari hari tunggu mana Peej.Kecewa bila awk x update.Speedy recovery ye.Saya x follow fb n IG awak.So,please update kat blog.huhu

cikel said... [Reply to Comments]

Salam kakpeej..semoga cepat sembuh..saya tak follow ig dan fb kakpeej..saya lagi suka baca celoteh akak kat blog je.. :)

aku lah penyair said... [Reply to Comments]

Saya x follow ig or fb.. saya suka di blog.. pls update as usual..

syuhadaa said... [Reply to Comments]

Saya pun follow blog Peej je sebab den takdo IG & FB pun tak berapa aktif. Maka silalah update jugak walaupun dah berzaman :p

syuhadaa said... [Reply to Comments]

And get well soon :)

Shahrizat said... [Reply to Comments]

Akhirnyaaaa...sukanya ada update walau sebaris ayat...chewahh.
Sehari 5 kali masuk blog ni.
Fb dan insta bukan semua dapat folo tapi blog ni semua orang boleh bacaaaa.
Sila amalkan cod's liver oil 2 kali sehari insyaallah ada kesan baik utk kesihatan. Pesanan org sebelah yg tumpang baca jugak.
All the best.

Miss M said... [Reply to Comments]

Blog akak best

Nazlina Mad Nazin said... [Reply to Comments]

Salam dik..akak pun tak follow ig atau fb..akak org kampung dik...wahhh..sedih tak..sila update blog ye dik

f.i.e.z.a said... [Reply to Comments]

i follow ur blog since 2008 and follow ig since u ada ig hhehee.
i pun lama dah tak update sbb semua benda nak update ada kat fb and ig. tapi sayang nak tutup blog :)

Hayati Ghazali said... [Reply to Comments]

baca update kat ig or fb ni lain sikit...tak macam baca blog...baca blog ni excited dia lain...selain suka baca blogger membebel or bercerita, gambar pun meriah...tu yg tertunggu tunggu blogger update blog...so blogger termasuk peej..rajin rajin ek update blog...sebab dari blog ku kenal ko peej :-)...get well soon btw...

Mrs Nadila said... [Reply to Comments]

saya x follow facebook dan iq peej. jadi sila jangan malas update blog ye.

ruslin said... [Reply to Comments]

Salam Peej, please continue writing kat blog ni. I tak follow your ig or fb

Ibu Ilyanie(s) said... [Reply to Comments]

BW kat sini kejap... jemput dtg ke blog kite... tq

safina said... [Reply to Comments]

kat ig tu buat cerita panjang2 macam chef wan tu , baru best baca

ciknurul said... [Reply to Comments]

semoga cepat sembuh kak peej. Follow ig and blog. Tapi suka baca blog kak peej selalu ada monolog dalaman yang kelakar. hehe hope you'll get better.

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

sy ada follow kt fb, tapi sampai sekarang suka baca blog sebab dalam blog ni bercerita dia macam bercerita betul2. panjang lebar details kan hahaha. instagram pulak ramai sgt follow sampai kadang tak terkejar nak scroll semua gambar. tp tau la cerita ko drp fb. memang musim orang tak sihat hui. sy pun demam time nak dekat raya, bawak ke raya kedua. dengan sakit kepalanya. sebab ingat lagi time sebelum hari raya tu, cuaca panas gile berdenting2. dry habis tenaga semua.

Ruhill Fahima Mohammad said... [Reply to Comments]

Follow blog n ig je...blog ni lain... lagi feeling baca peej membebel kat sini dari kat ig...antara blog yg i ternanti2 updatenye... apa2 pun get well soon n take care

Maie Maizah said... [Reply to Comments]

Sy pn suka baca blog kak peej je.. Bebel2 kt blog lg tinggalkn kesan kt jiwa heheh keep blogging kakak manis 😘

fya fyza said... [Reply to Comments]

hey welcome back sis hehe..keciwi hati bila salu buka blog tp xde new entry..btw get well soon sis

Seri Kandi Tanah Jauhar said... [Reply to Comments]

ig ngan fb cete pendek.. nak baca cete panjang2 kat blog :))))

Dzill Jill said... [Reply to Comments]

Tetiap hari intai xde yg latest. Hapdate blog plisss olingg...x terfolo plak fb or IG kamu.

Click-Buy-Go said... [Reply to Comments]

follow ig and fb. tapi tetappp nak baca blog :)

Ayu Mns said... [Reply to Comments]

Follow blog dgn ig.
Tapi suka baca blog peeja..kalau bebel2 pun takpe,suka je baca.dah jadi mcm rutin harian,on pc mesti tgk peej burhan update tak blog.

inahornaw said... [Reply to Comments]

Ala peej saya suka blog ni. Masa saya depress bila saya bc blog ini dan blog aunty nani saya jadi bersemangat. Tulis la walau sekali seminggu pun tp taknak citer hantu pls

normala yang ghazali said... [Reply to Comments]

Pembaca tegar blog.. Nk bc entry raya

LynNda Ali said... [Reply to Comments]

Follow ig... tapi asal peej ada update blog je. Cecepat bukak & baca. Hehe

Mrs. Rainbow said... [Reply to Comments]

Akak..please jgn tinggalkn blog..suka baca akak bebel pasal latest tv series and because of you i pun dh tjebak with it ok btw tak follow fb or ig akak pun..take a good care of yourself ye

idzwa kamaruddin said... [Reply to Comments]

SAYA! Tak follow ig & fb peej. sebab tu hari-hari masuk sini skodeng entry lama jek.

maizatul akman said... [Reply to Comments]

Saya x follow,😞

Buyuiazliana said... [Reply to Comments]

wei, x perlu ckp kot aku rasa ko tau aku follow ko kat mana2. eh scary pulak dengar. hahaha. weh.. citer ko kat fb ig tu pun bukan menjela panjang pun. so ko jangan stop blog ni please. citer sama pun x pe aku baca je. and tgk banyakkkkkk ok komen2 kat sini yg still need u.

Nur Liyana said... [Reply to Comments]

kak peej sy follow smua, fb, insta, fame, elfie, smua tp nk jugak baca blog. plish la jgn tglkn blog huhuhu

Wan Fatimah said... [Reply to Comments]

Semoga Peej cepat sembuh...sakit2 badan tu maybe boleh try urut+bekam :)

Nur Aishah said... [Reply to Comments]

salam peej...peej..akk sakit cancer...
alhamdulillah lepas chemo..makin OK.
nak maintain OK... amalkan extra virgin oil and black seed as supplement...
makan hari2 tanpa jemu.. bila makan bergantung sepenuhnya pengharapan HANYA PADA ALLAH k..smoga kita sama2 kembali sihat.. ameen

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...