Instagram : @peejburhan

Expose Mistik : Highway

Salam Kak Peej,
Saya baru terjebak dengan expose mistik akak ni. Dah habis baca dah semua post tagged expose mistik. Hihi.
Ok saya ada satu cerita la pasal hantu ni. Bukan terjadi pada saya, tapi kena dekat tunang saya ketika itu (sekarang suami). Kejadian berlaku sekitar bulan Oct 2014.
Pada Ogos 2014 tunang saya dapat tawaran kerja di Johor. So dia berpindah la dari Kl-Johor. Sementara saya tinggal la sorang-sorang di Kl. Jadi setiap minggu tunang saya akan ulang alik dari Johor-Kl nak jumpa saya. Biasanya hari jumaat lepas kerja dia gerak ke Kl, then Ahad malam di balik ke Johor.


Ada satu minggu tu tunang saya gerak dari Kl jam 11 malam. Kebetulan sampai di Senawang ada exciden depan mata dia plak, orang yang kena langgar tu meninggal. Dia berhenti tengok kejap, then teruskan perjalanan. Jadinya sampai dekat area rnr ni dalam pukul 2 pagi macam tu. Masa tu jalan sunyi, yela sebab dah tengah malam kan. Then tiba kat satu tempat ni tunang saya nampak hantu takda kepala duduk atas divider. Tunang saya apa lagi pecut la kot-kot benda tu kejar kan. Dah tak berani dah nak pandang belakang sebab takut la benda tu duduk seat belakang ke apa.
Sampai kat rumah tunang saya tidur then subuhnya baru call saya bagitahu dia dah sampai Johor and cerita semua tu. Sejak dari tu tunang saya memang tak berani dah nak travel malam. Kalau nak gerak balik, dia akan gerak sebelum maghrib.
Sekarang setiap kali lalu kat tempat tu dia akan tunjuk situ la tempat dia kena kacau. Sampai saya dah tahu sangat dah tu tempat dia kena kacau. Hihi. Tu je kak peej. Takda cerita suspen pun. 
TQ

Ariana

1 Comments:

fya fyza said... [Reply to Comments]

thanks sis update blog ari2..kini hidupku lebih ceria hehehe

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...