Instagram : @peejburhan

buat hal la dia ni

semalam dah pakai baju tidur semua
around 1am kawan Mr B, call..rupanya nak datang rumah.
alaaa kawan rapat yang kita orang selalu lepak malam-malam dulu.
Boy yang pakar aircond aku selalu promo tu ngan Azmi yang baik hati suka menolong kawan-kawan..hahha.

ingat apasal la nak datang tengah pagi.
si boy ni selain pandai aircond..dia pandai masak.
selalu kalau dia cerita apa dia masak. tertelan2 air liur aku laki bini. jilake dia ni.
so semalam dia buat rendang ayam. wife dia request.
agaknya dia tau laki aku penggemar rendang. so dia bawak rendang untuk kita orang.
siap bawak lemang. woooow so sweet kawan-kawan kami ni.
so makan la kami laki bini rendang n lemak tengah pagi. kah kah kah.
tolonglahhhh sedap sangat rendang dia. membuatkan aku rasa aku harus order kat dia ni.
tapi masalah si boy ni...tak kisah la aircond ke apa..dia suka tak reti letak harga.
banyak kali nasihat kau kena charge itu ini..tetap dia gelak je cakap saya tak reti la kak.
sebab tu aku cadangkan berkaitan aircond cari dia..sebab harga dia berpatutan punya.
dia takkan kerat kau...anyway if nak buat apa2 berkaitan aircond or wiring lite-lite leh contact boy - 019-2454360.

ok sambung. aku tanya if aku order rendang ni macam mana nak kira?
dia tak abis2 cakap entah la kak tak tau nak kira. e ehhhh dia ni.
dulu dia pernah bawak masam lemak ayam...fuhhh pun sedap.
tah kena la ngan selera aku yang suka pedas ni.
aku ngan Azmi sibuk cakap...kalau kau rasa kau taknak buat aircond dah..kau boleh meniaga makanan boy.
kau takyah bukak restoran..semua tu kos.
kau buat online je..buat siapa nak order sekian2 kau buat..n hantar ke rumah orang tu.
if orang nak buat majlis kecik2 ke apa kan.
sedappp weyh masakan dia.

ok cukup-cukup la cerita pasal makanan.
aku kalau cerita makanan memang terbawak2 lelebih. hahahaha.
mari ke topik sebenar.
lepas makan sembang.
tetiba laki aku menghilang.
kau boleh. kul 2 pagi tetiba dia cukur kepala dia.
elok seperuh dia cukur..boleh lak tercabut ke apa mesin tu skru hilang.
rambut dia dah menaikkan darah aku rupa. ye la tobek2 ada dah shave ada yang tinggal.
kau nak shave kepala tapi pakai mesin shave yang beli 15 hengget kat orang dtg meja ke meja tu.
agak2 la weyh..mesih tu utk shave janggut.
eiiii urut dada la aku ngan perangai dia.
yang kau kenapa tetiba nak shave kul 2 pagi ni.
atleast if siang. kau pergi la lari kedai mamak ke apa.



aku cakap lantak la biar. esok buat.
hahaha tapi dia sakit hati tengok kepala sendiri.
pastu kau tau dia buat apa? dia amik shaver biasa tu start cukup kepala dia licin.
lama ok dia buat projek dekat toilet tu. aku stressssss.
dia dok cucuk gitu gini.
pastu panggil aku buat belakang kepala dia.
dahhhhh la aku tak retiiiiiii.
pastu bila aku tengok kepala dia. belakang tu dah penuh luka.
ada la 6-7 spot berdarah2. pastu siap certain tu darah terkumpul sampai besar duit 20 sen. takut lahhhhhh!!!

aku sambil nak buat bising la cakap i takuttt....i tak retiiii la.
pastu aku try macam tak pergi je rambut tu.
pastu aku cakap la tumpul. dia kata tu baru punya.
masalahnya tak berjayaaaaa pun.
dah aku lak kena marah kata aku ni semua tak reti...buat slow la apa.
hoiiiiii kau yang tetiba shave kepala kul 2 pagi pastu nak marah aku dah kenapa kan???
pastu Azmi kata dia tolong.
azmi pun alami masalah yang sama..macam tak berapa tajam shaver tu.
n azmi pun kata ngeri..
baru lagi aku kata dia buat sendiri.
abis tu? ingat i tipu la tuuuu...
so azmi guide kat mana ada rambut..so laki aku buat sendiri sampai licin abis rambut dia.
kenapa dia buat berjaya? kita orang buat tak berjaya?
sebab dia ganas gila dia tarik je..sebab tu luka n berdarah2.
eiii gilo dia ni. stresss aku.

ni aku tengok dah macam apa licin tapi luka2 belakang tu.
amik pic tunjuk kat dia baru dia sedar.
pastu cakap..simpan pic ni ja, buat kenangan. eiii kosser aku.
dah la ngeri.

sabar je la urut dada ngan ragam dia ni.
macam masuk fear factor lak rasa dia suruh aku shave semalam ngan keadaan kepala berdarah2 macam tu.
aku kan imaginasi tinggi.
aku terbayang nanti darah dpd kepala semua keluar..otak tak berfungsi howwww?
hahahahhaha

3 Comments:

cikel said... [Reply to Comments]

Saya dengar bunyi je pun dah seriau..huhuhu

Siti Hajar Mohamad said... [Reply to Comments]

Nak tergelak saya baca post kali nie...suka la baca gelagat you all suami isteri ni....

fya fyza said... [Reply to Comments]

hahhahahaha adey..part mcm msk fear factor tu nk tgelak..sabo jelah hai hehehe

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...