Instagram : @peejburhan

usia dan teknologi

ingat lagi zaman dulu selalu rasa mama kurang cool sebab tak up to date macam papa.
papa kenal semua yang tengah in n hot dalam bidang entertainment n fashion
mama pulak jenis tak tau.

then masuk dunia teknologi pulak.
mama pulak advance dpd papa. mama tau segala gadget n segala social network.
papa lambat sikit.

aku selalu berangan nanti aku dah tua aku akan jadi mak yang cool.
well bab jadi mak tu tak tercapai impian. hahah
now bab cool pun macam jauhhhh je.
semakin tua kau semakin rasa ketinggalan walaupun kau rasa kau dah cukup cool ni. kah kah.
banyak benda aku dah tak boleh keep up n ketinggalan.
nanti noy yang ajar aku itu ini. pastu terus rasa macam wooowwww. so cooliooooo.
terus rasa diri cool balik. kah kah.
tapi 2-3 benda je la. still tak larat nak ikut segala trend n apps yang ada kat dunia ni sekarang.
takpa la i stick with fb, ig je la at the moment. snap chat layan bila bosan je.
lelain takyah la. pening kepala aku banyak nau teknologi canggih2 ni.

paling excited kejap ni la. sebab call bank aktifkan debit card. kah kah kah.
aku dpd dulu tau function debit card tapi aku tak cuba.
sebab ingat dulu aku tau dalam bank duit ada juta-juta (wah juta ke? takpa Aminnn kan je cecepat) tapi aku nak beli benda harga rm1500 je pun.
guna la debit card. try rm1500 tak dapat. try rm1000 tak dapat. try rm500 pun takleh. eh asal takleh ni?
nasib atm dekat. so cucuk duit n bayar cash je.

ada hari tu shopping ngan elly n filla pun sama. dorang pakai debit card.
aku bawak cash juta-juta (eh juta2 lagi? takpa Amin kan sekali lagi. hahah) .
pastu shopping kemain aku dok mengira duit kat cashier macam tauke besar. hahaha.
tak puas hati dorang apesal kau ni tak pakai debit card.
aku kata tak suka sebab pernah kena try guna tapi tak lepas.
pastu dorang kata tah-tah kau tak aktifkan. sebab tu tak leh.
eh ye ke? kena aktifkan ke? ingat boleh terus guna je.
tolonglah bodoh sangat ni. tu orang kata bodoh tu simpan2 sikit. kah kah kah.
amat mengerikan ok kak jah.
so tadi aku call la maybank suruh aktifkan.
a ah laaaaa..rupanya memang aku tak pernah bukak untuk guna debit card tu. ;p

tu bab teknologi. bab lain pun sama.
membuatkan rasa impian aku nak stay jadi cool tu macam tak kesampaian je.
contoh sekarang banyak pelakon or penyanyi baru seperti cendawan tumbuh.
tolonglah aku tak kenal ye. hahaha. aku kenal yang time2 aku je la. semua pun dah kertu dan tak umphhh. hahaha. eh tapi abang remy ishak tetap umphhh kan?
hari tu filla sebut pasal apa tah nama pelakon tu. sumpah tak kenal.
so dia macam kutuk aku sebab tak kenal.
dia kata anak dia, anak buah dia semua tgh tergila2 kat pelakon tu. hahah. sorry tak kenal.
hari tu staff kt office pun tanya aku pasal movie pelakon sekian2 ni la apa.
aku kata sorry tak tau. i tak layan drama melayu.
siap kena sound poyo. bukan poyo tp memang aku tak tgk la drama2 ni.
daripada dulu. aku tgk if aku suka pelakon tu je. contoh zul aripin. pun i suka sebab dia suka berlakon garang2. keh keh keh. sian ahkak kertu sorang ni kan.
macam aku cakap aku suka layan movie omputeh atau tv series.
sebab aku akan kagum ngan jalan cerita sampai rasa kenapa la manusia ni semua genius sangat boleh buat jalan cerita yang best n gempak macam ni.
so aku yang memanjang busy n takda masa ni, takda la rasa masa aku terbuang tgk benda2 yang tak best. contoh drama2 melayu la.

tolong lah plot cerita memanjang tak masuk akal.
tak abis2 kawin paksa, kena rogol, terpaksa kawin la apa.
tapi kau perasan tak, paksaan tu semua ngan manusia yang boleh tahan handsome n anak orang kaya ke apa. pleaseeeee.
yang perempuan tak abis2 memberontak n tak suka konon.
TIPUUUUUU. kalau aku la..dah handsome kaya lak tu. silap2 aku yang rogol orang tu..tak pun aku yang paksa orang tu kawin ngan aku. kah kah kah.
realitinya tak eh macam tu.
orang-orang kaya ni pun ada crowd dia sendiri yang setaraf ngan dia. tak pun kalau dah handsome gila tu...awek dia pun lawa tak calang2 eh. so hentikan menanam impian kat gadis2 yang hadap drama melayu ni konon dia pun ada potensi bersuamikan lelaki kaya, handsome n sweet bagai.

tu hal drama segala pelakon terkini la.
now pasal perangai lak.
aku sembang la ngan filla.
masa duduk booth hari tu. memacam perangai la aku tengok.
yang jantan bajet handsome asyik nak bertenggek kat booth kita orang sbb ramai staff lawa kan.
yang perempuan pun ada yang boleh tahan gedik tak agak2.
kena sergah ngan aku baru reti nak cover sikit. aku daripada zaman aku muda kot satu aku takleh tahan orang gedik2 ni. so sila jangan gedik melebihi had. hahaha.

tapi tu la bila sembang ngan filla. cakap la..tah-tah macam tu la orang tengok kita dulu.
dulu kita rasa dunia ni kita yang punya. kau je lah betul. orang lain semua yang tegur kau tu tak fun or tak cool.
tapi betul gak. aku cakap la filla kita ni dah tua..bebudak tu semua anggap kita ni dah tahap hakak2 sangat or makcik2.
macam kita dulu la umur 18-20 macam tu...dengar akak tu umur 30an...rasa macam omg dah tuanyaaa..sekarang kita baya tu ok. hahaha.
tapi memang pun tua. semua benda tengok senang rasa tak puas hati n sakit mata je.
padahal kita budak dulu pun macam tu.
lepak tu semua lelaki penuh satu table kau sorang dua la perempuan. lepak sampai tengah pagi.
kadang agaknya tak sedar bila lepak tu kemain kau tergelak2 memekak je. mesti meja2 sebelah menyampah je. tapi time tu rasa best je.
tapi sekarang situasi sama tengok bebudak macam tu kau rasa makcik2 n apa ni budak2 ni memekak je. hahhahaha.
tu belum bebudak booth lain asyik sibuk ke staff kita orang. nasib aku bukan mak dorang. kalau aku mak memang dah kena perambat bebudak jantan tu. apa kau sibuk sini.
dah la konon2 macam kan dia handsome and cool sangat. tak ok..takkkk...
"kalau ini lah bakal menantu mak..mak tak setuju."
wooow ciri-ciri mak tiri sangat perangai. eeeiii seram.

so kisahnya macam mana kak jah nak kekalkan imej sentiasa cool n up to date walaupun meningkat usia?
macam tak terkejar je.
seram sangat ni.


3 Comments:

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

haha kalau nk ikutkn teknologi, mmg akan berubah2. so kita ikut mana yg terdaya and mana yg penting je. psl pelakon2 baru tu mmg betul sgt. tak tau nama langsung sorg2! skrg ni tgk series/movies sbb nk tau plot cerita je, pelakon2 ni xnk ambik tau haha. and psl imej, betterlah imej berkadaran dgn umur. yg penting knowledge is power. lg berusia lg byk ilmu (dan amal). tu yg penting. ^^

Eeiou _ said... [Reply to Comments]

pasal plot cerita tu HAHAHAHA betul sangat. I rarely watch malay drama but sometimes tertengok and dengar kawan cerita. it is cliche haha. no offense.

Liyana said... [Reply to Comments]

oh betul sgt entri ni... hahaha iols dah masuk 3 series jugak terasa kertu huwarghh

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...