Instagram : @peejburhan

selamat dah 7 hari. :)

aku tak tau kegilaan apakah dengan macbook aku ni.
minggu ni 2-3 kali rasa nak update blog.
gigih transfer pic dpd hp.
tapi bila bukak blog, nak upload pic from macbook ni...pic latest yang aku import tu takda.
so kejap ni buat lagi. ok successful. again bila bukak blog takda pulak.
nyampah pulak.
kita pasrah je la yea.
kita bersembang kosong je la yea.
korang nak tengok segala pics aku ke apa...sila follow instagram or kadang2 layan aku celoteh boleh add kt Facebook.
lebih cepat and up to date segala kat situ :D

sekarang memang busy sesajo.
kena pepandai curi masa sana sini.
musim raya memang menggila sikit sales. Alhamdulillah.
pulak now dah tambah satu lagi produk under Fame, BB cushion tu.
Alhamdulillah seminggu dalam pasaran dah jalan XXXX unit. tinggal sikit je tu.
n dah proceed dengan next batch.

everyday pun now kelam kabut kena siapkan order awal sebab bulan puasa poslaju pick up awal.
terkangkang-kangkang pack parcel la apa semua.


then selasa lepas lagi kelam kabut sebab MG Movers datang untuk pemindahan.
kan kita orang sewa satu lagi lot untuk jadikan Store. Sebab office dah terlalu sesak dah ni.
dengan dah ada tambahan staff, nanti lepas raya ada lagi masuk.
so memang dah tak muat dah.
bawah ni pic last week kita orang over time. tengok la sendiri betapa sesak dah office kita orang.


hahaha ngeri kan.
jalan pun kau kena budget sendiri dan melompat-lompat.
dorang badan kedik ok la.
paling takleh blah kat depan pun penuh sampai agents/stokis or customer datang pun takleh duduk ye.
kena berdiri je. punya la penuh barang.
memula tu dorang susun kemain tinggi n penuh rapat semua.
aku nak menyelit bukak suis bukak pintu melekat aku kat cermin.
nasib cermin tinted. kalau tak mesti orang lalu nampak, berkata apa ke kesian sangat si gemuk ni terseksa. hahaha. ngeri.

Alhamdulillah settle buat partition, buat wiring n panggil orang bersihkan stor bawah, so selasa lepas baru boleh pindahkan semua barang ke stor.


besar n banyak ruang lagi. nanti nak buat lagi partition n install aircond, nak buat studio sekali bawah ni. senang photo shoot lepas ni dah ada tempat proper. slowly kita buat. :D

now opis kita orang lapang je. lagi lapang daripada memula bukak dulu. heheh.
siap kalau cakap bergema weyh. hahahha
Insyallah lepas raya nak renovation lite-lite kat office pulak.
buat proper place untuk kita orang bertiga.
then proper packing station, semua within reach je. sekarang ni buat kerja bersila kat lantai sebab meja biasa buat order dah penuh ngan production. huhu.
nanti nak buat meja untuk pekerja-pekerja semua. biar masing-masing ada meja sendiri.
now ada yang berkongsi meja. siann sangat ni.
slow-slow kita buat kan. :D
semoga impian tercapai macam lukisan 3d si radie. tak jadi siap kau radie. ahkak dah berangan sungguh ni. hahaha


haaaa lawa kan? tak sabaq ni woiiii.
bean bag harus ada. sebab kadang kala i suka menjadi star fish. :D

so korang semua puasa macam mana?
puasa ok so far, cuma macam terkejar-kejar n penat lebih la aku.
kerja habis awal.
terus balik n kadang berehat kejap.
kadang tunggu dalam kereta je, MrB balik je terus keluar.
mama tugaskan aku beli makanan for berbuka sebab mama dah tak larat masak kan.
so everyday kerja aku ke pasar juadah beli juadah berbuka untuk fam aku.
macam biasa memang if berbuka lauk kita orang meriah. haha.
orang dah biasa baca blog aku bertahun-tahun memang tau la style family aku berbuka.
tapi yang tak biasa tu aku tengok agak tekanan la dorang tengok bila aku update pics or vids lauk kat fb n instagram.
susah hati takut membazir kot.
tapi Alhamdulillah fam aku semua spesis piranha. hahahha so memang selalu by sahur licin tak tinggal apa dah. :D

weekend ni je free sikit.
ikutkan tak free. last min kilang kata barang next week baru sampai.
wahhh lega..kalau tak bekerja la kita orang weekend2 ni. hahah.
so kesempatan ini ku ambil untuk berehat. :D terus menari goyang buntuit bersungguh2 kerana dapat rehat. hahaha.

jumaat malam tengok wayang. paksa ajak laki, adik beradik aku semua.
aku cecepat booking online cerita the conjuring 2.
serious pergi la tengok. worth every cent yea.
aku rasa kalau 2 jam cerita tu. hanya 10 minit je kau rasa jiwa kau tenang tengok.
the rest memang stress je tengok..hantu dia gila.
tapi sumpah puas hati tengok.
if orang kata mana best. 1 ke 2 best?
dedua best sebab dia pasal 2 keluarga berbeza kan.
n best n lagi thrill sebab ni berdasarkan kisah benar kan.
best rasa nak tengok lagi.
tapi sebab aku kedekut takkan nak ulang tgk wayang banyak kali pulak.
dah la wayang sekarang mahaii baq ang.
so kita tunggu keluar dvd or online. layan nanti2 je.
serious kak jah bagi 5 bintang berkelipan di langit yea.





oh last week aku tengok wayang gak. cerita me before u.
pun best. menusuk ke kalbu.
tapi ending je ahkak agak pilu n wish ending dia lagi best.
tapi takpa tetap suka. boleh consider tengok gak cerita tu.
pun i bagi 5 bintang berkelipan. hahaha





sabtu tu ingat nak servis kereta.
gila kau penuh gila sampai nak park kereta nak tunggu giliran pun takda ye. gilaaa.
so ku pikir takpa la. weekdays je la aku buat.
so again masa di habiskan berehat je kat rumah laki bini. oh heaven.

then petang as usual terus ke rumah mama after beli juadah berbuka.
balik pun biasa la mesti dah lambat je.
semalam tidur pun lewat sebab sekali sekala kau free kan.
harus layan movie apa bagai kat internet. heheh.

ahad satu-satunya yang free.
terus membawa diri ke saloon.
dah sakai sangat rupa aku sekarang ni.
heret jugak diri pergi saloon. sebab if tak pergi jawabnya aku akan maintain sakai sampai ke hari raya nanti.

so ke saloon kita chop off rambut bagi pendek.
dah tak larat aku ngan rambut aku yang boleh tahan gerbang bak hantu mak limah ni.
ngan kusutnya lagi. i cannot.
so potong, buat treatment apa segala la.
dan hasilnyaaa??
taraaa....


wooowww so lembutsss n dark my hair.
actually ni macam warna hijau lumut sikit.
tapi tadi laki aku bising tanya u color rambut ke? aku kata i gelapkan. dulu terang.
nasibbb la by the time aku balik tu mendung n hujan.
kalau tgh cahaya matahari ni mau kena tempeleng. kah kah kah.

tapi rambut sempat elok begini sekejap je.
lepas tu pergi pasar juadah ngan hujan2 tu. kena hujan. kesian macam kena karen rambut aku gerbang balik. tsk tsk.
nasib ahkak sempat selfie satu kali. ;p

eh ok la.
dah lewat ni.
i nak bangun awal esok. kerojeee weyhhhh kerojeeee.
ta-ta.
ada kesempatan kita bertemu lagi.
love u peepss.

berminat nak beli Ellfie or Fame..sila whatsapp.

Ellfie : 013 - 275 5197
Fame : 013 - 376 0466








2 Comments:

Ai Artkid said... [Reply to Comments]

Rambut pendekk!!!....nampak mude mude mude mude!!!!! freshnye muka nokkkkk......

Nur aqila tan said... [Reply to Comments]

hi kak,,blh reccomend mana beli bean bag?
TQ

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...