Instagram : @peejburhan

hiruk piruk di akhir ramadhan

wah senangnya hati ini.
barang semua dah selamat last postage.
senyum simpul ni nak rehat n cuti. :D
tak kisah la tak kemana pun..janji rehat n melepak rumah mama 24/7 pun ok aje.

gila kau penat baq ang for the past month.
daripada preparation nak sediakan barang untuk raya.
then ada prob pulak barang lambat dpd kilang. delivery delay.
so kerja semua last min n bertambah kelam kabut.
nasib memang dah prepare n amik ramai pekerja part time.
so bantu la sana sini.
tapi still kau boss la macam mana, kita orang boss yang sama-sama turun padang dalam semua occasion.
orang cuti weekend n public holiday..kita orang bekerja.
so memang kepingin rehat yang boleh tidur seperti starfish tanpa hati rasa gundah gulana. gituh. haha

last week ada event Mood Republik pulak kat PWTC.
memang kali ni buat shift supaya tak penat terlampau. so rehat kena maximum. :)
so take turn la kita orang.



plannya first day opening tu semua kena ada.
tapi aku tak dapat join.
sebab aku period pain pulak.
dah siap pagi make up apa bagai. tapi sakit terlampau.
so aku mintak maaf kata tak mampu nak gerak.
so aku telan panadol n tidur balik.
terjaga around 11ish rasa ok sikit baru pergi.
dengan sakit-sakit tu la amik grab car n pergi sana.
sakit cramp perut n kaki, ngan angin tak makan apa. n rasa nak muntah apa semua la.
dah la ngan bag tarik aku.
punya ramai manusia rimas.
memang aku gelek je kaki orang ngan beg aku. hahah lantak kau la.

elok sampai. duduk kejap elly ajak pergi hotel suruh aku rehat.
cipett betul. aku tau aku amik grabcar tadi tu terus tuju hotel. xyah nak singgah dewan sangat la.
so ke hotel kita.
pastu masa berjalan tu aku stress tengok.
omg apesal jauh nak mampus dewan ni nak menapak.
MR ni la bangang. sesuka hati last minute tukar dewan. sesuka hati dia je.
padahal aggrement n bayaran adalah untuk hall PWTC kot. cipek sangat.
dia orang silap sikit memanjang nak saman. dia sesuka hati tukar itu ini tak reti2 lak nak saman diri sendiri.
jauhhhh gila weyhhh. dah la mendaki jejantas tu. pastu ngan ramai orang...ngan aku tarik bag yang seperti batu itu. sebab aku siap pakej bawak laptop bagai kan. heheh.
menyemput aku.
elok sampai pwtc aku kata rehat jap.
then after few minutes jalan lagi. then aku kata stop lagi.
kali ni aku cakap kau pergi la check in elly. aku semput ni. biar aku rehat.
so aku duduk bersila tepi jalan tu rehat legakan diri sendiri. hahah dasyat sangat si gemuk ni tahap mengah dia. kah kah.

lama gak la aku rehat2. tapi aku sampai hotel elly tak abis check in lagi. ramai gila.
sampai hotel legaaa je rasa.
pastu tengok pemandangan..ha ambilll...


dewan kita orang kat situ. jauh gila kan. memikirkan kena menapak balik ke sana. memang tak sanggup rasa.
balik tu aku muntah2. then order makanan sebab angin dah perut.
then makan panadol. sapu badan ngan balm, segala yoko-yoko.
terus tidur balik.
ptg teman filla berbuka.
then lepas makan aku makan ubat lagi n tidur.
nasib by malam elok shift aku baru rasa sihat n segar.
dorang kata tak larat tak perlu kerja. tapi i dah sihat. so dont worry. :)

Alhamdulillah sales sangat-sangat di luar jangkaan. kira penat tapi berbaloi-baloi la.
gila sangat orang bershopping sampai kul 4 pagi. apa tak tidur ke dorang ni.
rehat time kul 4ish ke 7 macam tu. pastu customer ramai balik.
pagi petang siang malam penut. oiiii sesak.
aku pelik macam mana orang boleh shopping macam tu. kalau aku memang tak la.
aku yang duduk booth je pun rimas.
keluar rokok pun ada la 2 kali je. sebab aku tak sanggup nak meredah sesak tu semua.
baik la tak kemana daripada aku stress.


event habis isnin 10am patutnya.
tu pun dorang pepandai tukar. ikut deal perniagaan 24-26 june je. sedap je tambah sampai isnin 27 june.
pastu tambah lak lagi sampai kul 12 tgh hari. ewahhh ewahhh. ingat orang dah takdo kerja lain nak bertenggek je kat situ. penatttt la.
dah la event dia non stop ye 72 hours. kira tak tutup2 la.
kesian aku tengok orang booth semua. pekerja boleh la tukar shift bagai. tapi boss2 la.
tau la sales memang gils babs ye. 5 angka ke 6 angka punya sales. so nak taknak kau la jaga.
ada some tu vendors memang dah kenal sebab dah few times jumpa n jumpa kat banyak event.
sampai demam sebab gilir2 ngan adik je.
ada yang tak bergilir. dapat rehat kejap2 je. sian sangat.
nasib kita orang bertiga. so ok la sikit. ada shift bagai kan.
tapi orang lain memang kesian tengok.
kadang event company pun kena considerate aku rasa.
kalau takat kau sibuk nak cipta rekod bagai..kepentingan diri sendiri. baik takyah la.
pikir jugak orang lain. gituhhh.

then isnin tu balik la rumah.
oh home sweet home.
aku janji ngan mama isnin buka sama.
tapi aku balik memang flat tertidur terlajak semua.
malam around 8ish pm baru ke rumah mama.
salam dia rasa badan dia panas sangat.
dia kata mama masak few days ni pija takda. demam mama. :(
abang2 aku jenis tak reti beli2 lauk ni. noy memang bangsa dpd kecik tak suka pergi2 pasar ni.
so mama la kena masak. sedih lak. mama bukan larat.
sebab sepanjang puasa ni memang aku akan belikan juadah berbuka untuk 1 fam makan.
beli banyak untuk bawak ke sahur sekali.
so that mama tak penat.
aku elakkan keluar or tak balik sana sebab biar senang if aku ada aku belikan je semua.

selasa masuk pejabat balik.
amik kau order bertimbun rasa nak muntah.
terkangkang semua orang menyiapkan kerja.
order daily, order dari stokis agent apa semua.
sebab nanti nak cuti panjang kan.


lepas ni kita rehat.
lepas raya kerja keras balik.
banyak ni plan nak kena buat jugak lepas raya ni. pitam.
takpa we can do it.
penat yang berbaloi-baloi konsepnya.

macam-macam hal ada.
bila makin kau meniaga ni makin banyak kau belajar.
dulu meniaga sendiri. now ada staff.
dulu starff sorang dua. sekarang dah ramai.
ada staff permanent, ada staff part time. ramai la.
bila dah ramai. pelbagai ragam kau boleh jumpa.
tapi serious ada some tu bikin kau urut dada la.

maybe kita orang konsep mesra n sempoi.
so some tu macam anggap kawan-kawan.
boleh. tak salah. tapi kena ada batas n hormat la jugak. jangan la main langgar je kan.
pastu kang kita tegur ke apa. mula la sentap.
sentap left group la, resign la. lohhh ngeri sangat bebudak sekarang ni.
agaknya lepas ni kena letak requirement nak mintak kerja adalah "TAHAN MAKI". hahahhaa.
masalahnya tak maki pun. keh keh. tegur cara elok pun takleh. susah la kan.
huihhh boss lain lagi garang woihhh. ingat dulu boss mak aku. garang tak agak2 ye.
aku ni noy ada elok kat luar tunggu mak aku kerja.
selamba dengar dia terjerit2 maki mak aku. maki yeee. kata2 kesat bagai.
dan-dan tu aku n noy saje je main tolak2 kerusi pejabat tu meluncur ke sana sini depan bilik boss mama supaya dia sedar kita orang dengarrr ye.
tapi kau kena tahan la. sebab tu la kau boleh grow ngan satu2 company tu.
daripada kerani sampai by the time mama berhenti kerja tu...ada bilik sendiri la..company besar n korporat ye..bukan company kecik2 macam company kita orang ni.
so ketahanan mental tu kena kuat.
plusss orang takkan tegur if kau tak buat salah. orang tegur sebab ada salah la.

tapi suka hati la kan.
kita ucapkan terima kasih je la.
ramai lagi orang yang bebetul nak kerja n boleh buat kerja dengan baik.
Insyallah lepas raya akan masuk sorang lagi staff permanent. hopefully ok.
nanti dah ada staff handle..boleh la kita orang free sikit n buat kerja2 tertangguh yang lain.
huishhh baru berapa orang dah pening kan. kalau ramai nanti tak tau la macam mana.
tapi tah2 by then dah ada HR manager uruskan.
hahahah ewahhh besar impian tu sampai nak ada HR manager. :)
weellllll berangan itu free kan? ;p
takpa sikit-sikit lama-lama jadi bukit kan?

nak raya ni i bertambah sebak la.
rindu sangat kat papa.
semua benda la rindu. bulan puasa rindu.
tengok kuih rindu. bukak puasa pun rindu.
tengok lampu raya rindu.
dapat duit raya pun rindu.
1st raya ni without papa. :(
walaupun last year papa dah sakit pun. tapi still ada dia.
tahun ni takda. dapat visit pusara je. eeiii sebak menusuk ke kalbu tu tak terkata la.
aku dengar elly or filla cerita pasal parent masing2 pun aku leh berlinang air mata.
walaupun cerita bukan cerita sedih pun.
sebab aku sedih memikirkan keakraban tu, terbayang one day dorang pergi..kawan-kawan aku akan rasa apa aku rasa. rasa sakit n rindu yang kau takleh nak ucapkan tu.
memang kalau boleh taknak pikir ke situ. tapi itulah hakikatnya kan. sad u know.
arwah mak pun aku rinduuuuu sangat.
selalu nak raya ni aku sibuk orderkan rendang 5 kilo. rumah mama 3 kilo..rumah mak 2 kilo.
rendang ayam, daging, limpa semua aku order. aku belikan siap nasi impit semua.
suruh mak rebus je nasi impit. lain xyah..biar pija beli mak.
pastu pagi raya beraya ngan dia. bagi duit raya.
rinduuu sangat mak dapat duit raya terus angkat tangan berdoa untuk kita. pastu tak putus2 ucap terima kasih.
rindu gila dia punya gelak ketawa sebab kena sakat ngan anak2 dia. Ya Allah rindu sangat.

tahun ni boleh bagi mama je duit raya.
Alhamdulillah aku dapat duit raya penat bekerja ni. so panjang2kan ke apa.
suka mama.
then aku cakap weekend ni aku bawak dia keluar.
dia ajak aku keluar daripada sebelum puasa. tapi aku takda masa nak bawak sebab sibuk kan.
so ni dah start cuti. lets jalan. kita angkut sekali kerusi roda if tak larat nak jalan.
tak menahan sangat, lepas aku cakap nak duit raya tu dia happy.
then tengah baring dia kata dia tau nak beli apa..tetiba nak beli garden chairrr. sebab dia kata lelaki suka nak lepak2 kat depan tu hisap2 rokok.
hahahha tolonglah mak aku ni. dari dulu tak berubah.
kalau raya mesti kena ada something baru kat rumah. baru semangat sikit nak raya katanya.
biarlah dia nak happykan diri dia. lately pun memang mama susut sangat badan, nampak kesedihan tak berkesudahan mama tu.
ye lah. aku ni pun kerja penat2 takda untuk apa pun, untuk happy mama je pun. tu je pun tinggal kan.
moga Allah terus bagi peluang untuk aku happykan mama untuk jangka masa yang panjang. Insyallah.

ok lah dah panjang nau entry ni. hahaha.
sekali tak update amik kau bersawang blog.
dah update ni pulak..asyik menceceh sampai tak reti2 nak stop.
semua benda kau nak cerita. hahahah.
ok byeeee.



6 Comments:

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

haha ni dah cuti bolehlah ko update selalu. tp biasanya nanti 1st day raya senyap sunyi je blog semorang. dah raya kedua baru nampak update kisah raya. best2. selamat bercuti ok. rehatkan diri & pi holiday. xD

yatie nur said... [Reply to Comments]

Moga Allah permudahkan urusan kak peej..kita sudah 10 tahun raya takde ayah,faham sgt..😢😢
Moga mama sihat sentiasa..take care kak peej😊😊

Aisyah said... [Reply to Comments]

salam peej..ingat tak akak ponoh komen masa arwah papa peej meningge ritu..arwah mak akak pegi selang sari dgn papa peej..ni 1st raye akak tanpa emak..skrg 2 minggu sekali akak blk kpg..emak dah pesan basuh kain baju ayah..sebakk sgt baca peej tulis 'mama je yg tingge'..utk akak ayah je yg tingge lagi..selagi depa ada kan?

Asmaaini Mustapha said... [Reply to Comments]

Sedih pulak baca pasal mama kak peej. Semoga panjanv umur aunty. Semoga kak peej pun sihat so boleh happykan aunty selalu. I always wanted to do the same for my mom.tapi being a fresh graduate, susah sgt nak dapat kerja. Semua nak experience. How can i gain experience if i'm not given chance kan..hehe. Doakan rezeki sy murah kak peej :-*

ain azriha said... [Reply to Comments]

Dari 2008 baca blog ni.. Specially time bulan puasa tgk dishes korg. Tp tahun ni kita sama² rasa the absence of our dad. May Allah bless their souls and place them among the pious

usna said... [Reply to Comments]

hmm seronok baca, takpe banyak banyak cerita. Tak serabut pun , terus terus menulis yea kak peej, pls don't stop. Selamat hari rayaa, ke 7 =)

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...