Instagram : @peejburhan

Bertemu lagi hujung minggu ni.

 Seronoknya rasa. sebab this week, last week busy bebenor.
Lepas tu boleh relax...pastu office tutup lama..wahhh raya sakan.
Sakan la sangat satu apa tak beli ni untuk raya.
tak bersemangat pun ada. tak pun aku memang jenis last minute.
nanti orang dah balik kampung. aku baru sibuk shopping. :D

Last week kat Matrade untuk even Vendeur Festival memang best la.
letih toksah cerita la. memang sampai tahap balik kul 2 pagi tu kita orang benda kecik pun boleh gelak tahap nak terkencing. kau rasa macam high sangat.
tapi memang fun sangat la.
Alhamdulillah sambutan pun sangat-sangat menggalakkan. :D

Here r some of the pics aku share sini la.
lain sila tengok kat official ig Fame @fame_cosmetics. or tengok kat personal ig aku @peejburhan.



noy kata sian masa jumpa kita orang.
sebab bekerja keras carik duit. padahal masing2 dah kertu.
nampak letih muka tu. beza ngan staff2 semua energetic je. sebab semua umur early 20s. ada yang baru abis sekolah pun ada. heheh.
apa la nasib dah tua kan.

takpa la. susah senang bersama.
plus kita sama-sama turun padang jayakan event.
bukan cas-cas lawa datang ikut timing ke apa.
kita kerja sampai mata juling. rambut serabai, jalan pun sengetttt je.


booth hari tu daripada 10 pagi sampai 2 pagi. amik kau berapa jam tu.
acik2 kertu ni bertahan ye. huhu.
tapi seronok tengok staff berkerja. energetic dorang ni walaupun kerja berjam n bulan puasa.
n happy sangat rasa macam bagi dorang gaji.
sebab kita orang bagi commision. happy dapat bagi orang duit banyak.
tak tau nak cakap macam mana perasaan tu. tapi suka sangat la. sedih pun ada.
sebab aku memang jenis ada duit, suka nak happykan orang lain dulu. diri sendiri takyah pun takpa.
sebab aku ni takda mengidam benda pelik2. dapat benda2 aku suka n rasa perlu je aku spend.
lain-lain takda.

suka sangat booth hari tu sebab konsep raya.
so kita letak pelita, lampu kelip2..siap ada bilik kecik kat belakang utk solat or nak tidur if keletihan time rehat tu.


orang memang tak putus-putus datang. rasanya yang kurang orang dalam pukul 5pm - 8.30pm macam tu sebab orang sibuk berbuka. mostly time tu, orang dpd booth2 lain akan berjalan n shopping.

kak jah as usual kerja jaga cashier. so memang ala-ala tauke besar je. sesuai ngan size. heheh


tapi ada sekali tu aku terpaksa turun.
time tu dah 1ish am.
2 pekerja dah balik.
tinggal kita orang n sorang je staff.
filla n staff pergi toilet kejap.
aku tengok ramai je booth kena serang. eh takleh jagi. macam mana elly nak handle.
terus beranikan diri layan customer. tolonggg. debar sangat ni.

so layan la adik tu.
elok layan ada orang datang nak bergambar bagai. ok reader kot.
so layan.
then tetiba adik yang aku layan earlier tu.

cust : akak ni make up artis ke kak?

me : haahh? eh tak la.

cust : abis akak siapa?

me : takda siapa. akak orang biasa-biasa je dik.

cust : oh ok. *senyum*

then aku sambung layan jual beli.
lepas beli tetiba dia bersuara lagi.

cust : saya nak amik gambar ngan akak boleh tak?

me : haaah kenapa?

cust : nak amik jugak kak.

me : eh kenal akak pun tak kau ni dik.

cust : saya dapat rasakan akak ni somebody. tak kira saya pun nak amik gambar jugak ngan akak.

so amiiikk gambar la kita orang.
oh em geeee. nak tergelak aku.
apesal kelakar sangat ni.
meletop kak jah ada orang nak amik pic bersama walaupun hanya cashier je.

pastu kelakar..kejap2 dengar nanti cust bersuara, "lipstick yang cashier pakai tu color apa eh?"
hahahha
filla pulak ada sekali tu kemain budak tu tumbuk2 manja tangan dia sambil cakap, "eeee akak ni mesti dah kerja lama kan..pandai akak hasut saya beli macam2."
yang filla tu pun gelak n cakap..."a ah dah lama dik."
seronok n kelakar je cerita2 balik.
penat tapi kenangan tu best.


:: akak cashier yang di sangka make up artis...wooow..hahaha. Ni amik pic ngan salah sorang cust/reader. aku ni jarang nak bergambar sangat. segan. tapi orang panggil kita ok je. namun tengah reader nak bergambar ngan filla n elly aku nak offer diri idok la. orang panggil baru pergi. malu oit ::



seronok la.
so weekend ni ada lagi.
kali ni under Mood Republik pulak kat PWTC.
kali ni lagi gila..72 hours non stop ye raya fest ni.
so kita orang takleh la nak melekat bertiga je. kena la kita buat shift :) dah kertu..pitam weyh.
tapi takpa rasa-rasa bosan duduk hotel kita menapak la pergi sana tumpang sibuk kat booth kan.
tapi aku macam dah download banyak je tv series. macam akan melepak dlm bilik je. kah kah kah.
sssshhhsss jangan bg tau sis elly dan pilla ye.


haaaa. so jom ramai-ramai ke sana nanti yea.
harga best di janjikan.
lipcream ada, bb cushion ada...macam-macam ada.
jom sesak2 n shopping sakan.

ok see u there people.


2 Comments:

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

wahh nampak best & enjoy walaupun penat (penat belakang kira. nanti dah balik, mandi2 relax2 memang akan rasa puas hati sgt kan) :D

NATRA ISMAIL said... [Reply to Comments]

Sebab akak nmpk mcm melly goeslaw...hehe

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...