Instagram : @peejburhan

weekend is packed

ni dah pukul 4.15 baru iolls relax sikit.
pitam everyday also very the busy.
tak kira la every working days atau weekend. memang full n packed je jadual.

last week memang busy jugak.
ada ke aku update? ke takda eh?
haha gila sangat busy sampai hampir hilang ingatan.
for the past 2 weeks campur aku rasa akan datang berterusan sampai lepas raya memang busy la.

dah la bayangkan stock dah prepare untuk mengadap raya ni.
stock 80% dah licin ye.
aku kadang musykil dorang ni jual barang ke makan barang ni. heheheh. laju nau agent n stokis semua.

so tak pasal gelabah last week hantar lagi barang ke kilang untuk buat.
padahal minggu sebelum tu dah hantar jugak. eee seram.


lip cream pun sama. baru je hantak 50k. pastu buat kiraan.
tetiba gelabah macam eh cukup ke tak ni. macam takut je.
dah la raya nanti ada join event bagai.
n macam aku cakap, penangan hari raya ni aura dia lain macam ye.
terus order lagi casing..mintak2 la tak lama nau.
office memang macam kena bom. nasib la dah sewa satu lagi shop kat sini.
buat jadikan stor. so barang apa semua boleh simpan tempat lain.
sekarang nak berjalan pun menyelit sana sini.
aku dah la memerlukan ruang yang besar.
ada sekali tu sebelum hantar barang ke kilang.
punya la penuh depan tu.
aku nak bukak pintu pun, nak tekan suis melekat aku kat cermin depan tu.
kalau daripada luar boleh nampak..mesti orang terkejut apasal akak ni bukan tetek je melekat..perut pun sama melekat.
nasib lepas tu aku bebel dorang besarkan space nak lalu.
tolong jangan kejam terhadap orang yang bertubuh besar ye.
dorang kurus2 boleh la selit..abis i niii???

so khamis lepas tu.
lepas je settle hal barang hantar ke kilang.
ke karaoke pulak.
support company Win Mg Movers punya 4th year anniversary.
singgah tunjuk muka.



stay dalam 1-2 jam. then kita orang gerak balik.
sebab macam di beri tahu..memang busy baq ang.
aku n elly gundah gulana je hati memikirkan kerja menanti kat opis tu. :D

then weekend pun sama tak rehat.
sebab buat photoshoot sikit untuk fame.
casual photoshoot je.
buat area opis.



hahaha ni la team sekarang.
team yang kena hadap hampir setiap hari.
pastu sambung hadap dekat whatsapp pulak. muntah ye.
nasib kelakar je. kerja memasing nak mengutuk memasing je.
nasib jugak semua berjiwa tak makan kutukan. kau kutuk aku eh? awas aku kutuk kau balik.
kadang time berbincang biasa la..ada time pening kepala gak memasing ada idea.
nanti kita ikut majoriti. gituh.
harap team ni la akan kita hadap sehingga ke masa tua nanti. Insyallah.

then settle kerja pukul 3ish pm macam tu.
singgah makan semua. kul 4 lebih sampai rumah.
nak ke rumah mama takleh.
sebab ada jiran buat kenduri. so bukak khemah.
jalan ada la laluan boleh lepas satu kereta actually.
tapi ada jiran tak coorperate bangsa nak park jugak kereta depan rumah. so kau takleh lalu la.
so aku n suami lepak rumah je la.
lalu tertidur. wooow so fun. heheh.

then malam pulak ada kenduri belah family suami aku.
kenduri tahlil n sambut puasa.
fam dia rajin buat kenduri.
i suka je. sebab i suka makan. keh keh.
sebab dorang rajin masak rewang bagai n sedappp help.

malam tu punya la banyak lauk.
sampai kak jah keliru ngan diri sendiri. mana nak amik ni?
so aku amik almost all. hidup mesti tamak. keh keh.


menu malam tu.

ikan goreng
masak lemak ikan tenggiri rebung
masak lemak daging kentang
sambal tumis udang petai
kubis goreng
pajeri nenas
tempe kacang sambal goreng.
sausage masak kicap..for the kids i guess.
ulam-ulam
sambal belacan
cencaluk

side menu
nugget goreng
pau goreng inti sambal timun
tembikai
tembikai susu
kiuh som som

tak ke kau pitammm?
pitammmm woihhhh.
lauk macam ni bukan hanya tepuk tangan je ye.
tepuk kaki sekali sampai peha turut bertepuk bersama. kah kah kah.

balik tu singgah rumah mama bawak som som tu.
sebab tau mama suka.
dulu maktok selalu buat. so niceeee me loike.

then ahad tu tak breakfast.
lepak rumah kemas itu ini.
then nak pergi lunch.
terasa nak berjalan sikit la.
sebab buhsan all this while tak kemana kami ni.
so lets la ke klcc. gituh.
hahaha klcc je puin.


:: sian je makcik sorang ni perangai vain nak mampos asyik nak selfie je. ::

:: city of Kuala. city that i love. ::





makan di Dome.
order mushroom chicken pie.
tapi kecewa sebab dah tak sama macam dulu. tsk.
dah la tetiba dalam chicken pie ada barley.
kau dah kenapa gila ke?
aku kalau benda strange aku akan makan tapi sambil rasa kembang2 tekak. hahaha.
sedap je elok tapi pelik je perasaan tu.
so tak pasal tak abis i makan. ;p

then tetiba rasa nak tengok wayang.
terus booking online.
yes too lazy nak queue bagai. so siap2 je beli senang ye.


tengok cerita x-men baru tu.
ok la.
tapi rasa takda kepuasan tengok.
sebab aku suka x-men sebab suka tengok power2 tu semua.
tapi cerita tu kurang tekankan ke situ.
ni banyak ke jalan cerita meleret2 sikit.
tapi ada la best dia. cuma like i said, tak puas tengok x-men. macam tu la.


then lepas park kejap.
kita gerak la balik.
singgah rumah mama bawak aunty anne.
dinner jap kat rumah mama.
sedap mama masak sambal telur pecah tu. fuiyoooo.

memandangkan laki den tak makan.
so lewat malam sikit dia ajak lepak dgn our usual geng.

tu yang ahkak kata takdo rehat.
ada je plan.
sebab laki aku jenis tak suka duduk rumah.
tak kisah la walau dapat lepak kedai mamak sekali pun. janji kita keluar.
penat kannnn.

then isnin n today selasa start busy balik.
dah sakit2 pinggang aku n elly.
memang pekerja dah quite a few now. including part timers.
tapi masing2 ada task masing2.
n macam kita orang cakap. nak mengadap raya kan.
so extra work la.
tu yang kami turun padang sama.
n maybe weekend pun lepas ni kerja gak.


ni barang sampai semalam pagi.
kena cepat-cepat siapkan sebab by 2pm lori amik nak hantar kilang.

Alhamdulillah, walaupun penat tapi better penat yang penuh aktiviti macam ni daripada penat menunggu tapi takda apa kan.
harap maklum ni bukan merungut penat bla bla bla ke apa.
ini adalah hakikat diri.
yang semakin meningkat usia..penat sikit pun terasa effect kat badan tu.

oh em geee..tak sabar nak tunggu our all girls getaway nanti.
we definitely deserve it. :D amboihhhh.
time tu rehat bebetul. segala pasal business taknak dengar. kah kah kah.

ok la. nak pukul 5pm ni.
nak siap kemas nak balik jap lagi. ngeh ngeh.
i senang i update lagi.
bye-bye birdie.

1 Comments:

alesha boutique said... [Reply to Comments]

salam...
sy seronok baca blog kak peej..
seronok tengok akak bertiga berjaya..
semoga saya pun akan berjaya macam akak bertiga..
amin..

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...