Instagram : @peejburhan

preparation.

hola holi.
ikutkan hati yang malas serba serbi ni rasa tak kuasa je nak update blog kan?
tp memandangkan ada antara korang yang rajin tinggal komen n cakap masih baca blog ni.
sebak dan pilu kak jah *kesat air mata*
masih ada yang gigih baca blog yang ala hidup segan mati tak mahu ni. hahah

sebelum aku gigih update entry2 tertangguh sepanjang zaman aku tu semua.
marilah update random staff sepanjang beberapa hari ni.
kerja adalah super busy sebab hari raya yang bakal menjelang ni.
so bila kerja banyak, badan letih je.
nak selalu tiap hari lepak ngan mama pun tak boleh.
so bila dapat jumpa tu best sangat la.
bila jumpa pun time tu la mama akan amik kesempatan dok sebut itu ini apa dia teringin.
minggu lepas saje je ayat dia, "kalau dapat durian ni best kan?" siap buat aksi tengah makan durian. hahaha sabar je la mak aku ni.

me : ehhhh hari tu pija nak mama tak bagi?
mama : hari tu musim panass..tak elok makan durian. sekarang musim hujan. ok dah boleh makan. *sengih*

cea cea.
so aku kalau boleh apa mama sebut aku akan cuba beli untuk next aku datang visit dia.
so last saturday tu aku belikan la durian.
otw nak ke rumah mama tu.

MrB : tak beli kuih ke pergi rumah mama?
me : i nak beli durian.
MrB : u dah tau mama tu sakit. u lagi nak bagi dia durian. durian tu tak bagus jaaaa. u jangan la.
me : biarlah..dia mintak hari tu. so beli la. dia bukan nak makan banyak pun.
MrB : tak bagus la durian tu. jangan beli.

e eh emosi pulak. malas nak layan.
so pergi singgah beli.
tima orang tu bukak kemain dia nak rasa bagai.
semua nak rasa pastu, "fuhhh sedappp. terbaikkk. the best."
rasa nak tumbuk muka dia. so annoying. tadi kemain bantah.
tapi dia lak lelebih ni. apa cerrrr?

so ke rumah mama makan reramai. syiok.
tu pun arif takda sebab dia fly. kalau tak lagi feel.
noy n p.g tak makan.


terbaik. bijik semua keseppp je.
hari tu ada yang tanya apa kesep tu. entahhh.
tapi kesep tu maknanya biji dia kecik n nipis. so maknanya isi setebal2nya la. fuiyooo.

time makan ni sedih je.
teringat papa.
papa dulu rajin beli.
pastu suruh aku datang rumah.
sampai je rumah dia senyum angkat-angkat kening cakap dia beli durian.
haha comel.
tunggu aku sampai untuk sama-sama makan ramai-ramai.
rindunya kat papa.

last week aku n noy agak down.
dok sesama message pastu mula la emosi nangis semua.
sebab rindu.
then noy cakap setahun yang lalu la papa sakit.
a ah la. masa time tu memang genap setahun papa jatuh sakit 7 may.
last dapat cakap ngan dia, dengar suara dia.
semoga roh papa tenang di sana. Aamiin.

then malam tu mama kata lapar.
dia kata bahan buat spaghetti ada. dia suruh aku buat.
oh okayyy.
tapi mama tu suruh je aku buat, sibuk tolong sediakan bahan.
ye la lama aku tak masak kat sana, barang pun dah berubah.
tak tau dah mana mama simpan segala bahan.
dia annoyed kot aku asyik banyak tanya. so dia sibuk sekali kat dapur tu. keh keh.

pitam dah lama tak masak.
rasa macam berperang. keh keh. padahal buat spaghetti bolognese je puinnn.


fuhh terbaik wokkk.
matiklah puji masakan sendiri.
tapi memang piranha la rumah tu.
aku buat periuk besarrrr gila ok.
masak for dinner. by 11 pm tinggal boleh 2-3 kali makan je lagi.
yang mama konon2 suruh aku masak banyak supaya boleh bawak ke esok.
tak sempat ye. mimpi je la. ;p

lewat jugak gerak malam tu, almost 2am jugak la.
then balik je tido.
esoknya ptg tu ke rumah kakak ipar aku.
sorry takda pic. ada pic aku #sundayselfie je. kah kah kah.



malam tu balik just pergi makan.
then balik rumah. kepenatan uolls.
plus esoknya pagi ada appointment doktor.

terpaling best kemain bangun pagi gila nak keluar pergi klinik la konon.
sekali tergerak hati nak bukak buku appointment tengok.
aikkk. bukan pagi tu appointment. esoknyaaaa. huwaaaa.
dah siap ni, dalam kereta siap reverse.
apa lagi terus pergi sarapan la.
aku kalau bangun awal pagi memang takda tempat lain aku tuju.
ke thurkah la. nak idli plissss.


harus tamak 3 ketul aku bedal.
idli ni kalau nak pagi je ada.
lambat kau datang memang licin la idli ni.
huih sedap. ada yang esok aku bangun pagi semata-mata nak makan idli ni.
hahah memang jarang berlaku tu. ;p

then settle makan around 7ish am.
hebat gila kul 8am aku dah sampai opis ye.
aku malas nak balik rumah balik.
aku tau diri aku.
ada aku layan movie kat rumah sambil bergolek kat katil.
memang terus tidur la aku nanti.
so baik terus pergi office.
hebat gila rasa awal pagi dah banyak kerja aku settle kan. :D

this week memang super duper busy.
sebab color baru Fame matte lip cream sampai.
so stokis semua nak restock.



tau la benda macam ni nak kena kira.
kira lak takleh sorang. kena sorang buat. pastu orang kedua kira.
then orang ketiga pulak kira.
kang ada terlebih bagi la. terkurang la.

semalam aku rasa dah kira betul.
masuk kotak apesal macam tak cukup. sebab susunan tu patut memang muat-muat.
ni macam ada loose.
ingat salah kira ke apa. staff keluarkan balik.
sekali kira. eh cukup.
then masukkan balik. eh apesal loose lagi.
aku syak cara susunan salah. sebab tu dia tak padat.
ah lantok. nak keluar masuk pun boleh tahan pitam kan.

btw, ni color baru.
tolonglah super love.
esp colour gossip tu.


:: ni pakai fame code : gossip. suka kannn? ::

minggu ni siapkan orders untuk bagi semua stokis.
officially 16 May baru dua color ni akan ada di pasaran ye. :)

preparation untuk raya dah bermula.
office pun now meriah sebab ada budak2 part time bekerja.
raya memang hectic untuk online sellers.
dpd zaman aku meniaga sendiri dulu.
aku pun pelik n sangat kagum terhadap customer dan kegigihan mereka nak lawa untuk hari raya.
kadang pelik. esp bila aku jual skin produk.
antara soalan famous, "sempat tak nak lawa sebelum raya?"
kadang nak pitam rasa..motip last minute baru nak lawa..
kenapa sebelum2 ni taknak lawa jugak. hahahah.
takpa..layankan dengan senyuman je la.

oh lagi satu. soon akan keluar new produk under Fame. yeayy.. *tepuk tangan n menari goyang kaki..sampai peha pun bertepuk. amazing.*


akan keluar really-really soon.
so make sure korang follow ig/fb untuk tau update n release bila. :)

Fame Cosmetics

Facebook : https://www.facebook.com/famecosmeticsHQ/
Instagram : https://www.instagram.com/fame_cosmetics/
Whatsapp : 013-376 0466
Email : famecosmetics.my@gmail.com

pagi tadi ada appointment doktor.
elok keluar pukul 6.50am.
selalu by 7.20am sampai la ke destinasi.
tak tau apa sebab pagi tadi pukul 7.45am baru sampai. aaaaa
stressnya tahan jalan jam.
dah sampai jenuh nak carik parking pulak berapa kali pusing.

then elok sampai.
kau boleh appointment aku pukul 10am sebenarnya. helpppppp.
tertekannya aku kemain lama tunggu.
malas nak balik n datang lagi ke apa. tunggu je la kan. cissss.
by the time giliran aku memang mencanak bp aku naik.
aku kan mudah stress. keh keh.

settle semua n aku sampai office pukul 12ish tadi. syabas.
terus mengadap kerja siapkan lagi barang stokis untuk post. :)
settle semua kerja around 4pm jugak la.
terus bersemangat nak kemas meja.
kalau tak tahan ngeri bersepah, berhabuk...nasib tak sempat ada sarang labah-labah. haha.
pastu meja dah bersih terus senang hati. :D


siap lap meja ngan kain basah lagi. hihi.
ni pun tak habis kemas.
takpa..lepas rasa nak revamp office.
sebab kita orang sewa one more office untuk storage.
so lepas ni baru boleh lapang sikit bebetul buat properly office.
pastu nak amik ramai pekerja baru, so kena tambah banyak lagi work station kan.
tetiba rasa excited nak cantikkan meja sendiri.
ni sedih sangat ni ubat batuk ibu anak pun ada situ. heheh.

Alhamdulillah happy sangat dengan progress both Ellfie n Fame.
slowly boleh nampak n rasa peningkatan.
pelah-pelah kayuh. Insyallah.

as usual balik je keletihan.
plan nak ke rumah mama.
tapi Mr B balik lewat.
tau-tau terlena aku tunggu dia.
bila dah lewat malas pulak nak bergerak sangat.
jom la kita makan je.
so ke Papparich je.


elok keluar rumah jonet call.
dia nak dinner sama. yeayy. rinduuuuu.
so lets.
dia happy tu sebab pass exam. Alhamdulillah.


lama tak lepak sama n sembang.
seronok dengar dia cerita pasal papers la..exam itu ini.
dia baru post call.
so dia call aku tu baru settle la.
dia kata tadi ada kes masuk lambat.
orang tu ada tumor kat hati..so tumor tu pecah.
dia so perut semua dah keras sebab dalaman dan penuh darah. macam tu la.
dia kata dia belah je perut orang tu..terus macam air pancut darah kena kat dorang.
tapi tak survive..mati atas OT table tu.
dia ni bercerita macam takda perasaan je.

aku dah macam..sedihnyaaa. aku cakap la..kau tak sedih ke?
dia kata dia dah takda perasaan.

dia kata, "aku selalu la..kadang sehari 3-4 death certificate aku sign."
"sebab kita dah tau selalu sebelum masuk OT, 90% dia takkan survive."

sebab tu aku bukan doktor kot.
aku penyedih orangnya.
oh masa aku appointment doktor tadi kan.
kan aku cakap BP aku tinggi.
makin dia check makin tinggi.
dia suruh aku relax. aku takleh..sebab memang aku stress time tu.
sekali dia tanya, "kak kenapa kak? akak stress ke? ada masalah ke?"
terus aku sedih n tetiba nangis. sebab memang aku tengah stress pun time tu.
aku takleh if tengah sedih orang tanya..nanti lagi aku sedih nanti.
so kena biarkan je.
so yeahhh..so confirm aku takleh jadi doktor nanti aku sedih lelebih.
nasib aku tak belajar pepandai dulu..kalau tak terpaksa i jadi doktor pulak. keh keh.

sian si jonet ni busy bebenor.
tadi nak balik dia siap cakap nak jumpa mama.
dia kata takda masa betul la, terasa macam anak derhaka pulak lama tak jumpa mama kau.
hihi kelakar je dia tu.
so happy for her. dia pass exam tu. aku tau betapa stressnya dia.
ni dah lega kemain cakap jom karaoke dia belanja. weooow best tu.
kesian kak jah pun busy kemain..nak bersuka ria macam dedulu pun dah tak menyempat.

eh ok la tu je.
dah lewat dah ni.
omg percaya tak aku start buat entry ni kul 10.30pm sebenarnya.
ni dah 1.10 am ye.
i'm easily distracted la.
tetiba aku stop bukak youtube, tetiba bukak fb, tetiba main phone, tetiba tengok i property tgk rumah.
dah gila ke apa.
patut la dah tak kuasa nak blogging. dah tak fokus aku ni.

ok peeps. rajin kita bersua lagi yea.
ta-ta birdie.
.
.
.
.
Ellfie Beauty

Website : www.ellfiebeauty.com
Facebook : https://www.facebook.com/ellfiebeauty/
Instagram : https://www.instagram.com/ellfiebeauty/
Whatsapp : 013 - 2755 197
Email : ellfiebeauty@gmail.com



4 Comments:

Cik Puan Eka said... [Reply to Comments]

Heheh kesep. Kita pon sbut gitu tp lain sikit. Kesett. Hehe. Takleh tgok doyan lelama ni. Ngidammm hahaha

ciknurul said... [Reply to Comments]

still reading your blog kak peej.

ietams said... [Reply to Comments]

jgn tinggalkn blog, plsss

Aye Ahmad said... [Reply to Comments]

tau tak kenapa weolls xbg ko stop blogging?
sebab ayat yg ko taip tu best....citer sampai ke hati...
pace nk membaca pun relax je ...walau kekadang tu ada gak gelabahnya...
tp weolls rsa its kinda funny.
Aku jarang2 sgt komen, tp hari2 aku bukak blog ko peej,
walaupun dah tau dkt gugel tu type nama ko, keluar mmg xde latest update....
masih lg belek baca cerita2 lama...hahaha
Anyway....happy for your business. To your teammate, semoga menuju kejayaan!!
Gambate!!

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...