Instagram : @peejburhan

obsessed

im backkk.
ye aku akan sentiasa kembali everytime lepas layan tv series.

so far 2 dah settle for the season. Scandal n Empire.
dedua pun ending geram tak sabar nak tunggu next season.

so ni tadi tengok Game of Thrones.
haha bertabahlah la korang asal aku layan GOT je mesti lepas tu nak menceceh kat blog.
padahal korang yg tak tengok satu hapa tak paham.
takpaa..i takda geng sangat nak sembang keterujaan. biar la aku sembang keterujaan kat sini je.

n usual lepas tengok any tv series layan baca komen2 kat TVshow time tu. sukaaa.



memang pun. hahaha.
rasa tak sabar nak tunggu next eposide.
pastu menyampah sebab GOT ni ada 10 episode je. n season dia setahun sekali.
now dah season 6 ok. maknanya dah 6 tahun layan cerita ni.
ok takda la 6 tahun. aku rasa 4 tahun kot.
sebab first 2 years tu aku tak tengok.
aku tengok lepas aku kawin n start pindah rumah ni.
aku layan marathon non stop berapa hari settle 2 season aku tengok.

hari tu sembang ngan mama.
dulu aku selalu akan sembang ngan papa pasal GOT ni.
sebab kan aku paksa papa n mama tengok. keh keh.
ingat lagi last year papa dapat tengok few eposides je.
then papa jatuh sakit.
time dia sakit tu pun aku sembang ngan papa.
aku cakap best sangat season ni tau, nanti papa sihat kita tengok yea.
papa pandang je aku. :(

hari tu cerita kat mama. mama kata semua tu dah tak bermakna.
kalau mati apa pun takda.
ye la aku sembang tu kata, siapa agaknya akan dapat Thrones tu kan.
ye la kan. penat je follow. hahha

tadi noy datang rumah aku layan tengok.
then sembang. cerita la pasal kisah papa semua tu.
noy cakap betul la apa mama cakap.
tapi aku jawab, "but can i still watch it when finally i'm in Jannah?"
noy bengang je..
then aku continue, "tak #tilljannah pun takpa...but i wanna watch game of thrones."
hahahah ngeri sangat perangai tu.

tapi serious menusuk ke kalbu cerita GOT ni la.
i likeeee.
tak sabar nak tunggu next episode.
tapi adalah emosi jugak sebab next week dah episode 6..maknanya dah nak abis season ni. cissss.

ok cerita lain.
hari tu aku nak cakap satu lagi cerita best yang aku layan kan.
as usual aku kalau layan cerita ni selalu atas suggestion Ellen.
hahha yes..aku suka tengok Ellen Degeneres Show.
so dia cakap pasal cerita tajuk UNDERGROUND.

so terus layan trailer dia.
hmmm menarik.
tapi time tu aku busy sangat.
tak tengok terus la.
until la ada masa.
so terus aku download semua.
time tu dah 9 episode.
seperti biasa sebab best sangat aku marathon 2 hari settle.
sanggup angkut laptop ke sana kemari la sebab nak layan tengok. keh keh.


ingat lagi aku snapchat salah satu scene cerita ni.
kemain orang ingat ni cerita best black-black sexy2 gituh.
ok black tu dah betul. tp bukan sexy2 ke apa ye.
ni cerita pasal slavery. zaman black adalah hamba abdi.
zaman dulu-dulu kat US. di panggil nigger dan kerja petik kapas.

aku suka jugak cerita macam ni.
dulu layan 12 years of slave. pun best baq ang..siapa betul tgk movie tu sila tengok.
sebelum tu mari layan trailer.


cerita dia pasal dorang ni slave dekat plantation kapas.
so dorang plan untuk lari la.
sedih n menakutkan sangat tengok cerita ni.
macam mana dorang ni di layan dulu.
no wonder la sampai sekarang masih ada sifat perkauman untuk some of them.
yang black tak suka whites sebab memikirkan mcm mana nenek moyang dorang di seksa.
yang white pulak tak suka sebab tetap anggap dorang ni nigger n hamba abdi.

tapi serious ngeri gila la.
buat kau rasa bersyukur la slavery macam ni dah takda.
but than again, Wallahualam..maybe ada certain countries ada lagi benda-benda macam ni tapi kau tak tau.

boleh tengok la macam mana dorang ni di perlakukan dulu.
kena seksa..kena sebat sampai berbirat.
buat salah sikit tembak la. gantung depan orang sebagai pengajaran la.
eh macam-macam la. memang kejam sangat la.

n budak kecik lagi..dah kena kerja tengah panas petik cotton.
pastu ada berat minimum..tak cakap kena sebat pakai cemeti tu ye. eee jahat sangat ni.
so tu yang ada group ni larikan diri. cara nak lepaskan diri.
tapi dorang memang pelarian la. memang tak senang la hidup sebab di buru sebab ganjaran besar.
dah la dorang black..zaman tu kat kampung2 takda ye black berkeliaran bebas ke apa.
if ada pun kau kena kemukakan sijil ber-stamp dpd boss kau mengatakan kau hamba bebas.

so memang cemas je la cerita ni.
dah la ending season finale dia pun boleh tahan cemas membuatkan kau rasa oh emm geee bila next season cerita ni keluar ni woiiihhh? hahha gituh perasaan dia.

aku kalau cerita best macam ni as usual takda ingat siapa.
ingat mama je. tau mama ngan aku taste movie sentiasa sama.
so kalau aku suka tu...confirm mama pun akan enjoy.
if mama suka..dia bagi tau aku. nanti aku tengok..aku suka la jugak. hihi.

kalau korang jenis layan cerita-cerita lama macam ni. boleh la layan.
which aku rasa bagus jugak..sebab dia macam sejarah lama gak la.
maksudnya memang wujudnya benda2 ni semua.
n plot cerita dia pun tak membosankan. ok la.
buat kau rasa macam, gempaknya dorang ni boleh buat cerita begini.
haaaa gitu.

sementara tu aku melangok la.
tunggu next week je la GOT punya next eposide.
sebab Underground ni pun dah abis 1st season dia.
now tinggal cerita GOT aku je.
tapi takpa.

aku tgk kt app TVShow Time tu..soon Orange is The New Black, Mistresses & Devious Maids punya new season nak keluar dah.
i is love.

aku ni je la hiburan pun.
hiburan tang lain dah kurang dah.
tapi layan tv series ni memang dulu, kini dan selamanya gitu..kalau boleh #tilljannah heheheh.

so yeah..so kalau korang penggila tv series macam iolls..boleh consider tengok Underground.
N please kalau tak layan GOT..u have to. gempakkk woooo.




5 Comments:

cikblueberry said... [Reply to Comments]

kak peej nak tanya kat mana akak donlod tv series nie. sebab sya taktau nak donlod kat mana..tq

Mimie Roses said... [Reply to Comments]

kak peej, adakah kerana akak baru lps baca gosip pasal sharnaz ahmad then akak guna #tilljannah ??? hahahaha..

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

woh macam best je 'underground'. sebab sy pun suka jugak tengok '12 years a slave tu'. lagi 1 cerita hamba2 (tapi tak la pasal hamba sangat) yang best is 'django unchained'. dia hamba, then dibebaskan oleh bounty hunter sebab nak cari wife dia. dia pun jadi bounty hunter jugak. haha. bestlah. sekarang macam ketandusan movies yang best (ke sy tak pandai cari?). movies yang baru lah. kalau nak download tu macam xde je yang menarik hati yg blu-ray quality.

diyana di said... [Reply to Comments]

hold the door..hold the door..hold the door..sian hodor huhu
Try tengok Younger..best jugak..hero muda & tua both handsome hehe

Wahidah Aziz said... [Reply to Comments]

Akak, tengok la once upon a time pulak. Cerita pasal characters fairytale tapi banyak gilaa twist.tapi tak tau la akak suke ke tak. Hihihi

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...