Instagram : @peejburhan

hey ya everyone

holla peeps.

helppp kepenatan rasa nak flat je badan.
rasa nak tertidur tapi macam nak layan tengok movie online je.
tapi tetiba rasa nak bebel kat blog.

helppp penat sangat sangat today.
tadi around 9pm baru sampai rumah.
today overtime.
even filla lepas abis kerja pun turun padang bantu menyiapkan orders.
by after maghrib tu memasing dah lemau.
aku sampai terdampar.

settle kerja pergi makan jap.
then baru masing-masing balik.
balik terus aku terdampar atas katil sakitnya badan semua.
merengek as usual.
terus suami urut-urut sana sini.
still sakit badan. dia dok gigih sapu balm kayu putih n buah pala ke apa la.
lama dia urut.
now baru rasa lega sikit badan.

letih duduk bersila siapkan orders dari 10am non stop sampai malam.
lunch pun tak keluar order je makan delivery.
lepas makan buat balik kerja. juling mata.

sambil buat sambil sembang.
dok sedapkan hati,

me : "takpa bersusah-susah dahulu..bersenang-senang kemudian."
elly : "tapi asyik susahhhh je ni. hahahhaa."

semua gelak.

me : "takpa sabarrr...baru setahun jagung kita ni. lama sikit nanti ok la."

elly : kannn..nanti la dah senang..sampai ke kutub utara i nak pergi. hahaha

me : i taknak pun kutub utara...nak buat apa. takyah la senang sangat sampai macam tu..cukuplah senang aku boleh masuk office sambil tangan begini *buat tangan mencaduk kedepan ala mami jarum* hmmm macam mana kerja semua? ok ye..i nak keluar balik ni..i ada appointment. kerja elok2 ye semua. tangan aku ni macam ni sebab ni semua batu cincin ye..wooow mak datin sangat. hahaha

elly : hahaha melampau

filla : kann. janji takda la lagi kerja macam ni sangat. sian anak-anak aku.

elly : a ah kadang rasa bersalah je kat anak-anak. tapi memang penat kan.

takpa la kan. nanti ok la kan.
actually now pun dah banyakkkk ok daripada dulu. Alhamdulillah.
cuma macam aku cakap, musim nak raya n musim gaji ni order amat menakutkan sikit.
since pekerja lain pun semua busy bagai nak gila.
taknak kacau dorang. so mari la kita turun padang settlekan kerja-kerja jugak.
sian bebudak tu semua. yes..kita orang memang takda ciri-ciri boss sangat.
semua layan macam kawan-kawan..mudah kesian..takda memberi arahan tak tentu hala.
very nice ok we olsss.
kalau orang datang pun mesti rasa, "eh apa ni boss buat kerja bersila ni?"
yessss...we olls memang like that. ;p

oh korang dah baca blog filla? entry today?
kalau belum gi baca. READ HERE.
sebak baca entry dia.
sebab dari asal tujuan business sebab minat.
then slow-slow dapat bantu suami, bantu family..
now dapat bantu stokis, agents, n now dapat pulak bagi rezeki pada pekerja.
seronok teringat lagi masa bukak booth bagi gaji kat pekerja sekali dengan komisyen.
budak tu cakap, "banyakkknya kak. saya tak sangka banyak macam ni gaji."
Alhamdulillah. seronok tau bila tengok orang happy.

macam minggu lepas ada agent tu restock barang.
dia jadi both agent Ellfie n Fame.
since dia restock banyak..dia datang sorang.
so elly kata takpa meh elly tolong angkat hantar ke kereta.
time tu pekerja kita orang cuti sebab wife bersalin.

sampai bawah dia cakap kat elly, "kak, ni kereta baru saya kak..meniaga Ellfie ngan Fame dapat buat duit tambahan saya buat beli kereta ni kak."
naik atas yang elly mata berair cakap kat aku. ngan aku sebak.
i mean sebak ok..dia boleh beli kereta baru sebab meniaga sambilan.

teringat kisah aku..aku tak bekerja..tapi berkat aku meniaga tabita n ephyra..aku dapat beli kereta aku sekarang dengan hanya berbekalkan bank statement aku je. takda pay slipt pun.
sebab tu dah ada produk sendiri pun tabita n ephyra tetap dekat di hati aku. :)
n sampai sekarang aku jual. cuma aku tak all out macam dulu.
mostly yang beli adalah regular customer yang dah selesa deal ngan aku.
n dorang recommend kat kawan-kawan dorang. :)
so if korang nak beli boleh je whatsapp. aku jual je lagi.
tapi maaf la yea. aku maybe reply whatsapp agak slow.
sebab serious aku terlalu-lalu busy untuk mengadap hp 24/7
kalau dulu reply slow sebab tidur je kerja kau kak jah.
sekarang aku busy kerja. wooow careeer woman sangat. hahaha. lempang kang.
poyo bebenor. tapi itulah hakikatnya.

penat weyh.
balik kerja kadang urus kerja-kerja rumah.
then keluar makan.
then ke rumah mama saja lepak or bawak makanan ke apa.
by the time sampai rumah mesti lewat sangat dah.
aku pulak memang hiburan aku adalah melayan laptop.
aku suka tgk tv series ke, movies ke. or just layan youtube tengok macam-macam talk show.
since siang memang bekerja takda masa nak bersuka ria.
so malam aku spend jadikan me time.
so kadang sedar tak sedar dah lewat baru tertidur.
pagi bangun balik pergi kerja

macam tu la routine everyday.
reason kenapa aku jarang update blog.
sebab pusing2 samo jo kehidupan aku. nothing interesting.
sebab tu update pun pasal kerja je la kan. hahaha mohon muntah ye korang baca blog aku.


pic pagi tadi.
penat sangat pergi office muka comot je.
bukan penat sangat pun. kadang bangun tak berapa nak awal.
kang make up amik masa lama lak. waste my precious time u know.
masa itu emas. hahaha.
so lantok kau la. nasib kat opis tu takda yang trauma ngadap muka aku.
tapi kalau ada pun maybe dorang pendam dalam hati je. kah kah.

tadi super ngeri. tak make up ngan rambut basah baru lepas mandi. keh keh.
so coverline pakai spec.
nampak macam ok sikit kan. kah kah. ye la separuh muka dah tutup ngan spec.
bagus pencipta spec ni. kecomotan saver gituh..kira ala2 life saver la. ;p
n kemain kau makan roti canai pun spec tak bukak. menyirap je orang sekeliling tengok agaknya. hahaha.

eh ok la.
panjang nau dah i bebel.
kata nak tengok movie konon.
mata macam dah kuyu je mata ni.
tadi noy call ajak makan sesama kat luar pun i tak larat.
plus satu badan dah bau balm ni. jangan buat pasaiii.

ok peeps.
i rajin or ada masa i update blog lagi yea.
thanks for still reading this boring ass blog. ;p






3 Comments:

sHieRa cAkAp said... [Reply to Comments]

Aku pn nak apply jadi agent la peeja.. Aku salute la dgn kau..Baca blog kau dr sebelum kerja lg, sampai kau jual tabita and ephyra. Aku beli tabita pn mesti kat kau sbb yakin sgt. cara kau review tu. Bak kate kau kalo tak betul, tak bagus product tu kau kate la tak bagus.. Cume recently aku tak order da sbb ingat dah tak jual. Aku tumpang gembira tau kau dah berjaya sampai sekarang ni. Gigih sangat. Takpe la bersusah-susah dahulu peeja, senang insyaallah kemudian hari. tp make sure jaga kesihatan na?

Vicky Virginia said... [Reply to Comments]

Kakpeeeej update LA APA sj..make sure kami baca tau..x pernah missed.. SBB tau kan Cara penulisan kakpeej x payah bubuh rempah ratus pun memang sedap aja bace bye..Kikikiki.. Memang Original Dari hati..

nurul ratin said... [Reply to Comments]

Tak la kak, blog akak x bosan. Sy suka sgt baca. 1st time komen here, saja bagi semangat! Hehe

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...